Friday, January 13, 2012

Jalan2 Melaka - A famosa

haish..dah petang baru aku dapat nak sambung citer Melaka ni... Ni gara2 keje aku banyak ler ni. Semalam aku dah pulun siapkan translation sblm balik keje tetibe pagi ni dapat lagi request utk translate. Terus takde masa nak ngedate dgn blog..

Okaylah, malas nak membebel. Lepas turun dari cruise tu kami terus menuju ke bandar hilir. Plan nak ke Stadhuy's, tapi takde parking pulak so terus park kete dekat belakang dataran pahlawan dekat dgn A Famosa. takde buat apa pon kat sini. Lepak2 ambil gambar je.

Tengoklah si Kasyah tu. Tak dan mama nak posing amik gambar dah diajaknye berjalan. Tak boelh berhenti kejap.

Woi, ni apsal aku yang bokeh ni? Patutnye bokehlah bangunan a famosa tu. Kesian aku kabur tau.

Tengok aku amik gambar elok je. Mencik tau. nampak sgt nak sabotaj gambar aku.. (tetiba)

Berlatar belakangkan istana kesultanan melaka. eh yeke nama die istana kesultanan melaka? ntah aku lupa..

jom jom sume amik gambar....Awatlah mak aku tu nganga gitu???Orang suh senyum bukan bercakap..hikhikhik

Lepas pusing A famosa tu, aku ajaklah diorang sume jalan sampai ke stadhuys's tu. tapikan jalan punya jalan punya jalan, tak sampai2. kaki dah penat, badan dah berpeluh panas. Tengok2 stadhuy's tu jauh lagi. Last2 kami pusing balik.



Korang tengoklah gelagat si Kasyah tu. Asik nak berlari jek. Kat situ dahlah banyak beca lalu-lalang. Tapi ada die kesah? Yang penting nak lariiiii...

Sebelum nak balik, abah aku ajak minum dulu sbb die dah haus. Akupun dah kering tekak dah. Memang penat sungguh dan panas membahang walaupun dah pukul 6 dah masa ni. Minum kat restoren Subaidah dekat dataran pahlawan tu je. Kemain lambat servisnye padahal kitorang order air jek.. Letih!

Habis dah jalan2 kat Melaka. Jom balik. Lepas minum tu kami teruskan perjalanan menghala ke jalan balik tapi sebelum tu kami sempat singgah kat..........

hahaha sambung lagi..hihihi

p/s:banyak entry tertangguh dek kerana sibuk sgt minggu ni...mencik!

5 Magic Words:

eRiNsZ said...

wahhhh boleh jadi pnduan ni hihhi nextwek nk holiday mlaka

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ehhh tak panjat ke tangga yg tinggi tu?? hehehhehehe

saja je duk tanya.. kan..kan..

dulu.. kalo xde kelas.. sabtu ahad.. mesti encik pakwe ajak g dating.. dia suruh exercise naik tangga tu.. huhuhu~ nak tercabut lutut..

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

fa study kat melake...
jemu dah tengok dataran pahlawan n a famosa tuh...
memang port lepak kitorang kat situ...hihi

adarnadzmie said...

seronok ronda2 kat a famosa tu kan... walaupun penat berbaloi...hehe..

syok akak tgk gelagat kasyah tu...nak berlari jer...haha

wahida said...

aku suka Melaka...byk tempat menarik boleh dilawati dan byk kedai mkn best lagi...hehe...

tapi hajat masih belum kesampaian nak minum coconut shake kat klebang tu...huhu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...