Friday, April 29, 2011

Takmo! Takmo! Takmo!

Korang sejuk tak? Aku kan sejuk giler sekarang walaupun hujan dah berhenti dan matahari dah menmpakkan sinarnya. Aku tengok orang lain (in my office) selamber jek. Takde sibuk cakap sejukpun. Aku sorang jek terkemut2 menahan sejuk.

Memang sejuk bangat deh. Seram sejuk ni selalunya nak demam. Start petang semalam ada rasa seram sejuk. Balik rumah aku terus telan panadol. Kul 8 lebih dah ZZZZZ.. Anak aku gomol2 akupun aku buat dek jek. Serius rasa semacam. Bajet pagi ni okay tapi nampaknya macam tak. Sejuk giler sampai menusuk ke tulang. Adoyai.takkan nak demam lagi. kalau macam ni tetiap bulanlah aku cek in klinik. Tension.

Nak buak guane nak kasi badan peluh ek?? Takkan nak berlari keliling opis pulak. Kdg2 aku kalau kena panas bukan makin berpeluh tp makin demam...Dahla baru pukul 11.30. Lambat lagi nak balik. Petang ni nak drive balik kampung pulak. Suami tak ikut sebab die ada final exam esok. Takmo demam.....

daaaaaaaaa....

Thursday, April 28, 2011

Kek Coklat super lembab tanpa telur

Projek petang semalam leas balik keroje. Terjumpa resepi ni dalam blog Kak Madiha terus berminat. Bahan-bahannye mudah dan cara membuatnye pun senang. Dah macam nak buat lempeng jek gayanya. Tapikan hasilnye sangatlah mengkagumkan. Very the moisturizer...Lembab jek. lagipun kek ni tak begitu manis. Sedang2 elok jek rasanya. Kek nipun quite healthy sebab tak guna telur mahupun mentega..

Amacam tergoda tak??? Yang bintik2 coklat tu bukan defect ye tapi parutan coklat makan yang ada banyak kat rumah tu. Jadilah gitu ropenye... Nak siap beria takde bahan2 hiasan.



Meh terus ke resepi. Aku copypaste jek dari blog kak Madiha. Halal ye kak... Dengarnye resepi asal adalah dari blog DayangJack.

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Bahan-bahan

* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 cawan serbuk koko
* 2 sudu besar susu tepung
* 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
* 1 cawan gula perang
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
* secubit garam
* 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
* 1 sudu kecil cuka atau jus lemon (Aku tak letak sebab takde)


Cara membuatnya :

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
3. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
4. Masukkan air sejuk dari peti ais, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco @ chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
5. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran. Aku bantai topping dengan coklat masakan ade lebih sikit..Sedap gak..hahaha

Kalau nak mencuba dipersilakan. Tak rugi sebab senang dan sedap. Daaaaa......

Sentap

Semalam laki mak ngadu kat mak yg die panas hati dek perangai org opis die...mak ni sebagai isteri mithali dengarkan jelah luahan perasaan laki mak tu.. Biasalah kalau dah bekerja dengan org ni macam2 la perangainye.. Laki mak bengang dengan ketua group die yang dah jaja cerita tak betul pasal die. Apalagi hangin lah laki mak yang dah memang terkenal dengan kehanginannya tu. Makcik tue sibuk jaja kata laki mak takmo buat keje die bagi. Kirenya makcik tu sentaplah sebab selama ni memang makcik tu dok harap laki mak jek tolong die. Lagi 2ekor budak same group dengan laki mak ni memang tak boleh harap kekdahnye.Especially pompuan gatal.

Menurut kata laki mak, dahla menjaja citer kata laki mak tolak keje pastu die dok bangga cakap si pompuan gatalkan laki orang tu lagi boleh diharap dari laki mak. Die kata "Pompuan gatal tu demam-demmapun boleh tolong makcik kak ni." Itu yang buat laki mak geram sangat tu. Selama ni laki mak dok buat keje berlambak sendiri jek. Yang pompuan gatalkan laki orang tu asik hilang gi dating dengan laki orang, laki mak diam jek. Dahla hilang bersama, cuti pun bersama. Pompuan gatal tu buat onar makcik tu buat dek jek. Yelah, anak kesayangan die. Buatlah onar cemana pun makcik tetap bela ko nak! Hah gitu le lebih kurang citernye. Mau tak membela, makcik tu siap sound bebudak pompuan opis laki mak sebab tak nak kawan dengan anak kesayangan die tu. Wah, kuat betul pengaruh ko ye pompuan. Padahal pompuan tu yg sombong. Yelah dah natural perangainye gatal, mestilah layan lelaki je nok..Kuase tau nak layan pompuan-pompuan ni. Dapat ape?

Laki mak ni bengang dibandingkan dengan pompuan gatal yang tak layak dipuji tu. Satu opis menyampah dengan pompuan gatal ni dek kerana kegatalannya menggoda laki orang. Yang benor mak pon menyampah dengan pompuan gatal tu. Ish kalo boleh dengar nama pompuan gatal tu pun mak tak nak. laki orang tupun entah2 sekarang ni dah bergelar solo. Yelah dok tergilakan2 pompuan gatal tu. Berjaya jugak taktik nguratan pompuan gatal tu. Syabas bette! Nasib baik mak tak jumpe lagi dengan pompuan gatal tu.. Tak kuase mak! Dari mak jumpe ko, baik mak gi zoo jek..Wah, very the low class mak levelkan ko dik!

