Thursday, December 22, 2011

Blank

Berkali-kali buka-tutup, buka-tutup page new post ni last2 blank tak tahu nak taip apa. Punyelah dalam kereta nak pergi keje terfikir macam2 untuk ditulis. Siap ada susunan ayat lagi tapi bila sampai opis dan merenung skrin kosong depan mata, terus otak pon sama kosong...

Mana ntah perginye cerita hampir dilanggar pagi tadi? mana hilangnya citer pasal perangai sweet Kasyah di malam hari? Kemana ghaibnya bebelan panjang tak sudah2 dok benci nasib diri? Haish semuanya terbang... semuanya hilang!

Tu yang kadang2 berhari2 tanpa entry baru. Walaupun setiap hari juga blog ni disinggahi. Bukan takde cerita tapi macam tak tahu mana nak mula. Untuk aku sendiri kadang2 aku terfikir ada ke orang tertunggu2 entry aku? Kalau aku update orang baca ke? Sampai satu masa aku rasa macam syok sendiri pulak.. Suka2 update blog dan sorang2 juga yang suka2 baca. hahaha....

Well lagi seminggu dah nak habis tahun 2011. Pencapaian tahun ni taklah begitu membanggakan. Malah tahun ni tahun mencabar aku. Berhadapan dgn manusia2 hipokrit yang kononnya memahami tapi sebenarnya dialah duri... Ditindas hanya kerana aku wanita yang punya hak untuk cuti bersalin...tapi hak aku dinafikan.. Sedih nak cerita the whole story tapi itulah antara sebab kenapa aku asik sakit hati jek kat opis...so tahun ni turn out memang tak begitu memberansangkan...

Harapan aku moga tahun depan biarlah benda2 bodoh mcm tu tak terjadi lagi. Moga ada berita gembira untuk aku yang dah tentu menjadi kelebihan untuk anak aku. Orang kata setiap anak ada rezekinye tapi for Kasyah rezeki die memang lambat...Takpelah sabor je... Mana tahu ada yang seronok menanti aku tahun depan.. Siapa tahukan?

haha daripada tak tahu apa nak cerita dah pun jadi satu cerita. Jaaaaaaa....

p/s: Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

3 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

alahai..sbr ea sis..rilek2..kit kat kan ada ^__^

@izY@N said...

Aku selalu menanti update dari mu...hehe..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

mudah2han tahun depan byk perkara yg mengembirakan :) :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...