Friday, January 27, 2012

Nasi tomato dan ayam masak merah

Cuti2 ni bagus kalau kite buat projek masak2. Sempena cuti CNY haritu, aku tetiba rasa mcm nak makan nasi tomato pulak. Serius aku pernah buat nasi tomato dua kali jek itupun dah lebih 5 6 tahun lepas. Kali ni aku buat ikut resepi dalam majalah Keluarga tahun bile punye ntah. Lagipun bile kat kampung ni ada assistant boleh tolong aku masak. Kalau buat kat KL kena masak sorang2 pastu makan pon berdua jek. Boring.

Mempersembahkan nasi tomato aku.. nasi ni pada mulanya tak berapa masak so last2 aku kukus jek. Elokpun masaknya. Cuma kurang masin sikitlah Tapi okay gak sbb laukpun masin. Kalau nasi masin lauk masin haruslah darah tinggi nanti..hikhikhik. Nak resepi? Jom kite tengok resepinye.

Nasi tomato
(sumber: majalah keluarga)

Bahan2
4 pot beras (ni untuk makan 9 orang)
3 biji tomato (belah 6) *aku tak letak
100ml minyak sapi *aku guna marjerin jek
40ml susu cair
200gm tomato puree
daun pandan
garam
air secukupnya

bahan2 tumis
1 biji bawang besar *kisar
3 ulas bawang putih *kisar
bunga lawang
kayu manis
bunga cengkih
buah pelaga

Cara2
1. Basuh beras hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk nasi.
2. Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
3. Masukkan tomato puree dan tomato hiris tadi. Kemudian masukkan pula susu cair, air dan garam secukup rasa.
4. Apabila telah mendidih, tutup api dan tuang bahan rencah ke dalam nasi. Masukkan daun pandan yang diikat sekali dalam nasi. Masak nasi seperti biasa.
*tips:kalau periuk nasi aku, masukkan bahan panas2 akan buat periuk cepat detect nasi masak sedangkan nasi belum masak lagi. So untuk selamat, biar bahan rencah tu sejuk dulu baru masak nasi mcm biasa.

Nasi tomato haritu aku hidangkan bersama ayam masak merah resepi mak aku. Ayam ni memang setiap kali raya akan masak guna resepi nilah. Sodap!


Ayam Masak Merah

Bahan2
1 ekor ayam (dipotong 16)
3 senduk cili kisar*
1 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai* kisar bahan bertanda *
1 sudu kerisik
200 gm tomato puree (kalau tak suka masam boleh kurangkan. vice versa)
garam
gula

Cara2
1. Gaul ayam bersama kunyit dan garam kemudian goreng ayam hingga masak.
2. Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga pecah minyak dan masukkan bahan2 kisar yang lain.
3. Masukkan kerisek dan tomato puree. Tambah air jika mahukan lebih kuah. Tunggu hingga mendidih.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan ayam. Kacau sebati sebelum di angkat dan dihidang. Siap.

Ayam yang maveles. Bila makan dengan nasi tomato tu memang kena sungguh. Selalu kalau beli nasi tomato, ayam masak merahnye mesti manis. Tak suke okey.


Aku buat juga acar timun ni sebagai pelengkap nasi tomato aku haritu. Yang ni tak yah resepilah ye sbb senang jek.. Semua orang pun tahu buat kot..hehe

Set nasi tomato aku. Alhamdulillah menjadi jugak dan semuapun makan bertambah. Suami aku lagilah bertambah2.. Sedap katanya..hehehe. Anak2 sedara akupun suka makan..Seronok aku tengok semua org berselera....Lenkali leh try nasi beriani pulak..hikhikhik

Bukti yang menunjukkan suami aku suka makan nasi ni...hahahaha.. Actually die yang sibuk soh amik gamabr die tengah nak cedok nasi. Sejak due menjak ni, laki aku ni giler glemer lah weh...hihihi..

daaaaaa

p/s:Malasnyer nak keje......

11 Magic Words:

wahida said...

mmg seronok kan kalau kita masak org mkn bertambah2...nak2 kalau anak2 pun mkn berselera...

Fieza79 said...

rajin la anne ni...menu special..sedap ni..fuhh..

adarnadzmie said...

sedapnya nasi tomato ko dik... memang feveret akak jugak ni... haha...

FiZ said...

terliur sy tgk gmbr nasi tomato dgn ayam masak merah ni....*gulp

Qhaifa Nur said...

rajinnya dia masak...
menyelerakan...

AnneRaini said...

wahida:haah, kalau kite masak org makan rasa dihargai jek...

kak fieza:takde mane rajinnye..masak spesial 5 tahun sekali..hahaha

adarnadzmie: makan sendiri sedaplah kot..cer kasi kasi org lain ntah2 tak menepati selera..hehe

AnneRaini said...

fiz: alahai siannya sampai terliur die..hehe

qhaifa: buat2 rajin je ni..hihi

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

habeh arrr dah giler glemer nak masuk dalam blog... pasnie.. penuh muka dia je laa erkk..hehe

ieda said...

aah rajin tul ainee nie .. akak x pandai masak nasi tomato layie ekekek ;)

RUBY said...

Anne.I pena try masak...tapi nasinya mentah...last last kukus juga......Anyway..sedap nmpk u masak tu...

Mama Gee said...

Dr ari tu verangan nk buat nasi tomato...beras dh beli..tp tak gak duk masaknya...adesss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...