Friday, August 26, 2011

Sebelum Raya....

Ramadhan ke 26...hari terakhir bekerja sblm raya...Mood sekarang mmg nak balik kampung jer sbb dah rindu beno dgn anak terunaku itu..Persiapan untuk balik kampung seminggu dah aku settlekan malam tadi. Sume dah settle sampai pinggan mangkuk pun takde dalam bakul tepi sinki. Dah susun cantik atas rak. Sampah sarap dah aku buang dan baju yang dah kering aku dah lipat. Cuma tinggal baju kat ampaian yang masih lembab je. itu takleh buat apela. Lepas raya baru aku settlekan.

Petang ni aku akan terus gerak lepas kerja. Balik rumah untuk bergandingan dgn suami menaiki kereta dan terus menuju ke highway LEKAS kerana telah yakin dan pasti bahawasanya highway PLUS akan jam sejam-jamnya seperti yang berlaku setiap tahun. Sebelum tu dah pesan kat suami soh order pizza untuk bekalan dunia akhirat smsa berbuka nanti. Kalau semuanya berjalan lancar, seharusnya pukul 9 aku dah mampu memeluk Kasyah erat2 dan menciumnya bertubi2 sampai die rimas. Tapi kalau jalan sangkut2 kerana banyak sangat kereta nak pulang berhari raya macam dah takde hari esok, maka mungkin akan lewatlah aku tiba dirumah.

Harini aku keluar rumah lambat 10 min daripada semalam tapi yang bestnye aku sampai opis 10 min lebih awal daripada semalam. Jalan kurang jem tak seperti hari2 biasa yang mana aku suke memaki hamun kereta yang lembab macam siput. Tapi harini tidak lagi. Perjalanan agak lancar kecuali kat jalan tun razak. Sukeeeee... Hopefully petang ni nak balik keje jalan lancar juga (mimpilah ko!). Kalau tak jam macam hari2 lain aku boleh sampai rumah pukul 5.15 petang. Satu pencapaian yang baik. Kalau jam dah tentu2 akan sampai lepas pukul 5.30.. Oh tidakkkkk!

Oh ya , mana nak cari bunga api ek? Kalo boleh aku nak beli dalam kotak and bukan seikat2 yang dah tentu2 mahal tu. Haritu ada nampak kat downtown mines tapi aku takut nak beli. Walaupun cume bunga api jek tapi still takut... Giler rakyat yang baik aku ni...ngehngehngeh... Kalo boleh aku nak bunga api ni..


Aku nak bunga api saja ye.. mercun2 I don wan. Bahaya tu. Kalo nak main mercun main mercun pop pop sudah...hihihi.. SO aku tak tahu nak beli kat mana bunga api ni..Kalo pop pop tu memanglah banyak. Kat kedai RM2 pun ada.

Okaylah..Rasanya ini mungkin entry terakhir aku sebelum raya ni. Berukband dah takde so no hapdatelah ye. Lagipun time raya ni nak gi ziarah sedara mara. Mana ada mase nak update blog segala... Sebelum mengakhiri, sekali lagi aku nak minta maaf andai ada yang terasa hati dengan tulisan2 aku kat sini. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.... Kepada yang memandu tak kire ke mana destinasi anda, berhati2 di jalan raya. Peringatan untuk diri sendiri juga...

Salam Sayang dari aku, suami dan anakku....Muahhhhss.

daaaaaaaaaa......

Thursday, August 25, 2011

Lagu raya

Kalau dah namanya hari raya tak lengkap kalau kite tak dengar lagu rayakan? Aku ni dahla kategori peminat tegar lagu2 raya. Bulan tak rayapun aku dengar lagu raya..Hahaha. poyokan aku? Tapi aku cume suke lagu2 raya dulu je. Yang baru2 ni kurang sikit tapi adela jugak lagu baru yang aku rasa sedap di dengar.

Lagu raya paling aku suka dah tentulah lagu SELAMAT HARI RAYA daripada Saloma. Masa kecik2 suke nyanyi "mintak mak kuih sepotong..saya mahu makan kerna perut kosong".. balik2 aku ulang part tu jek. Pastu akupun suke lagu SUASANA HARI RAYA daripada Sharifah Aini. Lagu ni best sbb die ada ajak makan ketupat dgn rendang...hehehe.. betulla aku suke part die ajak makan tu (nmpk sgt pelahap..hihihi). "Rasalah ketupat ini dengan rendangnya sekali, sudilah rasa kuihku, pilihlah yang mana satu"...

Lagu lain yang aku minat lagu Selamat Hari Raya Ahmad Jais, Menjelang Hari Raya DJ Dave, Selamat Hari Raya Fazidah Jonet, lagu Azlina Aziz Indahnya Beraya Di Desa, lagu Noor Kumalasari Pulang Di Hari Raya, P Ramlee Dendang Perantau, Junaidah Amin Suasana Riang Di Hari Raya, Anuar & Ellina Suasana Hari Raya, M. Nasir Satu Hari Di Hari Raya, Rafeah Buang Bila Takbir Bergema, Rahimah Rahim Selamat Hari Raya, Sanisah Huri Aidilfitri, Uji Rashid dan Hail dan beberapa lagu lagi.. (Eh, ni dah macam sume lagu raya ko suke...)

Lagi satukan kalo hari raya rasa tak meriah je kalo tak main bunga api. Mercun aku tak suka sbb mmg dari kecik aku takut main mercun. Tengok orang main aku beranilah. Sekarang ni bunga apipun dah diharamkan. Yang boleh main cume mercun pop yang tak mencabar tu dgn bunga api kucing tu kalau tak silap aku. Tak bestlah tak dpt main bunga api. Syok tau dok depan rumah layan budak2 main bunga api...Sambil2 tu nyanyi lagu raya..meriah beb!. Sekarang sumenya dah berlalu... Nak dpt stok bunga apipun susah. Aku nak belipun takut..takut kena tangkap...

Okaylah...Insyaallah esok aku balik kg. Tak sabar sbb rindu sgt kat Kasyah. Lagipun ada beberapa benda aku nak settlekan kat kampung. Nak buat biskut raya 2 jenis (sbb bahan dah beli) pastu nak alter baju raya aku yang besar tu (aku dah kurus ke?????)hehehe.

daaaaaaaaa....

p/s: Pagi ni tak sahur....:(

Wednesday, August 24, 2011

Manik

Akhirnye siap jugak aku jahit manik pada baju raya aku... Jahit manik paling simple yang aku buat. Takde masa nak jahit yang sarat2 lagipun memikirkan nak dukung anak ke nak tidurkan anak ke takut tercalar pulak muka kalo kena manik tu. Kat lengan pun aku tak jahit. Just jahit kat tengah2 baju je...

