Tuesday, December 20, 2011

Udang goreng mentega aka butter prawn

Dah lama ngidam nak makan butter prawn ni.. tapikan setiap kali pergi makan mana2 yang ada menu udang ni mesti aku tak amik. sama ada takut tak sedap ataupun masa tu nak makan benda lain, takpun memang terlupa... So weekend haritu dalam keadaan badan masih lemah2 ku gagahkan jua diri ini dok memerap kat dapur untuk masak butter prawn ni. Sebelum tu memang dah survey2 tengok kat internet sume resepi dan cara2 nak masak udang ni. Ada yang aku faham, ada yang aku confuse. So aku buat ikut cara yang pernah aku tengok dalam rancangan masak kat tv dulu.

Hasilnye dari segi rasa memang sedap sangat weh. Cume rupa paras telur tu takdela berjalur sangat. Bolehlahkan dah kate first attempt. Petang tu suamiku balik kelas terus makan nasi. Tetiba jek die tanya

"udang ni masak apa? sedapnyer,"

Teruslah sang bini yang mendengar ni kembang kempis hidungnye dek kerana dipuji begitu tanpa perlu disuruh2 mahupun dipaksa untuk cakap sedap...huahuahuha. Even mak dengan abang akupun terkedu dan terkesima merasa udang mentega yang tak pernah umat mak aku jumpe sebelum ni...hahaha..Sedap okeh!


Udang goreng mentega/ Butter prawn

bahan-bahan
300gm udang
2 biji bawang putih (cincang)
cili padi (hiris)
daun kari
1 biji telur (pukul sedikit)
50gm mentega
garam

cara2
1. Cairkan mentega dalam kuali dan gorengkan udang. Setelah masak, angkat dan ketepikan dahulu.
2. Menggunakan mentega yang sama (tambah minyak jika tak cukup mentega tadi), tuang telur dan kacau menggunakan belakang senduk hingga masak. Telur akan menjadi seperti floss.
3. Masukkan bawang putih, cili dan daun kari. Kacau sebati.
4. Masukkan udang dan perasakan dengan garam. selalunya mentega dah masin so garam tak perlu byk sgt. Angkat dan siap untuk di ngap.

Selamat mencuba!

6 Magic Words:

Myra Jay said...

Nampak senang, nanti nak cuba, TQ syer resepi ni :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

pernah try mmg sedap!

fieda said...

wow..simple jer..nak try la..

@izY@N said...

Mmg sedap..tp x taula nape,.aku xleh mkn banyak sgt..muak..

Qhaifa Nur said...

nak ratahlah..sedapnya

Mama Gee said...

udang mmg feveretssss akak! leh try nnti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...