Thursday, March 31, 2011

Mengajar anak mengunyah

Ini bukan tips tapi aku nak mintak tips dari korang yang pakar. Si Kasyah dah ada 6 batang gigi dah sekarang. 4 batang gigi atas dan 2 batang gigi bawah. tapi masalahnya aku rasa Kasyah tak pandai nak mengunyahlah. Semuanya dia bantai telan jek. Aku ni nak lah ajar die makan benda2 yang keras sikit memandangkan gigi dah banyak tapi tak berani nak kasi.

Haritu aku bagilah biskut farleys tu tapi aku hancurkan kasar2. Die terus telan tanpa kunyah. Hah nak tercekik dibuatnye. Uwek uwek die nak muntahkan biskut tu. The same thing happen masa die makan epal. Bukan aku bagi tapi Kasyah ambil tanpa izin. Aku tengah beli buah kat pasar malam entah bile masa entah si Kasyah ni amik buah epal tu. Tengok2 die syok punye gigit buah tu. Nak bagi balik rasa tak patut pulak sbb Kasyah dah gigit. Tanya kat budak yang jual tu, bape harga epal sebiji. Last2 die bagi jek. Kasyah..kasyah..notti tau. So si Kasyah ni gigit epal tu dan terus telan tanpa kunyah. Mau tak tercekik. Uwek uwek lagi die nak buang epal kat tekak die..

So sekarang ni aku serba salah nak bagi die makan benda keras2. Aku bagi bahulupun die telan terus. Geram gak sebab die tak nak guna gigi die tu. tapi kalau menggigit tangan orang bukan main lagi. Sakit wooo...

Kawan2..macam mana nak ajar anak mengunyah yek? Sesapa yang ada tips tu bolehlah kasi..Gigi bawah die pun nampak macam nak bertambah dah..heheh

daaaa... (jasamu dikenang)

Wednesday, March 30, 2011

Bila orang melayu dah kaya

Ini bukan nak mengutuk jauh sekali nak dengki dengan kejayaan orang lain tapi ini realiti. Pengalaman aku sendiri.

Aku berurusan dengan seorang makcik ni yang mempunyai sebuah butik pakaian di Bangi. Aku ke butik ni untuk beli barang obviously. Pekerja makcik ni sangat ramah melayan aku. Tapi makcik ni memang kerek. Dengan nada sedikit kurang ajar (pada pandangan aku as customer) die tanya pekerja die siapa aku. Aku nak senyum tapi malangnya makcik tu langsung tak pandang aku. Well takpelah. Jimat senyum aku.

Barang yang aku nak habis stok and makcik tu kata die boleh tolong hantar brg tu ke rumah sbb die lalu area rumah aku. Okaylah aku no problem. Makcik tu tanya aku peta rumah. Baru nak cerita, makcik tu dah potong macam die pandai. Dahlah cara die bercakap seolah2 die bercakap dengan kuli. Pandang pon tak. Asik mengeluh jek bile tak faham peta aku. Padahal peta aku sangat basic bagi die yang hari2 lalu jalan tu. Takpe sabar lagi. Aku ingatkan aku jek yang perasan makcik tu kerek rupanya suami aku pon rasa benda yang sama.

Apa yang buat aku rasa die adalah seorang orang agak kaya yang tak sedar diri adalah apabila die tak menggunakan perkataan2 sopan yang selalu aku gunakan. Aku rasa bukan aku jek guna tapi mungkin ramai lagi guna perkataan ni. Perkataan minta tolong macam 'boleh tak','tolong ambilkan', 'boleh tolong', 'maaf ye' dan sebagainyelah. Sebagai orang yang berakal dan menghormati orang lain, aku sentiasa guna perkataan2 tu. Tapi makcik tu tak. Die menyuruh bukan meminta. Contoh ayat die "awak datang amik sendiri kat butiklah. Susahlah saya nak cari rumah". Bukannya die tak boleh cakap "Maaf ye, boleh tak kalau awak datang amik barang tu kat butik? Saya takut tak jumpa rumahlah." Kan elok macam tu. Bukannya arah aku dtg. Lagi satu since aku refuse utk dtg amik sendiri brg tu sbb die dah janji nak hantar, die suruh aku turun amik brg kat die kat lobi tapi ayat die macam ni "Awak turun sekarang. Saya nak cepat ni." Hek eleh. Seeloknye die ckp "Saya dah sampai ni, boleh tak awak turun kat bawah?Saya nak cepat ni."

