Wednesday, November 30, 2011

Medan Ikan Bakar Bangi

Petang semalam suami ku ajak makan luar..huh best ni sbb takyah masak..Eleh kalo nak masak pon bukan ada barang basah kat rumah..huwargh. Aku cam malas2 nak pergi sbb nak tengok tentang Dhia tapi sbb die kata nak gi beli barang dapur kat kedai 1Malaysialah, nak gi bayar duit kete lah, itulah inilah so aku ikutkan jugak. tapi last2 sesuka hati die je tukar plan. Sudahnya pergi makan je sbb gi ngambik ngan gi ngantor adik die jek dah lebih sejam...Sabor jelah... Last2 aku jugak yang tak dapat tengok tentang Dhia. Tu yang terpaksa aku download je tu..huhuhu..mencik!

Makan kat kedai makan Medan Ikan Bakar kat Bangi. Saje je nak test sedap ke tak.. Inilah lauk2 yang kami order semalam..Boleh tahan banyak...

Siakap bakar..Sedap weh ikan bakar die..boleh order lagi pasni..

Siakap tiga rasa. Kurang sedap sbb manis. Lain2 rasa tak berapa rasa.. Baik letak siakap rasa manis je..Aku amik sekor je ikan ni tp belah dua masak lain2.

Tomyam campur. Banyak perabah dia tapi kalo tak amik pon takpe sbb lauk lain dah banyak..

Kerang goreng pedas.. Malangnya tak pedas langsung.. Kerang ni tak abis so aku bungkus bawa balik. Petang ni leh panaskan balik.. Aku nak modified kerang ni jadi pedas dan sedap..

Sotong goreng tepung. Yang ni aku suka sbb tepungnya rangup jek. Tak macam yang aku makan sebelum ni. Dah macam jemput2 dah. Sudahnya dah macam makan jemput2 sotong..

Sebab tamak order jugak tahu bakar ni. Boleh tahan sedap sbb pedas sikit. Selain tu aku order gak kailan ikan masin dan telur dadar untuk Kasyah. Total makan semalam RM71.90. Bolehlah sbb portion sume besar2 kan.. Aku meratah lauk jelah..Nasi makan sikit saje. kalo tak nnti lauk tak abis pulak..hehe

My two angels. Kasyah semalam buat perangai. Dah kenyang sikit mulalah nak turun main kat bawah pulak. Lepas tu sibuk nak celup tangan dalam air laici papa die. Sudahnya papa die minum air laici yang dah jadi air basuh tgn Kasyah..huhuhuhu.

daaaaaaaa

p/s:Balik rumah dgn kadar segera nak kejar Cinta Elysa sekali jek persidangan UMNO lah pulak.. Kecewa ai tau..huhuhu

Dah kembali

Rentetan daripada entry aku akan pergi tu...now aku dah balik dah. Aku pergi mana?hehe saspen beb. Aku balik kampung.. hahahaha... Semalam tak updet blog sbb busy dgn suratkabo berlambak nak baca. Hari ni baru de masa. Memanglah ada benda yang buat aku sentap kecewa haritu tp skrg dah okay dah. Even better than before kot.. Perlu ke aku cerita? tak perlu sbb tak semua benda nak kena bgtau kan..hehe

Balik kampung untuk attend kenduri kawan baik suami.. Yang tu nanti aku share gambar ye. itupun kalo aku rajinlah. Selain tu takde wat pape yang spesial pon.. Tapi aku dapat jumpa my bestfriend yang dok kat penang tu sbb die balik kampung.. Thanks to her sbb belikan aku coklat whittakers yang super sedap tu kat Langkawi..Memang patut diborong lagi kalo aku pergi langkawi nanti.. Nanti? eh, macam dah kompem je nak pergi lagi? haha. Ada orang dah janji nak bawa aku gi langkawi..hihihi. Aku tuntut tau.

Jom layan gambar Kasyah main air kat kampung haritu.. Kolamnye kecik jek tapi sampai 4 org nak masuk sama. Yang dah besar pon menyibuk gak..huhuhu.

Sekali sekala layan anak main air.. Macam aku bgtau sblm ni, dah lama Kasyah tak mandi kolam so kali ni bagi dia main puas2... Menangis ko aku angkat die dari kolam. Siap kena isi air sekali lagi sbb die dah mengamuk dah..huhuhu. anak..anak..

