Thursday, January 26, 2012

Berpiknik di Air Terjun Gunung Ledang

Cuti Raya cina haritu sempat jugak aku ajak family aku pergi berpiknik aka mandi manda kat air terjun Gunung Ledang. Dah lama jugak aku tak pergi. Last pergi pon masa aku pregnant dulu. This time pergi 2 kereta dengan family abang aku sekali. Yang takde cume kak ipar jek sbb die kena kerja hari tu. Pagi tu sempatlah aku goreng mee dan buat sandwhich untuk makan2 kat sana. Masa bangun tido pukul 6 pagi tu hujan tengah turun dengan lebatnye. Aku dah mula risau takut tak jadi pergi jek. Tapi menjelang pukul 8 hujan dah mula renyai2 je. Plan tetap diteruskan.

Kami gerak dari rumah mak aku pukul 9 pagi. Plan asal nak gerak kul 8 tapi biasalah janji melayu huhuu. Sampai kat gunung ledang pukul 10. Mak aih, ramainye umat. Baru pukul 10 kereta dah berderet2 ko. Mulalah risau sbb mesti dah takde tempat nak landing ni.. So bile kami masuk je kat air terjun, rata2 spot best sume dah kena book. So nak tak nak kami dok jelah mana2 yang ada ruang untuk bentang tikar dan landing..Gambar memang ada 4 keping jek. segala jenis kamera aku tak bawa kecuali henpon. Nasib baik henpon aku bukan cap ayam..hihihi. Tapi bile dah masuk air henpon kemana gambar kemana. Harapanla aku nak amik gambar..

Abah aku dan suami aku...Gambar2 ni aku ambil masa kami baru2 sampai and tengah nak makan..

mak aku dan abang long aku..yang kat belakang seksi tu takde kena mengena dgn family aku ye...hihihi

Anak2 sedara aku dgn pakngahnye yang sedang melayan Kasyah main air..

Masa ni bebudak ni main air kat sungai kecik kat tepi air terjun. Bile kitorang dah habis makan barulah main air kat air terjun sebenar...Air die sejuk giler sbb pagi tu hujankan. nasib baik cuaca dah cerah dah masa ni.

Kasyah pulak memang beriala main air. Kalau aku angkat jer mesti die menjerit. Seronok sungguh die. Jari dah kecut2 pon die tak peduli. hehe

Kami stay kat sana sampai pukul 12.30 saja sbb masing2 dah sejuk gigil. Nak pergi tukar baju kat toilet orang kemain panjang beratur. Last2 aku tukar baju dlm kete jek..hiks.. Balik tu sempat singgah rumah atok suami dan juga jalan2 bandar. Sampai rumah terus lepak sebab penat...

p/s:Nak gi jalan lagiiiiiii

6 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

xsia2 cuti ni..hihi

Cikpuan rara said...

xhujan best lah berpiknik kan kak.

adarnadzmie said...

lama x gi piknik air terjun..hehe

fatin amalina husna said...

hehe..best kan piknik ngan fmily..

mrs adam said...

saya pun g gng ledang.ramai gile org.dh mcm karnival dah

Mama Gee said...

lamanyaa tak gi air terjun ledang ni...rinduu plak tempat berjimba2 dulu...hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...