Tuesday, May 31, 2011

Taman lagi..

Ikutkan hati memang malas aku nak datang kerja..Forget the past? Sory kalo hari2 pandang muke ko, mmg taklah aku nak forget ye...Remember forever.. Harini memang sakit mata sbb terpaksa tengok die walaupun aku dah cube sehabis baik utk langsung tidak tengok die tapi still nampak sipi2..huh,nyampah I!.. Okaylah enough with the menopaus stupider, saje aku nak letak gambar pergi taman weekend last 2 week. Sekarang ni weekend jek mmg bawa Kasyah pergi taman beriadah. Last week jek tak pergi sbb aku kene kerja hari ahad. Ni kat taman Sri Empangan Putrajaya..

Tak nak pegang tangan okay...Nak bebas jek...



Gambar dah cantik dah tapi ade air liur pulak..spoil betul..huhuhu



Ape benda yang aku pandang ni hah?? Nampak beria. Macam nampak kete kena saman polis..hahaha





Panjat gelongsor. Kalau aku tak pegang nak panjat sendiri. Macam terer jek.




Itu sajelah. Kebetulan masa ni kawan suami aku dtg sekali sbb nak amik gambar so mmg melayan die klik sane klik sini jelah. Kawan2 suami sume dah pro.. Kami baru nak mula..okaylah..malasnye nak taip lagi... Nak fikir design utk website opis pulak..

daaa........

Monday, May 30, 2011

"Ulangtahun ke-3 NUSHA"

Setelah bertangguh beberapa kali dek kerana ketandusan idea maka harini aku merajinkan diri untuk menjahanamkan tag yang telah diberi oleh Nusha



Ucapan ini khas ditujukan buas pasangan kekasih yang sedang asyik masyuk bercinta ni... Nurul Farehah dan Apek. (akak paksa diri fikir ni tau...)

Selamat ulangtahun percintaan yang ketiga buat adikku Nurul Farehah dengan kekasih hatimu. Kakak mendoakan semoga perhubungan kamu akan terus kekal dan diserikan dengan ikatan suci yang menjadi impian setiap pasangan bercinta. Ingatlah wahai adikku cinta itu indah namun tidak selamanya keindahan itu mengandungi cinta. Cinta yang sejati saling memahami ibarat tangan dan mata, apabila mata menangis tangan mengusap dan bila tangan terluka mata menangis. Dengan cinta kita belajar erti hidup dan dengan cinta juga kita belajar erti sakit. Sesungguhnya cinta itu luka dan cinta itu juga penawarnya.

Adikku, jagalah hubungan ini sebaiknya dan jangan benarkan dirimu disakiti. Belajar menerima kekurangan dan jangan terlalu mengejar kesempurnaan. Terima dia seadanya kerana penerimaan itu yang akan membuatmu terus menyayanginya selamanya.
glitter-graphics.com

Wah, tetiba jek akak terfeeling romantik gitu... Tapi ingat yek, jaga hubungan tu dan jaga juga batas yang perlu. Akak tau adik akak ni takkan buat benda yang bodoh. Jangan gaduh2 selalu... Sentiasa berprasangka baik dan doa yang baik2. Cemburu itu perlu tapi jangan berlebihan. Hubungan jadi lebih menyenangkan kalau kite dapat kawal perasaan. Okaylah, sekali lagi akak ucapkan Selamat Ulangtahun percintaan yang ke-3.. Make sure lepas ni sambut ulangtahun perkahwinan pulak ye
glitter-graphics.com...Sayang adik kakak!

Aku kena tag seorang maka aku nak tag Muzai..Sila buat ye...

daaaa....(terasa kejahanamannya..hehehe)

Remeh

Kalau cerita kat budak2 kecik sure diorang rasa malu bile orang yang dah dewasa atau lebih tepat lagi menghampiri menopaus berperangai seperti anak kecil. Memalukan sungguh. Nasib baik sikap suka berfikir sebelum bertindak aku ni tak menjadikan aku sestupid dia. Tapi secara peribadinya aku memang sentap. Yelah selama ni aku jenis orang yang tak berkira dengan orang lain..Susah nak marah orang luar yang bukan ahli keluarga sendiri sbb aku rasa tak layak nak memperlakukan orang sedemikian rupa. Biar apepun yang berlaku aku simpan jek. Alah setakat tak puas hati sikit2 tu aku boleh pejam mata jek..Bekerja dalam situasi kurang menyenangkan memang tak seronok. Lagipun tak merugikan aku so no harm ignoring..