Cucu2 mak dan abah... yang ni lah yang disayang..yang ni jugaklah yang dilempang..hahahaha.

malas pulak nak membebel lebih2...kang kalo aku rajin aku update lg..skrg mau cau cin cau.. daaaaaaaa

p/s:nak layan tentang dhia.. siap download dlm phone sbb komp ofis tak leh main klip tu..huhuhu.. kemaruk!

Friday, November 25, 2011

Aku akan pergi...

Aku akan pergi...ke mana? Aku sendiri tak pasti. Hanya mengikut langkah kaki. eh, tak! ikut mana kereta menghala pergi.. Ikut mana stereng nak membelok kanan atau kiri.

Sudah cukup penghinaan yang aku terima. Tak sanggup rasanya nak biarkan ia terus terjadi. Cukup2lah tu.

Maafkan aku atas semua kesalahanku. Jangan ditanya ke mana aku pergi. Jangan dicari aku yang hina ini.

Entah kenapa setitis pun air mataku tidak jatuh. Mungkin kerana aku redha. Mungkin juga kerana aku dah biasa. Biarlah. Namun aku tak nafikan, aku masih berbelah bahagi.

Biarlah. Biarkan aku pergi!

p/s: Lapor!

Thursday, November 24, 2011

Tentang Dhia

Sejak dua menjak ni aku rajin pulak melayan drama Tentang Dhia yang keudara pukul 7 malam setiap isnin-khamis tu. Sblm ni aku malas nak layan drama2 bersiri ni takut melekat tapi yang ni aku terlayan pulak dan terbest pulak tengok..hahaha

Episod semalam buat aku tersenyum tersengih sorang2... Feelingnye rasa. muahaaaa... Paling best part yang Dhia panggil Zikir tu "abang". Suweeettttnyeeee. Kelakar jek tengok muka Zikir yang terkejut2 malu tu.. Lepas tu die pulak yang tersasul bahasakan diri die "abang"..bertambah2 suwettttt sgt...hihihihi..eiii suke suke suke! (hoi, dah2la tu perasan..)hikhik, okay2 aku sedar diri dah.

Tengok citer smlm tu teringat masa mula2 aku nak panggil suami aku abang. Masa tu kami tgh couple lagi. Sblm ni aku panggil die awak je. Sikit2 awak. Sikit2 awak. So masa gi raya, kawan aku ikutlah aku beraya sekali. Siap tido umah aku tu. So masa dalam kete kawan aku ni dengarlah aku panggil2 suami aku tu. Pastu die sound "apa wak, wak? Ingat biawak ke?" Hampeh punye kawan. Terus kami tergelak. So malam tu masa bergayut kat tepon, suami aku decide nak tukar panggilan ke abang dan sayang. Masa mula2 nak panggil tu kemain keras lidah aku nak menyebutnya. Asal panggil je gelak..Asal gelak je panggil..eh? Last2 kekallah panggilan abang sayang tu sampai sekarang..kuikuikui.

Korang nak tahu tak aku ni memang tak suka nak panggil orang abang. Memang dari dulu lagi aku tak panggil orang abang kecuali itu memang panggilan die. maksudnye kalau dah memang panggilan abang tu dah macam nama and semua org gelar die gitu, so aku panggillah abang jugak. Kalau tak aku mesti akan panggil abang siap dgn nama sekali. Contohnya macam Abang Din, Abang Zul, Abang Joe ke.. (eh, apsal sume nama ni takde kena mengena dgn aku?,,:p) Aku tak suka nak panggil orang abang sesuka hati. Aku rasa panggilan abang tu mcm sesuatu tau. Dah macam prinsip aku jugaklah takkan panggil orang abang tanpa sebab. Jangan tak tau, ada orang kat opis aku ni yang berumur more than 40 pon aku panggil nama je..huahuahua...

Tak sabar nak tunggu tentang Dhia petang ni.. tapi tak best pulak mak Zikir tu dah termakan rasuah si Rose tu.. Geram aku. Malam ni tak mo masak lagi sbb nak tengok Dhia..huahuahua...

daaaaaaaa....

Tuesday, November 22, 2011

Goal!

Sudah2lah tu citer pasal bola. Walaupun tangan ni gatal jek nak menaip2 pasal bola semalam tapi aku harus sedar diri bahawassanya walaupun malaysia menang bola tapi aku tetap macam ni... Tak kayo pon.. hahaha... Tapikan dah sah-sah tajuk entry ko goal mestilah nak cerita pasal bola jugak ye dak?

