Thursday, December 8, 2011

Merenung di kejauhan.....

"Kanser anda berada di tahap 4,"

Bagai halilintar kata-kata itu menerjah telingaku. Hampir putus nafasku sebaik sahaja dikhabarkan berita itu. Ya Allah, besar sungguh ujianmu padaku. Aku masih muda. Aku masih mahu terus menghirup udara-Mu Ya Allah. Kenapa? Kenapa? Maafkan aku andai mempersoalkan takdirmu tapi aku hanya insan biasa yang tak punya apa. Ah, segala yang berlaku sudah ketentuan.

Aku merenung keluar jendela hospital yang telah menjadi rumah keduaku sejak aku disahkan menghidap kanser. Sudah 6 kali aku jalani kimoterapi dan kini hanya menunggu keputusan rawatan itu. Berhasilkah atau sia-sia? Memikirkan hari-hari mendatang buat hatiku remuk. Apa akan terjadi pada anakku itu? Kasihan dia Sejak dilahirkan hanya sebentar aku mampu membelai dan menjaganya. Selebihnya die terpaksa menumpang kasih ibu dan adik-adikku. Mujur masih ramai yang sudi membantuku menjaganya saat aku terlantar begini. Tapi andai takdir tuhan menjemputku pergi? Menitis lagi air mataku... Kesian anak mama...

Suami? Entah aku sendiri tak pasti di mana dan apa dia buat sekarang ini. Hampir 10 hari aku di sini, baru sekali die datang menziarahi. Datang seperti aku ni hanya kawan jauh yang tak perlu diperhati. Mujurlah mak sudi menemani aku tika ini. Teringat kata-katanya yang mempersoalkan kesakitanku ini. Katanya aku ni asik sakit saja dan sengaja nak masuk hospital. Luluh hatiku mendengarnya. Apa sakit ini aku yang minta? Andai diberi pilihan, akupun tak mahu. Namun takdir tuhan, tak mampu untuk aku mengelaknya. Bila difikirkan kembali aku dah tak peduli kalau die dah tak mahu ambil tahu tentang aku. Aku dah penat. Ada suami tapi macam tak wujud saja. Sudahlah sakit tapi suami pula buat tak kisah. Malang sungguh nasibku. Rasanya ,andai orang lain jatuh sakit, mungkin suaminyalah yang paling terluka dan sentiasa berada disampingnya. Tapi aku? Menitis lagi air mata ini...

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan supaya aku mampu melawan kesakitan ini. Aku tak mahu mengalah kerana aku mahu terus bernafas dan melihat anakku membesar. Aku belum puas menjaganya dan dialah penghibur yang aku ada. Aku bermohon padamu, kurangkanlah sedikit kesakitan ku ini kerana sesungguhnya aku bagai tak berdaya untuk menanggungnya. Andai takdir untuk aku pergi jua, biarlah selepas apa yang aku hajati tercapai, segala masalahku terlerai. Aku tak mahu membebankan sesiapa lagi.

Terima kasih kepada semua yang berada disampingku di saat aku memerlukan sokongan dan dorongan. Semoga Allah membalas jasamu.

p/s:Luahan hati ini aku cipta sendiri. Cuba meletakkan diri aku ditempat die sekrang. Mungkin inilah apa yang dia rasa sekarang ni. Seseorang yang aku kenal sedang bertarung dgn kanser tahap 4 skrg. Semoga Allah melindunginya.

10 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga dia sht sntiasa...

Mama Gee said...

aduss anne bikin saspen je...huhu..semoga dia tabah...dan dpt kekuatan utk menghadapi saat2 sukar ni..sokongan insan2 tersyg sgt penting di waktu2 mcm ni..

Qhaifa Nur said...

orang kata jangan stress...
moga dia tabah..

ainnoraini said...

ya allah sedihnya...

semoga tabah dan dipermudahkan segalanya...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kesiannye kawan awak tue..mesti dia sedih husbd dia tak bagi sokongan kan??

farin said...

anne, aku tahu siapa ko maksud kan, smlm bapa dia kata dia nak kene oparate sbb usus dia dah bengkak... kita doakan smoga dia akan sembuh seperti sedia kala, akau tahu dia kuat orgnya...

AnneRaini said...

ama:haah die nak kena operate kat perut.. minggu depan nak scan utk tgk kanser tu ada lg ke tak pulak...Aku kalo tgk anak die rasa sayu je tp tak pernah tunjuk depan die..buat cam biasa je...

misskirokuza said...

anne terus aku nanges bace n3 ko ni anne...tiap mgg aku blk kampung mst teman kan dia tepi katil tok borak2 ngan die, aku sentiasa doakan die kuat sebb dia mcm orang dah x do semangat.....semoga dia cepat sembuh x sanggup aku nak tgk penderitaan yg harus dia tanggung....melihat anak hanya dr jauh.....mengharap kasih x penah dibalas........dia satu2 nya kawan baik aku sejak kecek lagi :( doakan yang terbaik tok dia :(

AnneRaini said...

reha, kdg2 aku tgk die mmg cam down dah. Selalu aku ckp kat die lawan sakit tu.. Kuatkan smgt..Makan jgn tak makan.. Ada hikmahnye..tp aku tau byk mane pon kite leh ckp masih tak mampu nak tandingi apa yang die rasa..akupun nangis gak nak buat entry ni..huwarghhh...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kesiannya kawan awak tu.. mcm sebuah novel yg pernah saya baca (tak ingat plak tajuk dia).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...