Tapi kali ni ke'dek'an aku telah teruji. Takleh nak ignore jek sbb obvious sangat sikap kurang ajar dia tu. Apa korang rasa kalau tibe2 bile ko tanya orang baik2 pastu die buat dek jek? Yang lagi best tu dahlah ko nak tolong ambikkan barang tapi die boleh ambik sendiri sambil cakap sesuatu yang menyakitkan hati... Sabar Anne..Sabar...Die dah nak menopaus...(ayat nak sedapkan hati)...Serius selama ni aku tak pernah menyakitkan hati sesiapa dalam opis ni melainkan aku dalam sedar ditindas.. Tapi dah namanya aku ni tak suka buat perangai so aku sabar jeklah..

Sejak bos baru masuk, aku ni dah jadi macam kuli dah..Aku tak tahulah sape yang pandai2 bagitau aku ni 'opis boy' kat sini. Kerja2 potostat yang sepatutnya dibuat oleh assistant bos aku yang kena buat...Pelik tapi sbb tak mau menimbulkan kekecohan aku diam jelah dan buat gak kerja2 potostat tu... Ikutkan hati nak jek aku tanya assistant die aka orang yang buat aku sentap sekarang, kenapa aku kena buat kerja die tapi sbb taknak timbulkan suasana kurang senang kudiamkan saje..

Harini boleh pulak dek kerana stapler opis punya die berperangai budak sekolah dengan aku. Untuk pengetahuan ko, bukan aku yang pinjam stapler opis yang ko guna tu tapi bos aku yang mintak. So stapler opis yang ko guna tu memang ada kat dalam kotak dekat dgn tempat stationary so memang boleh amik jek tanpa ada halangan. Kenapa pulak ko nak marah aku sebab tak pulangkan stapler opis yang ko guna tu pada ko??? Aku pernah tak marah ko??? Buat muka or pape jelah yang boleh menyakitkan hati.. Dahlah kalau setiap kali aku nak tanya pape aku cube tanya sebaik mungkin tapi ko boleh buat aksi kurang hajar pulak.. Aku kalau ko hilangkan pape barang opis yang aku guna aku tak kisah pon sbb aku boleh amik yang lain kat tempat stationary.. no hal sbb aku ada kaki tangan sendiri. Tapi ko sangat kebudakbudakkan... Hello itu stapler opis. Bukan ko punya.. Dasar C*** makan b*%&...

Sorrylah aku emo giler..Aku kalo buat baik dgn orang aku harap orang jgn buat taik dgn aku tapi bile sekali aku dah sentap sorylah aku nak buat2 lupa..Memang aku ingat sampai bile2... Jangan salahkan aku kalo lepas ni aku buat benda yang sama.. Nak info daripada aku? Sory!

daaaa.........

Friday, May 27, 2011

MAKBUL Sebuah drama tentang Doa

Sape tau sekarang ni ada drama best kat TV2? Drama Makbul yang ditayangkan setiap malam Jumaat. Aku sebenarnya secara tak sengaja tengok drama ni. Yelah selalu tu setiap malam Jumaat memang tak tahu nak tengok cerita apa. Asik2 tayang citer seram. Aku memang tak minat citer seram ni so kebetulan malam tu aku tinggal dengan Kasyah jek sbb suami gi study aku layanlah citer ni. Best rupanya. Sangat menginsafkan.



