Friday, January 6, 2012

Cikgu paling garang

Jom sambung kenangan sekolah dulu... Kalau dah sekolah mesti jumpe cikgukan so mestilah ada kategori cikgu yang korang suke, yang korang benci, yang korang admire dan yang korang...ape-ape jelah. Aku ingat lagi masa aku sekolah rendah dulu ada seorang cikgu garang giler. Nama die Cikgu Salmah. Cikgu ni punye garang sampaikan ko sendiri pon konfius apa salah ko sbb tetibe je mesti die mengamuk. Takleh silap sikit. Pastu bukan nak tanya2 dulu ke terus penampor hinggap kat muka.

Aku ada kenangan dengan cikgu Salmah ni. Masa tu darjah satu (kalau tak silap akulah). Cikgu salmah ni ajar muzik. Masa tu kan muzik ni kite nyanyi lagu suka2. So masa tu turn nyanyi satu lagu yang berunsurkan gembira dan bersemangat (aku lupa lagu apa). Cikgu tu siap soh kitorang hentak kaki lagi sambil nyanyi. Aku ni punye syok lah hentak kaki gelak suka2 sambil nyanyi. Dah namanya budak darjah satu mestilah seronokkan nyanyi2 ni. Tapi aku gelak bukan sebab aku main or bergurau2 dengan kawan sebelah aku. tapi serius aku gelak suke tu sbb seronok sgt nyanyi lagu tu. Tapi cikgu ni punye garang tak bertempat terus tampar muka aku sbb aku gelak2. hek elah, terkujat terkejut aku masa tu. Konfius kejap apasal aku kena tampar ni? Cikgu kata aku main2 sambil nyanyi. Hok aloh, cikgu ni kok ye pon garang, bertempatlah sikit. Kan tgh subjek nyanyi suke2 lagu pun gembira. Ko jugak yg soh kitorg hentak2 kaki gembira. Sejak tu aku mcm anti dgn cikgu ni.

Masa darjah 5 pon aku pernah kena gak dgn cikgu ni. Masa tu die ajar BM. Die soh buat karangan. Cikgu ni tanya aku sumthing yang aku tak tahu jawapannya terus die baling buku tulis aku tu kat aku. Gilerkan cikgu tu. Dah aku tak tahu nak buat camne? Bukannye die tanya pasal pelajaran pon. Kalau tak silap aku die tanya aku apa itu hari terbuka sekolah. Serius masa tu aku tak tahupun hari terbuka tu hari apa. Rupanya hari terbuka tu hari amik report card. Cakaplah hari amik report card. Ni tak bile kata aku tak tahu terus nak marah2. Period betul cikgu tu. Tapi cikgu Salmah mula jadi baik lepas die kena marah dgn sorangg parent. Kes tu agak kecoh sbb cikgu salmah tampar muka budak tu sampai muka die bercalar kena cincin cikgu tu. Siap berdarah beb. Lepas kes tu, barulah aku nampak cikgu salmah ni mula slow thp garang die.

Lepas tu sepanjang aku sekolah menengah ada juga cikgu garang tapi semuanya bertempat. Takde garang yang melampau sgt. Kalau tak buat salah cikgu2 tu okay jek siap boleh bergurau. Cuma bila aku pindah sekolah masuk tingkatan 6, aku jumpe lagi cikgu garang tak bertempat ni.. Buhsan dow!

Nama cikgu ni Cikgu Amir. Die ni sebenarnya tak suke dgn budak2 tingkatan 6 so die mcm akan mencari apa jek kesalahan budak tingkatan 6 ni. Lagipun die guru disiplin. Disebabkan aku ni popular masa ting. 6 so apa jek yg aku buat mesti org nmpk. Benci! So ada satu hari tu, aku pergi sekolah pakai selipar. Bukan sbb kasut aku basah tapi sbb kaki aku bengkak bernanah dek kerana kena gigit nyamuk. Pergh kan penyebab die kecik giler kena gigit nyamuk tapi sampai bernnah bengkak bagai. Tapi betul beb aku tak tipu. Mula2 aku kena gigit nyamuk pastu ntah cemana terus jadi kudis yang siap bernanah tu. Lagi best kaki aku membengkak dan rasa sakit siap aku demam dek kerana tak tahan sakit. Since kaki dah bengkak dan aku terpaksa balut kudis tu, tentulah aku takleh pakai kasut. Mana muat. tapi cikgu ni punye tak puas hati terus sound aku.

