Wednesday, January 11, 2012

Jalan2 Melaka - Zoo Melaka

Akhirnye berjaya jugak aku update citer jalan-jalan ke Melaka sempena cuti ujung thn yang lepas. Saje je sebenarnya nak bawa Kasyah tengok animals since die memang sgt suke animals. Die juge boleh buat bunyi2 haiwan tau. Clever! hehe. Kami gerak dari umah mak aku pukul 8 lebih. Sampai zoo lebih kurang pukul 10.30. Sedang elok sbb pagi lagi so matahari belum tegak atas kepala. Tiket masuk RM7 untuk dewasa dan RM4 kanak2. Kami hari tu 5 dewasa 3 kanak2 tp Kasyah tak kire lah. Peringatan, gambar agak banyak. Itupun dah pilih2 dah.

Baru sampai.. Masa ni tak ramai orang sbb pagi lagikan. Lagipun hari kerja walaupun cuti sekolah.

Peace lagi. Kasyah pon ceria lagi masa ni. Belum buat perangai... Huhu

Sebelum kite teruskan journey kite, mari ambil gambar kenangan. Suamiku je takde sbb die jadi tukang tangkap gambar...Jangan tak caya kami semua naik satu kete je tau. Hahah. giler penuh cam sardin. Nasib baik mak dah kurus uolsss. takdelah rasa sempit. hihihi :p

The hot couple. Satu2nye gambar aku dgn suamiku.

The parrot. The first animal that you found in the zoo.

White rhino. Boleh pulak diorang dok secara harmoni dlm ni ek?

Nampak tak binatang belakang tu? Hah tu seladang ye. Besau kemain. Aku bayangkan kalau seladang tu lompat terkam aku, mencecet nak lari..hahaha

The giraffes. Zirafah tu hari ni asik makan jek. Takdelah nak kuar buat show depan guest of honor aka aku tu..geram tau. Tapi Kasyah suka lah dpt jumpe giraffe.

Kasyah dah start nak buat perangai. Jangan harap die nak diajak bergambar. Tegur pon tak boleh tau. Die nak berjalan je. Tak nak berhenti langsung. Ajak berhenti mesti die mengamuk. Geram aku.

Kesian laki mak takde gambar. Meh sayang amik gambar abang..hehe

Lembu apa ntah nama die. Seram pulak tengok tanduk die tu.

Tiger yang baik punye landing. Malas tau tiger2 tu hari ni. Keje tido je. Kasyah nampak tiger nangis nak pegang tiger tu. Hahaha, banyaklah nak pegang. Nak kena ngap?

Gambar tak berapa jadi. Terang sangat. Tiger tu pun kocik yo.

Yang ni okay sikit. Motif letak gambar ko sampai dua dekat tmpt yang sama????? Huh giler glemer betul.

Cik ungka. Anak sedara aku berlari tak cukup tanah bile ungka ni turun pokok. Die igt ungka tu nak kejar die. hahahaha.

Rido on tortise. Asal dtg sini je mesti amik gambar kat tortise ni. Tempat wajib.

Cer korang tgk kuku bear ni. Kalau die cekau, mau robek muka tu...hish seram.

Cik cimpanzi. Cimpanzi ni pun cam malas2 jek sbb die lebih byk lepak.

Gajah.. Aaaaaaaa... Kasyah kalau sebut elephant mesti die sebut aaaaaaa sambil angkat tgn mcm belalai gajah. Suweett tau.

Ko tengok ko tengok...Meliuk lentuk badan die nak melepaskan diri sbb takmo duduk. Die nak jalan okay.

Pujuk2 die sambil suruh die tiru gajah. Tgklah mulut die tu. Die tgh sebut aaaaaa....

Sebelum keluar, sempat layan dak kecik ni main2 playground dulu. Dapat main palyground ni barulah mood Kasyah okay. Ceria berlarian sana sini.

Atoklah yang kena layan cucu-cucucya..hehehe

Mama dah lepak dah. Penat woo tawaf satu zoo jalan kaki. mau turun berat aku 2 kilo (nampak nau membohong)


Sebelum keluar, kite beli souveniur dulu. FM zoo melaka. Jadilah.

Lepas keluar dari zoo jam dah pukul 12.30 tghari. kami terus ke dataran sebelah zoo tu utk makan tghari sambil berpiknik. Bekal dah siap bawa dari rumah. Gigih aku bangun pukul 6 masak lauk tau. Lepas makan kami ke Jusco Bandaraya Melaka. Takde gambar. Just jalan2 sejukkan badan. Nak ke banda hilir matahari tengah memancar. So dok dalam tempat sejuk. Lepas ni aku sambung lagi ye...

p/s: Masih bergelut siapkan kerja tp tetap nak update jugak...huhu

5 Magic Words:

wahida said...

jelesnya beli FM Zoo Melaka tu...dulu masa aku pegi sana tak beli apa2 FM pun sbb masa tu tak de blog lagi...

sekarang dah ada blog ni sgt la tegar dgn FM...jeles aku ko ada FM Zoo Melaka...huhu...

Qhaifa Nur said...

syoknya datang zoo...
beli FM buat koleksi tau...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

tiba2 jerkkk rindu sgt nak g melaka.. padahal baru je pergi bulan 3 thn lepas.. hehe..

ieda said...

hurmmm zoo melaka akak x pernah sampai layie .. bile nak sampai nie ..

kalau ke zoo kan dikk sokmooo lah rimau tidoo erkkk
jarang sgt akak ke zoo nampak rimau xtive huhuhu mencikk !

Mama Gee said...

akak ni tunggu ada anak kecik le kalo nk masuk zoo...kalau tak alamatnya takkan masuk zoo lg sampai bebila..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...