Makbul sebuah cerita tentang doa. Kisah seorang kontraktor yang tak percaya pada doa. Die rasa semua kejayaan die sebab usaha die tapi bukan sebab die berdoa minta pada Allah. Memang ada sikit riak dalam diri kontraktor ni. Die tinggal kat kampung yang damai yang ada tinggal juga seorang pemuda lurus bendul nama Bol. Walaupun Bol ni tak pandai tapi dia tak pernah menyusahkan orang malah rajin berusaha. Tapi kesian sebab Bol selalu kena buli dengan geng mat rempit dalam cerita ni. Oh aku suka dengan karektor Bol dalam ni. Berjayalah watak tu. Senang citer cerita ni best sangat. Cerita yang memberi pengajaran bahawa setiap kejayaan kita itu adalah kerana Allah. Tak perlu pelakon popular yang penting best. Hmmm tak banyak cerita yang memberi pengajaran macam ni kat TV.. Balik2 cerita aku cinta padamu... Kau curang padaku dan yang sewaktu dengannya. Bosan.

Aku tahu ramai yang tak layan RTM tapi drama ni memang best. Sayang sbb tak banyak promosi pasal drama ni kat TV so aku nak ajak semua yang baca blog aku ni untuk join sekali layan cerita ni. Malam jumaat ye. Khamis jam 9 malam di TV2.

Jom kite layan lagu OST drama ni. Ku Bermohon Padamu.. Memang best lagu ni. Terbaik!



Pada yang nak dapat serba sedikit gambaran tentang drama makbul ni, boleh layan video ni...gerenti terpikat.

Coklat: Mitos atau Fakta???

Dah lama rasanya tak share info kat sini.. So harini ada sikit rajin saya mau kasi info pasal coklat. Ade yang tak suke coklat ker??? Sile ketuk kepala sendiri sbb coklat memang sedap weh(cit poodah..akupun bukan peminat tegar coklat..hehe tapi kalo ade I makan you!)

Ramai yang suka makan coklat dan ramai juga yang kata coklat ni tak baik untuk kesihatan..ye ke? So untuk clarify benda ni jom tengok antara mitos dan fakta tentang coklat...



Mitos
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
Fakta
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan USRDA : Kalsium - 9%, Ribofalvin - 9%, Protein - 6%, Zat Besi - 3%, Vitamin A - 2.4%, Thiamine -2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat!

Mitos
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak
Fakta
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan kurang daripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak2 diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.


Mitos
Coklat mengandungi sodium yang tinggi
Fakta
Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5mg sodium;satu bar coklat susu -40mg. Cuba bandingkan dengan : 1 cawan susu - 122mg; 1 keping roti gandum -132mg dan 1 auns keju swiaa yang mengandungi 440 mg sodium.



Mitos
Coklat menyebabkan kerosakan gigi
Fakta
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membeuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab kerosakan gigi.

Mitos
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak2 terangsang dan menjadikan mereka terlalu aktif
Fakta
1 auns coklat ada 5 mg kafein. Satu cawan kopi ada antara 93 - 153 mg dan bagi teh pula bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 mg kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 mg kefein bagi satu tin 12 auns. Jadi anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 10 -15 auns bar coklat ) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.

Mitos
Memakan coklat adalah penyebab kegemukan kanak2
Fakta
Kajian menunjukkan kanak2 obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.



Haa..berguna tak info aku ni? So makan coklat ni sebenarnye tidaklah membahayakan kesihatan. Lagipun kite selalunya makan dalam kuantiti yang sedikit. Tapi kalau korang bantai pagi petang siang malam 24/7, memanglah boleh jadi penyakit.. Senang cerita makan ikut keperluan... Badan kena jaga (peringatan untuk diri sendiri jugak).

daaaa........

Hasil tangkapan

Betulkan aku guna tangkapan sebab orang cakap capture picture tu tangkap gambarkan??? Ke ambil gambar? Ah, lantaklah bukan masuk exam bahasa melayu paper 2 pun. Saje jek nak share gambar yang aku amik guna teknik bokeh.. Masa ni memang tak terrer lagi sekarang cam dah faham sikit. Suami aku lagi terrer sekarang. Yelah die dapat pengajaran free dari opismate die yang dah tahap pro. Aku tak terrer takpe sbb aku lebih suke jadi subjek. Kate cantik...(hah sile lempang diri sendiri sebab tak mampu menerima kenyataan aku ni..)

