Thursday, June 30, 2011

Gosippppp!!!!!

Koranggggggg...meh dekat2 meh..aku nak gosip ni... Wah tetibe jek aku dah jadi mami jarum dah.. Pagi2 dah nak mengumpat hal orang...hihihi tapi aku nak cerita gak...Kalau tak terbeban jek rasa hati....(hahaha ayat takleh blah)

Pagi tadikan aku keluar rumah seperti biasa dalam kul 6.45 macam tu. So pergi kat lif terserempak dengan seorang lelaki ni dari rumah sebelah.. Situasinye macam gambar kat bawah ni..(gigih aku lukis sbb nak gosip punye pasal..hahaha buruk perangai)






Yang kotak2 tu mewakili rumah...Yang biru tu lif ye.. So dapatlah gambaran sikit. Aku (bulat pink) keluar pergi kat lif then ternampak lelaki tu (bulat merah) . Lelaki tu macam sedikit terkejutla. Aku buat biasa jelah tp dalam hati aku terfikir sape lelaki ni? Tak pernah nampak pun. Dahla pakai baju biasa tak macam orang nak pergi keje. Dalam lif suami aku(bulat hitam) dok perati die sbb die pakai rantai emas and memang tak macam orang yang bekerja kerajaan...

Sampai kat bawah, kami menuju ke motor dan die terus ke kereta dia tapi die cume panaskan enjin dan tunggu diluar kereta... So akupun cakaplah kat suami aku...




"Sape tu? Tak pernah nampak pun.. Takkanlah die dari rumah jiran HKL tu?"
"Entah. Tak macam orang sinipun. Pakai rantai emas segala,"
"Mesti dari rumah sebelah tu. Rumah tu gelap jek 2-3 hari ni...Macam takde orang,"
"Agaknye..Dulu cam ramai jek anak dara dok situ. Sekarang ni mana ada ramai. 2 orang je kot,"




Itulah lebih kurang perbualan aku dgn suami aku... So gosipnye, rumah merah tu rumah anak2 dara dan rumah hijau tu rumah pasangan suami isteri yang selalu bertegur sapa dengan suami. Since lelaki tu dtg dari area rumah sebelah so tak mungkin die dari rumah hijau sbb rumah hijau pon akan pergi keje lebih kurang waktu yg sama. Takkanlah die tak turun sekali...So mesti die dari rumah merah tu. Tapi rumah merah tu dah 3 malam ni gelap gelita macam takde orang. Aku taulah sbb dapur kitorang memang mengadap antara satu sama lain. Sebelum ni aku pernah nampak ade orang lelaki dlm rumah merah tu..Masa tu diorang macam pujuk memujuk nakkan sesuatu.. Yang lelaki pulak pakai towel jek..Kalo korang, korang suspek tak???? Yelah rumah tu rumah anak2 dara so bile tinggal sorang pompuan dgn sorang lelaki takke pelik...



So aku rasa memang diorang dok dalam gelap sepanjang malam.... Lagipun kenapa lelaki tu keluar pagi2 buta...6.45 ramai orang tak pergi keje lagi tau...Aku jek yang kena keluar awal sbb keje jauh..


Hah, aku malas nak bagi kesimpulan lebih2. Korang pikirlah sendiri... (tak senonoh pagi dah gosip..hihihi)

Wednesday, June 29, 2011

Main kejar-kejar

Koleksi gambar2 Kasyah... Letak kat sini sbb mama rindu serindu-rindunya kat Kasyah.. Gambar masa kat kampung main kejar2 dengan sepupu2nya. No caption just enjoy the photos guys!










daaaaaa

Nasi Ayam...

Makanan lagi. Kali ni edisi nasi ayam terjun...Bukan bidan jek ada bidan terjun tau..hehe. Buat nasi ayam ni masa kat kampung. Gara2 ada lebih ayam perapan untuk BBQ haritu so terus aku decide nak buat nasi ayam. Lagipun ayam perap yang tinggal tu memang perapan untuk nasi ayam. Kononnya perap yang tak pedas utk budak2, last2 tak jadi bakar. So dinasiyamkan oleh aku. Aku guna resepi yang sama dengan nasi ayam best sebelum ni. Boleh tengok kat sini.

Korang nak tau tak?? Hah tak nak? Ah, tak kira nak bagitau jugak..(sengal!) Mak aku tak pernah kot masak nasi ayam ni. Senang citer family aku memang tak penah buat nasi ayam. Kalau nak makan pon beli jek. Aku pernahlah masak nasi ayam ni dulu. Tapi tak ingat bile. Rasanya time aku belajar dulu kot.. Tak pon time aku sekolah. Hah sikit punya lama. So hari tu memang laku betul nasi ayam ni. Habis jam2 tu gak. Takde lebih nak buat makan malam. Yang adapun tinggal sup jek. huhuhuhu..nampak sangat nasi ayam aku sedap..(perasan :p)Anak sedara aku bertambah2. Ah, diorang tu kalau maksu die masak semuanya sedap.. (perasan lagi :p..ada rasa macam nak bagi penampor tak?)

Gitulah cerita nasi ayam terjun aku. On the spot. Nasib baik semua bahan pon ada. tinggal lebur jek. Ayam die memang terbaik . Mana taknya sehari suntuk diperap. Memang terasa segala perapannya. Fuhhh.. To all my anak2 sedara, lenkali maksu buat lagi ye...hehehe

daaaa.......

Tuesday, June 28, 2011

Nasi Mandi

Setelah lama menanti akhirnya semalam tertunailah hajat di hati nak makan nasi mandi aka mendy ni... Aku tak ingat sejak bila aku teringin nak makan tapi memang agak lamalah. Bile tgk jalan2 cari makan lagilah aku teringin nak makan. Seb baik semalam suamiku baik hati nak belanja aku makan nasi mandi ni. Kami makan kat restoran dekat dgn rumah jek. Restoran Mr. Kabab & Beriyani hidangan Arab dan Pakistani kat diplomatik.

Inilah rupanya nasi mandi ni. Aku amik Grilled chicken with mendy rice RM13.00.. Portion die besar. Tak habis aku makan. Dah kenyang sgt so terpaksalah tinggalkan jek. Nasi ni sedap. Tak terlalu spicy macam beriyani. Kiranya rasa die soft jek. Nasi die memang soft pun. Nampak jek seketul2 tapi lembut giler. Syedappp.. Aku suke. Di datangkan dengan sambal tomato dan juga kuah kari. Nak lagi best makan sambil gigit lada tu..Masyukkk!