Erm..itulah orang melayu, baru nak kaya dah mula keluar sikap2 lupa diri tu. Aku tak rasa makcik ni dah jutawan tapi die memang agak senanglah. Pekerja diepun nampak macam takut2 dengan dia. Aku terfikir kalaulah makcik ni dah betul2 jadi jutawan dan dah dapat datin, agaknye die tak layan dah orang2 macam aku ni dtg kat butik die.. Hmm..manusia..manusia..

daaaaaa.....

Tak tahan sangat ni...adoyai

Tak tahan! Tak tahan! Tak tahan! Serius aku memang dah tak tahan sangat dah ni..Kalau ikutkan hati kat tepi jalan pon jadi..huwarghh..sangat tak tahan weh..

Hehehe..Sory guys. tetibe ku terjah dengan tak tahan jek. Actually ni hal pagi tadi. Masa nak pergi keje. Harini dek kerana hujan so kami naik ketelah. Aku tak bawa kete sendiri tapi suami hantar. Ntah cemana aku boleh pulak rasa nak terkucil. Memula bolehla tahan tapi kalo dah sejam takkan leh tahan punya. Korang bayangkanlah (boleh mula bayang sekarang) aku start rasa nak terkucil tu lebih kurang pukul 7.20 gitu. Jalan pulak jam giler sbb hujan ramai org naik kete. Stesen minyak pulak memang takde sepanjang jalan tu sampailah lepas opis aku baru ada. So camne? takke seksa jiwa raga aku dalam kete tadi. Serius rasa nak menangis sbb dah tak tahan sangat. Kete pulak jalan terkedek-kedek. Aku pulak dok tekemut-kemut menahan rasa gundah gulana yang tak tertanggung tu..

Sakit betul pundi kencing aku sebab menahan hajat tak sampai. Aku soh suami aku lalu smart tapi dlm smart pon terkedek2 lagi. Aku dah tak tentu arah dah ni. Nak jek ku berhenti tepi jalan tu..Suamiku pulak boleh cakap "botol takde ke? Eh, orang perempuan mana leh buang dlm botol." Nak jek aku sepuk mukenye di saat itu. Bile aku dah merengek kesakitan sbb tak tertahan boleh lak laki mak cakap "sory abang tak dapat tolong." Woi, tolong senyap boleh tak????

Akhirnye lepas sejam menahan rasa barulah aku berjaya melunaskan hajat terpendam. Nasib baik pintu visa section dah bukak so tak yah aku masuk opis. Lega weh...tak mo lagi jadi lagu ni.. Tibe2 rasa nak bukak satu stesen minyak on the way ke opis aku tu. Kalo orang lain jadi macam aku jugak memang haru...huhuhuu

Tuesday, March 29, 2011

Pengalaman pahit di Hospital Putrajaya

Hallu..hallu..hallu...Lamenyer aku tak menge'pos' apa2 kat blog aku ni. Bukan takde cerita tapi banyak beno halangannyer.. Ni pun curi-curi masa sambil key in data budak2 yang apply scholarship sambil tu meroyan kat sini..hehehe... Ade ke yang rindu aku? Sure takde kan sebab mak tak fofular uols.. Mak melukut di tepi gantang jek... (tetibe). Alkisahnye aku nak story pasal bad experience aku masa dapatkan rawatan untuk Kasyah di bahagian kecemasan dan trauma hospital Putrajaya. Ini pengalaman aku sendiri ye. Kalau korang nak puji melangit hospital putrajya tu best, lantak koranglah. Akupun bukan nak kondem sepital tu tapi nak tegur sikit perangai satu kakitangan kat situ.

