Thursday, January 19, 2012

Kari ikan jenahak

Terajin pulak aku post entry resepi skrg ni. Alah tapi korang sukekan? Aku tau..hikhikhik. Masak kari ikan jenahak hari sabtu haritu. Saje beli ikan jenahak sederhana besar ni masa gi pasar borong. Asik beli kembung dgn selar pon boring gak. Lagipun ikan ni boleh tahan murah haritu so rembat sajalah. Resepi lebih kurang jek dgn kari meletop yang pernah buat dulu. Tapi kali ni sbb mood rajin tgh ada ni, aku bagi jugak resepi. Adalah beza sikit sbb ada bahan yang aku tak letak or tukar. Jom tengok resepi.

Kari Ikan Jenahak



Bahan2
2 ekor Ikan Jenahak(sederhana besar)
1/2 biji Bawang besar (hiris nipis)
1 ulas Bawang putih (hiris nipis)
2 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 cm halia (kisar)
1 1/2 sudu besar cili serbuk (ikut suke)
1 biji tomato
1 sudu teh halba campur (tumbuk kasar)
3 sudu besar rempah kari
1/2 sudu rempah gulai cap rose
1/2 sudu rempah masak cap rose
2 biji kentang
bendi/terung (optional)
asam jawa/asam keping (ikut suka)
Garam
air

Cara

1. Tumis halba campur dan bawang hiris. Tumis hingga naik bau.
2. Satukan rempah kari, serbuk cili dan rempah cap rose dlm bekas lain. Masukkan air untuk dijadikn pes.
3. Masukkan pes campur dan bahan kisar. Tunggu hingga pecah minyak.
4. Masukkan kentang dan air. Air ni agak2la ye. Kalau suke cair letaklah lebih. Tunggu hingga mendidih..
5. Bile kentang hampir masak, masukkan ikan dan sayur (kalau ada)... Kemudian masukkan garam dan air asam...Rasa masam masinnya.
5. Tunggu hingga ikan masak. Okay dah siap...



Menu makan tengahari hari sabtu lepas. Kari ikan jenahak, sayur kacang campur carrot, ikan terubuk masin goreng dan juga papadom..huhuhu maveles.

Okaylah, selamat mencuba!...

p/s:Aku selalu masak asam pedas tapi tak pernah amik gambo..huahuahua

11 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ganti ikan keli pon sodap ni..hihi.

amiey lee said...

aduhaiiii lapar terus tgk entry nih

Fieza79 said...

sodapp dan laparr ni..lum bekfes tau..huhuu

Azian Elias said...

Salam kenal..

amboiii.. kari meletup ye.. Looks so tempting lahh..

wahida said...

ada ikan terubuk masin la...naik selera weh...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

dah lama xmakan kari ikan jenahak..

AnneRaini said...

yui:ikan semilang lagi sodap..hehe

amiey:pi makan pi

kak fieza: ala ciannya die lom bfast

AnneRaini said...

azian:saje suke2 letak nama meletop tu..salam kenal juga kak yan

wahida:memang membuka selera youuuu

moon:gi pasar cari ikan jenahak pastu msak eh.hihi

AnneRaini said...

azian:saje suke2 letak nama meletop tu..salam kenal juga kak yan

wahida:memang membuka selera youuuu

moon:gi pasar cari ikan jenahak pastu msak eh.hihi

Mama Gee said...

ari tu masa cik abg dpt ikan jenahak tu...tak berani nk masak kari..takut tak sedap...maklum le tak berapa nk terer masak hehehe

Intan Inn said...

erm mmg sedap menjilat jari nie..favourite aku nie kari ikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...