Friday, January 6, 2012

Ombak rindu yang tak dirindu

Ape kes orang dah hilang demam ombak rindu ko baru nak sibuk2??? Eh, sukati akulah. ^_^.

Alah takdelah lambat sgt. Cerita tu kuar wayang 1 hb 12. Aku tengok semalam 5hb 1(tengok kat rumah je. download.hahaha kantoi). Okaylah tu lebih kurang sebulan jek pun. Awas ye ini entry kondem ombak rindu so sesapa yang kipas susah mati filem ombak rindu tu (filem saja bukan novel) jangan emo lak.. hihihi

Macam yang aku bagitau sebelum ni, aku tak teruja sgt nak tengok ombak rindu ni sbb pelakonnya. Aku rasa cam tak sesuai je maya karin tu jadi Izzah. tak cukup rempah ratusnya. So semalam bile tengok jek ombak rindu ni, awal2 citer dah buat aku spoil mood. Tak sama beb dgn novel (ngada kan kalo boleh sume nak sama ;p). makcik Izzah tu baik pulak dlm filem padahal kalau diikutkan die pon sama jek hantunya dgn pakcik taha tu... tolak satu markah di situ. Pastu scene Hariz jumpe Izzah tu macam ntah pape jek. Hariz dlm citer ni tak menyerlah langsung. Sepatutnye Hariz lebih jahat luaran dan dalamannya tu baik. Scene romantik Izzah dgn Hariz pon tak terkesan kat aku. macam fake. Best lagi Adi putra dgn Nora Danish dlm Tentang Dhia (tetiba). Tolak lagi satu markah kat situ.

Mila Amylia tu awat asik terjerit jek? Bosan pulak tengok Lisa tu asik meroyan jek. Die patutnye jahat or annoying tapi bukan meroyan. Adoilah. Tolak lagi satu markah. Penghayatan Maya as Izzah aku rasa tak mendalam sbbnya aku tak feel. Kan aku dah cakap Izzah tak sesuai utk maya. Masih ada lagi slang Indon dalam sebutan Maya. Tak memasal aku gelak. Sedih die pon tak sampai. Lagi satu awat buruk benor pesen tudung maya dalam citer ni? Dah rasa cam makcik2 dah. Kolop jek. Tolak 2 markah kat situ.

Lagi satu aku menyampah watak Azizah mahzan as mak Hariz. geli okeh cakap nak kena slang omputih bagai. Takleh cakap bebetul ker. Taulah orang kaya tapi kena ke sebut gitu gaya? Contoh perrrcaya, saje jek tekan R tu. Alah cakap macam slang omputih tu. Geli tau. buat2 sgt. Tolak lagi satu markah. Scene pak dollah bgtau siapa Hariz tu bagi aku scene paling kelakar seram sbbnya macam kelam kabut. Takde hujung pangkal. Entah pape. So lame. Bosan! Another one point deducted.

Kesimpulannya citer ni overrated sgt. Tak sedih, tak romantik dan tak best! Aku tak tahu bile masa aku patut nangis sbb ramai yang kate sedih sampai meleleh air hidung kan. Tunggu punya tunggu sampai ke sudah tak sedih. Cume satu jek yang aku suka, baju2 Lisa Surihani dalam citer ni cantik. Tu je. Yang lain2 SEDIH!

Sorilah pada peminat filem ni. Aku kecewa giler tgk hasil filem ni. Bukan aku tak suka novel die tapi aku sgt suka. Cume filem jek tak suke. Well ni pendapat peribadi aku. Jangan kondem aku pulak. Masing2 ada pendapat masing2. Kalau kau suka mee bandung tak semestinya aku kena suka jugak.. Okaylah Chilllllllll!!!!!

(Dari 10 markah tinggal 3 markah je. itupun aku tolak lagi 1 sbb kecewa. So total 2 markah..kuikuikui)

p/s: Osman Ali patut amik aku jadi Izzah..kuangkuangkuang

7 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

xtgk lg..huhu

Fieza79 said...

xrasa nk tgk sbb tak minat dgn actress nyerr..huhuu

AnneRaini said...

yui: tak yah tgk. tak best. tapi kalau tak tgk mcmne nak kondem yedak? hihihi

kak fieza: sbb tu sy donlod je. tak nak membazir tgk wayang.

@izY@N said...

Kan kan kan...aku tgk pun x feel..setitis air mata pun x kuar..tp kalo ttg dhia tangkap leleh..smpi ingus2 pun meleleh..hahaha

Mama Gee said...

kita punya pendapat sama...
terlalu sgt org menyanjung cerita ni..
maybe kerana aaron aziz yg berlakon kot..
byk gak adengan2 kecik yg tak logik..
satu je yg akak suke..
rumah banglo tepi sawah tu...perghh syioknyaa kalau dpt umah camtu...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

haha... ingatkan moon sorg je xsuka filem nie.. rupanya ada geng jugak laa.. cayalahh..

bg moon...filem ni langsung xbuat moon rasa sedih.. boring nak tgk.. mgkin sbb terlalu byk yg diringkaskan..sehingga menyebabkan filem ni langsung x menarik perhatian moon

AnneRaini said...

muzai: haah tentang dhia lagi best. lagu sedih lagi syahdu..hihi

mamagee: betullah rumah tu cantikkan...sejuk jek rasa

moon: senang cerita tak berbaloi pon..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...