kejadian ni berlaku 11 mac yang lepas. Hari jumaat. Aku pergi kerja macam biasa sebab semalamnya aku dah mc. Mc dek kerana aku terserempak penipu gemuk (yang ni malas nak cerita lebih2). Masa ni Kasyah demam dah 3 hari so suamiku cuti untuk bawa Kasyah pergi klinik kesihatan putrajaya kat precint 9 tu. Bile cek darah, doktor kata result darah tu ada yang tak kena. Darah Kasyah pekat daripada biasa and perlu direfer ke sepital. Suamiku call aku and aku yang dengar ni terus mintak half day dengan bos. Pecut terus ke sepital putrajaya tu. Sampai sana, turn Kasyah belum tiba lagi walaupun suamiku dah tunggu hampir 1 jam. Kamipun sempat makan pau nak hilangkan rasa lapar sebab dah tengahari. Bile Kasyah kena jumpa doktor, doktor kata mungkin doktor yang kat klinik tu tersilap tapi untuk lebih confirmation kasyah kena amik darah lagi. Hah, masa nilah semuanya bermula.

MA yang ditugaskan untuk amik darah Kasyah tu sangat tak professional dan tidak cekap. Nama MA tu Mohd Helmi. Orangnya gemuk pendek dan botak di tengah kepala. Sebelum ni memang tak pernah pun ada problem untuk amik darah Kasyah. Senang jek darah keluar dan die pun tak nangis beria sangat. But the problem was bile MA tu cucuk tangan Kasyah darah tak keluar sbb tak kena urat. So untuk cari urat tu die dok pusing-pusingkan jarum tu dalam tangan Kasyah. Tolonglah, sakit tau. Kasyah pulak dah menangis beria-ria sebab sakit. Aku yang pada mulanya tak tengok terus tengok sbb dok tunggu lama sangat masih tak settle lagi nak amik darah. Kasyah dah terjerit2 and MA tu masih lagi dok pusing2kan jarum cari mana urat. Suamiku yang dah mula hilang sabar terus tanya MA tu, "tak dapat lagi ke? Jumpa tak?" MA tu senyap jek. Bile dah lama suamiku kata "dah lama dah ni takkan tak jumpa lagi?" MA tu terus keluarkan jarum and aku nampak dengan muka bengang die terus blah tutup tirai sebelah katil. Aku boleh kata proses tu lama sebab nurse yang lalu kat situ pun boleh tanya kat die "tak dapat ke?nak tolong tak?" Kalau nurse pun boleh tanya macam tu nampak sgt dah lama sangat die cucuk tangan Kasyah tapi masih tak berjaya untuk amik darah.

MA tu mintak nurse tu tolong. Nurse tu cakap dengan aku dan suami soh keluar dulu. Akupun keluarlah cume suami jek berat hati nak keluar tapi nak keluar gak. Sebelum keluar tu suamiku pesan "jangan ambil lama2. Kalau tak dapat dah. Cuba lagi." Yang si MA bodoh tu terus cakap keluar! keluar! Makin lama makin kurang ajar cara die cakap keluar tu. Siap halau-halau lagi. Nasib baik aku ni penyabar gak orangnya. Tapi suami aku memang pantang kalau orang kurang ajar dengan die. Naik anginlah. MA tu dengan suara yang agak tinggi sebut keluar sambil tolak suami aku ke pintu. Apalagi mengamukla my husband. Die tanya "Yang awak nak kurang ajar dengan saya ni kenapa?" Aku yang dah nampak suami aku tu naik angin terus tarik die dan MA tu dengan kurang ajarnye hempas pintu bilik semi kritikal. Dek kerana MA tu hempas pintu makin hanginlah laki mak. Terus ditumbuknye pintu tu. Tapi pintu tak apa-apa tangan die yang sakit sampai ke hari ni. hehehe.

Kalau korang, korang marah tak dengan MA tu? Secara peribadinya aku memang marah tapi biasalah aku ni tak suke tunjuk kemarahan kat orang. Dahla tak cekap ambil darah anak aku lepas tu tak boleh terima teguran pulak. Kurang ajar lagi dengan pesakit. Memang wajar kalau kena tindakan disiplin tu. Ikutkan hati nak jek aku jumpa pengarah hospital putrajaya dan adukan hal ni sampai die kena buang kerja tapi tak patut pulakkan. So aku luahkan kat sini aja. Sesapa yang nak ke sepital putrajaya bahagian kecemasan berhati-hati dengan ketidakcekapan MA bernama Mohd Helmi tu. Sesapa yang kenal Mohd Helmi tu boleh tolong sampaikan salam kebencian aku pada dia.