Pokok anggur depan rumah mak aku.. Ape? tak caya? Hello kat depan rumah mak aku memang ada pokok anggurlah. Anak pokok anggur ni aku beli kat MAHA tahun lepas. Siyes tak tipu tapi tang anggur tu aku tipulah sbb pokok anggur ni belum berbuah tapi abang aku saje jek letak anggur plastik..hihihi

Bunga mawar di taman larangan... Wangi seh bungi ni..Korang ade bau tak? Hah, bau busuk? Kalo korang bau busuk ni kompem mesti sebab korang tak mandi lagi...Takkanlah korang leh bau bunga dlm pc so mmg kompemlah tu bau korang tu..huhuhuh

Bunga tahi ayam..bunga ni memang busuk tapi lawa. Ini ibarat wanita2 di luar sana yang cantik rupa paras tapi perangai mengalahkan setan.. Hah macam bunga tahi ayam nilah..cantik rupa tapi busuk baunya..hahaha

dahlah aku dah tak tahu nak merepek ape lagi...daaaaaaaa

p/s: mak aku dtg malam ni..Best!

Thursday, May 26, 2011

Syoknye mandi kolam

Hah aku sebut mandi kolam ni jangan pulak korang ingat aku dah kaya boleh letak swimming pool kat rumah. Namapun duduk atas angin memang bermimpilah nak berumahkan swimming pool ni. Kejadian mandi2 kolam ni dah 2 minggu dah. Masa balik kampung 14hb haritu. Saje jek aku rendam Kasyah dalam kolam plastik ni. Kolam ni dah lama dah aku beli untuk anak2 sedara aku. Pastu abang aku dok ingatkan aku yang kolam ni wujud lagi dan masih boleh diguna. So akupun terus paksa abang aku pam kolam ni jam jam tu jugak. Hehe dapatlah si Kasyah ni melepaskan gian nak mandi kolam. (Masa gi pool presint 9 die dpt tgk jek..tak dpt mandi sbb takde kelengkapan die)

memang meroyan Kasyah mandi kolam. Kalo boleh nak tido terus dalam kolam ni. Suke betul. Ade pulak sepupunye melayan makin seronoklah die. Beronok-ronok jadinya..

Habis basah beranda rumah mak aku. Mana taknye Kasyah asik tepuk asik tu. Ingat weekend ni nak bawa die pergi kolam kat KLCC lah. Kasi die mandi kolam puas2.





Sampai merah mata main air. Kecut segala jari tapi still takmo keluar lagi. Last2 aku angkat jek sbb dah lama sangat. Marah die sebab die nak main air lagi. Anak aku ni memang sejak lahir lagi suka mandi. Sampai sekarang kalo lepas mandi die menangis sebab nak main air lagi. Kasyah..Kasyah.kalo dah besor tak pandai berenang jugak aku tak tahulah..hihihi

daaaaa........

Wednesday, May 25, 2011

Genting Highland getaway...

Nasib baik ok hari ni...hehehe

Citer last week masa cuti hari Wesak, kami decide utk ke Genting. Bukan nak gi main2 semua benda alah permainan kat sana tapi saje jek nak pergi melepas rindu sebab dah lama tak ke Genting. Sebelum aku pregnant memang tetiap tahun kami pi Genting. Tapi last year tak pergi sbb aku pregnant dan bersalin bagai. Tak puas hati nak gak pergi tu yang aku pergi jugak walaupun cuma sekejap jek.. Memang betul2 mengabih boreh yo.

Patutnye pergilah pagi ye dak tapi aku pergi petang. Sampai kat Genting dalam kul 2 ptg pastu kul 4 lebih dah gerak balik KL pulak. Alah biasak ah tu sebab Genting bukannya jauh. Memang takde buat pape selain tengok2 dan amik gambar. Malas ah nak citer lelebih.

Hah tengoklah budak tak reti diam tu. Merengek nak melepaskan diri. Mana nak jalan pimpin2 ni. Kalo boleh berlari dah berlari dah. Ni pun kemain laju die berjalan. Suke die tengok orang ramai dengan mainan segala..