Bagi close up sikit gambar ayam...Hah, terliur tak? Nusha jgn tenung lebih2. Kang ngences kang..hihihi

Hah, yang ni pulak Nasi beriyani ayam. Sedap gak. bak kata suamiku memang boleh dtg lagi makan kat sini. Nasi beriyani ni cukup rempah ratusnya. Ayamnya pon lembut. Tak nampak ayam ye??? Ayam ada tersorok dalam nasi tu. Memang kenyanglah makan nasi ni. Ditambah dengan kuah kari yang cukup rasa tu.. maveles...

So tertunailah hajat aku nak makan nasi mandi. Lepas ni mungkin boleh cuba makan kat tempat lain pulak. Hah, korang dah penah try nasi ni? Sedap????

daaaa.....








Terkojut den!!

Pagi ni bukak Nuffy saje jek nak cek visitors..Alih2 tengok kat earning ada 4 B.E. Terkojut eden. Tak sangko lak B.E leh tersangkut kat blog eden ni.. Aku dah perasan ada BE since last week lagi tapi itupun satu jek..yang Proton Exora tu. Aku malas nak beria sbb last time aku dpt BE cume 14sen jek. Yolah blog den ni blog biaso yo. Tak ramai yang nak borkunjung kek blog nan hado den ni... Semalam aku cek ada lagi 1 BE tapi tu pun aku wat dek jek sbb takmo lelebih excited... Tapi hari ni bile ada tambah lagi 2 terus rasa excited tu mari... Polik2. Tapi syukur sgt. Tersangkut gak Be kat blog aku.. SO aku akan lebih rajin lag BW sbb nak maintainkan BE tu.. takmo jadi macam dulu 14 sen jek..tupun tak sampai seminggu..hahaha


Hah, cayo tak cakap den??? Manelah tau tahun ni den leh cash nuffy ni lebih sikit....Rezeki tu....Korang kom layan blog aku...Tengah semangat ni nak BW...Meh2 tinggalkan jejak meh...

BBQ night...Our Birthday Bash..

Hallu hallu...Apa khabar semua??? Tetiba harini nak tanya khabar kan...padahal sebelum ni ada aku kesah...hihihi.. Nak cerita pasal majlis BBQ semepna besday Kasyah dan aku. Kan aku ada mention sblm ni aku amik cuti last friday sbb nak buat BBQ ni.. Ingat tak????Aku tahu korang tak jawabpun..hahaha... sengalnye aku.. :p

Persiapan untuk BBQ tu start since pagi lagi. Aku keluar ke bandar dengan abah untuk beli daging segala. Warghhhhh kopak aku beratus2. Macam2 nak kena beli so kul 1 tghari baru sampai rumah. Terus buat perapan daging,ayam dgn udang tu. Kiranya sampai ke petang ler buat keje. Dah macam nak buat kenduri jek padahal, BBQ kecik2 jek. So dalam pukul 6 tu aku dah start bakar satay. Best gak pengalaman bakar satay sendiri ni. Berpeloh2 duduk depan api.

Kasyah dan sepupunya. SUke sangat ketap mulut camtu. Comella konon..hihihi. Kesian Kasyah sbb aku abaikan die sekejap. Busy lorr..Die nak menyibuk sama tp aku tak bagi dekat dgn api tu...

Satay sedang dibakar. Satay ni aku tempah jek. 250 cucuk RM100. Secucuk 40sen jek.. Okayla tu. Puas gak makan..

Tengoklah si tukang bakar satay tu... Komited beb. Ntah berapa cucuk habis kutelan. Sambil bakar sambil ngap..huhuhu... Tapi aku bakar kejap jek sbb lepas tu laki aku lak take over. Die jeles aku dok ngap2 satay tp die kena layan anak..hahaha...

Mak aku sedang memasak mihun goreng bergandingan dengan abah aku... Kite semua memang busy bekerja smpi tak hirau makan minum...(Akuler tu..orang lain makan jek..Aku dah petang baru nak lunch...huhuhu)

Edisi membakar lagi. This time tinggal sikit jek sbb mostly kite dah bakar petang tu. Yelah kang orang dtg baru nak membako..memang kite bako jer..

Kasyah dengan nenek. Kasyah panggil mak mertua aku nenek. Mak aku tokmak...

Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh pakcik aku... Lepas tu apalagi makan ler. Sebelum tu aku potong kek dengan Kasyah. Kasyah masa ni die cam takut2 jek sbb orang ramai.. Tapi lepas tu dielah hero. Menjerit sana,,berlari sini...hehehe..

Potong jangan tak potong. Anak2 sedara aku dah tak menyabo nak makan kek. Majlis ni kecik2 jer. Ajak jiran 2-3 buah rumah, ajak pakcik dgn makcik aku selain mak mertua dgn atuk aku.. tu jek...Kalau nak ngajak sekampung, harus terjun lombong aku lepas tu..hahahaha

Antara hidangan yang ada. Daging lembu, daging kambing, ayam, udang, satay, nasi impit, bihun goreng, jagung bakar, puding, kek dan juga buah tembikai...Alhamdulillah makanan cukup...

Udang bakar mentega. Udang ni aku grill jek guna kuali leper tu. Nak menunggu turn nak bako memang tak siap ler...

The dagings..Yang kiri tu beef, tengah ayam dan yang kanan tu lamb. Laki aku cakap ayam tu syedapppp...Hihihi...Nak resepi? Request secara peribadi dengan aku ye..Sbb aku kenakan caj..huhuhu

Antara tetamu yang ada... Gambar tetamu lelaki yang makan kat depan rumah takde sbb lepas acara bermuala, fotografer terus cuci tangan melantak dengan jayanya.. Die dah tak peduli dah dgn kamera sbb makan lagi best..huhuhu hampeh betul..

Itu jelah ceritanya.... Walaupun majlis yang kecil tp tetap syiokkk... Lenkali boleh buat lagi...Lepas makan kite sambung tengok maharaja lawak...Jom gelak ramai2...

daaaa........

p/s: Kasyah rindu mama....mak aku bagitau!