Sampai ke hari ini memang aku benci dengan dia. Aku rasa die tak layak kerja MA tapi lebih layak kerja dengan lembu. hah, bencinya aku kat die... Well itulah pengalaman pahit aku di sepital putrajaya. Dek kerana wujud MA bodoh tak professional tu tercalar sikit imej sepital putrajaya di mata aku. Erm, okaylah malas nak cerita lagi...Memang sakit hati..

Thursday, March 24, 2011

Rindu

Wei tolonglah wei..korang..aku rindu giler kat blog ni tp masih takde kesempatan dan waktu nak update cerita..
dah bersusun tunggu que nak masuk dlm blog ni....
dahla busy pastu demam pulak sampai 4 hari...
bala apakah yang melanda diriku???
Adakah aku tersampuk hantu kak limah balik rumah?????
Aku nak update blog la..
Apekehe nye yang aku takde masa ni????
Hah? Hah? Hah?
p/s: Semalam harijadi suamiku..Happy Besday Abang! Semoga dirimu akan lebih berjaya lagi... Terus menyayangi kami... Luv U!

Thursday, March 17, 2011

Banyak nak cerita ni weh...

Hallu hallu..lame dah aku abaikan blog aku ni..sory banget deh. Aku ada banyak story nak cerita kat sini tapi serius aku busy sangat. Semua gara-gara tsunami kat Jepun. Rasanya ramai yang tahu aku keje kat mana kan? Sejak tsunami tu melanda jepun, opis akupun dah macam kena tsunami. tsunami call dan tsunami orang. Yelah banyak betul call yang berkaitan tsunami. Ade yang nak menderma, nak tanya situasi, nak tanya datang dan mcm2 lagila. Press pun ramai yang dtg. Aku rasa semua press yang ada kat Malaysia ni dah dtg opis aku. Surat khabar jgn ceritalah memang berlambak news psl tsunami..semua tu aku kena cut and copy make slight translation..

Ada macam2 benda berlaku sejak minggu lepas..kejadian menyakitkan di hospital pun aku tak cerita lg...arghh..aku rindu sama blog...Mau update macam2 cerita tapi aku busy...kat rumah mmg tak sempat..lagipun suamiku skrg outstation ke perlis..die bw laptop..

eh..eh..colleague aku mintak tolong siapkan surat utk dihantar lah...kena stop dulu walaupun masih nak bebel lg..nnti ada masa aku merapu lg eh...daaaaa...

p/s: sory for what happen in Japan. As employee i do feel the impact..

Thursday, March 10, 2011

Menggoda you.!!!

Haaa..tergoda tak tengok renungan makrifar si Kasyah ni?? I terguda uolss..NI gambar dah lebih sebulan dah..Dok belek2 dalam komp jumpe gambar ni belom share kat sini. So letak jelah..

Lepas merenung dengan pandangan yang cukup seksi kite ketawa keriangan pulak ye...hehehe

tu jekla..takde cerita beb!daaaa.......

Wednesday, March 9, 2011

When we know the truth....

Today, everything was clear. I got the answer. I was shock. I couldn't speak as I feel like falling. Damn! It hurts my feeling so much. Sometime it is better not to know because once u know it forever u'll remember it.

I hate u so much and maybe for the rest of my life. I feel like a moroon and I just let you make me one. I thought all my hardwork will get equal appreciation or at least reasonable but unfortunately they make me like I'm not welcome here. You just bullshitting me man!

Now I know where is my place. If its the house, I can say that I just fit in the toilet. See? Everybody can stay nicely in the room or even master bedroom but me? Have to struggle to fit in the smelly little place. Hate u the japs.

