Thursday, December 15, 2011

Aletotoit..

Aletotoit.... Sebenarnya aku nak cakap alamak. Saje guna perkataan aletotoit ni sbb baca dlm paper, Saiful Apek buat lagu baru tajuk Aletotoit. Aletotoit ni maksudnya 'alamak'. Okay aku bukannya nak bercerita pasal lagu baru Apek ataupun maksud sebenar Aletotoit ni. Tapi aku nak bagitau aku sejukkkkk...

Alamak, tetiba jek sejuk sejik ni (sejik?mana ko dapat daaa?) Lepas jek aku post entry bosan tadi, tetiba badan aku rasa sejuk yang amat. Ye memang aircond kat opis aku ni sejuk tapi selalunye sejak ala-ala je. Masih mampu untuk aku menahannya. Yang skrg ni memang dah rasa mcm dok kat snowworld Genting dah. Sejuk bangat sih! Haish aku ni nak demam ke? Janganlah sbb rasanya baru jek aku demam bulan 9 haritu kot.Lagipun MC aku tinggal sehari jek. Takmo habiskan..huhuhu..

Apa aku nak buat nak hilangkan sejuk ni? Tadi aku gi amik air panas isi dalam botol. Pastu aku pegang jek botol tu sbb nak panaskan tangan. Ni air pon dah sejuk so aku masukkan tgn dlm baju pulak sbb badan aku panas.. Kat meja aku ni bolehlah aku sorok2 masuk tgn dlm baju tp kalau ada org lain dtg or lalu meja aku takkan nak biarkan tgn tu dlm baju pulak...haduila...

Tolong! Tolong!.. Aku sejuk ni....

p/s: Aku takde sweater....

4 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

meh nak peluk kasi pns..hahaha..

eRiNsZ said...

pgang ktiak hahahhahha...

jom kasi panas
jom join contest senang kat blog erin: http://ehemsz.blogspot.com/2011/12/like-eisya-contest.html yang lain pon jom join

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

pegang leher... kat situ kan panas.. moon suka je wat camtu..hehe

ieda said...

macam mana nak buat erkk ekekek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...