Harini laki mak cuti. Yelah orang nak final exam kenalah study. Lagipun laki mak jarang amik cuti. Kalo nak dibandingkan dengan pompuan gatal tu dah tentulah jauh panggang dari api. Uolss kan mesti tertanya kenapa mak sibuk nak story pasal opis laki. Mak ni bukan ape, mak tahu laki mak tu takde tempat nak mengadu. So mak tolonglah mengadukan..hihihi. Mak cakap jek dengan laki tukar group lain. Dah lama jugaklah mak soh die tukar group dek kerana mak very the menyampahs dengan pompuan gatal tu, tapi laki mak kate die kesian dengan makcik tu.. Walaupun ikutkan hati die memang nak tukar group sebab duduk group sekarang ni kerja tak berkembang. Nasib baik tahun ni laki mak dapat pegang satu projek, kalau tak melanguklah laki mak buat kerja kerani. Very the unrelated okay. So sekarang ni, mak cakaplah makcik tu bukan kisahkan laki mak, die lebih kisahkan pompuan gatal tu. No point nak stay lelama bawah makcik tu. Soh je pompuan gatal tu dengan kekasih hatinye bergabung in the group. Kan bagus. Ko nak merendek bile2 masa pon ade orang kesah???

Eh, dahlah. Kang mak cakap lelebih kang, ade orang lain pulak yang sentap.. Cukup2lah makcik tu sentap. Hah, pompuan gatal tu, walaupun ko dapat backup baik punye daripada makcik dengan kekasih hati tapi bagi maklah kan, ape gunanya ade 2 orang yang sayagkan kite sedangakn ade 100 orang benci dengan kite. Renung-renungkan dan selamat beramal... daaaaaaaa


Kalo ko berambos pon dari situ, orang lagi suka weyy...Siap buat parti
besar-besaran lagi meraikan keberambusan ko tu.. Kalo ko ade pon buat orang
sakit mata jek buat ape? Ni akak nak pesan ni, awak tu muda lagi, ubah2lah
perangai...

Wednesday, April 27, 2011

Kasyah 10 bulan

Hai anty..hai uncle..dah lama saya tak cerita pasal diri saya. Mama ni asik citer pasal die jek. Harini saya nak citer pasal diri saya. Ingat mama sorang jek boleh glemer.. Saya pun nak glemer gak (Amboi anak mama ni, lawan tokey nampak)

Saya sekarang dah 10 bulan. Dah makin banyak ragam saya sampai mama saya tension. Asik nak menjerit jek kat saya. Langsung tak kasi saya nak main (dah kalau anak mama panjat kabinet tu takkan nak bior jek). Saya rasa tak bebas tau. Baru keluarkan kad astro, mama dah cakap NO. Saya nak kemburkan bakul toiletries, mama dah bising. Saya nak pergi dapur mama tak kasi. Saya nak main dlm toilet pun mama kata jangan. Tension la saya. Semua pun tak boleh buat.(Huh, tak sedar diri betul anak aku ni..baru 10 bulan berlagak macam dah 2 tahun..huhuhu)

Mama ni suka amik gambar sy tau..Malaslah sy nak pandang. Aunty2 nak tau tak saya sekarang ni dah makin garang. Semua barang yg sy pegang sy tak bagi sesapa pon amik. Igt mama jek boleh kata jangan. Saya pon boleh tau. Kalau mama amik jek barang sy sy nangis kuat2 smpi kuar air mata. Lepas tu kalau mama tak kasi balik barang tu sy merajuk tak nak kawan dengan mama.(hello anak mama suka sgt kulum brg2 yg bahaya..terpaksalah mama amik..mama berniat baik okey)

Tokmak kata rambut saya dah panjang. Dah boleh ikat dah. Kalau tak tau semua orang igt sy ni budak pompuan. Tapi sy tak kisah sbb muka jambu ni cute..kan?kan?kan? Bolehlah sy jadi model iklan nnti.. Saya sekarang ni suka berjalan. Siap boleh corner2 lg. Mama sy memang teruja kalau sy berjalan tapi kdg2 sy malas gak. hihihi. Saya suka jalan ke rak buku pastu sy capai buku2 yang ada sebab sy dah tinggi. Barang2 yang ada atas rak paling bawah semua sy sepahkan. Bagus tak saya???

Lagi satukan, saya sekarang pantang tengok orang makan. Semua saya nak. Kalau tak bagi saya mengamuk. Lepas tu kan sy nak makan sendiri nak pegang sendiri. Kalau tak bagi sy nangis sekuat hati. Lepas tu mama mesti kesian. Abis sofa mama saya lap tangan yang kotor tu... (Mama redha jela).

Mama ni menyibuk jek dlm gambar sy. Nasib baik nampak sipi2 jek. Kalau tak, ganggu keglemeran sy..hihihi. Saya tak sabar nak berlari pulak. Biar mama sy penat nak kejar. nanti die boleh kurus (ooo..Kasyah kate mama gemukla ni?) lagipun mama dah janji nak bawa sy jalan2 kat taman.(sekarang musim hujan le nak oi). Oh ya sy sekarang ni memang pantang nmpk pintu terbuka. Mesti sy nak keluar. Mama dgn papa tu selalu keluar tinggalkn sy. (mama dgn papa gi keje lah). Pastu sy nangis sebab kena tinggal. Eh, apasal dalam citer sy ni sy asik nangis je ek? Tak sangka sy bila sy makin besar ni sy lg kuat nangis. Dulu sy wat dek jek apa2 mama buat kat sy tp skrg tidak lg. Sy lawan balik dengan nangis...hahahah. Bijak tak sy?

