Tuesday, January 17, 2012

Tauhu Poket

Meh berkongsi resepi pulak. Tauhu poket ni aku buat 2 minggu lepas. Hahha giler dah lama baru nak citer. Aku kenalah dulukan citer Melaka dulu baru leh masuk citer lain ye dak. Saje je aku beli tauhu masa gi shooping brg dapur sebab rasanya sepanjang aku kahwin ni macam tak pernah aku beli tauhu sblm ni.. Hahaha, terukkan aku? Eh, bukan sbb aku malas masak ke apa ke tapi sbb suami aku tu tak suke tauhu. Taugeh pon die tak suke tp die makan jugak cume bukan feveret die le tu. Cume tauhu poket ni memang die makan and die suke sbb die kate sedap. Boleh buat lagi...hehehe bagus.Jom tengok resepi.

Sebenarnya aku dah google dah resepi kat tenet sblm buat ni tapi masa nak buat tu aku malas nak bukak laptop so aku ikut suke aku jek nak buat mcm mana..hahah asalkan jadi.

Tauhu Poket (Versi aku)

Bahan2
3 keping tauhu (ikut suke lah ko nak banyak mana)
50gm daging ayam cincang
2 biji cili api (hiris halus)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
garam (secukup rasa)
lada sulah (secukup rasa)
daun ketumbar (optional)
1 biji telur (pukul sedikit)

Cara2
1. Tauhu dipotong dua dan dikorek isi tauhu. Buat mcm poket.
2. Isi tauhu dihancurkan menggunakan garfu. Campurkan kesemua bahan tadi kecuali telur.
3. Sumbat bahan2 campuran kedalam tauhu yang dah menjadi poket tadi. Isi sampai penuh.
4. Panaskan minyak. Celup tauhu poket tadi ke dalam telur dan kemudian goreng hingga masak. Siap.

Isi tauhu campuran memang akan terlebih so isi tauhu yang lebih tadi aku campurkan dalam masakan sayur taugeh goreng. Haha taklah membazirkan..

p/s:bilelah nak gaji ni????

6 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ala2 burgerdil la kan..sdap2.

adarnadzmie said...

kretif betul kan...

Qhaifa Nur said...

macam2 bole letak...
suka sangat ni..

Mama Gee said...

tak pernah buat...
goog idea ni..bila2 kekeringan idea leh buat...

Mama Gee said...

eh lupa plak...guna tauhu yg basah rendam tu ya? takut terkompiuss guna tauhu yg dah siap goreng tu..

AnneRaini said...

haah kak gee, guna tahu rendam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...