Monday, June 27, 2011

Angau-semua serba tak kena

Dah lagak cam orang bercinta dah aku ni. Semua benda tak kena. buat ni tak kena buat tu tak kena...Haish memang aku asyik teringatkan die jek. Sahlah aku ni dah angau. Bak kata orang tido tak basah, mandi tak kenyang, makan tak lena lah. (perumpamaan pon salah sbb jiwa kacaulah katakan)

Hariku tak sempurna tanpanya. Aduh, terlalu rindu aku padanya... Hah, korang jangan ingat aku curang pulak. Aku ni dah gila bayang sbb rindukan Kasyah. Semalam aku tinggalkan Kasyah kat kampung dengan mak aku. Saje jek sbb aku ade projek yang nak dibuat so terpaksalah tinggalkan Kasyah kat kampung. Kalau die ada projek aku tu memang tak jalan.. Projek tu peojek tuttt...Rahsia beb! Ini kisah suami isteri..hahaha. So alkisahnye semalam tidopon rasa lain jek sbb anak takde kat sebelah. Dlm kepala ni dok ingat kat dia jek. Semalam pergi tgk wayangpon tak enjoy sbb ingat die. Rindu beb!

Baru lepas call mak tanya pasal Kasyah. Dapat dengar suara die membebel..Hilang gak rindu. Takpelah hari Jumaat ni aku balik amik die. Tak sabar nak tunggu Jumaat.

p/s:semalam naik bas sorang2 balik KL.. Neves sey!

Sunday, June 26, 2011

Happy Birthday!!!

♫ Happy Birthday to me...♫
♫ Happy Birthday to me...♫
♫ Happy Birthday to me...♫
♫ Happy Birthday to me...♫


glitter-graphics.com


Selamat hari jadi untuk aku....Harini berganjak lagi usia aku. Yang keberapa??? Maluss nak cakap.. Tapi masih muda lagi. Belum jejak 3 series...

Wish untuk diri sendiri semoga hidup aku akan lebih baik lagi. Semoga ada rezeki yang lebih untuk aku kongsi dengan anak2. Semoga aku terus jadi orang.. Hmmm banyak lagi sebenarnya tapi kesimpulannye aku harap semua akan jadi baik...

p/s: Abang, mana hadiah sayang?????Nak yang besar punya.......

Friday, June 24, 2011

Persiapan

Hallu hallu...bersiaran dari kampung nampaknye...Jeles tak sbb aku cuti harini?????Aku tahu korang jeles..Huahuahuahua...gelak dengki sbb aku cuti korang keje...

Pagi2 ni busylah sikit. Aku nak ke bandar beli barang2 persiapan untuk BBQ malam ni. Nak pergi cari daging kambing, ayam, udang, jagung dan bahan perapan selain bahan nak buat bihun goreng. Sate pon nak kena amik gak ni. Dah tempah dah. Buah-buahan pon nak beli gak selain beli kek besday... Banyak betul benda nak kena buat..Tapi aku suke.. Yelah sambut besday anak yang pertama.. Teruja tu lebih sikitlah.

Aku takleh update panjang2 sbb mau buat keje... See ya...

daaaa....

Thursday, June 23, 2011

Balik kampung

Haish..lambatnye masa berlalu. Tak sabar nak balik kampung. Petang ni aku akan balik kampung. Esok amik cuti sbb nak sambut besday Kasyah seperti yang aku mention sblm ni. Terpaksalah cuti sbb papa die ade kelas weekend. Inipun sabtu pagi laki aku dah kena balik KL naik bas. Aku balik hari ahadlah. Tak koser aku nak balik awal2.. Die pegi kelas aku tercongok kat umah jek.. Bosan.





Doakan semoga perjalanan aku
lancar...daaaa........





Pra-sambutan besday Kasyah

Since besday Kasyah hari Ahad dan plan untuk buat majlis harijadi Kasyah Jumaat ni, so kami decide nak gak sambut besday die on the day.. So lepas papa balik kelas, kami terus siap2 keluar pergi beli kek. Beli kek yang paling kecik sbb yang makannya kami 3 orang jek. Akupun on diet so takleh makan kek bebanyak...Serammm.. Lepas beli kek, beli McDonald pulak. Belikan Happy meal utk Kasyah tp geram giler sbb budak kaunter tu lupa nak letak free toy kat dalam kotak tu.. Kesian Kasyah tak dapat patung kungfu Panda. Sambut kat rumah saje memandangkan Kasyah sekarang dah semakin susah utk dikawal...Kat rumah nak terbongkang ke nak terbalik ke ade aku kesah?

Acara tiup lilin... Tapi bukan Kasyah yang tiup, mama yang beria.. Die sibuk nak terkam kek tu jek. Memang jahanam kek tu kalau dapat kat die.

Potong kek pulak. Beli kek blackforest jek. Sedap gak. Sampai la ni ada lagi. Takleh makan bebanyak nanti gumuks..Kasyah suka makan kek ni.Sampai comot muke.

One happy family. Set timer kat kamera. Nasib baik Kasyah nak gak pandang kamera. So nampaklah ok sikit gambar ni..

Besday boy...Kemain comot muka. Suke die dapat makan kek yang syedap tu. Pastu melantak2 makan kentang. Beria mama suap burger tapi die lagi rela layan kentang..hahaha.. Last2 mama gak yang habiskan burger tu... Menternak lemak lagi nampaknya...

Tu jelah sambutan kecil2an buat family kami yang kecik ni.. Malas nak letak gambar bebanyak. Sikit2 sudah. Tunggu BBQ esok malam... Barulah betul2 majlis harjadi Kasyah dan mama...daaaaa.....

Tebiat..

Since last week, bile aku bawa kete sensorang gi keje, aku akan dengar lagu raya.. Ye, lagu raya ye kawan-kawan... Ni gara-gara dah boring beno aku dengar radio. So lagu raya menjadi pilihan aku. Tapi kalau aku sorang ler. Kalau dengan laki aku, memang die kata aku buang tebiat. Hihihi

Syok ape dengar lagu raya. Happy jek. Lagipunkan sekarang ni tgh musim orang ganti pose. Tu maknanya raya tak lame lagi le tu. Dah bolehle nak fefeeling raya...Lagu raya faveret aku tentulah lagu Selamat hari raya Saloma tu. Itu macam lagu rasmi rayalah tu. Kalau takde lagu tu tak raye le jawabnye..