Okaylah..nanti mama sy bising pulak sy main laptop lama2...(tak sangka anak mama terror guna laptop walaupun baru 10 bulan..Kagumnyer..hahaha)

daaaaaa....

Monday, April 25, 2011

Farewell Party

Farewell party for Ambassador yang akan balik this thursday. Aceli party ni dah 2 minggu dah..Hahaha baru hari ni nak upload. sunguh lembab sekali kuasa tujahan aku ni..Bukan malas(sebenarnye ada sikit) tapi banyak kerja yang perlu dibereskan. Baru sat-sat ni keje aku settle. Dapatlah dating dgn blog jap.

Aku bukannya dijemput untuk menghadiir party ni tapi sebenarnya aku kena duty. Keroje le namanya. Takde ape nak cerita sangat pun saje nak letak gambar..Tak bertahun duty kat Ambassador's residence tapi baru hari ni terfikir nak amik gambar..huhuhu



Eh,eh, nampak cam kurus la pulak..sila jangan tertipu sebab aku masih belum kurus lagi....baju ni telah berjaya memberi ilusi kurus padaku..hehehe

Ala...tak sempat nak pose..Dah aku sorang jek yang tak pandang kamera..

Antara yang duty on that day...Ramai lagi officer yang join tapi tak amik gambar ler..busy..




Amik gambar lagi.tukar photographer pulak... Yang pakai dress kotak2 tu bini bos aku....




Khusyuknye aku buat keje.. Aku kena buat registration. Dahla hujan lebat giler.. Panas pulak tu..



Sempat lagi tu posing. tak pasal2 aku jek bunga yang ade kat sini. Yang lain registration kat dalam. Aku terpaksa stay kat luar dek kerana ketidakcekapan officer yg bertugas..huh, nasib baik aku ada tau... tu pun tak reti nak bersyukur..(ah malaslah nak citer lelebih)


ha..tu je..takde citer pun..gambar jek..daaaaa......

Kamus Elektronik BESTA

Hallu..hallu..harini aku nak tunaikan janji. Semalam aku dah cakap nak share pasal kamus BESTA ni kan?? Angguk kepala sekarang...Okay terima kasih sebab angguk (gile ke apa orang nak ikut cakap aku angguk depan komputer..hahaha) Macam yang aku bagitau sebelum ni aku memang looking forward pada kamus Besta ni bile aku pergi ke KLIBF. Sampai-sampai je, memang booth Besta ni antara booth yang aku nampak dulu. So bile ade salesgirl Besta ni approach, aku terus duduk jela.

Aku beli model paling latest iaitu MD856. Kamus ni hanya dilancarkan sempena pesta buku ni dan ada tawaran hebat ditawarkan buat pembeli. Sape yang beli kamus Besta MD856 ni akan dapat 5 barang percuma iaitu kamus elektronik MD221, kad memori versi Arab, kad memori pelajar (UPSR, PMR, SPM), beg BESTA dan juga hadiah misteri. Memang berbaloi.

Ha inilah rupanya kamus elektronik MD856. Kamus ni memang bagus sebab di dalamnya disertakan dengan 18 kamus termasuklah kamus Melayu-English, English-China, Melayu-Arab dan banyak lagilah. Selain kamus, dalam Besta ni jugak ada info seperti history dari zaman parameswara, geografi tentang kedudukan negeri, info mengenai ilmuwan Islam macam Ibnu Sina tu dan banyak lagi info lain. Apa yang aku suka pasal kamus ni jugak sebab dia ada multi dialog. Maknanya ada dialog2 yang banyak dalam pelbagai bahasa seperti Jepun, Korea, China, Thailand, Perancis, Sepanyol, Arab dan Indonesia selain Melayu dan English. Best wo boleh belajar cakap Perancis dan Sepanyol tu..Memang syiokk.

Inilah die kamus MD856 dan adiknye yang free tu MD221. Kelebihan MD856 ni sbb die colour screen dan juga touch screen (pen touch screen turut disediakan). MD221 ni black n white. Selain bertindak sebagai kamus, dlm MD 856 dan juga MD221 ni ada juga kalkulator biasa dan saintifik. Selain tu ade juga jadual kimia tu dan juga term2 fizik. Bagus untuk student. Game pun ada selain MP3. Bestla kamus Besta ni. Oh ya pasal belajar bahasa lain tu, jgn risau kalau tak tahu baca tulisan jepun ke korea tu ke sebab ada juga die ajar cara menulis setiap huruf dan cara menyebutnye. Ye kamus ni boleh bercakap ye, kawan-kawan. Kalau tak sure tentang sesuatu sebutan English tu tekan je talk, die akan sebut pronunciation yang betul. Hah, setakat ni best tak kamus ni????

Meh aku citer apa yang ada dalam kad memori arab tu pulak. Dalam kad memori ni telah dimasukkan dengan cara belajar bahasa arab. Ada alif sampai ya dan cara menulisnya. Selain tu ada juga perkataan arab mengikut kategori macam anggota badan (jumjumatun-tengkorak..hahaha ingat lagi belajar arab kat sekolah agama.)warna, buah dan banyak lagilah. Selain belajar arab, dalam kad ni juga ada cara2 untuk solat dan juga penerangan tentang solat2 sunat. Bagusnyerrr...(akupun kagum ye). Tidak dilupakan doa-doa harian macam doa makan, doa belajar, doa untuk ibu-bapa dan banyak lagi doa lain dan lagi best doa2 ni juga ada dlm bentukk audio. Ye korang boleh dengar doa2 ni. Ada juga sejarah tentang hijrah nabi dan juga senarai nama nabi 25. Ade juga Asma ul-Husna. Ish tak terkatalah betapa bagusnya kamus ni.