Aku ckplah kaki aku sakit dan bengkak tapi die marah. Die minta surat doktor mengesahkan aku takleh pakai kasut. hoi, kalau kaki dah bengkak, takkan kaki aku muat masuk kasut. Aku ni dahlah jawab secara berhemah siap senyum lagi tapi die boleh marah aku kenapa aku senyum. lepas die ckp gitu haruslah aku membantah. Takkan senyum pon tak boleh. Nampak sgt nak cari point gaduh dgn aku. Memang bergaduh gaklah aku dgn die sampai pengetua datang masuk campur. Siap kena panggil dgn pengetua. Dah betah sana sini, cikgu tu cakap (masa ni dlm bilik pengetua, depan pengetua) "Saya takkan biarkan awak. Saya akan cari setiap kesalahan awak". Aku pulak "Terpulang, yang saya tau saya tak salah". So since hari tu aku memang mengelak jumpe die. Kalau terserempak pon aku jeling2 jek.

haha... itulah pengalaman aku dgn cikgu2 garang tak bertempat ni. Apa yang aku boleh kata cikgu2 ni ada masalah otak. hahaha...

p/s: Sapa cikgu garang korang????

7 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ha..kutuk cikgu ea..haha..

wah,tulisan len dah..huhuh~

Qhaifa Nur said...

cikgu sekarang lagi garang kot...

ieda said...

hurmm tu dulu koot .. skrg nie kebanyakan cikguu x berapa garang , dan ada yg x kesahpunn anak murid buat ape ..
akak lebih suke cikgu yg tegas tapi bukan garang ! ;)

johnnypagez said...

aku pun masuk ting 6 dan memang ada guru yg tak suka pelajar form 6
, cikgu aku ni punya gila selalu nak higligh kesalahan aku tp orang lain buat slah takpe.. biaslah ade cikgu yg hari2 puji aku adeeee jugakyg hari2 hina,, tiap kali jumpa dia mesti ngata kat aku,, gika betul menatang ciku dia guna ayt ppower2 panah tlinga aku.. selaku presiden mmpu aku tercabar betul dng perangai cikgu yg bodoh nak counsil tak pandai tapi hina orang,,, aku cuma org biasa nobody perfect,,, aku x pernah ngumpat cikgu sbelum ni baca blog ni ada rsa nak keluarkan benda yang terpendam dlm hati,, bullshit betul cikgu2 mungkin suami dia liwat dia kot semalam..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

entry ni membuatkan moon teringat pada kisah lama..

cikgu2 jadi anti kat moon masa form5.. atas sebab moon mengadu kat cikgu penyelia perpustakaan..(kebetulan moon pengawas perpustakaan masa tu)
al kisahnya..cikgu penyelia ada meeting.. dia kata..semua cikgu kata..ada buat xtvt membaca kat library sebulan sekali..hakikatnya..mmg xpernah buat.. maknanya cikgu2 sekolah kami dah menipu laa kan.. moon plak g bgtau kat penyelia perpustakaan tu..kata.. cikgu2 tipu.. xpernah buat pon!

xsangka cikgu2 anti kat moon sbb moon bocorkan rahsia mereka..

tapi moon wat rileks jerkk.. sbb moon tahu, moon xbersalah..

farin said...

part cikgu salmah tu aku memang ingat giler... lagi2 time dia jadi guru kelas kita masa darjah lima...

AnneRaini said...

ma, ko ada dgr tak pasal cikgu fauziah meninggal? cikgu sekolah agama tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...