I thought it was just that but unfortunately it wasn't. There was other thing that bigger than that. Was totally unexpected. That make me feels like i'm the real jerk. The most stupidess person living on earth. You act like you care and you also the victim but the truth is you the motherfucker. I'm sorry if my words kind of extreme but if you know the real story you'll understand why I act like this. You try to convince me that I'm not alone in this but the fact is I am alone. Now I realize that what I feel about you and what you say is right. Damn right. I will not forgive you. Ever. I never expect that you would do this me. What kind of people are you? No wonder you were so calm about this issue because you were not the loser but the winner. Ah..what a fake. You are a total fake. Faker! I start to hate you as soon as I know bout this. And I feel this hate will grow bigger and bigger every second. You played with my honour, dignity, trust and pride. This is so unfair. I wish you satisfied. Let Karma do his job!

Arghhh..hate this feeling...Why me? Am I too bad???????


Menyesal buat baik dengan orang. Selama ni aku diam tapi rupanya korang
pijak kepala aku. Dont mess with me. Lepas ni memang aku takkan percaya ko lagi.
Aku akan terus berpura-pura seolah-olah tiada apa2 tapi tuhan jek yang tahu apa
yang tersirat dalam hati ni. Semoga hidup ko tenang hidup dalam penipuan
ni...Setiap perbuatan ada balasannya..tunggu.

Munchkin nyum nyum

Masa pergi butik manjaku aritu ternampak pulak munchkin ni..Pernah gak tengok dlm blog fashya tapi masa tu memang aku tak leh figure out munchkin ni mana gaya. So bile dah nampak depan mata barulah tahu. Aku tak bajet nak belipun tapi suamiku pulak yang beria soh beli. So akupun sambar jelah. Ni aksi si Kasyah ni masa makan watermelon guna munchkin ni..

Masa aku bagi mula-mula dia macam pelik jek. Masuk mulut pun tak nak tapi aku sumbat gak sebab nak die betul2 rasa ade melon dalam tu. Bile dah betul2 rasa barulah die terus nyonyot.

dah beria dah nyonyot melon ni. Tengoklah mulut die tu. Kemain lagi.

Suke pulak aku amik gambar die sambil nyonyot munchkin ni. Senyum jek. Bile dah nak abis die terus main ketuk munchkin. Dah tak nak lah tu..

hehehe.tu jek..daaaaa....

Buai laju-laju

♫Buai laju-laju♫
♫sampai pokok sena♫
♫apa dalam baju♫
♫sekuntum bunga cina♫

Lagu ni memang selalu mak aku nyanyikan masa aku kecik dulu. So sekarang ni aku lak nyanyikan untuk Kasyah. Gambar ni dah lebih seminggu dah. Sebelum nak gi jalan ke Midvalley aritu. Before naik kete singgah jap kat playground bawah rumah ni untuk main buai. Ni first time Kasyah main buai. Tak tahulah kalau die pernah main kat Taska. tapi dengan aku memang first time la. Muka memang serius jek. Tak tahulah takut ke boring..huhuhu. Layan je lah.







Balik dari Midvalley kami terus ke butik Manjaku kat Bangi..Rambang gaklah mata tengok barang2 baby. Aku beli beberapa barang je. Ikutkan hati memang aku borong kedai tu..tapi ikut duit dapat ciput jela..



Gambar ni masa kat kedai manjaku...ternampak basikal comel ni..Geram gak nak beli tapi tunggulah mungkin as birthday Kasyah masa setahun nanti..Insyaallah.

daaa....

Tuesday, March 8, 2011

Kena buli dengan mama..again????

Hahaha..anak mama kena buli lagi.. Hari jumaat last week kan emosi tonggang langgang mood kelaut sume so balik kerja memang aku ajak suami pergi pasar malam.. Aku pun belilah tudung konon2 terapilah nak kasi mood okay sikit. Balik rumah tu aku sesuka hati pakaikan tudung tu pada Kasyah..Kelakar tengok die berusaha nak melepaskan diri..Tak dpt nak amik gambar yang elok2. Layan jelah mood mama yang tak menentu masa tu..

Puas pegang tangan die supaya jangan tarik tudung ni..sempat gak snap sebelum die cabut tudung ni..Rimas weh..

Sebab tudung tu senang nak tanggal aku pakaikan inner ni pulak..susah sikit nak jatuh utk tarik..huahuahua..jahat tak aku???


