Monday, January 9, 2012

Siakap Stim Pemanis

Mulakan minggu baru dengan entry resepi..yeahhaaa.. Patutnya aku nak update resepi ni minggu lepas lagi supaya tak jadi entry basi tapi dek kerana kemalasan nak transfer gambar, maka minggu nilah baru aku berpeluang (rajin) nak citer. Masak siakap stim ni masa cuti tahun baru kat kampung. Sebelum balik KL maka aku masak dulu ikan ni untuk makan tengahari. Resepi aku main ikut suka jek apa aku nak letak. Tak sangka jadi jugak. Sedap! Saje aku letak nama resepi tu siakap stim pemanis sbb masak kat kampung aku yang bernama pemanis so letak jelah nama tu. Suka hati akulah..hehe

Siakap Stim Pemanis


Bahan2
Ikan siakap
4 biji bawang putih (cincang)
2 inci halia (hiris nipis)
10 biji cili padi (hiris - nak pedas boleh lebihkan)
2 batang serai (hiris halus)
1 helai daun limau purut (siat2)
1 inci lobak merah (hiris halus memanjang)
5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
sedikit daun sup (hiris dan taburkan)

cara2
1. Campurkan bahan2 (kecuali ikan dan daun sup) dalam mangkuk. Kacau sebati.
2. Panaskan kukusan. Letak ikan dalam pinggan untuk mengukus. Tuangkan bahan2 yang dikacau tadi ke atas ikan. Ratakan ke seluruh ikan. tabur daun sup.
3. Kukus sehingga ikan masak. Siap.

Senangkan. Actually ikan tu separuh je. Bukan seekor pon sbb lagi separuh aku masak tiga rasa. Yang tu nanti aku share resepinya.. Sekarang nak sambung buat kerja.

daaaaa..

p/s: Keputusan dah keluar dan die tak bersalah tapi aku tetap tak suka die. Boleh?

5 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

mnyelerakan..

leh aje sis..hikhik.

Qhaifa Nur said...

suka, suka sangat masak siakap ni....
menyelerakan betul ni...

Cikpuan rara said...

wahhhh pandainya akk masak.nmpk sedap.

adarnadzmie said...

auw2x... sukanya ikan siakap masak steam...

Mama Gee said...

sedappp!

dulu giler masak stim ikan siakap ni...pastu skrg giler membakoo pulak...hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...