Thursday, December 1, 2011

Daging Salai masak lemak cili api

Rasanya inilah first time aku masak daging salai. Ate, tak pernah menyalai daging, bile le masa nak masaknye.. Inipun lebihan daging korban kat rumah mak aku yang aku suruh abang aku salaikan... Amiklah sikit bawa balik KL. So semalam berlangsunglah projek memasak daging salai ni.. Perghkan sikit punye sedap aku masak (gile perasan aku). Suami aku siap tambah nasi lagi dek kerana kesedapannya yang melampau (:p laki aku memang selalu makan nasi bertambah...huhuhuhu).

Daging salai ni memang disalai secara traditional guna kayu api dan asapnya...So bau asap tu memang melekat sampai kat tangan beb walaupun dah abis makan.. Tapi memang layan. Alkisahnya petang ni kami kena makan lagi lauk ni sbb tak abis smlm.. Hari ni suami aku tak bawa bekal tu yang ada lebih tu. Kalo die bawa bekal memang habislah jawabnya.


Daging Salai masak lemak cili api

Bahan2
200-300gm daging salai
cili api (ikut suka nak berapa banyak)
1/2 inci kunyit hidup (smlm pakai kunyit serbuk je)
1 biji kentang (potong wedges)
sedikit halia (kisar)
1 batang serai (ketuk)
200ml santan
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
daun kunyit disiat2

Cara2.
1. Tumbuk cili bersama kunyit. Halia ni aku letak sbb masak daging. Kalau ikan tak letakpon halia.
2. Masukkan santan dan bahan tumbuk kedalam periuk. Masak atas api dan sentiasa ditimbuk. Masukkan kentang juga.
3. Setelah kuah mendidih masukkan daging, daun kunyit, serai dan asam. Masak sehingga kentang empuk.
4. Perasakan dgn garam dan bolehlah dimakan. Nyum.Nyum

Tengok gambar ni memang rasa lapar lah... Semalam aku makan nasi sikit je sbb takut gemuk..huahuahua.. Sudahhnya tak puas makan. huhuhu...

p/s:tak suka pisang salai...

6 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

menarik ni..sedap2!!

Mamamya said...

aduhhh...t'liur akak anne..sejak tgk masterchef aritu mmg t'ingin sgt2 nak makan daging salai masak lemak cili api ni...tp akak x pandai nak salai daging...nak buat mcm anis tu takut oven meletopss pulak...oven kat umah ni kecit je pun...

Cho Zila said...

suka masakan ini.. pernah kawan masakkan memang teringat2 sampai sekarang... akakni tak pernah masak daging salai.. daging biasatu adalah...

Qhaifa Nur said...

mertua orang n9, memang feveret...
bila di salai enak rasanya tiada tandingan...

ainnoraini said...

mmg kegemaran kak ain gulai ni tau...

Mama Gee said...

teringin nk makan gulai daging salai...tp nk menyalai tu kang...berbau satu blok...lgpun takde dapur api...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...