Yelah2 aku mengaku yang aku masih nak cerita pasal bola. tapi kali ni pasal bakal pemain bola sepak malaysia tahun 2028..hahaha berangan ko.. tapi ni papa die lah yang nak. aku tak berahi jadi pemain bola ni..hihihi. Masa ni saja je bawa Kasyah pergi main bola kat taman. Dah lama giler tak gi taman. Asik ujan jek. Tapi this time pergi jugak walaupun cuaca agak mendung waktu itu. tak kisahlah yang penting dapat gak main kejap. Jom layan..

Excited ko. Selalu tu main dalam umah je. tempat pon terhad. hah this time luas seluas luasnya.. puas nak menyepak bola..

Tengoklah gaya die tu. Asik betul die menyepak bola. Jangan tak tahu die memang pandai sepak bola. Die sepak pon kuat tau.. Biasalah anak jantan.

Amik gambar dgn mama dululah.. Tengok tu, kemain nak melepaskan diri.

Sempat suruh Kasyah pandang kamera.. Comel dan ensemlah..

Goal! itulah yang Kasyah sebut setiap kali die tendang bola... Kalau tengok bola kat tv pon die akan cakap goal jugak. Cakap goal sambil angkat tgn ko sbb tiru papa yang selalu jerit sambil angkat tgn time malaysia goal...hehe

Sampai pejam-pejam mata ni nak sepak bola punya pasal.. Anak.. anak..



Kejar bola jangan tak kejar...hehehe.. Kami pergi taman ni kejap jek sbb hujan dah start rintik2. Jadilah kan daripada tak dapat pergi langsung. Bukannya apa kesian kat kasyah sbb dah lama tak pergi jalan2 taman. Kolam pon dah lama tak pergi. Hujan jek camno???

p/s:Pergi keje tadi sepanjang jalan sengih sbb mood ada baik ini hari..hahaha.. Kalau kalah sure takde mood gi keje.. Tak sia2 aku bersengkang mata tahan ngantuk...huhuhu

Malaysia Menang woiiiiiii!

Tak pernah di buat aku update blog pagi2 buta ni woii tapi sbb aku excited Malaysia menang bola so aku update gak..huahuahuahua.. Sbb Malaysia dah menang so aku nak berlagak sat... Asik biar indon jek yang tunjuk bagus kali ni biar kite pulak yang tunjuk sapa yang bagus sebenarnya..

Senyap terus stadium bila Malaysia menang. hambek ko! Tulah sapa soh berlagak sangat. Hina sana hina sini..Provok sana provok sini tapi hasilnye tetap hampeh.. Emas milik Malaysia... Kalau korang nak hangkut sampai 200 pingat emas pon apa kami peduli sbb emas bola kami bawa balik lagi.. Korang? menang sorak jelah... Pastu kutuk2 malaysia.. Bolehlah korang dapat emas kategori kutukan power hasil tiada..hahahha...

Aku rasakan esok mesti indonesia banjir sbb satu negara menangis woii. Mau 7 hari 7 malam air tak surut2..huahuahua... Padan muka... Sorylah indon kite orang Malaysia takkan kutuk lebih2.. Takde nak bakar2 bendera halau orang korang kat sini... Sbb orang kami jauh lebih tinggi martabatnya.. Bakar2 bendera, kutukan melampau ni orang tahap bawah jek buat.. senang citer geng2 kuli je yang buat.. Kami orang bijak pandai tak buat kerja tak berfaedah tu...hehehhe

Takziah indonesia.. Tahniah Malaysia...Tahniah Team harimau muda.



p/s: Kemenangan yang sangat puas hati. Balasan bagi strategi2 jahat nak jatuhkan Malaysia... tak jalan derrr...

Monday, November 21, 2011

Salam Isnin...

Asal hari isnin je mood kelaut.. Asal mood gi laut je hari isnin... Asal isnin gi laut je mood gi hari..eh, eh, eh, ape benda aku merepek daaa?

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu baru. Kejap jek kan. Pung pang pung pang dah nak abis dah tahun 2011. Azam tahun ni pon belum semua tercapai. Dah nak kena buat azam baru..huhuhu.

Weekend lepas balik kampung. Memang syok! Apa aku buat kat kampung nanti aku citer ye. Biasalah kalau hari isnin ni mood nak mengupdet tu lambat panas ler. Sejuk beku je rasanya. Inipun updet cukup syarat jek.. Harapan ler nak dapat citer best dari aku..huwa huwa huwa...