Inilah hadiah yang aku dapat bila beli kamus ni. Dah cerita panjang lebar mesti korang nak tahukan berapa harga kamus ni. Harga kamus ni adalah RM1298. Nampak macam mahalkan tapi dengan info dan kebaikan yang korang dapat harga ni memang berbaloi. Alah beli kamera DSLR beribu, henpon canggih takkanlah beli kamus elektronik ni tak boleh..hihihi aku ni dah macam penjual kamus Besta pulak. Padahal bukan dapat komisen pun..hahaha

Actually kan review yang aku buat ni sikit jek sebab fungsi kamus ni ada banyak lagi. Tak tertaip aku. Nak cerita semua memang tak dapekla ye. Apa yang dapat aku simpulkan adalah kamus ni sangat berguna dan akan aku ajar Kasyah cara nak guna kamus ni. Kalau info dlm ni macam dah outdated, jgn risau download je dari laman web Besta. Sure terbaru punya.

daaaaaaaa......

Tat nenas gulung

Projek aku petang sabtu. Kebetulan mak dengan abang aku ada bolehlah buat bersama-sama. Sebelum ni pernah gak buat tapi tak cukup so buat lagi. Lagipun jem nenas yang aku beli tu ada lagi. Tat nenas ni memang sedap. Aku suka sebab tat ni cair dimulut tidak ditangan. Eh, dah macam coklat M&M pulak. Aku dapat resepi ni daripada ita-delight. Alah tokey biskut yang femes tu. Terima kasih ye. Korang nak ke resepi. Aisehman, cam males jek aku nak taip. Tapi takpelah aku taip gak.

Tat nenas gulung



Bahan A
250gm mentega
2 suduteh gula castor
2 biji kuning telur
2 suduteh esen vanila

Bahan B
200gm tepung jagung
180gm tepung gandum
jem nenas secukupnya.

Cara2
1. Kacau bahan A hingga sebati
2. Masukkan tepung dan gaul hingga boleh diterap.
3. Buatlah tat nenas yang anda kehendaki.
4. Bakar pada suhu 150 deg celcius selama lebih kurang 20 min atau hingga masak.

Senangkan???So raya tahun ni bolehlah buat. KOmpem sedap. Tapi ada gak orang yang lebih suka tat nenas yang agak rangup. Bagi aku tat nenas yang sedap mestilah yang cair dimulut..Hehhe..terpulang pada anak tekak masing2. Betul tak???

daaaaa.................

Kuala Lumpur International Book Fair 2011

Hallu..hallu...Macam yang aku bagitau sebelum ni aku nak pergi ke pesta buku kat PWTC. Dah selamat pun aku pergi hari ahad. Kami gerak dari rumah pukul 9 pagi dan sampai lebih kurang pukul 10. Aku bajet dah awallah tu. Pergi awal sebab tak nak bersesak-sesak dengan orang tapi masyaallah memang penuh pwtc tu. Punyalah ramai umat manusia kat sana. Nak bergerak pun susah. Baru pukul 10. Kalau dah petang ntah cemanalah pulak agaknye ye.

Aku taklah round semua tempat sebab Kasyah pulak tibe2 jek demam. So fokus pada booth yang memang aku nak pergi je. Nak cari buku-buku untuk Kasyah pun tak dapat sebab ramai sangat orang dan Kasyah pun dah tak sihat. Terpaksalah aku lupakan jek hasrat murni aku tu. Takpelah tahun depan ada lagi. Betul tak?Ha, meh tengok ape yang aku beli..

Komik..yeay..Aku memang jarang beli komik tapi aku suka beli koleksi komik2 lama. Macam dalam gambar ni aku beli koleksi Mat Despatch, Koleksi komik Workshop, Abe dan Tiga Dara Pingitan. Semua ni nostalgia bagi aku sebab aku baca masa aku kecik2 dulu. Sekarang ni bile dah besar aku takdelah beli ujang ke gila2 ke cuma aku beli koleksi komik dolu-dolu jek.

Yang ni memang sangat bagus. Kenapalah aku tak jumpa buku ni awal. Panduan pemakanan anak sihat & pintar dan juga buku rahsia anak cergas dan cerdas. Sangat informatif. Pada mummy to be, aku cadangkan dapatkan buku ni. Berguna tau.

Hasil paling best aku dapat di pesta buku. Kamus elektronik BESTA. Macam yang aku cakap sebelum ni yang aku nak pergi booth BESTA ni. Akhirnya aku sambar gak kamus ni. Oh ya aku akan buat satu entry khas pasal kamus ni nanti..Tungguuuuu....

Itu jela yang aku beli. Cadangnya nak gak beli novel tapi sebab ramai sangat orang sampai aku dah tak tahu nak tengok dan pilih. Takpelah takkan lari novel dikejar kecuali novel tu dah tak leuar lagi..hehehe...

okaylah daaa....