Nilah bunga manik yang aku jahit kat tengah2 baju. Nak tunjuk yang penuh malusla pulak sbb simple gile. Tak setanding dgn baju orang lain... Jadilah kan daripada baju tu kosong je..hehehe.

Pagi ni aku memang bengang je...Ade orang dah buat taik dgn aku...Geram gile... Dah sakitkan hati aku pastu nak buat2 macam takde pape.. Senang2 je nak lepas ye. Takde maknanya...Ikutkan hati nak jek aku bagi penyepak kat muka...Nasib baiklah aku ni baik hati.. Geram2pun aku diam jek. Eiiiii sakitnye hati aku...........Bengkek weiiii!

p/s:Pergi downtown dpt penat jek..Ingatkan dptler jeans sepasang ke...nan hado...

Tuesday, August 23, 2011

Tat nenas tempahan

Halluuuuu....Hari ni dah hari ke23 puasa.. Yeah seminggu je lagi nak raya dah. Alhamdulillah tanggungjawab aku dah selesai dah. tempahan kuih tat yang tak seberapa tu dah pun aku siapkan dan dahpun aku pass pada orangnya. Lega hati ni. Walaupun tak banyak tp jenuh gak nak menyiapkan dengan anak kacau, takde assistant lagi.. Nasib baik mak dtg last week dpt aku siapkan dgn bantuan mak.


Tak banyak pun cuma 6 bekas saja. Nasib baik 6 bekas kalau 16 bekas,,huwarghhh nangis aku. Aku mmg tak plan nak jual kuih raya pun tp dah ada yang tanya dan kebetulan tak banyak bolehlah aku buat.. Nak buat secara besar2an mmg taklah.

Semalam pergi Alamanda sbb suami nak cari baju adidas dgn jeans tapi tak jumpe pun. Aku nak gak ngendeng selipar bata dgn dia tp die buat dek je. Nyampah tau. Malam ni mungkin akan ke downtown. Itupun kalo tak hujanlah sbb kami pi downtown naik motor saja. Xde maknanya nak naik kete. Mau berkampung dalam kete je sbb jalan jam. Sabtu lepas kami saje je pi mydin kat masjid india. Peh ramai giler umat manusia yang tak reti penat shoping raya di saat akhir. kami yang naik motor pun susah nak bergerak. Balik jela jawabnye. Tak kuasa nak shopping berjemaah kat sana. Letih weh.

daaaa......

p/s:Mama rindu Kasyah..Kasyah rindu mama tak?

Monday, August 22, 2011

Kemas rumah

Salam hari isnin...diam tak diam dah 22 hari kite puasakan? Insyaallah minggu depan kite akan menyambut hari raya. So amacam persiapan korang? Dah settle dah? Jangan lambat sgt buat persiapan takut nnti tak dpt ape yang dicari.. Hehe.. Untuk aku alhamdulillah semuanya dah settle. Tinggal nak kemas2 untuk balik kampung je. Kalau ikutkan hati nak je aku balik harini tp apakan daya kena kerja. Last week aku ade bagitau nak balik kampung ke nak kemas rumah kan? Last2 aku pilih kemas rumah memandangkan banyak nak kena kemas. So sabtu dan ahad memang aku peruntukkan untuk kemas rumah saja. Amboi, letih sungguh. Nasib baik boleh minum..oppssss..hehe.

Aku bangun awal hari sabtu tu. Kul 7 dah bangun and terus mulakan tugas mengemas. Kemas ruang tamu dgn bilik aku je dulu. Ahad kemas dapur, stor dan juga bilik lain. Penat toksah cakaplah. Sebelum aku tunjuk hasil pengemasan aku meh aku tunjuk karpet yang aku beli kat kampung masa hantar Kasyah last week..

Amacam cantik tak? Karpet shaggy ni aku beli dgn harga RM200. Ni bukan kat Jakel tau sbb gi survey kat jakel kemain mahal. Asal aku tanya je nak ribu2 je harganya.. Nasib baik mmg aku tahu ade kedai lain lagi murah so beli kat kedai tu je...

Disebabkan aku tamak so aku beli jugak karpet ni. Actually bukan aku yang beli but my husband sbb die suke sgt karpet ni. very the soft cam kulit aku..boleh? Tapikan karpet ni memang lembut sgt. Baring2 sambil tgk tv mmg syok. Karpet mink ni harganya RM150 dan karpet ni memang besar. 2kali saiz karpet shaggy tu.. Puas hati.

Sory kualiti gambar sgt teruk sbb time ni belum ade kamera phone canggih lagi. Ni gambar rumah aku raya tahun lepas. Biasa je masa ni sbb baru pindahkan so takdela best sgt. Lagipun masa ni takde mood nak beraya sgt..

Taraaaaa....cantik tak? Rumah aku setelah di make over. penat woo nak kemas pasang langsir sume. Oh ya, dulu sofa warna cekelat pastu aku tukar warna hitam. Jahit sendiri tau...tapi comotlah sikit.. Bolehlah asalkan warna itam..hehe. Karpet shaggy merah tu aku beli tahun lepas so letak sekali... tema rumah aku modern minimalis hitam merah putih.. (sesuka hati aku je)

Gambar dari tepi pulak.. Rumah aku mmg tak penuh dengan perhiasan sbb tak suke rumah penuh2. Aku suke rumah yang luas. Lagipun ada anak kecik ni mmg tak sesuai nak letak segala pasu bunga sume. Nnti punah anak buat main.

So settlelah sume hal raya aku. hati ni mmg berkobar2 nak balik kampung sbb dah rindu sgt kat Kasyah. Jangan tak tahu aku dah start nak kemas2 beg so that jumaat ni aku boleh cau terus lepas keje. tamo lengah2 coz aku nak peluk anak aku cepat2, erat2, dekat2...

daaaaaaaaaaaaaa.....

Ribut

Setiap yang berlaku ada hikmahnya...Di saat kite sibuk nak buat persiapn raya ada musibah yang berlaku. Hari Jumaat lepas kampung aku dilanda puting beliung. Ini bukan kampung tempat tinggal mak aku tapi kampung tempat atok dan makcik2 sedara2 aku tinggal. Kampung asal mak aku yang setiap kali rayapun kami akan balik sini ziarah sedara mara. Kampung ni kampung Kuala Paya kat Segamat jugak. Aku memang orang Segamat jati sbb kampung mak pak aku mmg kat Segamat je. Actually aku baru tau berita ni malam tadi kat facebook sbb 2 hari cuti aku busy kemas rumah and langsung tak bukak facebook. Alih2 semalam tgk sepupu aku update gambo kate kampung dilanda ribut puting beliung segala. Terkejut gak takut atok aku dgn makcik2 aku terlibat ke...Alhamdulillah memang takde kehilangan nyawa cume kerosakan harta benda yang teruk je. Banyak rumah yang terlibat. Dengar2 40 buah rumah kena. Ada banyak gambo yg sepupu aku letak tp aku amik sikit jela..