Dah mula dah nak melepaskna diri...DAh start rasa mama ni annoying la tu..tak kuasa tau..


Akhirnya dapat gak gamabr yang comel...tapi tengoklah tgn tu dah bersedia nak tarik inner tu ..Rimas gamknye..Kasyah skrg memang payah nak pakai topi...tak pernah lekat topi kat kepala...Agaknye die rasa kalau rambut pacak lagi hemsem kot...ahaks..tak sangka anak mama ni perasan jugak..huhuu

daaaa....

Monday, March 7, 2011

Emosi dan hiburkan hati

Minggu lepas benar2 mencabar emosi aku..Memang aku agak terganggu sampai aku demam. Tak sangka hal ini boleh aku jatuh sakit. Aku tak tahu rasa apa yang lebih. Marah atau kecewa?Yang pasti aku memang emosi. Nampak sangat ketidakadilan berlaku.. Tapi apa yang mampu aku lakukan? Nothing..

Sabar jelah. Moga-moga akan ada sinar untuk aku lain. Manalah tahu ada peluang yang lebih baik menanti aku..Dek kerana dah beberapa hari ni emosi memang terganggu dan most of the time memang aku gunakan untuk menghiburkan hati so harini pun aku masih cuba memujuk hati yang lara ni. Balik keje tadi hujan memang lebat..Jalan pun jem luar biasa. Kete tak bergerak. Aku yang naik motor ni pun susah betul nak lepas. Pelik gak sebab walau hujan camne pun jaranglah kete sangkut kecuali banjir tapi jalan nak balik dari ofis aku memang tak banjir. Rupa-rupanya ade pokok tumbang. Bukan satu tapi banyak. Bayangkan kat jalan Tun Razak berhampiran terowong dekat jalan nak gi bukit bintang tu ada 2 pokok tumbang. Lepas terowong ade lagi. Jalan atas terowong pun ada. Yang lagi syahdu kat tempat parking kereta sebelah bangunan RHB. Habis kereta kat situ kena hempap. Pokok kat Menara Technip pun tumbang jugak. Dah macam hari pokok tumbang sedunia dah..

Since hari hujan dengan lebat so kami taklah terus amik Kasyah kat Taska. Balik rumah dulu mandi2 tukar baju baru amik Kasyah. Disebabkan nak bayar kad kredit so terus decide nak makan kat luar. Lagipun perut memasing dah lapar. Kami makan kat Kenny Rogers Alamanda jek. Thanks to my husband sebab hiburkan hati aku belanja Kenny's.

Walaupun ade perkara yang dah menyentap emosi aku tapi ada juga yang dapat menghiburkan hati. Cek nuffnang dah sampai.. Yahoo.. walaupun tak banyak tapi nak suka gak sebab setahun aku tunggu baru dapat cash out.. Hehe orang lain dapat beribu aku dpaat RM60 pun dah banggo..Tak kisahlah at least dapat gak hiburkan hati ni..

Gambar semasa makan..Padahal dah ngap dulu baru teringat belum amik gambar..hihihi

Ni aku punye meal..amik mashed potato sbb nak bg Kasyah makan..Boleh tahan gak die makan. Muffin tu pun aku suap gak kat die.. Ayam pon aku bagi tp sikit jela kasi rasa..




okaylah..daaaaaaa

Friday, March 4, 2011

Unexpected

When we expect something but end up the thing that we expect is not expected at all, than it will effect our feeling. That is what happen to me now.

I feel a little bit down today. Actually not a little but vey down. It's not like I expect something big but please be considerable. It's not worth it at all. And I can say that it's like nothing.

Poor him. I'm not able to give him better life. I'm sorry...

Thursday, March 3, 2011

Gigi lagi...

Hari tu dah tunjuk gigi bawahkan so kali ni nak tunjuk gigi atas pulak.. Dah 3 minggu dah gigi atas si Kasyah ni tumbuh tapi baru la ni nak bagitau..huhuhu lembab betul mama ni.. Patutnye dah masukkan weekend haritu tapi biasalah mama Kasyah ni 'terlebih rajin' tu yang baru hari ni nak cerita..