Friday, April 22, 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL


Yeay..pesta buku kembali lagi..I sukeee... Sejak 3 tahun yang lepas memang aku tak pernah miss pergi pesta buku ni. Seronok tengok macam2 buku ada. Selalunya aku pergi ke booth yang memang aku dah aim dah macam Karangkraf, Utusan, DBP, Alaf 21, MOY, Creative dan beberapa lagi. This year pulak selain booth2 kat atas ni, aku nak pergi ke booth BESTA. Nak usha2 bape harga Besta tu. kalo affordable memang aku grab. Dah lama dah plan nak beli Besta ni tapi belom ada rejeki. Tengokla nnti came.

Korang tak suka ke pergi pesta buku??? Aku ni memang hobi membaca sejak dari kecik. Dulu masa baru pandai baca memang setiap kali pergi bandar aku mintak beli buku. Kalau ada syarikat penerbitan dtg sekolah aku mesti beli buku. Minat beb. Aku memang tak banyak mainan tapi aku ade banyak buku. Sampai sekarang masih minat membaca cuma bahan bacaan tu berubahlah mengikut usia.

Kepada sesapa yang pergi Pesta Buku Antarabangsa ni bolehlah pergi nanti. Aku insyaallah akan pergi this sunday. Ada hampir 700 booth yang boleh dilawati. Memang pitam kalau pergi semua.

Tempat: PWTC
Tarikh: 22 April - 1 May 2011
Masa: 10 pg - 9 malam

Marilah ramai2 kite meriahkan Pesta buku ni. Bangsa membaca bangsa berilmu...Jadikan membaca budaya kita..

daaaa...........

Thursday, April 21, 2011

Yeah..saya dah pandai jalan....

Saje nak share kat sini yang Kasyah dah pandai jalan. Seminggu sebelum die genap 10 bulan die dah start melangkah..Terkejut aku sebab aku tak pulak suruh die jalan. Die yang jalan sendiri. Masa tu 2 langkah je tapi aku punya teruja macam die dah berlari..hahaha..

Hari selasa Kasyah genap 10 bulan dan sekarang die punya langkah dah makin panjang.. Malam tadi die jalan 9 langkah..Weeehuuu...Kasyah dah makin maju. Lepas ni makin panjanglah langkah die. Tengok die berjalan pun dah rasa cam comel sgt..

Tak sabar nak ajak Kasyah main kejar2 kat playground..Tunggu papa habis exam nanti kite pergi taman ye..Sayang anak mama..


(gambar selingan..abaikan rumah yang bersepah tu sbb masa ni dah nak tido dah)

daaaa.....

Wednesday, April 20, 2011

Kris Dayanti Hamil 4 Bulan

Dok belek2 paper pagi jumpe pulak berita yang mengejutkan ni...

Penyanyi Kris Dayanti akui sedang hamil empat bulan

JAKARTA 19 April – Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti mengakui dia kini hamil empat bulan, berita yang dijangka artis itu akan mengejutkan seluruh masyarakat.

Kris yang bernikah dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu menegaskan, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya menerima sahaja keputusan itu dengan hati yang terbuka.

"Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan abortion (gugurkan anak)," katanya. - Utusan

Hai, apalah nak jadi dengan si KD ni..Aku bukan peminat die malah aku tak pernah suka kat die tapi bile die bercerai dgn Anang dan sebab penceraian die kerana curang memang terus menyampah aku kat die. Die ni suka sangat buat benda2 yang dah sah-sah haram. Cucuk botox la.. amik dadah lah.. Curang pastu selamber jek cium dgn raul tu sblm kawen. Sekarang ni mengaku pulak dah hamil 4 bulan tapi nikahnye baru sebulan.. Ish ish ish..memang rosak betul. Makin tua makin menjadi bodohnye..Ingatkan makin pandai..hahaha

daaaaaaaaaaaaa.......

Tuesday, April 19, 2011

Sakit

Aku pelik..aku hairan..aku keliru..I wonder...kenapalah sejak aku duduk putrajaya ni aku asik sakit2 jek. Setiap bulan mesti kena. kalau tak demam, selesema tak pun batuk. Sekarang ni aku sedang sakit tekak yang amat sambil diringi oleh air hidung meleleh ditambah dengan batuk berkahak pekat yang menyesakkan dada..

Korang rasa sebab aku naik motor pergi keje ke aku asik sakit2 ni? Masa aku bawa kete sendiri kekerapan aku demam dan batuk2 ni dalam 2 atau 3 kali setahun. Tapi sekarang ni memang setiap bulan. Penat weh. Kalau betul sebab aku naik motor gi keje maknanya aku kena bertahanlah sampai hujung tahun ni. Lepas tu baru okay kot sbb dah kena bawa kete sendiri gi keje.

Erm..dahlah malas nak merepek lg. Banyak keje menanti ni. Selain keje opis aku terpaksa ngelap hingus meleleh jugak.. Itupun kire keje jugak..huhuhu

daaaaaa..........

Saturday, April 16, 2011

Keputusan bodoh

hello....hello.....korang yang jadi juri maharaja lawak ni tido ke semalam?????Ataupun korang dah buta or bodoh sampai dah tak boleh nak bezakan yang mana bagus dan yang mana menyakitkan mata dan telinga. Agak-agaklah kan kalo ye pun nak menyokong dan memberi peluang pada peserta2 yang dah memang tak kelakar tu. Aku tak fahamlah apa yang kelakarnye amir tu? Tetiap minggu persembahan lawak memang sangat menyedihkan sampaikan aku rasa malu untuk panggil, die pelawak. Yang aku rasa yang sesuai adalah pembodoh sebab die memperbodohkan diri die sendiri setiap minggu.