Aku ingat lagi tahun lepas since bulan 3 aku dah dengar lagu raya. Bukannye apa, masa tu aku pregnant so fikir yang bukan2 tu memang menjadi kemestian. Manalah tau umur tak panjang, tak dapat aku beraya. So sebab takut tak dapat raya, aku bantai dengar lagu raya sampailah aku bersalin. hahaha..poyokan? Biasalah takde experience bersalin lagi...

Eh, korang punye persiapan raya dah siap belom????

p/s:Kasyah demam panas pagi ni..risau hati ni. Hopefully takde pape...

Wednesday, June 22, 2011

Projek..

Hampir terlupa aku malam ni sama ada aku suka ke tak ke kena gak buat..Eh, buat ape tu??? Projek ler..wah, korang jangan nak sengih2 pikir yang bukan2 ye... Aku nak buat projek brownies.. Bukan projek yang projek tu...paham ke? tak paham dah...hehehe

Esok malam aku nak balik kampung..Yahooo...Dah sebulan lebih tak balik. Dah rindu beno bapak aku sama cucunye itu. Balik kali ni ada beberapa sebab. Antaranya sebab aku nak jahit langsir yang aku beli kat Jakel haritu. Kalau tak balik kampung, kat mana pulak aku jahit. Selain tu aku dah lama tak balik. So baliklah jenguk mak ayah.. Yang paling utama sebab aku nak balik kampung adalah nak buat majlis sambutan besday Kasyah dengan aku sekali..hikhikhik...Besday I kan next week... Maluss..

Plannya hari jumaat malam sabtu tu aku nak buat BBQ kat rumah mak. Ajaklah jiran2 terdekat dengan pakcik aku yang tinggal sama Felda dengan keluarga mertua abang aku. Selain tu ajak jugak mak mertua aku.. Buat kecil2 jek tapi Insyaallah memang meriah... Tak sabar nak balik.. Nanti aku kongsi citer ye.. (ko jangan harap aku nak citer awal2..sambut besday Kasyah yang last sunday pon tak terkongsi lagi..nan hadooo).

daaaa.....

Tuesday, June 21, 2011

Ayarkkk..terlebih sudah...

Lunch tengahari tadi agak berlainan sikit. Selalu tu aku makan sekut n teguk air sejuk jek.. Tadi gi makan kat KLCC dengan suamiku. Saje jek ajak dating. Bukan selalu dpt berdua2an.. tupun mula2 die taknak. Aku dah merajuk bagai baru setuju nak dtg...:p


Menu harini, burrito and nachos...Giler kenyang sebab burrito ni quite big jugaklah.. Ade aku amik gambar tapi tak bawa kabel hp pulak. so ini gambar dari en.google. Alah lebih kurang ginilah rupanya.. Harini ada special, beli burrito ni free air dan salad..Memang terbaik...

So sekarang mood lalalala tu dah mari...(lalalalala tu mood mamai2 nak tido ler..) Malam ni takmo makan sbb nnti diet aku punah pulak...huhuhu..

daaaaaa........

Monday, June 20, 2011

Hehehehuhuhuhohoho

Korang jangan ingat aku tengah meroyan ke ape letak tajuk gitu gaya... Semangat weh dtg keje pepagi (jgn tak tahu kul 7.45 aku dah tercongok kat opis) sbb nak mengupdate blog. Nak ler letak gambar sambut besday anak bujang aku tuh.. Last2 nan hado...

Malam tadi laki aku beria ckp nak masukkan gambar straight away dalam pesbuk.. Akupun yo yo or jelah pagi ni boleh cilok jek gambar dlm fb tapi rupanya die tak letak pun..hampeh betul... Tu yang senyap sunyi jek blog aku ni. Nak citer apepun tak tahu.... Takkan aku nak cerita betapa gembiranya aku di pagi isnin yang indah ini... Memang taklah...

Harini Kasyah kena cucuk...Tak tahu ape citer... Suamiku yang bawa...Hopefully die tak meraung nak melepaskan diri...hihihi

Sunday, June 19, 2011

Happy Birthday Sayang Mama!!!


glitter-graphics.com

Rasa macam baru semalam mama sakit perut nak bersalin..Rasa macam baru semalam mama lahirkan Kasyah. Rasa macam baru semalam mama habis pantang. Rasa macam baru semalam anak mama mula ketawa. Rasa macam baru semalam anak mama meniarap. Rasa macam baru semalam anak mama pandai merangkak. Rasa macam baru semalam anak mama pandai berdiri. Rasa macam baru semalam anak mama mula melangkah. Semuanya rasa macam baru semalam terjadi..

The day he was born...My precious.. My cute little angle..



Hari ini anak mama genap setahun. Masih panjang dan jauh lagi perjalananmu nak! Mama doakan moga anak mama akan jadi anak yang soleh, yang baik, yang pintar, yang bijak, yang cergas dan akan menjadi anak yang berjaya nanti. Mama mohon moga anak mama akan terus menyayangi mama dan papa dan ketahuilah olehmu bahawa mama dan papa sangat sayangkan kamu. Maaf andai mama berkasar itu kerana mama menyayangimu.



MAMA dan PAPA SAYANG KASYAH!!!!!


p/s: Selamat Hari Bapa buat Ayahandaku tercinta dan juga Suamiku...Love u both!

Friday, June 17, 2011

Mengeluh

Salah ke mengeluh???

Aku penat

Aku bosan

Aku sedih

Kenapa aku?

Kenapa dia?

Bukan berkira tapi ini soal tanggungjawab

Ko buat keje kau

Aku buat keje aku

Tapi ....

semua terbeban atas aku

Aku bosan

Aku penat

Aku sedih


Tolonglah berubah....Itu keje kau....

Rumah

Susahnya nak beli rumah sekarang

harga mahal

tak setimpal dgn rumah

rumah kecik pon dah lebih RM100 ribu

Nak rumah teres lagi menangis tgk harga

tapi kena jugak beli rumah

Takkan selamanya nak duduk kuarters

tapi tak mampu

harga rumah sekarang tak balance dgn gaji

Beza gaji 20 thn dulu dgn skrg lebih kurang 50%

tapi beza rumah dulu dan skrg 300%

Orang miskin terus miskin

Orang kaya terus kaya

Aku? akan terus begini...

Mungkin nanti reban ayam jek yang mampu kite beli...

haishhhh


Melepas.....