Okaylah..mata pon kuyu je ni...Malas nak sambung citer...daaaaaaa

p/s:psst...aku nak bagitau satu rahsia ni. Balik kampung aritu aku drive 120-130 km/j je ko..giler berhemah aku bawa kete... :p

Friday, November 18, 2011

Aqiqah Kasyah

Dah nak masuk 2 minggu baru nak cerita.. Aparaaa aku ni, tak latest langsung. Patutlah takleh jadi blogger otai buat live update. hahaha.

Buat Aqiqah untuk Kasyah masa raya haji kedua haritu. Sebenarnya ini ajakan sedara mara kat kampung suami. nak tumbangkan seekor lembu so kami pon joinlah amik satu bahagian pastu buat sekali kenduri kat kampung. Patutnya buat hari raya pertama tapi sbb tukang sembelih tu sibuk so terpaksa sembelih hari raya kedua. Makanya pagi2 lagi kami dah bangun siap2 nak pergi ke tempat sembelih lembu. Tak jauh sangat dari rumah atok suami tapi still kena naik kenderaan ler. Tempat tu pulak kat tepi sungai jek. So boleh layan blues sekejap. hehe.

Sebelum proses sembelih berlangsung, kenalah ada sesi jual beli tukar tuan segala dgn tuan lembu ni. Suamiku bertindak jadi ketua pada yang lain2. So dielah kena bayar, sebut beli lembu sekian2 harga pastu yang lain2 yang amik bahagian akan salam dgn suami untuk amik bahagian masing2.. gitu pulak.. Dah orang soh buat gitu, kite ikut jelah..hehehe

Lembu yang nampak sedih menunggu waktu untuk berkorban jiwa dan raga. Orang kata takleh kesian. Kalau kesian takleh makan jadi aku buat dek.

Masa ni tukang sembelih dah sampai jadi masa untuk menumbangkan lembu ni. pestime aku tengok orang sembelih lembu ko....

Akhirnya masanya pon tiba... Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...

Tamatlah sudah riwayat seekor lembu hitam... Takpe lembu, pengorbanan ko tak sia2. Jasamu dikenang kerana ko telah berkorban demi bangsa, agama dan negara.. ek tetibe!

Setelah lembu dipastikan tak bernyawa lagi, bermulalah proses melapah lembu pulak tapi die lapah sikit jek. lebihnya kami bawa balik dan settlekan sendiri. Kake wooo.. Sampai tghari baru siap. Masing2 dah lepak dah.

Apa fungsi aku haritu? Biasalah aku menyibuk je. Hahaha. Sementara tunggu diorang melapah so layan gambar di tepi sungai sat. Best pagi2 kat sini.. Syok jek.


Dek kerana dah pukul 9.30 and Kasyah pon belum breakfast lagi, so akupun balik umah ikut bapak mertua aku yang nak balik hntr anak sedara aku. Balik tu terus sarapan sbb perutpon dah berlagu riang dah.

Tak lama lepas aku balik, diorang yang tinggal kat lembu pon balik bawa daging. So bermulalah kerja melapah dan memotong daging. Yang perempuan dok dapur siapkan rencah segala. Sampai kepetang sibuknya. Akupun dah petang tu sibuk nak mengemas nak balik KL pulak. Yelah, esoknye kan keje.


Syukur Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Sorylah ye takde gambar masa majlis tu. Masing2 sibuk. Aku sendiri tak sempat nak tukar baju kurung. bantai t-shirts je. Lagipun aku bukan dok depan. aku dok dapur. hehe.

Malam tu kami gerak kul 7.30 malam and sampai rumah lebih kurang pukul 3pagi. Esoknye aku tak keje sbb batuk macam yang aku bagitau sblm ni. Itu jelah ceritanya. Malas pulak nak cerita lebih2. haha. daaaaaa...

p/s:ptg ni nak balik kampung.. bestnye sbb dah dekat 2 bulan tak balik... Tapi balik sendiri je dgn kasyah. Husband ada kelas...huhuhu

Sukan Sea-Provokasi Indonesia

Sape yang tak tahu sekarang ni tengah berlangsung sukan SEA boleh gi ketuk kepala kat dinding sekarang... Walaupun sukan Sea ni bukanlah besar sangat tapi at least ia sukan yang menghubungkan negara2 di rantau Asia tenggara. Well, aku ni nak kata mengikuti sangat tu taklah sbb kerja kan. Tapi malam2 tu ada jugak tengok highlight sukan Sea ni. Tahu jugaklah kedudukan pingat, sape dapat emas semua tu..