Nampak tak kesan tompok2 kat baju aku? Sebelum sampai Genting si kecit ni muntahlah pulak.. Habis baju aku kena muntah. Die oklah ade baju lain ganti. Aku ni terpaksalah tahan dgn baju ni saje...



Kasyah memang teruja giler dgn segala macam mainan kat sini. Duduk kat kerusi Daytona ni memang tak mau lepas. Angkat jek terus meraung..Halamak..Malu wey..Lagi satu die tak mau beralih daripada tempat mainan kereta kanak2 tu. Alah yang macam kat Funfair tu. Gerak jek dari situ die merengek. Lama gak kitorang dok kat situ jek..

Kawsan lapang memang tempat die berlari saje. Aku kate berlari sbb die jalan memang laju macam org berlari.. Ramailah yang kena elak die. Bukan die elak orang..hahaha

Bawa die keluar dari indoor.. Tak lama kat luar ni sbb sejuk dan bahaya utk Kasyah jalan sendiri. Lepak2 kejap amik gambar masuk indoor balik

Duduk melepaskan lelah. Mula2 Kasyah cam suke jek dgn si Ronald ni..Lame2 die tengok macam takut pulak...Tak nak die dok kat Ronald..



Itu jeklah citernye. Malas aku letak gambar bebanyak. Sikit2 sudah... Balik dari Genting kami singgah Tesco beli barang dapur sikit. Sekali lagi Kasyah ni merengek sbb nak main kat mainan yang masuk coin tu. Angkat jek nangis...Hadoilah..Masak aku gini gaya...hahaha

Daaaaa...........

Tuesday, May 24, 2011

Apelah pulak masalahnye..

Dah aku ade saki baki mood rajin tetibe tak boleh pulak ank upload gambar masuk dlm blog...Bengkek betul aku. Dah try byk kali asikler tak boleh. Gamaknye blog ni tak bagi aku nak tayang gambar masa pergi genting haritu...Takpelah cube ptg kang..tak pun esok jek...

Skrg aku dlm mood happy gilak...Aku dah book dah tiket pergi Bandung.. Berdua saje with my friend Izan. Siyess suker... My husband takleh nak kate ape dah... Mula2 die keberatan gak tapi bile aku kate kalo nak ikut die kena support sume terus die bagi aku pergi sendiri..huhuhu. Murah beb tiket aku beli..tiket rm10..insurans rm21. tax Rm25 dan seat Rm12.. So total pergi balik baru Rm98. Best. Tak sampai seratus. Tak sabar nak pergi. Tapi lambat lagi. April fool tahun depan baru aku pergi. Sekarang fokus pada Sabah bulan 9 ni...Siyokkk!

So sesapa ade tips menarik pasal Bandung bolehlah share dgn aku ye. Nak bagi no supir pon boleh...

daaaa..........

Friday, May 20, 2011

Selamat ke???

Hajat hati nak gi Bandung next year. Dah plan nak pergi dengan my bestfriend berdua jek. Kirenya macam cuti2 rehatkan diri dari penat jaga anaklah. Lagipun aku memang tak pernah lagi pergi bercuti dengan kawan2. So memang looking forward nak pergi dengan kawan aku jek.

Semalam dok cek tiket AirAsia. Quite affordable and considerable. Dah sms my friend and she was okay with it. So aku bgtau my husband that aku nak pergi Bandung next year Jan, tetibe die kate "kenapa tak nak bawa abang? Pergi berdua je sapa nak jaga sayang? Orang lain kalau die tak kisah bini die pergi mana2, tu lantaklah. Abang sayang bini. Risau tu sape nak jaga keselamatan sayang. Kalau abang pergi kursus pun abang tak tinggalkan sayang sorang tau."
Hah, gitulah lebih kurang ayat die. Huhuhu..tension aku. Dahla memang teringin sangat nak pergi.

