Thursday, December 8, 2011

Awesome 10sen

Tepat jam 00.01 malam tadi, rasanya ramai yang tercongok kat depan komputer sebab nak dapatkan tiket seposen AA kali ni. Ramai gak yang aku tgk post kat FB bengang asik kena masuk 'bilik menunggu' tak sudah-sudah. Untuk aku sendiri, this time memang tak teruja nak beli tiket macam sebelum ni.. Kenapa? Sebab tahun depan dah ada 2 destinasi aku akan pergi. Bandung dang Langkawi. Kalau nak tambah lagi satu tempat, for sure ujung taun aku pegang gelaran 'cik pokai'.

Lagipun aku selalunya plan untuk ke sesuatu tempat tu, 2 tahun sebelum lagi.haha. giler awal. Since tahun depan akan ke Bandung dan Langkawi, so aku dah plan tahun 2013 aku nak pergi Universal Studio Singapore dan juga Penang. 2-2 tempat ni tak memerlukan aku beli tiket flight. Bawa kete sudah. Cuma untuk tahun 2014 aku belum fikir nak pergi mana. Mungkin Ho Chi Minh atau mungkin juga Haatyai.. Eh, Haatyai bukan nak pergi tahun depan ke??? Itu plan tak dirancang. Plan redah je kalau jadi..hahaha...

So guys, korang dah plan ke nak ke mana? Pada yang nak beli tiket flight tu, jgn putus asa. Masa yang paling sesuai nak booking adalah sebelum subuh.. Hah cepat2 plan..hihihi

p/s:Tahun 2008 = Bukit Tinggi dan Genting Highland on April, Cameron Highland and Penang on August, Melaka on December.
Tahun 2009 = Genting Highland on June, Pulau Pangkor on August, Bali on December and Melaka on December.
Tahun 2010 = Kelantan on January, Langkawi on March and Gambang Resort on December.
Tahun 2011 = Sabah on September and Melaka on December.
(Melaka tu dah macam tempat wajib pergi hujung tahun daaa... Kalau jadi ujung thn ni nak gi Melaka lagi..hihihi)

4 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

tu dia..mmg penuh la gtu aktiviti ea..

Hilmirda Daud said...

bestnye....

eRiNsZ said...

huhuhu daku x de budget utk bcuti walo pon sposen

pstt
jom join contest senang kat blog erin:

http://ehemsz.blogspot.com/2011/12/like-eisya-contest.html

yang lain pon jom join

Mamamya said...

anne klu pi melaka jgn lupa b'tau akak tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...