Keputusan malam tadi adalah yang paling bangang dalam sejarah raja lawak. Si Amir yang dah tentu2nya tak boleh melawak dapat kekal dlm maharaja lawak. Hello ini maharaja lawak okay. Lawak amir tu tahap persembahan sempena hari penyampaian hadiah budak sekolah tadika je tau. nak gelar raja lawak pun tak layak inikan pula nak teruskan perjuangan dlm maharaja lawak. Aku rasa Astro dah buat satu tindakan yang bodoh dan juri semalam pun dah buat satu keputusan yang sangat bangang dlm sejarah.

Aku bukan penyokong tegar R2 tapi at least R2 punye persembahan way better than budak tak cukup inci tu. Ye mungkin malam tapi die kurang best tapi apa bestnya lawak amir???terkinja-kinja macam orang bodoh tak tahu hujung pangkal tu lawak ke? menyampah adelah. R2 baru sekali buat persembahan tak best terus korang singkir. Yang amir setiap minggu tak best tu kenapa korang tak singkir? jgn nak salahkan undi sebab 50% datang daripada juri. so sekarang sudah terang lagi bersuluh memang juri yang bodoh. Ye, aku ulang sekali lagi, juri bangang!!!

Tolonglah keluarkan amir. Aku dah naik benci dah dengan lawak tak sampai die tu.. VOTE AMIR OUTTTTTT....

Bukan emosi tapi ada yang tak betul di sini.

Friday, April 15, 2011

Pura-Pura

Perlu ke berpura-pura

kalau diri ini sudah tidak mampu untuk menanggungnya?

Perlu ke terus bertahan

kalau diri ini sudah tidak tertahan?

Perlu ke terus melayan

kalau hati ini sudah lama benci?


Ingin saja aku berterus terang

Agar puas hatiku ini

Namun aku masih cuba toleransi

Dengan harapan perkara ini selesai di sini


Puas ku menunggu

Hati ku terus dirundung pilu

Khabar buruk terus menghantuiku

Membuat lenaku terus terganggu


Apalagi yang mampu aku lakukan

Aku cuba untuk bertahan

bukan busuk hati untuk mendoakan

dia takkan maju ke depan

apa di buat takkan menjadi

ada saja halangan menanti

kerana balasan menganiayai

insan ikhlas menabur bakti



Aku dah fedup dengan politik ofis. Terlalu banyak unsur dengki dan busuk hati. Banyak juga ketidakadilan yang terjadi. Akibatnya aku terus ditindas oleh bangsa aku sendiri. Takpe aku tahu sabar aku akan ada balasannya. Hikmahnya sedang menanti aku. Aku harap aku akan terus kuat untuk menghadapi segala unsur negatif ni. Ya Allah, kuatkan aku!

Thursday, April 14, 2011

Mari Mengenal Makanan Jepun

Jom join aku berkenalan dengan spesis2 makanan Jepun. Aku ni bukannya terror tapi yang ni semua adalah yang basic pasal makanan Jepun ni. Senang cerita kalau korang pergi Jepun mesti makan benda2 ni semua. Kalau tak dapat gi Jepun, pergi jek cari kat restoren makanan Jepun nuu.. Kompem ada.

Memperkenalkan juara makanan Jepun tersedap abad ini iaitu Tempura. Aku kata juara sebab aku paling suka tempura ni..hihihi. Makanan yang digoreng bersalut tepung. Selalunya udang, ikan dan sayur-sayuran. Yang ni memang wajib di cuba. Tapi entah kenapa bile aku nak buat sendiri tak serangup macam kat restoren Jepunla. Dah macam jemput dah rupanya..hahaha.

Yang ni pulak namanya sushi...nasi bercuka yang digulung bersama inti ataupun letak ape2 topping kat atasnya. Kalau korang tak pernah dengar sushi ni memang sahlah korang ni baru keluar dari gua..huhuhu. fofular tau sushi ni. Kalau nak yang murah leh jek beli kat Tesco, Carrefour or Jusco. Tapi mestilah tak sesedap yang dibuat di restoren2 Jepun. Sushi dimakan bersama kicap dan wasabi..ermm enaknye!

Yang macam ais kepal ni pulak namanya onigiri. Nasi kepal or rice ball yang merupakan makanan asasi kat Jepun jugak. Selalunya bila nak makan onigiri ni kite bungkus dengan nori (seaweed). Yang ni bos aku ajar. Sebab tangan taklah melekit kena nasi..hihihi. Kenyang tau makan onigiri ni. Sedap pun sedap.

Nampak menarik tak gambar kat atas ni? colourfulkan? ini namanya sashimi. Hirisan makanan mentah yang dimakan bersama kicap, halia dan wasabi. Bagi orang yang tak biasa mesti macam loya jek nak makan benda mentah2 ni. Tapi belum cuba belum tahu. Actually rasa die not bad tau. Tak hanyir pun. Bile telan ikan tu terasa juicy je dalam mulut. Ditambah dengan wasabi memang mantop la. Selalunya sashimi ni diorang guna ikan salmon, tuna ataupun saba. Nak try?
Tau tak apa ni? Inilah unagi. Feveret aku gak ni. memang makan hingga menjilat jari. sedap giler. unagi ni adalah belut yang dipanggang bersama sos jepun. Nape? bile aku sebut belut jek rasa geli eh? eh, unagi ni sangat sedap tau. Aku memang highly recommend pada sesiapa yang nak cuba makanan Jepun untuk try unagi ni. memang sedap. Sambil taip ni pun air liur aku meleleh..Aduh..sedapnye wehhh..


