Monday, February 20, 2012

Ayam Ala Bali

Kadang-kadang buntu kepala otak ni nak masak apa... Nak masak lemak, rasa cam tinggi kolestrol, masak kari macam bosan pulak, nak masak sambal, asik sambal jek... pi mai pi mai tang tu jugak... Kebetulan last week nampak pulak resepi Ayam Ala Bali dekat blog Kak Madiha terus rasa boleh cuba ni. Resepi asal daripada blog dianaskybluemelleymey. Bila dah masak hasilnye memang sedap... Aku siap jilat2 jari makan sambalnye..Serius wa tak tipu lu maaa...

Meh sini aku share resepinya tapi seperti biasa mestilah aku olah2 ikut bahan yang ada. Mintak halal ye Kak Madiha, sy C&P je resepinya...

Ayam Ala Bali

Bahan²
950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia _ dihiris (aku blend sbb dah ada yang ready blend punye)
1/2 inci lengkuas _ dihiris (tak letak)
2 batang serai _ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik²
Bawang besar _hiris (aku tambah)
Cili merah _ hiris (aku tambah)
Tomato _ Hiris 12 (aku tambah)
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )


Bahan² A
2 tbsp ABC soy sauce (aku guna Jalen)
2 tbsp sos tomato Maggi (Tak letak)
2 tbsp sos cili Maggi (guna life)
1 tbsp sos manis ABC (aku tambah)
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka (letak sikit jek)
Garam jika perlu


Cara²
1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
2. Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya. Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi. Masukkan sekali bahan2 (aku tambah) masa ni.
3. Tambahkan bahan² A dan gaul rata. (aku tambahkan setengah cawan air masa ni sbb memang prefer ada kuah sikit) Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
Masak seketika dan sesuaikan rasa. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.

Cubalah..memang sedap..kompem akan buat lagi lauk ni...hehe

daaaaa...

3 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

nyummynyaaa..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hmmmm nyumm...sdapnyerr

FiZ said...

sedapnyeee....

ps: kak anne, sy nak tutup blog lme da. nanti tukar url blog sy kt bloglist kat anne tu ye..

http://sipengatpisang.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...