Korang selamat tak kalau aku gi Bandung dengan my friend saje? Lagipun ade gak kawan aku yang gi Bandung berdua jek perempuan (sbb die belom kawen) okay jek aku tengok. Aku bukan tak nak pergi dengan husband dan anak tapi objektif aku adalah shopping sampai lebam. Kalau pergi dengan laki kang nak kena byr tiket flight die, sewa hotel satu bilik instead of kongsi bayar dgn kawan, byr makan n supir sendiri.. Semuanye aku kena bayar sendirilah. So bajet nak shopping nnti habis sbb kena byr kos utk 2 orang. Lagipun kalau gi dengan husband tentulah kena bawa anak. Susah tu nak heret anak kecik sambil shopping. Buatnye anak meragam dah kena settlekan anak dulu. Nanti masa shopping jadi terhad. Betul tak? Aku bukan create alasan tapi ini facts ok.

Huwarghh sangat nak pergi jalan ke Bandung. Kalau laki aku nak ikut kenalah postpone dulu tunggu sampai duit jadi double baru leh pergi... Izan, kalau tak dpt gi Bandung kite gi Sarawak or Sabah pon okey gak. Lagipun passport aku mati March tahun depan...huhuhuhu

Masih

Masih lagi dalam keadaan kurang sihat. Badan rasa sakit2. Demam dah kebah dah tapi saki baki sakit tu dok ada lagi. Ingat nak hapdate pasal cuti hari wesak haritu. Gi jalan-jalan yang mengabihkan boreh yo sebona eh.. Hahaha tapi sebab nak memuaskan hati sendiri so pergi jugak lah..

Aku pun nak hapdate pasal aktiviti mandi manda Kasyah kat kolam kecik masa balik kampung.. Gambar dah transfer dah dlm laptop tp aku tak masukkan dlm pendrive bawa gi opis...Nantilah..Badan tak sihat ni mood memang kelaut...Kepala rasa nak landing jek ni..

daaaa....

Thursday, May 19, 2011

Al-Fatihah buat Telordibasuh



Tadi jenguk blog Ben, terkejut dapat tahu blogger telordibasuh dah meninggal dunia. Berkurang lagi blogger best kat Malaysia.. Dulu tu telor selalu gak jenguk blog ni.. Pastu aku kalau gi blog die mesti tinggalkan jejak macam "suka telor goreng" "semalam makan telor" dan ape jek yang berkaitan telor... Lepas ni blog telor akan terus sepi sesepi jasad kaku telor...(sedihlah pulak)


Guys, mari kita sama2 sedekahkan al-Fatihah untuk beliau.. Semoga rohnye dicucuri rahmat..Al-Fatihah..



Sesunguhnya mati itu pasti. (Aku speechless)

Lagi...

Untuk kali yang entah keberapa dalam tahun ni, aku demam lagi..

Aku rasa muka aku ni dah wanted dah dalam bab demam mendemami ni..

Baik aku register jek demam ni aku yang punya...

Asik-asik datang kat aku...

Bosan tau.

Sekarang baru bulan 5, MC dah 5 hari..

Tu belum kire demam di hujung minggu lagi..

nasib baik harini tak MC.

Bertahan jek kat opis dengan harapan bos tak bagi kerja mengarut hari ni..


Aku dah agak dah mesti aku nak demam pagi ni..

Mana taknye bangun tido badan ketar..

Macam nak tumbang jek

Dalam kete pun dah rasa seram sejuk

(Nasib baik harini naik kete)

Aku dah telan dah pandaol 2 bijik tapi Aircond opis ni sejuk sgt

tak dan aku nak berpeluh

Sekarang dah gigil balik


Hadoila...Aku sejuk sekarang...

Sape nak bagi selimut kat aku?????


daaaaa.......

Wednesday, May 18, 2011

Semangat...

..down harini..Mula-mula berkobar ak update blog tapi tetiba mood kelaut.

Bengkek dengan seorang minah ni yang aku rasa sangat tak jujur.

Yang buat aku jadi sentap tu bile aku tegur die, die buat seolah-olah aku ni yang salah.

Die pulak yang betul.

Eh, aku rasa aku dah cukup bersabar dah.

Kalau tak dah lama dah aku maki hamun.


So sekarang memang malesss sangat nak update.

Nak bw pun takde mood.

Pada yang dah tinggalkan jejak, insyaallah esok aku jenguk korang ye.


Hari ni malesss!