Aku dah melepas nak dapat tiket free ke Super GT race weekend ni..
huhuhuhuhu....
Dpt tahu lambat..
memang tak aci betul...
Patutnye utamakan staff kat department aku dulu sbb kite yang organised psl Gt ni walaupun this year GT sendiri yang takover...
huwarghhh....

tak aci...

tak aciiiiiiiii


p/s:bukan senang nak dpt tiket free.....nak beli sendiri mahal...

Thursday, June 16, 2011

Nak muntahhhhh

Pagi ni perut masuk angin.. Makan kuih sampai 6 bijipun angin tak keluar jugak... Perut makin sakit. So lunch tadi decide nak makan berat sikit. Selalu tu makan biskut jek tp dah masuk angin biskut memang tak jalanlah...

Lepas makan perut menggelodak...Ingatkan nak keluar angin tapi tak.. Angin tersangkut kat tekak.. Cube gak sendawa tp nak termuntah.. Argh tak boleh jadi ni.. Terus gi toilet buang isi perut... Ingatkan dah okaylah tapi perut bertambah sakit sbb angin dok ada lagi....huwarghh...camno ni..

Siyes aku sangat sakit perut skrg... Kena bertahan sbb kat opis... Perut sakit giler..angin dah bermaharajalela...Tolonglah weiii...

p/s:bestnye kalo dapat kentut sekarang...

Macaroon

Akhirnya dapat gak makan macaroon ni. Nipun kebetulan masa hantar mak aku balik naik bas kat TBS tu. Pergi kat satu kedai roti ala2 roti boy nak belikan mak bekal makan kat dalam bas. Roti jelah yang praktikal nak makan pun. Ternampakla macaroon ni. So akupun sambar jelah. 5 biji RM4. Murahkan?


Nilah macaroon yang aku beli. mana lagi sebiji? Dah kena bedal dgn anak sedara aku. Masuk jek macaroon ni dalam mulut aku, pergh..manisnyeeee... Giler ah. Macam makan gula semata2. Aku ni dah lah tak kuat manis dgn masin. Aku cuma boleh makan sati gigit je setiap kali. So sampai ke hari ni masih ada lagi 2 ketul setengah kat rumah. Tak mampu aku nak habiskannya... Entah bila habis.. Dek kerana kemanisannya yang melampau itu, aku nak makan pun seremmm...

Sape nak macaroon???? Sila angkat tangan...

KLCC park

Sehari sebelum mak aku balik, sempatlah bawa diorang pergi jalan2 kat KLCC... Anak2 sedara akulah yang sibuk sgt nak pergi. Kebetulan suamiku takde kelas sbb besday Agung, so dapatlah berjimba-jimba kat sana....Sebelum gerak tu, masak dulu makan tengahari. Pukul 9 pagi aku dah beria kat dapur. Aku masak udang ketak haritu la..Untuk Kasyah bubur nasi dengan sup ayam. Siap masak dalam kul 11 kami gerak ke KLCC.

Sampai kat KLCC memang tengahari buta.. Tapi momantai sebab kami dok bawah pokok. So redup jek. Tak rasa panas pun. Masa ni mak aku dah bawa anak2 sedara aku mandi kolam...Panas terikpun still nak mandi gak..lantaklah..

Berpiknik di bawah pohon yang redup ni syok...Lagi2 dapat makan lauk best.. Lagi mantop..

Pak Ngah Kasyah melayan Kasyah bermain. Papa pulak tukang tangkap gambo. Amboi sukenye die..

Apelah Kasyah ni pakai baju buruk jek..huhuhu... mane taknya orang tgh bersiap die bantai tido pulak. Dah tak dapat nak salin baju..hihihi

Anak2 sedara aku syoklah dpt main air..Panas pun die selmaber jek... Kasyah pon meronta gak nak mandi tapi kami tak bagi sbb panas sgt.. Takut die demam pulak. Kesian die..dapat cecahkan kaki die jek dlm air.. Lepas tu terus menangis sbb tak puas..hihihi..

Yeah dah hensem.. Dah salin baju. Masa ni dah kemas2 nak balik dah.. Kasyah mengada dengan Tokmak...Main lentok2 pulak...Manjalah konon..


Asik nak kesana sini jek... Bukan die kesah tempat tu berbukit ke..ape ke..yang penting dapat jalan..

Sebelum balik amik gambar dulu... Baru perasan gambar papa langsung takde..eheehe..

Kami semua tak termasuk suamiku....

Balik tu singgah Tesco jap beli barang sikit. Layankan bebudak ni main kejap.. NIpun tokmak yang belikan token. Aku tak kuase nak membazir kat sini...

Tunggu cuti sekolah bulan 12 ni bolehlah gi jenjalan lagi..daaaa.....

Wednesday, June 15, 2011

Lagi 4 hari...

Tak sabar nak tunggu...lagi 4 hari Kasyah akan genap setahun...Wah macam tak caya jek dah setahun aku jadi mak orang... Dah macam2 pengalaman aku rasa.. Seronok sangat..

So naklah cerita pasal perkembangan Kasyah.. Alhamdulillah Kasyah membesar jadi budak yang sgt comel dan sempurna... Aku bangga sebab boleh dikatakan perkembangan Kasyah memang cepat. Lebih cepat dari rakan2 seusianya...Seawal umur 3 bulan Kasyah dah boleh meniarap sendiri. Dan bila umur die 5 bulan die dah mula merangkak. Memang cepat. Umur 9 bulan Kasyah dah mula menapak dan sekarang ni memang laju dah berjalan...Syukur semuanya berjalan lancar..

Ada orang kata kalau cepat jalan lambat bercakap tapi aku tak rasa begitu. Aku dah mula nampak tanda2 Kasyah akan mula bercakap...Memang mulut die bising dari dulu dan sekarang ni lagi bising. Paling comel kalau tengok die baca buku.. Sambil tengok buku mulut die membebel...Bile nampak muka aku dia akan sebut "mama" sweet sangat.. apa yang aku lagi bangga dan suka sebab Kasyah pandai sebut gajah.. Bukanlah sebutan die tu betul2 bunyi "gajah" tapi bila aku sebut gajah die ikut "tda..djah" hahaha terkejut aku dengar.. Terus cakap lagi gajah dan Kasyah stil cakap "tda..djah". Menjerit kesukaan aku...Yeay..anak mama pandai!!!!