Semalam pulak berlangsungnya perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia. Aku tengok gitu2 jek sbb lepas first half aku tido dah. hahaha. Ni gara2 mata aku masuk habuk dan pedih terus aku tutup mata and tido. Tapi banggalah jugak sbb kite menang kan..yeahhhhh...

Apa yang aku nak sentuh kat sini adalah sikap orang2 indon yang nyata tidak senang dengan kite. Haiiish kenapalah nak kena buat semua provokasi tu? Korang sedar tak banyak sangat kejadian menimpa wakil kite kat sana. Tak kisah dari atlet sampailah ke pegawai dan juga wartawan. Semua kena tempias sikap tak profesional orang2 indon. Aku rasa diorang ni takut dengan bayang2 sendiri. kalau dah rasa diri tu hebat, tak perlu kot gunakan taktik kotor untuk kalahkan lawan. Kenapa sampai nak buat macam2 untuk lemahkan semangat pasukan Malaysia? Mestilah sbb takut dengan kehebatan Malaysiakan? Perbuatan diorang tu hanya menyerlahkan mentaliti diorang sahaja. Bangganya aku jadi rakyat Malaysia sbb kite memang hebat sampai belum buat apa2pun orang dah takut dah. Betul tak?

Kes keracunan makananlah, wartawan tak boleh masuklah, ejekan dan booo lah, isyarat lucahlah, bendera salah, hinggalah waktu lagu negaraku dimainkan pon mereka boleh mengejek kite. Nampak sangat kedangkalan warga2 indon yang rendah akalnya tu. Syukurlah kite jadi warganegara Malaysia yang penuh dgn santun dan sentiasa memberi keselesaan pada sesiapa saja yang berkunjung ke Malaysia. Even cleaner kat opis akupun tak nak balik indon dah sebab katanya, kat sana takde pape. hidup pon susah. Baik lagi di Malaysia.

So aku harap sangat, henti2kanlah semua provokasi tu. Malaysia tetap Malaysia dan indonesia tetap indonesia. Kitekan serumpun. Lagipun walau sejuta kali pon kamu menghina kami, kami 10 juta kali lebih baik dari kamu semua. Segala perbuatan kamu, kami ucapkan terima kasih kerana kamu benar-benar telah membuktikan bahawa kami memang hebat dan kamu bukan lawan kami..

Sekian...

p/s: Ini bukan entry nak cari gaduh tapi entry seorang manusia yang sedih melihat perlakuan manusia lain. Kalau kite bodoh, jangan bangga mengaku kite bodoh.

Thursday, November 17, 2011

4 makanan untuk kurus

Tadi dah cerita pasal makanan yang dah kompem2 tinggi kolestrol, so skrg ni kite tengok pulak makanan yang boleh menguruskan badan. Dah lama jugak rasanya tak kongsi tips cantik kat blog ni. Tips kali ni aku ambil dari Berita harian. Saje jek nak berkongsi ilmu... Jom kite tengok makanan apa yang boleh buat kite kurus ni...

1. Teh Hijau
Rasanya dah ramai yang tahu teh hijau ni bagus. Cuma die pahit sikitlah banding dgn teh biasa tu. Berdasarkan kajian, teh hijau ni dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakat lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.

Kajian sains mndapati apbl anda minum 2 hingga 4 cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan sebanyak 17% lebih tinggi drpd biasa dan dalam masa yg singkat. Sebaiknya minum teh hijau semasa melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi keberkesannya.

Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi orang yang ingin menurunkan berat badan. beberapa kajian menunjukkan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan. Amalkan meminum teh hijau setiap hari seelok-eloknua sebelum makan.

2.Limau Gedang
Buah ini mempunyai reputasi yang baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak dalam tubuh. Pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan. Kajian mendapati limau besar ini mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

Separuh drpd limau gedang hanya mengandungi 3 kalori. Selain dapat mengurangkan kalori, limau gedang juga mengandungi vit C yang baik untuk badan.

3. Cuka
Cuka memang sudah diketahui mempunyai banyak khasat sejak dulu lagi malah digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oelh masy. Greek dan Mesir.