Yang ni pulak soba iaitu mee Jepun. Mee ni kalau tak silap aku dicampur dengan teh hijau sebab tu kaler die agak kehijauan. Soba ni sedap dimakan sama ada panas atau sejuk dan selalunya di makan bersama kuah kicap.


Yang ni mee Jepun jugak. Namanya udon. Mee ni warna putih dan agak besar bentuknya. Udon ni aku jarang makan mungkin sebab mee yang bagak2 tu buat aku susah nak telan..huahuahua.. Tapi mee ni pun boleh tahan gak rasa die. macam mee laksa jugak.


Inilah lempeng versi Jepun aka okonomiyaki. Okonomi tu maknanya suka-suka dan yaki pulak panggang. so selalunya suka2 hatilah nak letak apapun kat atas lempeng ni. Hah yang ni aku belum pernah makan tapi ada terfikir nak buat. Cuma belum berkesempatan lagi. Kalau rajin nak buat nnti aku kongsikanlah resepi okonomiyaki aku kat sini ye..


Hah yang pulak ramen. Ini memang tak direkomen untuk orang Islam makan sebab tak halal. Ramen ni selalunya dimakan bersama daging "tuut" ataupun daging pape jela. Tapi kalau pergi Jepun dah sah-sahlah daging kat sana tak halal sebab tak sembelih. So memang tak boleh makan ramen ni. Actually ramen ni macam maggi kite kat sinila. Aku tak pasti pulak kalau ramen ni ade yang halal. So kalau korang ternampak mee ramen ni tolonglah ragu2 untuk beli ye.


Aku suka ini juga. Inilah miso sup. Sup yang dibuat daripada pes miso dan dicampurkan dengan tahu dan sayur. Miso sup ni sedap tau. Rasa pelik2 die tu unik buat aku dan aku suka. Selalunya kalau pergi restoren Jepun, bila kite order set, kite adan dapat sekali miso sup ni. Tak rugi mencuba ye kawan2.


Chawan Mushi. Telur kukus yang dicampur dengan pelbagai bahan seperti ayam, cendawan, lobak dan sebagainya. Teksturnye lembut sahaja dan terus masuk ke anak tekak. Chawan mushi ni pun macam miso gak. Kalau order set mesti ada sekali. Sedap tau


Kenal tak apa ni? takoyaki. Kuih Jepun yang femes dan sedap. Aku selalu gak beli tako ball ni dekat Jusco. Selalunya aku makan sorang sebab my husband bukan suka makanan pelik2 ni. Die tak adventerous macam aku. Takoyaki ni dibuat daripa tepung, sayur dan sotong. tapi sekarang ada macam2 versi. Dimakan bersama mayonis, fish flakes, shoyu. Memang marveles. Sape nak boelh gi beli kat Jusco sekarang...hehehe


Hah yang ni namanya natto. Makanan tradisional yang dibuat daripada biji soya yang diperam. Bagi orang2 yang tak biasa mesti geli tengok natto ni. Even aku sendiri memang tak suka rasanya.. Masin dan wek wek. Macam makan kacang busuk..hahaha.. Tapi tak salah mencuba. Kalau tak cuba tak tahu..betul tak????

Okaylah... Itulah antara makanan asas yang perlu dicuba kalau pergi Jepun ataupun pergi restoren jepun. Ini semua pandangan aku saje ye berdasarkan apa yang aku pernah makan. Kalau salah tu sory sesangat. Pada sesapa yang tak pernah cuba mungkin boleh cuba makan makanan Jepun ni. Mana tahu dah cuba sekali lepas tu nak lagi...hehehe


daaaaa............

Wednesday, April 13, 2011

Kereta baru



Bapaku pulang dari kota
bapaku belikan kereta
kereta kecil warna merah
bolehku bawa ke sekolah
pon pon pon pon pon pon pon pon pon
kereta
kecilku berbunyi
marilah adik mari naik
bolehku bawa jumpa nenek


Dah lama jugak tak masukkan gambar Kasyah. Gambar masa kat kampung. Suke die dapat naik kereta ni. Tapi kejap jela. Lepas tu die nak turun dah. Lagi suka tolak kereta daripada bawa kereta..hahaha



Ha..kan dah kate. kejap jek naiknye. Sibuk nak turun dah... Apalah anak mama ni.



Aku kalau balik kampung rumah mak aku memang tak risau pasal mainan sebab
memang melambak mainan anak sedara aku tu. Berbakul-bakul. Curi jek yang mana
berkenan..hahaha

Makan-makan di Juara Ikan Bakar

Sejak dua menjak ni asik letak entry makan jek aku ni. Nak buat camne dah memang hari-hari kena makan. Ye dak? Ade ke orang yang makan sebulan sekali? Meh kenalkan dekat aku sebab aku nak belajar dengan dia..hahaha. Kejadian makan-makan berlaku masa 25 hb mac yang lepas. Masa ni suamiku takde kelas so dapatlah balik kampung. Yeah dapat balik 2 minggu berturut2. lagipun 26 hb tu kami nak ke Kota Tinggi ade kenduri kawen kat sana. So sabtu malam ahad kamipun pergilah makan2 kat kedai Juara Ikan Bakar. Kedai ni kat Segamat ye. Saje jek aku nak belanja my family sebab ada sikit rezeki lebih. Semua ada termasuklah family abangku yang sulung. Menu malam tu, siakap stim limau, siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, tomyam campur, udang sambal dan kailan ikan masin. Sorylah gambar memang tak banyak sebab suamiku dah lapar so die amik 2-3 keing gambar terus duduk makan.hahaha. Tak kesahlah. Janji ade gak gambar. Siakp stim limau ni memang best. terbaik! Anak2 sedara akupun suke. Bapak aku ratah sampai habis kepala..hihi. Boleh order ikan ni lagi.
Siakp 3 rasa ni memang tak sedap. tak 3 rasa pun. Rasa masam jek lebih. Pedas pon tak. So memang tak direkomen..Lepas ni tak boleh order lagi.