Monday, May 16, 2011

Canon 600D..my new baby.

Hari Isnin baru dapat bertemu kembali..Sebenarnye hari jumaat haritu aku dah bajet nak story pasal baby baru aku tu tapi alih alih blogger lak problem..tunggu punya tunggu punya tunggu bulan tak timbul-timbul..eh..eh..salah pulak. Tunggu punya tungu punya tunggu sampai ke petang tak okay gak. Dahla aku nak balik kmapung. Kat kampung line tenet cam harem jah. So terkuburlah seketika niat suci murini aku tu..Takpe hari ni aku continue balik niat aku tu..

Last week hari rabu aku dah berjaya menyambar DSLR Canon 600D yang menjadi poojaan hatiku. Plan nak gi usha jek last2 terus beli..kuikuikui..Tak nyempat2. Ate hati dah berkenan beno. Teman sambar jela ye.. Aku beli dekat Time Square. Memang susah sebenarnye nak beli camera ni. kejap nak Nikon..kejap nak Canon.. Last2 aku sambar canon sebab yang ni model baru. Mintak2lah tak menyesal..huhuhu

Hah inilah kamera baru aku. Gigil gak nak membayarnye..tapi hati dah berkenan kupejamkan mata dan cekalkan hati...Hahahaha...Balik rumah pening kepala pikir duit dah kurang..huwarghh..

Jangan ingat aku dah terrer guna kamera ni. Dok terkial-kial lagi nak ingat butang2 tu. Sekarang ni aku masih cuba nak khatamkan manual book die. Setakat ni aku dah boleh ambil gambar teknik 'bokeh' dah..(banggo den..).. Jalan paling selamat amik gambar guna function auto..hahaha..tapi auto tak best. Setting manual gak cantik gambar..

Canon ada buat kelas fotografi. Dalam hati memang nak pergi tapi kalau pergi sorang cam tak bestla pulak. Nak pergi berdua sape pulak nak jaga si kecik tu?? Lagipun kalau pergi berdua camne nak godek2 kamera sbb kamera ade satu jek. tak best ah nak belajar kongsi2 kamera ni..hihihih...

Esok cuti..yahoo..kalau jadi nak gi jalan2 mengimbau kenangan..tempatnye??? Masih dalam Malaysia..Dekat jek..boleh pergi hari jek. Pagi sampai petang. Kat mana? Tungguuuu..Itupun kalau jadikler..kalau tak membongkang lah aku kat rumah..hehehe

daaaaa........

p/s: aku tak review pasal canon nih sebab aku tak habis explore lagi..Nnti kalo aku dah terrer aku buat review yek...Setakat nak tahu feature die leh ke website Canon..

Thursday, May 12, 2011

Yahooo

Yahooooo


Yessss


Yeahhh


Yayyy


Syokknyer


Besttt


Sukerrrrr


I Like


Ish seronok betul aku hari ni..

Yelah apa yang dihajati dah ade depan mata

Saya tau sekarang pagi lagi

Tapi saya tak sabar nak balik

Saya jakun ker saya poyo???

hehehe

Tak kisahlah yang penting kite enjoyyyy!!!

Wednesday, May 11, 2011

Dalam Dilema...

Korang ingat tak aku pernah bagitau wishlist aku untuk tahun 2011. Ermm, kalau diikutkan semuapon belum tercapai lagi so kalau boleh aku nak at least satu tercapai pun jadilah.

Sekarang ni hati aku melonjak-lonjak nak beli DSLR. Lagipun lagi 4 bulan aku akan ke Sabah. Kalau dapat guna DSLR amik gambar mesti puas hati lagi-lagi bergambar dekat mount Kinabalu. Mesti cantik gambar tu.