Pengambilan cuka sebanyak 1 sudu teh dikatakan mampu melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit spt kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak sekaligus membantu menurunkan berat badan. Kajian menunjukkan orang yang mengambil 2 sudu teh cuka epal setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolestrol baik HDL (High Density Lipoprotein).

bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sblm makan.

4. Halia
Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah.
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20% untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar 3 inci halia dgn setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sblm tidur.

Wanita yang ingin langsing selepas bersalin kebanyakannya turut memanfaatkan halia. Antara kaedah yang digunakan ialah mencampurkan halia bersama lada hitam dan ikan bilia. Tumbuk lumat. Campurkan dgn air limau nipis dan dimakan bersama nasi panas sepanjang berpantang.

Rendang Ayam Pedas Cili Padi

Amboi pagi2 dah masuk entry makanan ko. Ape hal? Haha, saje jek nak menjamu mata korang dan mengenceskan korang hari ni.. Raya dah lepas dah tapi aku pulak terasa nak beraya semalam... Bukannya apa ternampak resepi Rendang ayam kat kongsi resepi semalam terus aku klik. Rupanya resepi ni diberi oleh Ucu Bakery. Tapi aku tak salin pon resepinya. Ingat2 gitu jek.. Masak pon ikut suka aku nak campak apa dulu.. hahaha... Dek kerana dah teringin (sbb masa raya tak jumpe benda2 ni semua) maka balik kerja terus gi kedai cari bahan yang takde... Kebetulan sayur2 untuk buat lodeh pon ada dlm peti ais rumah aku, projek melodeh pon aku buat sekali..

Balik keje semalam suami aku mengadu lapar giler sbb tghari die tak makan. Terpaksalah aku bertungkus lumus masak dgn segera.Tak dan lansung nak refer balik kat resepi. Sebab tu aku kata aku main campak jek. Tapi siap pon 2 jam lepas tu kooo..hehe. Tak kesahlah yang penting hasilnya maveles sesangat...

Nak ke resepinya? Sebab rasa rendang ni maveles maka aku dengan senang hati nak kongsikannya.. Resepi asal boleh klik sini.

Rendang Ayam Pedas Cili Padi

Bahan2 (Versi aku masak)

8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* (aku letak lebih rasanya)kisar bahan bertanda *
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
santan dari sebiji kelapa
daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
gula melaka
garam
air asam jawa

Cara2.
1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula.

Versi close up.. Tengok gambar ni pon dah buat aku lapar beb sbb sedap sangat...Bukan puji diri sendiri tapi memang sedap...hehehe

Lepas rendang masak, aku teruskan dengan lodeh pulak. Yang ni pon korang nak resepi jugak ke? Aku buat ikut suka hati aku je. Haha. Nasib baik aku rajin harini so aku bagi jugaklah. Ni lodeh versi putih sbb malas nak letak kunyit..hehe..

Masak Lodeh

Bahan2.
Sayur2 ikut suka
-kentang
-kobis bunga
-kobis
-kacang panjang
-lobak merah
-tahu kering
-suun
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering* tumbuk
1 biji lada besar (belah macam bunga)
santan dari sebiji kelapa
Garam secukup rasa

Cara2
1. Masukkan santan, dan bahan tumbuk dalam periuk. Masak atas api sambil kuahnya ditimbuk (betul ke bahasa aku ni) selalu. Kalau tak kuah berketul. tak cantik.
2. Masukkan kentang sbb kentang lambat empuk.
3. Setelah kentang lembut, masukkan sayur yang keras dahulu.
4. agak2 sayur tu dah masak masukkan bahan2 yang tinggal..Perasakan dengan garam.. Siap.

Menu makan malam semalam. jangan tak caya siap rebus ketupat segera tu.. Stok memang ada kat rumah lebih buat open house masa raya..heheh. Makan semalam memang heaven sungguh. Sampai aku rasa tak nak berhenti makan tapi perut dah kenyang bebeno.. nampak sangat kemaruk rendang. hehe.Sedap dan pedas beb. So hari ni aku bawa bekal nasi himpit dgn rendang utk lunch karang. Tak sabar pulak nak makan..huhu. Suami ku pulak aku bekalkan rendang, lodeh dgn ketupat utk makan kat opis die. Boleh tahan banyaklah siap aku masukkan dalam mangkuk tingkat.. Dah macam raya betul dah...hahaha.

Jom layan si bujang kasyah makan nasi himpit dgn lodeh.. Banyak die makan semalam.. Sedaplah tu..