Peace....Tengok la tu..Semua sibuk buat hal memasing. Abang dengan kakak ipar aku sibuk layan anak diorang. Bapak aku sibuk layan Kasyah. Yang lain ni memang tak sabar nak makan...Hahaha. So malam tu memang enjoyla. dah lama tak makan macam ni. Last makan ramai2 masa tahun 2009 kat Umbai dulu. dah lama dah. Oh ya sebut pasal Umbai, bile nak pergi sana pulak ek??? Plan ujung tahun la..hihihi


daaaa.......

Secret Recipe

Kejadian berlaku semasa hari jadi my husband 23 march yang lepas.. See memang basi dah citer ni.. Akupun tak buat wish untuk suamiku dalam blog. Bukan ape tapi sebab aku demam so memang takde mood nak berblogging. Lepas balik dari kampung haritu aku kena demam panas melampau hingga mencecah 39.8 degree celcius. Sampai doktor nak cucuk punggung aku sebab terlalu panas. Dahla demam panas, lepas tu sampai 4 hari pulak tu. Rugi mc aku. So birthday suamiku ni adalah pada hari keempat aku demam. Aku memang ajak my husband keluar pergi jalan2 sebab aku rasa kalau terus duduk rumah aku akan terus demam. So petang tu kamipun keluarlah. Kebetulan mak dengan abang akupun ade kat rumah. So dapatlah sambut besday husbandku dengan makan kat Secret Recipe. Makan2 saje tanpa kek pun. Gambar pon tak banyak sebab mood kelaut. Biasalah orang demam. Dah separuh dah baru nak amik gambar. Aku dengan suamiku amik chicken cordon bleu. Tapi aku rasa, rasa die tak sesedap secret recipe kat alamanda la.. Kureng sikit. Ke sebab aku demam so tekak aku tak sedap??? Suamiku tak cakp pape pon. Die kate okay jek..hahaha
Alamak muka tak boleh blah. Nampak sangat ketidaksihatan aku masa ni.. Tapi gagahkan diir jugak sebab esoknye kena gi keje. Dah lama dah mc.


Kasyah makan kentang goreng je la ye. Masa ni dah petang and memang waktu makan die tapi aku tak bawa die punya nestum. Sumbat jela dengan kentang goreng ni. Hihihi.


Lepas makan kami singgah kedai baju depan secret reipe ni. Dapatla belikan my husband kemeja dgn seluar slack. Kire hadiah besday la ye. Tak tahu nak bagi ape..hehe.


Okaylah..malas pulak nak merapu lebih2...daaaaa...

Tuesday, April 12, 2011

Jala Ikan

Aku tengah pulun nak habiskan entry tertunggak ni. Kali ni nak cerita pasal menjala ikan pulak . Eh, aku dah tukar profession jadi nelayan ke??? Haah tapi bukan jadi nelayan. aku jadi mandor jek. hehehe. Lepas balik dari tengok dinosaur aku, petang tu aku terus siap2 gerak balik kampung pulak. Suamiku tak ikut sebab die ada kelas. Aku balik sebab nak hantar anak-anak sedara aku sebab cuti sekolah nak habis. So kesempatan dapat balik kampung ni aku gunakan sepenuhnya. Yelah sekarang ni bukan senang nak balik. Hari sabtu tu sempat jugaklah aku keluar ke bandar dengan my family kecuali mak sebab mak pergi kenduri. Dapat jugak beli kuali yang menjadi idaman hati. Suka. Balik dari bandar tu, aku, abah dengan angah pergi sungai pulak untuk cari ikan. Yeah..dah lama giler tak buat aktiviti kampung macam ni. Kebetulan pulak badan aku dah mula rasa tak sedap. Macam orang nak pitam.. Pening jek rasa. Tapi biasalah i, degil . Nak ikut jugak. Peluang sekali sekala ni kena rebut..


Aku tak turun sungai. Abah aku sorang jek turun. Even abang akupun tak berani nak masuk dalam sungai ni..hahaha. Kami jadi mandor jek dok kat tepi. Petang2 ni macam ni cuma datang pasang jaring jek, Esok lepas subuh baru kutip hasilnya..


Nak menyampaikan ke sungai ni kena rempuh semak samun ni dulu. Aduhai aku ni dahla pening2 lalat tapi kugagahkan diri jugak jalan dlm semak ni.. nampak cam semak biasa jek tapi sebenarnye tinggi ni. Belum lagi masuk ke hujung sungai lagi.. Lagi mencabar..


Hasilnye memang muai...banyak betul ikan. Tapi semuanya ikan banyak tulang. Goreng garing2 sedaplah. tapi aku bakor jek. Sedap jugak. Dapatlah bawa balik KL ikan ni sikit.



Entah bilalah lagi dapat peluang nak cari ikan macam ni. Entah Kasyah nanti nak tak buat aktiviti kampung macam ni???


daaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...