Wednesday, January 4, 2012

Musim buah belakang rumah..

Sekarang ni tengah musim buah. Rasanya kat mana2 pun buah tengah meriah kat atas pokok. Cuti ujung tahun aritu macam biasalah mesti aku balik kampung. lagipun kan aku nak gi jalan2 zoo Melaka. Yang tu nnti aku cerita ye. So balik kampung tu buah dokong tengah masak ranum. Memang berbaloilah. Walaupun cuma ada satu pokok jek tapi dapat juga berbagi dengan jiran dan sedara mara. Nak makan sendiri memang tak termakan dah.

Antara buah dokong yang boleh dipetik je dgn tangan sbb rendah. Tapi masa ni buah dah tak berapa banyak sbb dah amik bagi sedara mara.

Abah aku yang berusia 65 tahun ni gagah lagi memanjat pokok dokong untuk amik buahnya... Aku? Sorilah nak panjat2 ni. Banyak semut wooo.. Ni abah aku panjat sbb nak soh aku bawa balik buah ni.. Aku bawa sikit jek sbb banyak2 sapa pulak nak makan..hehe

Antara buah dokong yang bergugusan di pokok. Kali ni memang menjadi buahnya. So puaslah makan.

Selain buah dokong, Buah pulasan pun ada yang masak tapi pulasan ni taklah banyak sgt sbb pokoknye kecik je. Pokok pulasan ni lebih kurang tinggi dengan aku jek. Walaupun tak berapa banyak tapi letih gak nak perabih.

Pulasan merah yang cantik. Buah ni pon aku bawa balik sikit.

Rambutan pon ada tau... Nilah satu2nya pokok rambutan yang tinggal. pokok ni pun kecik je tu yang buahnye tak lebat. Dulu pokok rambutan memang keliling rumah ada. Rasanya ada 6 ke 7 pokok rambutan tapi skrg ni dah takde dah sbb abah aku dah tebang. Abah aku tanam pokok rambutan lain kat belakang rumah. Yang tu pokoknye kecik lagi. Pokok mangga pon banyak dulu siap bapak aku buat buai kat pokok tu.. Ah, semuanya nostalgia...

Another pokok buah yang menunggu masa nak masak. Duku....tapi masa ni tengah menghijau lagi buahnya. Kena tunggu lagi sebulan kot baru masak.

Pokok betik yang menjadi. Sebenarnyakan pokok ni rendah je. Sama tinggi dgn aku tapi buahnye kemain banyak sampai nak cecah tanah. Cer korang tgk betul2 pokok ni siap ada penahan kayu sbb pokok kecik buah banyak. Kalau tak tahan dgn kayu nanti pokok ni senget menyembah bumi dek kerana buah yang berat tu... Nasib baik buah betik muda lagi, kalau betik mengkal dah aku amik buat masak blackpepper.. Sedap tau...

Bestkan rumah ada tanah boleh tanam macam2. Aku nipun setiap kali balik kampung mesti aku angkut segala mak nenek daun bawa balik. Daun limau purut, daun pandan, daun kunyit, Daun turi, daun pucuk manis, serai, limau kasturi, cili padi, bunga kantan, daun kari, daun kesum, daun pisang dan segala macam daun lah... Semuanya ada kat belakang rumah mak. tak guna takpe asalkan ada so takyah lah aku beli kat Kl yang dah tentu mahal tu...betul tak????

p/s: Ni yang rasa nak cari rumah atas tanah ni...huhuhu

8 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

pergh..beshnya..melantakla puas2..

Fieza79 said...

puas la makan buah kan anne...manis nya pulasan..nyumm2..

husnazahidi said...

fuhh..gram tgk..
nseb baik cuti mid sem hari tu m.ngah bwak mai buah dokong bnyak2..
mlntak kami puas2..haha..

psstt..ada ke rmah x dduk ats tnah..hik3..lwak jee..:P

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

nak...nak.. pos laa kat sini..hehehe

adarnadzmie said...

meriahnya buah-buahan di belakang umah anne...best..

Mama Gee said...

adoyaiiii dapnyaaa buah2 tempatan..

AnneRaini said...

yui: memang melantak

kak fieza: buah pulasan ni memang sedaplah..lagi best dari rambutan cume kulitnye tu keras. sakit tgn nak kopek.

husma: ada rumah atas pokok...hahhaha

AnneRaini said...

Moon: habis sudah...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...