Malam tadi aku dengan suamiku decide untuk survey DSLR kat Times Square. Focus adalah pada Canon 600d dan juga Nikon d90.(hati aku lebih kepada canon sebab lagi murah..huhuhu). So semalam jumpa offer yang quite nice. Canon 600d with kit EF S18-55mm IS II berharga RM2700 dan Nikon d90 with kit AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR berharga RM3100. Menarik tu sebab lebih murah daripada pasaran. Tapi aku taklah nekad beli semalam sebab masih kena buat kire2 dengan sebaik-baiknye. So sekrang ni memang dalam dilema nak amik canon or Nikon. Well Nikon tu dapat lense yang lagi best. Kalau aku nak upgrade canon dengan lense yang lebih kurang macam Nikon aku kena tambah lebih kurang RM600 lagi..huhuhu. Tapi canon tu model baru so die ada full HD movie recording yang aku rasa sangat best sbb dah ade 2 in 1 function. Syok woo.





Suamiku pulak pagi tadi kate kalau nak beli DSLR better beli yang bagus terus sbb lepas ni boleh focus pada lense dan aksesori lain mcm speed light pulak. Nikon D7000 adalah yang boleh dipertimbangkan tapi harganya quite pricey. Almost 5000..Huwarghhh takdok pitih banyok tu..guane ni?


Harini masih berkira2 nak canon ke nikon...plan nak beli before raya tapi my husband suggest beli sekarang sbb byk masa nak belajar tentang fotografi. Kalau beli before raya takut masih tak pandai guna... Banyak tu nak kena belajar.. Aperture, bounce, lense, focal, ISO dan segala mak nenek lagi...

Korang..perlu ke aku beli DSLR sekarang?????Hati memang melonjak mahu tapi kewangan tak membantu..huhuhu

daaaaaaaaa......

Tuesday, May 10, 2011

Taman Tasik Putrajaya

Hari Ahad petang aku dengan suamiku decide nak bawa Kasyah pergi jalan-jalan kat taman so that Kasyah boleh jalan atas rumput. Asik jalan dalam rumah jek so bawa kat luar pulak. Kami pergi taman tasik kat depan PICC tu. Ramainye orang kat situ. Mungkin sebab suasana dan pemandangan cantik selain kawasan yang best untuk piknik.

Kasyah memang teruja betul dapat pijak rumput ni. Die asik berjalan jek. Suka betul die tengok orang ramai main-main kat situ.

Masa awal-awal pegang dulu tangan die. Takut die tak pandai balancekan badan. Aku nak peganag tangan sebelah lagi tu die tak bagi. Die lepaskan tangan aku..Amboi bukan main lagi ye.. Dah lama2 die berjalan sendiri jek. Tak mo pegang tangan..

Tengoklah muka si budak ceria ni. Takpe lepas ni tiap2 minggu kite pergi taman ye..

Masa ni dah penat dah. Duduk jap sambil main rumput.. Jakun betul dengan rumput ni. Ape je yag die dapat capai semua nak masuk dalam mulut.. Hadoila.

Eh, eh aksi apa pulak ni? Macam nak tomoi jek..hihihi. Die sekarang memang suka buat muka geram sambil tangan naik cam nak terbang jadi superman....Kalau buat macam tu mengekek2 die ketawa.

Hah nak buat ape cabut rumput tu.....tangan tak reti diam betul.

Mama pun nak enterpem jugak...

Weeehuuuu..Seronok ide dapat main gelongsor ni. Nak main buai penuh so main gelongsor jela..

Matahari nak terbenam...Panas walaupun dah nak dekat pukul 7 dah masa ni..

Ewah, kemain laju lagi die berjalan. Ada makcik tu tanya aku Kasyah ni dah setahun lebih ke? Terkejut die bila aku cakap Kasyah baru 10 bulan. Yela die dah berjalan terkedek2 macam budak umur setahun lebih. Nak ajak balik pun susah sebab asik nak berjalan lagi..

Sebelum balik kite poseing dulu... Masuk jek kete terus die lepak agaknye penat sgt berjalan tak berhenti.

Sekarang ni kalau kat rumah pun die dah tak berapa merangkak dah sebab dah 'dapat kaki'. Nak gi dapur jalan, gi meja makan jalan, gi bilik jalan. Senang citer nak kemana2 jek die berjalan walaupun dekat jek.. Kadang2 tu macam nak berlari dah aku tengok. Kemain laju. Tapi kalau laju sangat tak dapat nak balancekan badan tu.

Okeylah..daaaa.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...