Ni rumah makcik aku Makngah Imah aka sepupu mak aku. Rumah Makngah Imah ni sebelah dgn rumah arwah moyang aku so mase kecik2 dulu mmg selalu main kat sini. Tengok rumah ni macam teruk je...Haish, kesiannya..

Makngah Imah duduk di tangga umah yang dah ranap sebelah tu...Dugaan di bulan puasa.

Sekolah Agama Kampung Kuala Paya. Teruk gak kena. Rumah atok aku, makcik aku dan pakcik aku belakang sekolah agama ni je. Memang akan lalu sekolah agama ni untuk gi rumah diorang. Nasib baik diorang tak kena pape. Dahla aku baru je balik kampung seminggu puasa aritu jenguk atok dgn makcik aku....

Dan lagi sekolah agama...Skerikan. Tak dapat ku bayangkan kuatnye ribut haritu.

Inilah rumah yang paling teruk terjejas. Habis bumbung rumah tercabut. Ni rumah adik ipar mak long aku. Kesian weh. Trauma masing2 nak balik rumah agaknya. Lagilah nak raya ni. Mana sempat nak baiki rumah semua. Double kesian...

Dugaan Allah tiada sape boleh jangka. Ini semua sebagai peringatan supaya kite muhasabah diri dan lihat balik apa yang telah kite lakukan. Mungkin inilah masanya kite memperbaiki diri kerana musibah itu tidak mengenal masa dan tempat. Sekelip mata je. Semoga mereka yang ditimpa musibah ni tabah dengan dugaannye...Innalillahi wainnalillah hirojiun....


Friday, August 19, 2011

Rindu...nak balik tak?

Halluuu....Bosannya harini. Nasib baik hari Jumaat so esok cuti...Hmm..sebenarnya tak tahu nak hapdet ape dlm blog harini. Lagipun mood sekarang mmg rindu kat Kasyah yang amat. Pagi tadi dapat gak cakap dengan die. Aku beria cakap dgn die, last2 die cuma cakap "dah" pastu lari sambung main..huhuhu. Anak aku kalau dah balik kampung mmg lupe benda lain. Asik nak main je sbb sepupu ramai boleh layan die. Aku dengan suami dok berkire2 nak balik ke tak nak...Yelah hati ni dah rindu beno dgn anak. Suami akupun kalo boleh nak balik sbb nak main dgn anak. Tapi aku pulak risau rumah tak berkemas lagi. Plannya nak kemas esok tapi kalau balik kg mmg takde maknenyalah. Kalau nak harap hari keje mmg tak dan sbb badan letih. Lainlah kalo takyah masak. hmm..nak balik ke tak ek? Lame tu nak tunggu jumaat minggu depan nak jumpa anak..

Malam semalam kami sempat terjah Jusco Mahkota Cheras sbb ada J Card day. Mmg tunggu J card day sbb suami aku tak beli lagi baju raya die. Nasib baik jumpe juga baju yang berkenan di hati. harga pun murah. 70% diskaun ler katakan. Akupun sempat gak sambar purse baru. Bukan apa yang lame tu dah koyak. Lagipun aku ni mmg stail suke tukar purse time raya. Beli jenama polo sudah. Murah sikit tpkan aku lupa nak amik purse tu. Tertinggal kat Jusco. Sib baik ada lagi resitnye so harini suamiku akan pergi Jusco semula utk claim my purse tu. Tapi rasanya die tak patut buat stail gitu. Bayar dulu baru amik barang. Kan senang kalo barang tu bawa sekali pergi kaunter. Dah menyusahkan aku sebab lupa.

Persiapan untuk raya dah hampir siap dah. Untuk Kasyah semua dah ada kecuali samping. Itupun aku tak rasa nak beli sbb samping paling kecikpun besar kalo die pakai. Untuk aku pulak, tinggal nak cari kerongsang dgn inner tudung. Kalau ade rezeki nak beli selipar raya. Kalau tak pakai jek selipar bata yang aku pakai sekarang..hehe. Suami pulak nak cari belt dgn baju adidas. So rasanya untuk persiapan diri mmg almost siaplah. Cume bab rumah je tak settle lagi. Langsir belum pasang, cadar belum tukar, kerusi belum alih lagi and dapur masih mcm tongkang pecah. Kuih raya aku dah beli 4 jenis. Jadilah byk2 sape nak makan? Lagipun mak mertua aku mungkin ada buat kuih raya utk kitorg gak. Mak mertuakan bisnes kuih raya.

Okaylah, dari tak tau nak hapdet ape last2 panjang pulak aku membebel. Letak gambar si kecik ni buat pelepas rindu...


p/s:Harini suamiku beli motor baru..yahooo tercapai impian nak amik lesen motor lepas ni...

Thursday, August 18, 2011

Ngantuk dan pening...

Halluuuuu...Bersiaran lagi hari ni... Actually aku baru baik dari kampung pagi tadi. Gerak kul 4.45 pg smpi putrajaya kul 7pg. Sampai2 je aku terus naik kete putih gerak gi opis. Tak naik rumahpun sbb mmg dah siap dari kampung lagi. Mood sekarang tgh rindu kat Kasyah mucho mucho. Berat jek rasa hati nak tinggalkan die tadi. Bukan tak caya kat family aku tp aku rindu..huhuhu. Kebetulan pulak malam tadi Kasyah asik menangis merengek dalam tido. Macam tau2 je nak kena tinggal dgn mama.

So sekarang ni aku memang ngantuk giler and kepala aku ting tong sgt sekarang. Berat jek rasa. Menguap jgn ceritalah. Dah berpuluh kali sampai sakit dah rahang aku ni. Matapun nak tertutup je ni. Melampau giler rasa ngantuk ni. Mana taknya bagun kul 3 lebih and terus gi keje.

Sampai harini kami try call owner taska tu tak dpt2. Bukan die tak angkat tp telefon die tutup. Musykil gak apsal sampai tutup tepon. Takpelah nnti lepas raya time nak byr jgn pulak aku tetiba kena byr penuh. Aku skrg ni kalau cerita pasal taska memang hangin jek. darah terus naik kepala. hehe. Sib baik smlm kat kampung ada benda yang best berlaku..hehe. Suamiku belikan gelang emas yang aku suka..weeehuuuu.... Thanks Abang! Tahun depan boleh belikan lagi ye..hikhikhik.

Okaylah, kepala ni makin berdenyut pulak. Nak tgk gambar Kasyah buat pengubat rindu... daaaaaaaa......

p/s: tak puasa tapi tak dpt makan..lapo...