Selain itu die suka follow aku sebut miow..dia akan follow dengan mulut terbuka luas "auwww".. Hikhikhik..tak sangka dah banyak yang Kasyah capai sebelum umur dia genap setahun...Harapnye Kasyah akan terus membanggakan aku...


MAMA SAYANG SANGAT KAT KASYAH.....

Jangan ganggu singa yang diam..

Orang kata jangan dijolok sarang tebuan kang nahas kang. Tapi aku pulak jangan diganggu singa yang diam..hehehe.. Hah citer apa pulak ni? Ni takde kena mengena dengan lawatan sambil belajar ke zoo ye. Apatah lagi dengan cara-cara untuk mendapatkan madu lebah tualang.

Ini cerita tentang Taska anak aku..Bukan nak komplen lelebih tapi ada limit yang perlu dijaga antara pengasuh dengan parents. Pagi tadi seperti biasa kami akan hantar Kasyah dalam kul 6.50 pg. So dalam lift, tetiba aku terasa basah kat tangan dan perut. Laaaa...rupanya Kasyah kencing campur beyak sekali...Hahahaha bacin terus baju aku nasib baik aku perasan cepat so taklah banyak sgt kena. Dek kerana memang dah keluar rumah so tak mungkinlah aku nak naik balik pergi salin pampers Kasyah. Nanti lambat pulak nak sampai opis. So bawak jela dia ke taska. Lagipun taska selang beberapa blok jek.

Sampai taska, aku terus bagitau yang Kasyah beyak dan dah bocor. Hah, ni yang aku bengkek sikit ni. Boleh lak die cakap "Tak cek dulu la ni" dengan muka macam tak puas hati. Aku teruslah cakap die beyak masa on the way. Tapi dalam hati dah rasa sentap dah. Nampak macam die nak menyalahkan aku lak hantar anak aku yang dah beyak kat die. Hello, bila aku dah hantar anak aku ke sana, menjadi tugas ko lah utk settle anak aku. Aku bayar okay. Bukan ko free2 jek jaga anak aku. Dah la hantar terawal atau terlambat kena caj 10sen seminit. Bengkek aku.

Selama ni aku hantar Kasyah yang dah beyak tu pengasuh lain ok jek. Dah memang rutin si Kasyah ni pepagi dah beyak. Selalunya time aku nak hntr dielah. Cume sama ada bocor dgn tak jek. Pagi tadi sbb die kencing sekali tu yg bocor tu. Jaga sikit mulut tu kalau nak cakap pape depan parents. Selama ni aku diam jek walau banyak tak puas hati dengan corak jagaan diorang. Akukan tak suka kecoh2. Tapi since ko dah buat aku sentap meh aku citer ape yang aku tak puas hati.

Antaranya lepas diorang bagi makan kat Kasyah diorang langsung tak basuh mulut kasyah. Tetiap petang aku balik mesti muka die comot dengan bekas bubur yang dah kering kat pipi dan rambut. Tapi aku diamkan ajek sbb balik rumah aku mandikan Kasyah sekali lagi. Momantai.. Lepas tu, kalau Kasyah beyak bocor kat taska diorang cuma masukkan baju tu dlm plastik tanpa buang dulu kesan tahi. So jadilah baju Kasyah yang mulanya kena sikit terus satu baju kena kesannya. Tension tak bile ko nak basuh???Pernah sekali aku tak tau ape yang melekat kat baju Kasyah. Hitam2 dan lekit dan byk pulak tu. Sikitpun diorang tak mention kena apa. Aku gak yang basuh tp gua diam jek..

Lagi satu aku tak tahulah apa silapnya, kasyah selalu kena ruam bila dok taska and tugas aku utk hilangkan ruam tu. Bila dah okay mesti jadi lagi. Aku suspek diorang ni tak lap betul2 sblm pakaikan lampin. Tu yang balik taska kelengkang merah2.. kalau korang, korang bengang tak??? Aku diamkan jek. Tanya pun tak pernah. Lagi satu diorang ni berat mulut. Adela sorang dua yang ramah tapi mostly tak. Kalau ptg2 amik kasyah, langsung taknak bagitau ape jadi kat anak. Takmo makan ke..kurang menyusu ke...cirit birit ke...Selagi kite tak tanya selagi tu die tak bgtau. Kdg2 jawabpun cam tak konfiden. kalau susu tu, die tak bagitau pun, susu baru buat ke..susu dah lama jangan minum ke...kan kalau bagitau senang aku nak bajet.

Hah, cukuplah tu. Malas nak bebel lagi..belum aku citer kesan calar kecik or kesan merah2 kat badan.. Semua tu aku diamkan jek. Tu yang aku kata jangan ganggu singa yang diam. kang kalau singa tu dah mengaum kang korang gak yang susah. jangan amik kesempatan bila tengok singa tu diam yek...

daaa.....

Tuesday, June 14, 2011

Lelaki yang patut ditinggalkan

Versi edited

Ini sebagai peringatan buat gadis2 comel diluar sana yang masih belum berpunya... Antara lelaki2 yang tak patut korang jadikan suami

1. Suami orang
Sejak kes Salih Yaakob kawen 4 tu tersebar, ramai lelaki2 diluar sana terutamanya yang dah berkahwin menjadikan SY sebagai idola. Bahaya ni. Mereka rasa syoknye kalau banyak isteri. Dan tinjauan pulak mendapati sekarang ramai anak dara tak kesah bermadu.. So kalaulah korang dah tahu pakwe korang tu laki orang silalah angkat kaki dan tinggalkan die. Bukan tak boleh tapi tak elok. Menggugat kebahagiaan perempuan lain tu sgt lah tak wajar ye. Tapi kalau korang tak kisah utk makan hati selalu so go on. Dalam 10 kes poligami, belum tentu 1 akan bahagia.... Ingat tu...Yang paling ketara time raya. Orang lain bergumbira raya dgn laki, ko raya sendiri sbb turn ko mungkin 4 tahun lagi..huhuhuh

2. Panas baran dan kaki pukul
Sekali anda kena hempuk dengan pakwe anda, anda boleh say goodbye kat dia. Lelaki macam ni memang tak boleh bagi muka. Jangan bagi alasan terlalu mencintai sampai membiarkan diri sendiri dipukul. Bila dah kawen nnti lagi susah nak lepaskan diri sbb kesian kat anak2. So sblm terikat baik korang angkat. Angkat kaki blah ler tu maknanya.