Nampak tak gigi baru saya????Susah tau nak dapat gambar gini sebab biasalah si Kasyah ni kalau nampak kamera mulalah diam seribu bahasa...Daripada bising terus senyap..

Ni lagi satu..gambar masa kat KFC last weekend. Sempena kebercutian papa daripada kelas so dapatlah kami gi jalan-jalan Midvalley. lama tau tak pergi Midvalley.. tapi bukan jalan mana pun. Pergi Jusco dengan carefour 'penipu' jek.. Kenapa aku panggil carefour ni penipu? nantilah kalau rajin aku cerita..

Tu jek nak bagitau...Ade lagi gambar Kasyah aku nak upload tapi tungguuuuu...

daaaa......

Uishh Sedapnyer...

Burppp..Alhamdulillah kenyang..Hari ni ade orang belanjer mestilah kenyangkan.. Bos aku ade hutang dengan aku dan kawan aku so hari ni barulah bos bayar hutang tu..Bukanlah hutang duit tapi bos dah janji nak belanja kami lepas Education fair bulan 12 tahun lepas. Disebabkan busy baru la ni dapat pergi makan sesama. Mula-mula nak pergi makan kat restoran Rakuzen kat G Tower tapi penuhla pulak.. terpaksa kami pusing balik dan makan kat Kirishima sajek. Kirishima ni memang restoran Jepun paling dekat dgn ofis. Dah jadi macam restoren rasmi officer2 kat sini. Kitorang yang local pun kalau terasa nak makan Japanese food kat sini jugaklah tempatnye..

Harini kami ketuk bos amik set yang mahal. Satu set RM58. Ade lagi yang paling mahal tapi sashimi semata2 so tak naklah. Set ni dipanggil Kirishima Gozen set. Dalam set ni ada sushi (ikan mentah), sashimi (hirisan ikan mentah semata2 makan dgn wasabi dan soya sos), daging grill yang maveles, tempura yang rangup, sup, salad, chawan mushi, pickles, sayur, soba dan juga tembikai..

Aku tahu masih ramai yang ragu2 nak makan ikan mentah ni tapi belum cuba belum tahu. Rasa ikan ni memang tak hanyir ye tapi lembut dan juicy. Sedap weh makan dengan wasabi. Menusuk ke hidungku. Dulu akupun geli gak nak makan ikan mentah ni tapi bile dah cuba rupanya not badlah. Sedap jek aku rasa...Korang kalau tak pernah makan bolehlah cuba..

Selain amik set tu kami order gak unagi roll ni. Tamak haloba betul. Unagi ni dalam bahasa melayu belut ye kawan2... Ade ke yang tak makan belut? Ruginye sebab belut ni sedap sangat.. Dicampur dengan sos grilled yang pekat dan sedap memang yummy lah...oishii bak kata orang Jepun. Unagi ni memang salah satu feveret aku kalau makan makanan Jepun tapi harga unagi ni agak mahal so kalau orang belanjer baru aku amik..huhuhu. Jahat!

Oh ya, bukan ni jek yang kami makan. Lepas habis set ni kami request nak makan desert pulak sbb set lunch bos smpi lambat. Since kami dah habis makan so nak tunggu bos pulak kami orderlah desert. Aku order Fondant Chocola..Kek coklat dengan coklat syrup didalamnya di makan bersama aiskrim vanilla. ala-ala brownies dengan aiskrim la jugak..sedap weh...nikmat betul makan.. Kawan aku lak amik macha aiskrim. Aiskrim berperisa green tea. Aku tak suka sebab ada rasa pahit..hehehe.. Gambar terlupa nak amik sebab terus ngap bile die sampai..nampak sangat gelojoh...

Anyway, thanks bos sebab sudi belanja. Walaupun bos selalu menyusahkan dan menyakitkan hati aku tapi bos pandai balancekan dengan belanja aku huhuhu.. Lepas ni akan ada lagi edisi makan2 dengan bos sbb next week ada education fair kat KLCC pulak...

daaaa.....