Wednesday, August 17, 2011

Naik angin

Pagi2 dah buat aku hangin..Ape kes? Dahlah 2-3 menjak ni mmg aku punye entry asik entry hangin je. Akupun pelik minggu ni minggu hangin sedunia ke? Menyusahkan betul!

Haritu aku ada bagitau taska Kasyah tutupkan? Notis kata sampai 16hb je. Lagipun budak taska tu siap ckp kat aku rabu diorg dah bukak dah. tutup seminggu je.So pagi2 lagi laki aku dah pergi hantar Kasyah ke taska and aku terus ke ofis bawa kete sendiri. Alih laki aku call bagitau taska tutup sampai 19hb. What?????? Laki aku cakap notis tulis sampai 19hb bukan 16hb. Mengamuklah aku sbb notis sblm ni mmg smpi 16hb and diorg dah bgtau rabu bukak. Laki aku terus pas tepon pada penyelia taska tu. Mengamuklah aku dgn die. Kenapa tukar 19hb pulak? Kate 16hb. Pastu die cakaplah mmg takleh bukak sbb smlm pejbt kesihatan dtg buat spotcheck and taska takleh bukak lagi. So aku tanya kenapa tak bagitau? Die ckp dah sms. Aku langsung tak terima sms die. Even laki akupun takde terima sms. So aku cakap kenapa tak call je? selalu tu kalau tak dpt call aku pandai pulak call laki aku. ni tak. hntr sms pastu bajet aku tau. Bongok betul.

Tak pasal2 kurang pahala puasa aku sbb mengamuk kat budak tu. aku ni memang susah nak marah2 kat orang luar tau. Sebolehnye aku nak jaga hubungan baik dgn org lain supaya takde rasa tak best at the end of the day. Ni bile aku dah mengamuk ni dah tentu2lah diorg akan rasa tak best dgn aku and mungkin takkan layan Kasyah sebaiknye sbb tak suke kat aku. Tu yang aku malas tu. Selama ni ape je yg aku tak puas hati mmg aku diam je. Ade tak ade pun aku luahkan dlm blog ataupun bebel2 kat laki aku je. Marah directly mmg aku tak buat. But today memang silap besar diorang buat mcm ni. Aku siap cakap kat budak tu bulan ni aku bayar separuh je. dahla jaga 2 minggu je tp bayaran nak penuh. Banyak cantik. SO aku ckp kat die bgtau owner bulan ni aku byr separuh.

So sekarang ni aku kat rumah. terpaksa amik emergency leave and aku akan hantar Kasyah balik kampung sampai raya. Which means bulan ni diorg cume jaga Kasyah seminggu saja. Cukup baik aku nak bagi separuh. Patutnye separuh pun tak boleh tau. Korang rasa patut tak aku marah? Dah menyusahkan orang tau. Mak akupun dah balik smlm. takkan nak suruh mak dtg balik. Biarlah aku htr Kasyah kat kampung. Biar aku rindu tp aku hati aku tenang sbb Kasyah mak aku yang jaga..

Okaylah...Aku nak kemas2 nak balik kampung. Esok aku update lg ye... daaaaaa....

p/s: streamyx dah pasang smlm. tepat sebulan. Rupanya tm mmg tak kisah sgt psl streamyx ni. Tak sangka...

Tuesday, August 16, 2011

Di luah mati mak....

..di telan mati bapak...Huish nak cakap ke tak? Nak cakap ke tak? Cakap kang takut jadi gaduh pulak. Tak cakap kang hati sendiri yang sakit. Dilema betul.

Harini aku bercerita dgn rakan2 opis apa yang aku rasa... Pung pang pung pang sambil tangan kaki sume bersilat. Lega sikit. Tp time tu jela leganya. Dok fikir2 balik hangat hati ni. Kang ku simpan2 lama2 meletop pulak. Tapi kalau aku cakap kang bermasam muka pulak. Nak fikir apa orang lain cakap ke nak jaga hati sendiri? Kalau nak biar sampai bila aku mampu tahan? Serba salah rasa.

Kadang2 terfikir mana letaknya otak manusia yang satu ni? Kat kepala ke kat perut? Langsung tak boleh berfikir ke mana betul mana salah? Ikutkan hati mau aku tampar muka tak tahu malunya tu. Nak je aku bagitau, "masuk kandang kambing mengembek,". Hormat sesuatu yang bukan milik kite. Bukan buat macam kite yang punya...

Nasib baik bulan puasa. mampu juga aku tahan mulut aku ni dari berkata2. Jangan sampai aku keluarkan suara. Masa tu dah takde guna sbb keadaan takkan jadi seperti sediakala. Hailah hati, sabar jua yang mampu aku kata. Hailah mata, tahan saja lihat segala pandangan nista. Moga itu semua tak lama.

Dah sebulan berlalu...

Hallu semua...ade yg rindu aku ke? Hah, takde? Ok takpelah aku sedar diri....:p

Semalam aku mc. Bukan sakit sangat pun tp sbb syg cuti so aku amiklah mc.Jahatkan aku. Bile dah cuti ni mood nak hapdet blog pun lambatlah panasnye walaupun hati ni berkobar2 panas dek kerana memendam rasa...Nak jek aku cerita kat sini tp takut jadi gaduh pulak...Kalau dah sakit hati sangat aku lahar jugaklah ape yang aku geram n menyampah tu... Seb baik bulan pose dapat gak aku kontrol rasa marah aku ni.

Lupakan yang tu meh marah benda lain pulak. Harini genap 4 minggu sejak laki aku daftar streamyx. 4 minggu weh. Bukan 4 hari. Sampai la ni haram streamyx nak dtg ruamh aku. Call dah byk kali. Setiap kali call asik kata akan buat benda ni urgent, hantar report segala tp nan hado. Asal call jek hantar report. Asik hantar report jek bile nak amik tindakannya. Email pun laki aku dah hantar dah. Cepat die balas tp seperti biasa die kata kami akan siasat perkara ni. Mau lagi 2 bulan nak tunggu siasatan selesai agaknya. Sudahnye aku pulang gak tepon yang korang letak kat rumah aku tu. Melampau betul tm ni kalo sampai 4 minggu masih takde jawapan dan balasan. Korang rasa patut tak kalo aku marah?

Ni kalo kitorang call lagi ni mesti die akan hantar report lagi. Hah sudahnye report jela yang ada tp tindakan nan hado. korang jgn tak tau keluar jek iklan raya tm tu aku rasa cam nak bakor je tv tu. Sudahlah woiii menipu pelanggan. korang jela yang bagus. menyampah aku!

p/s:nak tunggu apa alasan tm pasal ni...kan bagus kalo aku glemer, dah tentu tm malu satu malaysia.

Friday, August 12, 2011

Dah 12 hari....sempat ke?

