Thursday, December 1, 2011

Ombak Rindu

Hari ini 1hb Disember 2011, berakhirnya penantian kepada sesiapa yang menanti filem adaptasi novel Ombak Rindu. Akupun tunggu jugak tapi taklah seexcited macam orang lain. Bukan tak minat novel ni, malah aku rasa novel nilah novel paling touching yang aku pernah baca. Dah banyak novel lain yang aku baca tapi masih lagi novel Ombak Rindu bertakhta di hati.

Sebaik saja aku tahu novel ni akan difilemkan, terus aku jadi skeptikal. Bukannya apa takut jadi macam lagenda budak setan. Memanglah citer tu best tp tak sama macam novel. Tak rasa sgt feel macam baca novel tu dulu. So aku taknak the same thing happen bile tgk Ombak Rindu the movie ni. Lagipun pemilihan Maya Karin sebagai Izzah tak menepati citarasa aku. Aku tak nampak ciri2 Izzah dalam diri die.Tapi mungkin sebenarnya die mmg boleh bawa watak Izzah tu. Entah! Kenalah tengok movie ni dulu. Lagipun Maya ni mix blood and muka die sgt tak kampung mcm watak Izzah ni. So ituje dah buat aku rasa tak teruja dgn filem ni.

Luahan kecewa si penulis novel ni sendiri menguatkan lagi rasa yang citer ni tak macam novel..huhuhu.. So skrg ni ragu2 nak pergi tgk ke tak citer ni.. Tapi saya minat giler kat novel ombak rindu tu..huwarghhhh.

Korang nak tau tak, aku beli novel ni masa aku duduk kat JB dgn sepupu aku. Masa tu baru habis STPM and result pon tak keluar lagi. Beli kat stesen bas Larkin. Tak rugi membelinya sbb tersangatlah feeling membaca novel ni. Terasa seolah2 aku ni Izzah. Kejap2 sengih, kejap2 meleleh air mata.. Emosi sungguh. Lepas baca novel ni terus aku minat dgn Fauziah Ashari. So start dari itu akupun mulalah kumpul novel2 die.

Novel2 Fauziah Ashari mengikut turutan. Semua aku ada kecuali yang terbaru, Bisik-bisik Gelora tu. Yang tu baru nak gi beli. yang lain memang aku ada dan dah banyak kali baca.
Aku suka garapan Fauziah Ashari ni. Pandai die adun cerita. Ada suka, lawak, sedih, suspen, marah..semuanya cukup. Terbuai2 emosi membaca novel dia. Cerita die lebih realistik. Takdelah asik nak citer study kat obersi je... hehe..

Korang suka tak novel ombak rindu ni?

p/s:petang ni nak gi Alamanda beli bisik-bisik gelora..

5 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

hrp citer tu samala cam novel..bc novel lg besh kot!!

Mamamya said...

akak beli novel ombak rindu masa blaja kat U dulu...mmg bengkak2 mata lah..sedih..

akak setuju dgn anne..watak izzah tu x kene lah dgn maya karin..

Manismadu84 said...

susah nak cari novel tu...pinjam leh anie...hehehe

Mama Gee said...

samalah...akak pun rasa pemilihan maya karin tak begitu sesuai dgn watak izzah tu...

teringin nk tgk..tp taklah begitu teruja... :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

kalo baca novel.. imaginasi kita berbeza~ sbb tu bila dijadikan filem.. apa yg kita harapkan..xsama mcm pengarah tu buat.. huhu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...