Tengok dalam mangkuk sampai 3 sudu. Satu sudu untuk aku suap die. lagi 2 sudu memang utk die pegang.. Berangan nak makan sendiri..

Gamabr ni macam die dah besar je..Pandai dah sekarang ni posing bile nampak kamera.

Saje aku tak pakaikan die baju sbb die baru lepas mandi masa ni. Kalau pakai baju kang habis comot semua. Dah kena salin baju lain pulak...

"Mama, sedaplah. nanti buat lagi eh". Yelah tu macam mama ni rajin sangat.. hahaha...

Apa korang makan lunch karang????

Wednesday, November 16, 2011

Geram lagi....

Memang hari ni hari geram sedunia agaknya.. tak habis2 berita geram jek yang aku dapat... Treus takde mood nak buat keje walaupun tadi memang aku tgh beria cari bahan semua.. Bangang betullah..

Tadi baru jek kami kat opis ni dapat holiday list utk tahun depan... Memang tetiap tahun ada holiday listkan so next year punye holiday memang yang paling bangang aku rasa. Bayangkanlah cuti maulidur rasul dgn cuti hari malaysia takde. Bengang giler. Memanglah maulidur rasul dgn hari malaysia tu jatuh hari ahad tpkan ada cuti ganti hari Isnin. Tapi Jepun bangang ni tak amik cuti tu. Makanya satu Malaysia cuti, kami tercongok kat opis ni. Tak ke geram tu... Dahla hari selasa lepas cuti maulidur rasul tu cuti taipusam yang membolehkan kite dpt 4 hari staright cuti...lagi bertambah bengang weh. Kompem aku nak balik kampung... Takkan nak amik cuti sbb kalo ikutkan tu mmg cuti yang sepatutnya... Bukan cuti sendiri.. Satu malaysia cuti woiii.. Aku bukan keje polis... Bangang lagi... Sorylah yer banyak perkataan bangang dlm entry aku kali ni sbb memang benda ni sangat bangang.. Bongok punye Jepun.

Kami pon bising3lah kat opis ni. pastu adalah officer ni gi clarify dgn admin. Rupanya thn depan mmg cuti sikit jek sbb ikut cuti kat Jepun.. Hampeh.. Jepun, jepunlah. Skrg ni kite kat Malaysia.. Apasal nak ikut Jepun jugak. Ikutlah cuti Malaysia.. dahlah cuti tahunan pon yilekk.. Cuti Malaysia pon ko nak cut jugak? Dasar Jepun bangang kedekut pilih kasih... kalau tahun depan gaji aku tak naik banyak memang siaplah... Keje lebih gajipon kenalah lebih.. Setakat naik gaji 60hengget cam tahun ni boleh belah ye... Tahun depan memang aku mengamuk... Siap sedialah... Setahun aku pendam... But not next year. Not even a single day.

p/s:Spoil mood betullah.... Sape kate org Jepun bagus? Meh jumpe aku, aku citer satu2 perangai diorg ni... Bangga lagi jadi anak Malaysia...

Melampau

Hari ini aku rasa makin tercabar... Aku rasa benda ni dah makin melampau. Terlalu melampau sampai rasanya tidak boleh dipandang enteng.. Ini isu berat. Ini isu besar tapi kenapa ia jadi senyap sesenyap-senyapnya? Mana keadilannya?

Ini adalah rentetan luahan2 aku sebelum ni. sini, sini dan sini. Ye benda ini belum selesai lagi. Dari mula aku dapat tahu, memang aku makan hati sampai sekarang. Hidup aku dipenuhi dgn kepura-puraan sampaikan aku rasa dah tak mampu nak terus berpura2. Aku rasa aku perlu bangkit menegakkan keadilan. Benda ini terlalu menyakitkan untuk aku abaikan. Ah, kadang2 terfikir, kenapa die masih di sini? Aku rasa secara logiknya, die sepatutnya dah disingkirkan tanpa simpati. Tapi nampaknya die makin menjadi2 dan orang lain pula yang kena maki..

Isunya sekarang kenapa die boleh buat, orang lain tak boleh buat? Aku ingat lagi, ada seseorang yang cuba untuk membuat benda yang sama tapi malangnya tidak dibenarkan malah terpaksa pula die pergi. Tapi die, setiap tahun buat benda yang sama. Tindakan? tak pernah kena malah ditatang pula macam dielah dewa... Akupun pernah kena sampaikan aku question benda tu kenapa die boleh dan kenapa bile aku buat, aku dikenakan cukup2? Tak adil sungguh. Seolah2 itu kesalahan besar sebab aku yang buat tapi jadi nothing bile die yang buat. Adil ke?