Rasa macam baru jek semalam start pose...alih2 harini dah 12 hari dah...Warghhhh camne ni???? Aku tau ramai yang tak sabar nak raya. Akupun tak sabar gak tp bile fikir sume persiapan rasa cam tak sempat jek...

Rumah tak kemas lagi. Nak alih perabot, nak pasang langsir, nak buang habuk, nak kemas dapur, nak kemas stor, nak ngelap..uishh byk ler nak kena buat. Tu baru bab rumah, belum kuih raya lagi. Walaupun aku dah plan taknak buat tp tangan ni gatal beli gak bahan buat kuih. Kalau tak buat kang expired pulak bhn2 tu... Lagipun tat nenas yang orang tempah pon belum buat lg. nasib baik tak banyak tp still makan sehari gak nak siapkan. Yang lagi aku tension adalah baju aku tu. Sempat ke nak siap??? Baju aku dah siap jahit dah cume aku touch up dgn manik. Tapi sampai la ni tak siap2 lagi. Dah 2 bulan dah aku jahit manik. on and off ler. Cume sempat buat sikit kalau Kasyah tido on weekend. Kalau tak mmg tak sentuhpun. Kasyah suka kacau. Habis terabur manik2 aku. Takmo jadi cam 2 tahun lepas, terpaksa aku bukak balik sbb tak sempat siap. Daripada tergantung baik takde terus.hahaha

Memanglah ada masa lagi tp kalau hari keje mmg tak dan nak buat semua tu. Balik keje dah sibuk nak masak. Lepas buka sibuk nak kemas diri pulak (mandiler tu). Lepas tu sibuk layan si kecik tu main2.Kul 10 dah tido. Aku takleh tido lambat nnti aku tak bgn sahur lak. Weekend bolehlah tido lambat. Lagipun hari keje badan ni letih bebeno. Macam keje bwh panas. Padahal dok ngadap komputer gak.

Sape volunteer nak tolong aku kemas rumah? Mehla sini. Aku bagi upah aiskrim walls.... daaa.....

p/s:mau cari karpet murah2 tp nak moden style...sape nak bagi kat aku?????

Kue tiaw kerang dan begedil

Salam semua....dah 12 hari puasa baru rasa nak kongsi ape menu aku berbuka..Seblm ni bukan tak berbuka tapi masak biasa2 jek. Semalam aku buat kue tiaw kerang dengan begedil ni. First time buat begedil..tak sangka jadi...teruja I tau. Selain kue tiaw ni aku masak gak nasi dgn lauk sbb suami aku tu spesis makan nasi. Tak makan nasi sehari mau demam seminggu...hahaha. Aku pulak jenis suke makan benda lain selain nasi masa buka tp dek kerana aku dah kawen dgn dia terpaksalah akupun layan nasi gak..nak masak banyak2 mane sempat. Eh, banyak lak aku membebel.

Inilah rupa kue tiaw kerang yang aku masak semalam. Korang nak resepi ke? Tak yahlah sb aku main campak2 je ni. Ikut sedap tangan aku je. Takde measurement langsung. Bak kata mak aku, "ko kalau masak mak tengok main campak2 je tapi sedap je jadinye..". Itu mak aku cakap ye. Hahaha riak sekejap..(;p). Tapikan ade tragedi tak best pada kue tiaw ni. Nak citer ke? Malas lah.

Ini pulak begedil yang aku buat semalam. Tetiba rasa cam nak makan begedil buat sendiri terus aku search resepi. Akupun lupa aku jumpe kat mana resepi ni tp kpd tuan punye resepi terima kasih byk. Senang dan sedap. Yang ni aku leh bagi resepi sbb aku tak main campak2..Ikut resepi betul2.

Begedil berdaging

2 biji kentang (aku guna 3 biji)
segenggam daging kisar (aku ganti ayam kisar sbb tu yang ada)
daun sup (cincang halus)
5 sudu besar bawang goreng
lada sulah
garam secekup rasa
1 biji telur (dipukul)

cara-cara
1. kentang dipotong dan digoreng garing. Kemudian tumbuk kentang bersama daging.
2. Masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam dan gaul sebati.
3. Bentukkan bulat. Celup dlm telur sblm digoreng..

Hah, mudahkan? Boleh buat lagi nanti. Petang ni aku plan nak buat nasi goreng saje. Dah tak tau aku nak masak apa. Esok nak cuba buat mee kari (kalau jadi). daaa.

p/s:makin lama badan makin lembik....

Thursday, August 11, 2011

Nak motor...

Sejak 2menjak 3menjak 4menjak 5menjak ni (berapa banyak menjak daaaaa) aku rasa cam berkobar2 nak bawa motor. Sampai dah plan nak amik lesen motor tau. Tapi masalahnya aku dah lama tak bawa motor so skill riding tu dah takde. Kalau amik lesen tp tak berlatih bawa mesti kantoi. Nak guna motor suami aku tu mmg tak mungkinlah sbb motor die motor class. Jenuh weh nak tekan class masuk gear. Dahlah ketat. Sakit tangan. Aku nak motor biasa2 je. Lagipun aku bukan nak bawa motor gi keje. Just untuk pergi tempat2 yang dekat je mcm kedai ke, mydin ke, alamanda ke.. Tak yahlah aku susah2 cari parking kete bagai semata2 nak beli sawi seikat. Poyo tau!

Haritu suami aku dah beria kate nak tukar motor die nak cari motor yang takde class sbb sng die nak hntr anak gi taska. Sebelah tangan boleh pgg Kasyah. Taska dekat jek takkan die nak hantar naik kete pastu balik tukar motor pulak. Aku dah tentu2lah pergi keje awal (taknak jam teruk). Die pindah putrajaya leh gi keje lambat sikit so urusan hantar anak ke taska dielah yang settlekan. Tapi pagi ni bile aku tnya psltukar motor die kata tak jadi pulak. Syg motor tu. Nyampah aku. Dah die soh aku pulak beli motor lain. Hampeh tau! Kete dahlah aku byr, nak tambah motor pulak? byk cantik! Ah, tak kira tukar gak motor tu dgn motor mudah bawa. Kalau taknak tukar takmo kawan. Tido sorang2..hahaha

Cantik tak motor ni? SApe nak belikan aku motor ni boleh contact aku di facebook ye.. :p..

daaaaa........

Wednesday, August 10, 2011

Duhai Hati

Duhai hati, kenapa sukar untuk diduga
Sekelip mata berubah rasa
Harini suka esok terluka
aduhai hati mengapa?

Kadang-kadang kita tak harap sesuatu itu terjadi namun takdir tuhan tak mampu untuk kita menghalang. Ah, semuanya berkait dengan hati. terlalu cepat kau berubah. Tanpa mampu kita mengagaknya.

Beribu Sesalan

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu





p/s:tiada kena mengena dgn situasi aku skrg..saje nak emo2 jap..hehe sebenarnya tgh suke lagu ni...

