Sebelum aku meneruskan kerja2 yang perlu disiapkan sebelum jumaat ni, aku update dulu blog dgn resepi. Nak citer panjang, tak sempat. Keje banyak. Huhu tak suka. Ni pun curi2 masa sbb bos takde. Okaylah terus dgn resepi. Ikan siakap lagi sebelah ni aku buat tiga rasa saja tapi ini versi aku. Memang dari dulu aku main campak2 ikut suke je. Ikut apa yang ada.

Siakap Tiga Rasa
Bahan2
Ikan siakap (lumur dgn tepung gandum dan goreng garing)
1 biji bawang besar (hiris)
2 biji bawang putih (ketuk)
1 inci halia (hiris halus)
1 sudu cili boh
10-15 biji cili padi (hiris -nak pedas tambah lagi)
2 sudu cili sos
sedikit mix vege (masa ni takde stok)
i biji tomato (buang bhgn tgh dan potong dadu)
air (ikut suka nak kuah byk mana)
garam dan gula secukup rasa
Cara2
1. Goreng ikan yang telah dilumur dgn tepung hingga garing)
2. tumis bawang putih, halia, cili boh dan cili padi hingga masak. Masukkan bawang besar, sos cili, tomato dan mix vege. Tambah air.
3. Tunggu hingga kuah mendidih. Perasakan dgn garam dan gula.
4. Setelah kuah masak, tuangkan ke atas ikan goreng tadi. siap utk dihidang.
Itu saja. Komen dari suami aku "lebih sedap dari ikan tiga rasa parameswara". huhuhu
daaaaaa...
p/s: sape nak tolong aku buat translation????????











9 Magic Words:
wow..nmpk sedap..nyummyy!!
main campak2 lagi sedappp....
fuhhh lg sedap dr parameswara?hebakkk tu.hehehe. =)
yui:malas nak kabo dah...hehehe
qhaifa: haah, campak2 lagi best.
rara: kebetulan ms gi mkn kat sana tak sedap ikan tiga rasanya...kecewa..huhu
yg campak2 tu lg sedap...anne..terliur arr..!
moon pon..kalau masak.. main campak2...ikut rasa sendiri jerkk..
siakap msk 3 rasa syok sendiri pun sodapppp..hehe
mengancam nya....wei..nak sikit!! aku dah terliur dah ni...
wahida: dah jadi taiklah...harharhar
Post a Comment