Wednesday, February 15, 2012

Daging pedas

Nak berkongsi resepi daging pedas yang aku letak dalam wordles wednesday pagi tadi. Masakan ni asal dari mak mertua aku. Sibuklah suami aku suruh belajar mcm mana nak masak daging pedas ni. Die memang sangat suke lauk ni. Mak mertua aku pulak, bile aku tanya die kata masak macam biasa jek. Takde letak pape special. Die kate macam masak asam pedas jugak. So akupun pepandai ler masak sendiri. Memang macam masak asam pedas cuma kuahnya pekat dan ditambah dengan daun kunyit sebagai pelengkap rasa.



Daging Pedas

Bahan2.

300gm daging - hiris nipis
2 senduk cili kering kisar - pedas tu ikut korang ler
1 biji bawang besar -kisar
3 biji bawang putih -kisar
1 inci halia -kisar
sedikit belacan -kisar
air asam jawa
garam
minyak
air masak
daun kunyit - hiris halus

Cara2.

1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan cili kisar. Tunggu hingga pecah minyak.
2. Masukkan bahan kisar lain. Biarkan sehingga masak.
3. Masukkan daging dan air. Masak hingga daging empuk. Kalau air dah kering tambah air lagi sampai daging masak.
4. Masukkan air asam jawa, garam dan daun kunyit. Kacau sebentar dan bolehlah diangkat. Kuah tu kalau suke banyak so biarkan banyak tp kalau suke kurang kuah, biarkan kering sikit.

The perfect daging pedas ever... Sebelum ni mesti termasinlah, termasamlah, tertawarlah..hehe.. Bukannya apa, aku ni kurang suke nak merasa lauk kalau masak....Kadang2 jek rasa..hehe

p/s:lapar pulak...dok togok air sejuk dgn biskut je ni...

7 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

nyummmyyy..

fieda said...

sodapnyer..

lurun namzar said...

thanx, kak.
bleh saya mencubanya.

Mamamya said...

wahhh...resepi baru ni anne..akak x penah rasa..nampak mcm pekat btl kuahnya mesti mabeles ni... :)

Mama Gee said...

paling feveret....cicah plak dgn lempeng bawang...perghhh......

terus rs nk makan plak...adess

Zie said...

Enmm terliur menengoknya...

Cik Cyida said...

sedapnye..lapar sye..
:)
kne cuba nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...