Dah sampai

Alhamdulillah mak dah sampai rumah aku dgn selamat.. Tadi aku call suami and die ckp mak dah ada kat rumahpun. Senang hati. Bile ada mak kat rumah ni syoklah aku sbb mak tolong kemas rumah (mak rajin ye, sy pemalas). Tak yah tunggu weekend untuk tgk rumah bersih berkilat seperti sport rim kete baru basuh. Hari2pun berkilat..(bukan amik kesempatan tau)

Malam ni plan nak buat tart nenas. Boleh ajak mak gotong royong buat kuih. Petang ni nak masakpun senang sbb ade orang tolong. hehe. nampak macam aku meng'oranggaji'kan mak aku kan? eh, taklah. Selalunya mak aku tolong potong2 sayur je sbb yang masak tetap aku. Cuma rumah tu mmg mak aku kemas sbb die mmg rajin. kalo gi rumah org lain pun die yang tolong ngemas..pastu sibuk ngadu sakit pinggang. haha.

daaaa....

p/s:nape aku tak rajin cam mak aku??????

Tutup lagi...

Salam 1 Malaysia...(ahaks..tibe2). Pagi ni rasa kurus sbb dah "membuang"..eh, ape aku mengarut ni??? Sorry ye kengkawan, tuan blog kurang gula sekarang.. Lapor..hahaha. Sebenarnya nak citer yang taska Kasyah tutup lagi. Dulu dah pernah tutup dah so this time jadi lagi. Tutup sbb ade budak kena penyakit tangan kaki dan mulut. Tak pasal2 taska kena arah tutup seminggu. Kelam kabut aku semalam fikir sape nak jaga Kasyah. Mula2 suami suruh aku cuti tp cuti aku tinggal ciput jek. So nak tak nak terpaksalah suamiku cuti harini. Insyaallah skrg ni mak sedang dalam perjalanan nak dtg KL. Kesian mak aku terpaksa berkorban naik bas sbb nak jaga cucu (Sebenarnya kena paksa dengan aku..hahaha). Yelah nak harap kat sapa lagi. Mak aku suruh hantar jek Kasyah balik kampung and biar die kat sana sampai raya tp bile aku fikir2 balik rugilah byr taska utk sebulan sbb harini baru 10 hb. Kalo sampai raya takke 3 minggu rugi. Byr dahlah mahal. Nipun diorg cuti yuran kite tak kena potong pun. Tetap berjalan seperti biasa. tak adilkan? Kalo kite lambat seminit bukan main berkira...Die takyah jaga seminggu takde pun nak refund duit kite balik...

Ah, malaslah nak bebel pasal taska. Ni nak bebel psl pemandu kereta kat malaysia pulak. Kan dah banyak kali org bagitau kalau nak bw slow jgn dok lane kanan. Ni tak dahlah slow tp tak reti bahasa. Org pagi2 nak cepat pergi keje. Kalo ko tak rushing considerate lah sikit. Dok lane paling kiri. Bawalah macam siputpun. Ko dok lane kanan tp bw cam nak gi bersiar2 memang nak kena makilah tu. Kalo jln jammed tu lainlah citer ni jalan clear tapi jadi sibuk sbb kesiputan ko tu. Bengkek tau. Rugi jek bw kete besar. Baik tukar dgn kancil jek.

Semalam pulak komputer aku buat hal. Tibe2 jek ade security warning. Dah mintak IT officer cek tp die kate takde viruspun. So pagi ni igt ok rupanya tak. Bile dicek2 sebenarnya bukan komputer ada virus tp login id aku ade virus. Mungkin ada cubaan nak hack id aku utk dptkan sume maklumat sulit termasuklah bank account info aku. Huh nasib baik dah settle and dah hapuskan id lama aku tu. Cinabeng betul. Sapelah yg takde keje tu. Menyusahkan betul.

Okaylah aku nak sambung buat kerja. daaaa.

p/s: apsal harini aku rasa cam lapar giler ni??????????

Tuesday, August 9, 2011

Emas

Sejak dua menjak ni hati begitu terpaut pada emas. Terasa macam nak pergi beli emas sekarang jugak (padahal duit takde). Lagipun bile disurvey2 harga emas kemain mencanak naik. Terbaru aku tengok harga emas sekarang RM180 segram. Hamboi, kemain mahal lagi. Nak beli cincin sebentuk pun dah makan 3-4 ratus agaknye.

Aku bukan apa, rasa macam nak tukar gelang emas aku tu. Nak tukar pesenlah. Sekarangka ade macam2 bentuk yang canggih2. Tapi bile fikir2 balik, kalau nak trade in tanpa tambah duit mesti aku cume boleh dapat gelang yang lebih kecik drpd gelang skrg. kalau nak gelang emas yang macam sekarang mau nak kena tambah 4-5 ratus lagi. Untung betul kalau dulu2 aku tau pasal pelaburan emas ni. Dah tentu2 aku borong emas tu (ceh ingat ikan ke boleh borong berkilo2?). Dulu aku tak minat emas tp sbb skrg ni ada pelaburan emas yang berbaloi tu yang rasa cam bestnye kalau leh buat. Lagipun emas skrg dah pelbagai bentuk. Kalau dulu tu bentuknye terhad.



Abang......nak gelang ni boleh????



Takpun yang ni??????



Kalau takpun dapat yang macam ni pun jadilah....... :p



p/s:gambar ehsan google....

Bonus buat aku gemuk????

Halluuuu...hadoila tajuk memang takleh blah. Sebenarnya nak bagitau aku rasa aku gemuk harini sbb semalam makan benda2 yang menggemukkan lagi tidak berkhasiat. Ate sambut anniversary, kenalah teman cuti masak. hehe. Semalam suamiku kata nak makan kat McD saja tapi bile mengenangkan tingkah laku Kasyah masa kami makan buffet haritu terus ku ajak bungkus je. Tak kowser weh nak main2 kejar dgn Kasyah dlm McD. Dahlah nak berbuka. Since semalam hari special so makanpun specialla sikit (takde mana specialnye..). Beli McD dan juga Pizza Hut. So semalam aku bantai makan sepotong pizza dan sebiji burger...Terus rasa cam gemuknye aku harini..hihihi. Pagi tadi pulak makan pizza lebih semalam utk sahur. Okay double gemuk...Huhuhu.

Pagi2 ni tgk paper kakitangan awam dapat bonus raya. Erm bolehlah buat tambah2 duit raya untuk budak2. Akupun dah kering dah ni. Dah terlebih belanja. Hope nnti hujung tahun kerajaan bagilah bonus sebulan gaji. Aku rasa sejak Najib take over ni tak pernah lagi die bagi bonus. Asik2 bantuan khas jek. Kan best kalo opis akupun kasi bonus raya..hehe tapi mmg sgtlah mustahil kalo aku dpt bonus raya...takde kena mengena kekdahnye..