3. Cemburu buta
Macammana nak kesan yang pakwe korang ni kuat cemburu. Aku tak kata cemburu tu tak bagus. Eh, bagus tapi kenalah bertempat. Die terus marah2 korang bila nampak korang dgn lelaki lain. Lepas tu siap nak ugut pulak lelaki tu padahal lelaki tu sepupu korang jek. Ni dah menunjukkan die cemburu buta sbb kalau die gentle die patut tanya dulu. Lagi satu die mintak korang buang semua no phone lelaki dlm hp korang dgn alasan takmo ade lelaki lain dlm hatimu... Nipun poyo gak, dah kalo bos ko lelaki, pak guard opis ko lelaki camno ko nak kontek diorang kalo kena kunci dlm opis????tak dapek den nak nolong..

4. Penipu
Hah memang cari nahas kalo ko dah tahu pakwe ko menipu tp still nak teruskan hubungan. Orang yang suka menipu ni akan terus menipu. Memang susah nak kesan tapi tak susah jugak nak tahu. Bile die kata ade meeting or outstesen, tak salah korang call opis die tanya. Bukan cemburu tp nak kepastian jek. Takpun guna friendfinder, so bolehlah korang tau lokasi die kat mana.

5. Seks base
Kalau awal2 hubungan die dah ada tanda2 nak merenyam dgn korang, silalah bagi penampar kat muka die. Jangan senang2 jek nak bagi apa die nak. Pergi mampus kalau die kata untuk buktikan cinta kita. Bile dah dapat bukti aka anak tak nak pulak ko ngaku tu bukti cinta korang... So pada gadis2 diluar sana, walau apapun yg korang nak buat sentiasa ingat mak dgn bapak. Memang nafsu sukar dikawal tp kalau kite tak ke arah itu, maka tak jadilah.. Terlajak perahu boleh diundur tapi kalau terlajak sperma tak boleh keluar balik wooo... Tapi kalau nak rewind balik, boleh buat rakaman video..sepuluh kali rewind pon takpe.. tapi nak kena penampor???

6.Curang
Ni lebih kurang cam penipulah jugak. Cuma curang ni melibatkan pompuan lain. Sekali die kantoi curang, korang jg bagi peluang sbb ciri2 tak setia tu dah ada dalam diri diorang. Kalau die merayu2 kat korang nak berubah, bagi die 3 kali jek peluang. Kali yang ketiga memang korang bagi flying kick sebelum blah.. Nak lagi best kick kat "tutttt". Padan muka.

7. Sosial - mabuk, club
Orang yang mabuk ni adalah orang yang tak berfikir. kalau die dah mabuk, nenek tua pon die boleh nampak cam bidadari. Janganlah pilih lelaki yang bersosial dan pemabuk. Kalau tempat leapk die di club2 memang cerahlah hidup korang untuk tak nampak jalan ke masjid. Lagipun orang mabuk ni tindakan die tak boleh dijangka. Silap2 korangpon kena tikam dengan dia.. nak???

8. Kaki judi..
Ni sama jugak parahnya dengan pemabuk. Kalau dah addicted, duit susu anak pon digunakan utuk berjudi. Kalau korang kawen dgn die, korang jugak yang sengsara sbb die memang sengkek sentiasa...Orang kawen nak senang tapi ni jadi makin susah pulak...

9. Pemalas
Kalau pergi dating pakwe ko tu bau macam orang tak mandi sepuluh hari, sahlah die tu pemalas. Sama ada die memang tak mandi atau baju die tu dah lama tak berbasuh. Nanti kalau kawen nak minta tolong angkat cawan segelas pon malas. Lagilah nak mintak tolong yang heavy2. Silap2, berak diepun korang kena cebokkan. huh memang tak sesuai..

10. Pengotor dan tak tahu malu
Nak ke korang jalan dengan orang pengotor ni??? Ape perasaan korang kalau tgh2 mkn tetiba die hembus hingus kat bawah meja dekat dgn kaki ko... Takpon die korek hidung lepas tu jilat..uwekk.. geli aku. Ade gak yang dah terpegang taik cicak tapi tak basuh tangan terus makan...huwarghh..janganlah pilih lelaki macam ni...Kalau makan kat depan org pulak tak reti nak behave. Betul2kan spender depan2 orang..korek hidung depan orang. Yang lagi best selamber jek kentut kuat depan orang. Die dah tentu tak malu tapi korang mana nak letak muka...huhuhu

11. Penagih dadah, HIV, AIDS
Sebelum kite kawen kite kena buat ujian HIV ni. So kalau bakal suami korang sah HIV positif, sila fikir masak2 sebelum terima. Memanglah korang syg kat dia tp risikonya tinggi. Kalau dapat anak hidup anak tu jadi sengsara. Kecik2 orang dah tak nak kawan dia. Fikir panjang dan jangan ikut hati sgt. Lagi satu kalau dah tahu pakwe korang tu penagih watpe nak teruskan kawan. Ramai lagi lelaki lain. Kebahagiaan itu kite yang mencoraknya. Kalau dah memang sengsara yang korang pilih, jangan pula pandai nak salahkan takdir...

Itulah sebelas orang yang tak patut korang jadikan suami. Kalau dapat ciri2 seperti yang disebutkan di atas, silalah pura2 histeria dan katakan, ada makhluk tak suka kite bersama...hahahaha..

daaaa......

Down..

Entah kenapa harini rasa macam tak motivate langsung.. Rasa down and negative jek. puas aku fikir kenapalah harini aku jadi lagu ni... Nak kena dengar lagu rock ke?? the feeling is like we have done sumthing bad and your boss scold you. macam tulah tapi bos aku mana ade marah aku...

pelik sey awat aku jadi lagu ni....

Ker aku perlukan sugar untuk suntik adrenalin aku jadi tinggi...
Gulakan akan jadikan seseorang tu aktif..
Aku rasa aku macam kurang gula..
Yer aku penah pengsan dek kerana kurang gula dalam darah...
Tapi sbb tu ker????

Simplysiti or Coincidently???

Halluuuuu...Saja nak citer. Aku dah pakai simplysiti ni dah nak masuk 3 bulan. Aku belipon sbb suka2 masa tu ade promotion. Lagipun aku memang saja nak tukar produk. Dah 2 tahun dah aku pakai Sendayu Tinggi so dah boring.