Siapa kau? Cume orang biasa yang tiada apa? Diploma tak ada jauh sekali degree. Hanya berbekalkan sijil spm yang kantoi yang dah tentu tak layak utk die sambung study. Ah,,benciiiii!

p/s: Sebenarnya aku nak cerita semua kat sini tapi aku rasa ada orang yang akan sampaikan cerita ni. Serius aku nak luahkan semua...

Tuesday, November 15, 2011

Tempe goreng

Petang-petang macam ni memang sedap layan pisang goreng ke keledek goreng ke takpun tempe goreng...Huish mabeles...

Petang semalam balik keje aku terus godek tepung rangup nak buat tempe goreng. Alkisahnya aku lapo bebeno sbb perut dah masuk angin. nak masak ntah pukul berapa baru siap. Terus aku terfikir buat minum petanglah walaupun dah pukul 6 masa tu..hehehe

Presenting the delicious tempe goreng in century... Wah giler membohongkan tempe tersedap di abad ini konon.. Tapikan serius memang sedap sbb aku guna tepung rangup yang memang khas untuk goreng pisang and what so ever tu.. Lepas tu buat pulak sambal kicap yang pedas betul2 menambahkan selera uolsss..

So semalam aku melantak ini jelah. Lepas tu buat maggi goreng yang pedas meletop tu sambil makan dgn tempe goreng.. Kenyang jugak. Burpp..Alhamdulillah..hehehe

Korang suka tak tempe goreng?

p/s:tengah sibuk memfollow mereka2 yang follow aku..tp ada jugak yang takde link... Kalo aku belum follow boleh remind aku kat shoutmix tu ye..

Pantai Batu Buruk

Salam hari selasa yang boring ini..hahaha.. Semalam senyap sunyi blog aku. Bukan aku tak keje tapi malas lah. Sibuk dgn keje lain. Orang dah habis dah cerita pasal cuti raya haji aku baru terkedek2 nak citer.. slow betul.. Mentanglah2 naik kancil sekarang..hahaha.

Macam yang aku bagitau sebelum ni, aku balik kampung nenek suami kat Kuala Terengganu untuk sambut raya. So hari sabtu sebelum raya tu, memang agak bosanlah sbb xde benda nak buatkan. Suami akupun ajakla aku gi pantai batu buruk. Sajalah nak bawa Kasyah jalan2. Alih2 mak mertua dgn adik ipar akupun nak ikut gak sbb nak gi Mydin. Apa je yang ada kat sana kalau tak Mydin.hehe.

Sampai2 kat pantai terus nampak kuda2 ni... Excited Kasyah tapi die takut nak pegang..hehe. Lagipun die baru bangun tido. Aku kejtu je sbb tak nak die terlepas momen best kalo tido.

Ni sape yang excited ni? AKu tgk anak aku selemaber jek... Papa die yang sengih terlebih.hihihi

Ada gak kereta kuda tau. Cantik2 diorang hias kereta kuda ni. Feeling cam cinderellalah pulak. Aku nak gak naik tp laki aku tak kasi. Hampeh!

Sebabnye die lagi excited nak naik ATV ni. Sekali jek tanya haraga die RM18 seorang dewasa. Kanak2 aku lupa pulak. Die bukan kire satu ATV tu... So cam peliklah pulak kalo nak naik ni bertiga dgn Kasyah... Kalau kire satu ATV takpe gak..

Muke aku mesti ada... Bukti aku ada ditempat kejadian tau..

Kasyah pestime main pasir. Sebelum ni pernah gak bawa die gi pantai tapi masa tu die tak pandai jalan lagi...

Payah beno nak amik gambar si kecik ni tau sbb die sibuk nak tgk pasir..

Senyum....eh, kasyah tak nak senyum pon...

Hah yang ni baru senyum.... kan ensem.

Sebelum balik selitkan juga gambar pasangan merpati dua sejoli yang tak berapa nak berjoli lagi ni..hahaha

Lepas ni kami terus ke Mydin.. Pusing2 cari barang and terus balik. Ingat masa hari raya tu nak datang pantai lagi tapi nan hadooo sbb hujan kemain lebat petang tu...

daaaaa........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...