Okaylah tak kuasa nak membebel. Jom tgk gelagat si kecik comel kesayangan aku ni...




daaaa.......

Monday, August 8, 2011

Happy 3rd Anniversary

Diam tak diam harini genap 3 tahun aku menjadi isteri kepada suamiku... Genap 3 tahun melayar bahtera kehidupan bersama. Macam-macam dah kami lalui. Susah senang pahit manis suka derita dan semuanyalah. Tak boleh nak membebel panjang sbb ada kerja menanti. Just ucapan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ketiga buat suamiku. Semoga hubungan ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat.


glitter-graphics.com

Love U...


p/s:Ngantuk sbb baru balik dari kampung malam tadi..huhuhu

Friday, August 5, 2011

Tak sabar...

Sekarang mood tak sabar nak balik sbb malam ni nak balik kampung..weeehuuuuu.... Syok woo sbb dah sebulan lebih tak balik. Mak dengan abah akupun dah sibuk ckp rindu kat Kasyah. Selalu gaklah aku bervideo call dengan diorang kat kampung.... Jangan tak caya kampung aku dah ada 3G..hahaha. Henpon lame aku, aku dah kasi kat abang aku tu yang boleh video call tu.

Tapi malam ni balik umah mak mertua dulu. Tak kesahlah janji dapat balik. Esok baru balik rumah mak aku. Selalu tu ade je kepala otak aku berfikir nak makan apa kat sana or nak soh mak aku masak pape tp kali ni takde. Tengah takde seleralah katakan. Makan ala kadar je pun boleh. Mak tak kesah noks...

Yang pasti balik ni nak amik baju yang aku tempah kat makcik aku. Entah berapa ratuslah duit aku terbang kali ni. Mana taknye 7 pasang baju termasuk baju melayu suami, takke melampau tu..hehe..Actually kain2 tu aku dah beli masa raya tahun lepas tp aku mogok tak nak tempah baju sbb masa tu badan kemain tembam. Sekarang pon tembam lagi tapi at least takle setembam dulu...Tu yang aku berani nak tempah...:p

Okaylah, panjang pulak nak cerita. Kang aku melalut pulak sampai ke tudung raya bagai...Doakan perjalanan aku selamat ye... Segamat...tunggu kepulanganku... daaaaa...

Streamyx, awat lembab sangat?

Ini entry meluah rasa. Korang ingat tak bulan lepas aku ada citer yang my husband dah terminate broadband and registered streamyx? Aku post citer tu on 20 July. So orang kat TM tu kate within 3 working days contractor diorang akan dtg rumah untuk pasang streamyx. Ok baiklah. 3 hari ye. Daftar tu hari selasa so patutnya paling lambat Jumaat diorg dah dtg. Tapikan tunggu punya tunggu punya tunggu haram takdepun. So Jumaat tu call la TM tanya status. Boleh pulak die kata ada masalah kat alamat kitorang. Senang citer diorang konpius...Hadoilah awat benak sgt korang ni? Takpe sabar lagi. Die kate dah hantar report and patutnya dalam 7 hari bekerja diorang akan dtg pasang streamyx...

Ok baiklah, kitorang tunggu. So tunggu punya tunggu and sampai dah beberapa kali call akhirnya hari rabu (hari ketiga pose) barulah ada contractor dtg rumah itupun die cuma pasang tepon saja bukan streamyx. Die kata die cuma dpt arahan utk psg tepon bukan streamyx... Hoii..sengalnye korang ni. Tak ke rasa cam nak penyepak muke diorang sorang2 dek kerana kebebalan tahap tertinggi diorang tu??? Aku yang pada mulanya cam tak kesah sgt lama2 hangin gak sbb dah lebih 2 minggu streamyx tak psg2 jugak. Aku nak tgk Harry potter ni tau x? Tak pasal2 aku jadi katak di bawah tempurung kerana tidak tau perkembangan citer harry potter tu. Sepatutnye sekarang ni aku dah boleh berlagak sambil citer plot2 filem tu okay! (huiyoh, alasan aku sangat konkrit..:p)

So husband call lagi TM and the best part was die boleh tanya "Encik amik pakej ape ye?" Pergh kan. Menyirap jek aku dengar. Bukan ke patutnye benda tu sume dah ada dalam sistem (base on pengalaman aku keje dgn telcom company). Once registered sume tu dah save dlm sistem. Tinggal rujuk je setiap kali ada pertanyaan. Bodos betul. Nampak sgt yang kitorang ni dibuat endah tak endah jek time registered haritu. Sengal! Lepas tu die ckp dlm masa terdekat contractor akan dtg psg streamyx pulak. Sampai harini takde lagi. Aku tak faham betul istilah terdekat diorang tu macam mana. Sehari?seminggu?sebulan?setahun? Sakit hari jek.

To TM, kalau masih mahu memberi perkhidmatan terbaik, treatlah customer sepatutnya. Kalau macam ni korang punya service, jgn dok sibuk canang best in Asia segala. Padahal nan hado jah.

Thursday, August 4, 2011

Makanan di Cyberview

Seperti yang dijanjikan (e, ade ke aku janji?) aku buatlah review sikit pasal makanan kat sana. Tapi bukanlah menyeluruh. Gitu2 jek sbb mood skrg xbape best. Sakit perut. Apa yang aku boleh cakap, makanan die memang boleh tahan sedap. Memang puas hatilah. Suami aku siap cakap nak gi makan buffet lagi sbb best banyak makanan.

Inilah antara lauk yang ada. Ade yang lain lagi tapi tak ambil. Ni suami aku punye pinggan. Bukan aku ye. Dalam ni ada ayam berempah (sedap), daging blackpepper (sedap), udang dan sotong sambal (sedap sgt). Korang nak tau x, daging die tu lembut giler. Macam makan tauhu pun ada. cume die keras sikit jek dari tauhu. Entah cemana die masak smpi lembut gitu.

Ini yang ada atas meja kami first round. Cer tgk pinggan aku yang atas tu... Sikit je kan? Tupun suami aku yang habiskan nasi. Kenyangnye macam dah makan 2 pinggan..huhuhu. Murtabak die kureng sikit sbb dah sejuk..

Satay... Ada 2 jenis satay. Ayam dan daging. Aku amik 2 satay 2 ayam. Sudahnye aku mkn 1 ayam je.

Stall BBQ. Sgt banyak jenis. Plan nak amik gak tp xleh nak masuk dah. Secubit pon aku tak merasa BBQ ni.

Antara stall yang ada. Sebelah satay tu stall popiah, pastu dim sum, yong tau fu, sotong kangkung and last sekali kue tiow...Pon tak termakan...tapi popiah die sedaplah...