Wednesday, March 2, 2011

Nak cantik??? Ni ada petua melayu lama

Dah lama gak aku tak masukkan tips kat sini. So harini ada sedikit sisa kerajinan bolehlah aku taip tips cantik. Lagipun scholarship dah bukak so aku akan busy sampai bulan 6 nanti. Scholarship apa? Monbukagakusho MEXT Scholarship...Nak tahu lebih lanjut taip jek scholarship tu dlm google search. Malas nak cerita. Tips cantik hari ni memang petua orang dulu-dulu. Sesuai diamalkan oleh anak-anak dara dan juga mak-mak janda yang mahu diri cepat dipinang orang..eh??? Semua perempuan pon sesuai nak amalkan tapi lebih elok kalau diamalkan sejak dari anak dara lagi..

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangun dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan.. Ala-ala sit up le konon...Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan..(Yang ni aku tak sampailah..perut kombung..hehehe)

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi elakkan mencuci muka dengan sebarang alat pencuci ataupun mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Kalau lepas berwuduk pun biar air kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita dan menjadikan muka bercaya dan segar kerana pelembab asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan payudara
Apabila mandi terutamanya waktu pagi, cucurkan air pancuran ataupun air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulaman yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Nanti nafas dan badan akan berbau wangi.

5. Lubang jarum
Latih otot penahan kencing seolah-olah seperti menahan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak makan makanan pedas dan panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut pangkal bunting padi.
Biasakan mengurut di pangkal betis iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila berjima' setelah berkahwin nanti..

8. Payudara montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda..

Itu sajalah tips cantik hari ini. Tips ni aku ambil dari akhbar berita harian. Lain kali kalau aku jumpa tips yang lebih menarik aku kongsikan di sini ye..

daaaa......

Pengotor hak tuih!


Nampak tak gambar apa kat atas tu??? Hah tak nampak?? Cube korang klik gambar tu pastu zoom sikit..mesti nampak punye.. Ini gambar original dari my camera okay. Gambar ni baru jek berusia 2 jam.. Memang freshhh baik punye..

Ini kejadian pagi tadi. Aku memang bengang betulla. Dahla tengah lapar gilak. Tapi tak dapat makan..ish geramnye. Pagi ni aku terpaksa pergi ke Hospital Ampang Puteri antar stool sebab diorang mintak. Lupa nak cerita yang semalam aku pergi medical check up kat sana tapi tak dapat nak bagi stool so malam tadi akupun makan ubat supaya pagi ni boleh lah "baking stool" untuk hantar kat sana. Bile dah membuang tu of cos la perut lapar kan. So lepas hantar stool kat sana aku ajak suami aku singgah beli mihun jap. Perut lapar beb terpaksalah aku brekfes berat sikit.

Sampai opis aku terus bukak mihun. Fikir nak baham jek ni. Bile makan sesuap terasa bihun ni macam nak basi jek.. Aku bau-bau lagi memang macam nak basi... Tapi sedapkan hati aku katalah perasan aku je kot. Pastu aku kuis-kuis mihun tu ntah cemana nampak baik punya lipas dok mati terbongkang dalam mihun tu.. Hampeh.. Bladihel. Terus terputus selera aku nak makan. Macam ni punya orang meniaga pun ada. Dahla mihun tu dah lama (serius bau basi) pastu ada lipas pulak. Aku terus bungkus balik dan buang. SO sekarang ni aku memang menahan lapar yang amat... Tengahari ni tak tau nak makan apa. Tension aku..

So kepada sesiapa yang opis die dekat dengan lrt Ampang Park, aku nasihatkan janganlah beli sarapan dekat makcik dengan pakcik rambut kembang tu.. Dahla tak sedap, pengotor pulak tu.. Dulu aku memang pernah gak beli kat amkcik pakcik ni dan memang dah tau yang makanan die tak sedap langsung tpi tadi terpaksa beli sebab makcik yang biasa tu dah bungkus sebab dah habis makanan die... So no choice aku beli jugak kat makcik pakcik ni.. Aku bukan nak tutup periuk nasi orang tapi aku taknak orang ramai teraniaya. Ini bukan kejadian pertama dan aku bukan orang pertama yang kena..

Peringatan untuk yang nak meniaga makanan ni, jagalah kebersihan dan kualiti makanan. Jangan pulak marah orang kalau orang tak nak beli kat ko ye..

daaaaaaa.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...