Yang menjadi tanda tanya aku adalah adakah produk simplysiti memang bagus dan sesuai untuk aku? Aku terperasan aku dah lama tak tumbuh jerawat. Memanglah kulit muka aku bukan jenis kulit berjerawat tapi setiap kali period mesti jerawat tumbuh. Sekarang ni kalau period pun jerawat takde.. Sukeeeee... Cume aku tak sure sbb Simplysiti ke sbb memang hormon aku dah bertukar (dah tua ler tuuu..)Ke sebelum aku pakai simplysiti lagi memang jerawat aku dah tak tumbuh dah???? Aku bukan nak mintak jerawat tumbuh just nak make sure jek.. Kalau betul psl simplysiti tu bolehlah aku terus guna...

Nilah produk yang aku pakai... Tapi 3 jelah yang aku guna..Pencuci muka, krim siang dgn krim malam.. Itupun kadang2 tak pakai.. Dtg mood malas mmg aku bior jek muka aku gitu jer..

Sape kat sini ade jerawat? Bolelah cuba..hihihi

p/s:Tak minat siti pun....

Monday, June 13, 2011

Hilang sabar..rasa bersalah...

Aku konfiden dan yakin lagi kompem yang semua ibu bapa pasti ada rasa hilang sabar dgn anak2..betul tak? Jangan tipu ye cakap tak kisahpun anak2 buat ape.. Kalau kat public bolehla ko pakat biar jek sbb depan orang tapi kalau kat rumah mesti dah kena sergah dah..

Nilah yang jadi kat aku semalam. Entah apa faulnye kaki aku boleh sengal giler macam terseliuh urat segala tu semalam. Jalan pun dah macam kingkong dah sbb sakit kaki. Dan semalam jgak Kasyah buat hal. Dahlah aku susah nak bergerak, die pulak tak reti bahasa.. Apalagi kenalah... Kasyah takmo pakai diapers. Dibaringkan die merengek nak bangun. Lagi kite tahan lagi die kuat memberontak. Last2 aku geram aku tampar punggung die (tampar manje jek sbb die kecik lagi) tapi bukan die kesah terus menangis nak bangun. Last2 kena bebel dgn aku aka kena sergah aka tengking.. Lagi syahdu syahdan die menangis. Terus pergi kat papa dia yang ada kat dapur.

Dek kerana die dah menangis meraung nak masuk dapur dan aku pulak dah malas nak melayan, papanya pun bagilah die masuk dapur. Die buat kacau pulaklah kat dapur. Di bukaknye kabinet tu dan ambil botol sos. lepas tu die jatuhkan botol tu. nasib baik tak pecah. Kali ni papa die pulak bersuara. Menangis kesyahduan sbb sedih kena marah. Aku amik dia terus bawa masuk bilik pastu paksa dia tido. Pon taknak jugak. Menangis nak keluar lagi2 nampak kelibat papa die kat pintu. Last2 laki aku amik die bawa tgk tv sama2.. Aku sbb dah sakit kaki giler malas nak layan terus tido... Bila laki aku dah bawa Kasyah masuk bilik sbb die dah tido, barulah aku cium die kata sory dan pesan kat die jangan nakal2. Jadi anak yang baik, dengar kata mama.

So seriusly kdg2 kite mmg hilang sabar dengan karenah anak2. Tapi bila dah lepas tu mesti rasa bersalahkan... Anak lelaki memang lain macam betul nakalnya... Terfikir anak perempuan nakal tak????

Saturday, June 11, 2011

Langsir

Baru balik dari Jakel beli langsir dengan kain untuk sarung sofa. Melayang duit aku RM500 beli benda tu sume. Aku rasa nilah langsir aku yang paling mahal sekali. Sebelum ni langsir2 aku sume dalam RM3.50 semeter. Kali ni aku beli yang RM13 semeter.. huwargh... Dah semekin..

Hah nilah kain langsir yang aku beli. Cantik tak? Yang bawah sekali tu untuk semua bilik dan yang tengah tu untuk main hall. Yang atas tu langsir velvetnye...


Actually kalau langsir saja taklah sampai RM500. Tapi campur dengan kain sofa tu lagi RM18 semeter takke jadi mahal. Nilah kainnya. warna hitam. Aku letak atas sofa aku yang coklat tu. So this time aku nak tukar sampul sofa tu dari coklat ke hitam... Tema rumah aku adalah merah, hitam, krim.. Kenapa krim dan bukan putih? Memang aku nak putih tapi dah cat rumah ni krim takleh nak buat pape.. Ni kan rumah pinjam jek..huhuhu

So sekarang ni tgh pening kepala pasal nak menjahitnye. So far mmg sume langsir kat rumah aku aku jahit sendiri. Jimat. Lagipun aku buat langsir petak jek. malas aku nak berdesign bagai. Bukan aku ade masa. Ni pun nak jahit kena balik sgmt umah mak aku sbb aku takde mesin jahit. Masalahnye sempat ke aku nak jahit? Aku dahlah susah nak balik sbb laki aku ade kelas weekend. Nak balik sendiri sape pulak nak pegang Kasyah?? Die mana nak dok dlm carseat tu lame2.Haish kena cari masa untuk balik kg ni....

Okaylah..Nak gunting langsir tu siap2. nanti tinggal jahit jek. Sementara Kasyahpun tgh tido ni.. Daaaa.....

Friday, June 10, 2011

Future Malaysian football player???

Kalau ikut mama, mama tak berapa suka anak mama jadi footbal player tp papa tu mmg syoklah.. Siap dah berangan nak belikan boot bola untuk Kasyah. Hmmm..layankan aje.

Comel tak saya? Baju ni papa yang belikan... Gambar hari ahad masa hantar tok maknye balik naik bas kat TBS. Since beg banyak amiklah troli ni. Dah macam kat airport pulak. Kasyah pon apelagi. Jakun nak naik sama. Tu yang ku letak jek atas troli ni..

Suka betul die naik troli ni. Orang panggil pun die wat dek je. Same tak baju Kasyah dgn papa? Tu yang sibuk sgt papa nak belikan baju ni sbb nak same dgn die. Nipun konon nak belikan jersi lain pulak..

Tu je...Nape? rasa cam poyo jek entry ni eh? Ade aku kesah..hahahaha

daaaa.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...