Antara Japanese food yang ada. Bukan setakat sushi ni je. Ada jugak beef n chicken teppanyaki. pon aku tak rasa.

Bhgn roti canai....Dah sejuk liat...

Lamb stall.. Daging kambing ni memang lembut jugak. Sampai suami aku jadi tak reti nak makan sbb macam bukan makan daging. Die kata daging kena ada liat2 sikit baru sedap...

SAlad dan rojak buah.. Pelbagai jenis sos ada. Pilih saja. Tak makan pon..Kesian...

Pilihan kerabu dan pasembor... Nipun aku tak makan meh..

Antara air yang ada. Hah yang ni aku minum...Air die sume cukup rasa Especially air asam boi..sedap.

Soya cincau. manis. sebelah die ada fruit cocktail dgn air katira...

Desert...terlalu banyak desert die smpi tak tahu nak makan dah... Last2 aku tak makan pon...hahaha..

Desert lagi...roti tu boleh makan dgn spicy mutton soup ataupun tomato soup..

Rich chocolate cake... Yang ni boleh tahan sedap...aku makan sesudu saja...

strawbery cake....tak amik sbb aku tgk besar jek...kompemlah aku tak habis nnti...

Chocolate fountain...Aku cume mampu tgk saje...

Last sekali ice cream dan ice kacang... Yang ice cream aku amik...

Okay itu saje gambar yang sempat aku amik.. Banyak lagi yang aku tak amik. Nsai ayam, nasi arab, laksa penang dan memacam lagilah.. Mau pengsan kalo ade orang dpt makan sume tu....Balik ni macam takde mood nak makan sbb dok rasa dah terlebih makan smlm... Beli kuih jelah...Daaa......

Berbuka puasa di Cyberview...

Seperti yang aku canangkan sebelum ni, semalam dapat juga aku berbuka puasa secara buffet kat Cyberview resort. Plan mengejut je tu terus jadi. Kami sampai sana lebih kurang pukul 7.10. Sampai2 terus tengok makanan yang ada. Hah hambek ko sampai tak larat nak tengok. Baru tengok belom makan lagi..hehe...So kamipun mulala amik makanan. Amik main course dulu. Suami aku awal2 dah amik kambing. Aku amik roti nak bg pada Kasyah. Amik gak murtabak daging & ayam, roti canai dan roti john. Sume tu dah siap potong kecik2.

Tapikan semalam aku frustlah... Bukan sbb makanan die tak sedap tp sebab aku kecewa tak dapat makan banyak...huhuhu...Rasa cam tak berbaloinye sbb kuantiti aku makan tu sikit jek nak dibandingkan dgn sepatutnye aku makan..Banyak sgt menu yang aku tak amik langsung. Even nak merasa pon dah xmampu.... Susah gak bile perut dah kecik ni.. Kecewa jek balik smlm sbb dok fikir ade makanan yang aku tak rasa lagi...

Aku mula2 amik nasi minyak kismis dgn lauk ayam berempah seketul, daging 2-3 hiris, udang, sotong dan ikan stim... Baru masuk nasi 3 suap aku dah panggil suami aku dah.
"Bang!"
"Nape? Dah nak kenyang eh?"
"Haah.." sambil tersengih
"Dah jangan makan lagi nasi tu. Bagi abang. Syg makan lauk jek."
Terus aku transfer nasi dlm pinggan die. Aku makan lauk je. Lepas makan lauk tu dah kenyang semacam.. Adoila... Makanan banyak lagi nak rasa ni. Lepas tu aku layan Kasyah nak berjalan2... Nampak stall2 kat luar. Jengah jap. Aku amik dimsum 3 ketul (kecik je), sate 4 btg, popiah sekerat. Plan lepas ni nak amik grill pulak. Ade macam2 grill tu. Ketam,udang, ayam, ikan, daging, otak2, sosej, kerang dan ntah ape2 lagi. Serius byk. Balik ke meja aku cume mampu telan dimsum satu jek... Pastu berhenti. Lepas tu makan sate 1 cucuk.. Pastu berhenti... Dah lama sikit baru makan popiah. Segigit demi segigit. Setiap satu gigit tu selang beberapa minit..hahaha.

Suamiku pulak amik desert. Puding caremel,rich chocolate cake dgn ape ntah. Aku rasa sesudu jek desert tu. Last2 terus amik aiskrim sbgi penamat. Aku memang dah tak mampu dah nak teruskan makan. aiskrim tupun aku makan sesuap jek terus bg suami. Pastu kitorg pon balik. Hah meh sini aku bgtau ape yang aku makan. Nasi kismis 3 sudu, ayam seketul (xabispun), daging blackpeper (sedap dan lembut), lamb grill (lembut giler), udang beberapa ekor, sotong 3 ring, ikan stim (sehiris),sate 1 cucuk, murtabak 2 gigit, dimsum 2 ketul, popiah sekerat, desert (cuit2 je 2-3 jenis), pelam (segigit jek masam), jeruk kelubi (segigit gak sbb masam), kurma sebiji, air tebu, asam boi, soya cincau (kongsi2 dgn suami) dan aiskrim satu sudu. Nampak macam bykkan? Memangla byk jenis tp sume sikit2 jek. Aku rasa orang lain boleh makan lagi banyak dripada aku. Jom layan gambar.










Antara yang aku tak makan langsung adalah nasi ayam, nasi arab, beberapa jenis lauk, laksa, mee sup, pelbagai jenis kerabu, mutton soup, tomato soup, segala jenis bubur, fruit cocktail, air katira,salad, pasembur, rojak buah, japanese food, kue tiow, yong tau fu, segala jenis grill, pelbagai jenis desert dan kuih muih, chocolate fountain, buah2, ice kacang dan beberapa lagi. Hah, banyakkan? Terasa rugi tak? aku rasa rugi sgt.

Balik tu suami aku ckp "rugi bawa syg makan buffet." huhu. nak buat camno. Den memang tak kuat mkn dari dulu lg. Cepat kenyang. Balik tu aku memang surrender. Melepek aku sbb perut aku penuh giler (pdhl mkn sikit jek pon) and rasa cam nak meletup jek. Perut aku rasa sakit sgt. Selalu org sakit perut sbb lapar aku pulak sakit perut sbb kenyang....So sampaila ni aku masih sakit perut lagi. Bak kata Azean Irdawaty dlm Anak mami kembali "Cek rasa cek kenyang sampai lusa". Pagi tadi aku cume sahur dgn sebiji kurma dan secawan air. Cukuplah. Rasa mcm tak mau makan seminggu...huhuhu...daaaa....

p/s:Food review nnti ye. Laki aku pulak dah terjatuh cinta dgn buffet siap ajak aku pergi buffet lg...hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...