Friday, February 3, 2012

Menuju ke Doraemon World

Salam jumaat buat semua pengunjung blog suka hati..ekekeke tetibe perasan jadi blogger fofular kejap..Hari ni aku dah kembali bekerja so dapatlah aku update cerita jalan2 kami ke genting cuti hari wilayah yang lepas. Terpaksa buat part by part sbb gambar banyak so cam crowded sgt kalau aku masukkan semua sekali.

Kami gerak dari rumah lebih kurang pukul 10 pagi. Sebelum tu sempatlah aku siapkan nasi goreng dgn drummet ayamas untuk bekal kami kat sana. Yelah nak beli kemain mahal kat Genting tu. So nak jimat masaklah sendiri. Kemas rumah sikit barulah gerak. Patutnya kami sampai pukul 11.30 pagi tp entah cemana MRR2 boleh jam pulak dari sebelum Zoo negara sampai lepas jalan genting klang tu. huh, geram tau. Rugi lebih stgh jam kat situ je. Last2 kul 12.30 baru sampai. dah alang2 waktu tghari so kami makan dulu. Kang lapar pulak.

Kami park kereta kat first world hotel. So nak ke arena of stars tmpt Doraemon tu kenalah menapak sikit. Alah sikit jek tak jauh pun. Sblm teruskan menapak, kami singgah kat Marry brown yang ada kat bhgn indoor utk beli whipped potato dan bagi Kasyah makan.

Kasyah yang dah kelaparan... Banyak jugak die makan potato tu. Masa kami makan tadi Kasyah tido.

Suka gambar ni sbb Kasyah senyum menawan.. Encemlah.

Satuuuuuuu... Sambil makan sambil bercakap...hehe

Nom nom nom..Emm dapppp!

Eh, mama pulak yang over...Alah bukan selalu..hehe

On the way nak ke arena of stars sempat lagi pose kejap...

Hah sampai pon kat entrance doraemon ni. Mak oii ramainyer orang. Ingatkan tak ramai yang nak tgk Doraemon tp rupanya beratur dah macam ular dah. Tempat nak masuk theme park yang lengang.

Nasib baiklah bila dah tunjuk tiket tu, kami dapat skip beratur masa nak redeem touch n go. Agaknye sbb aku guna special entrance tiket kot. Tapi lepas redeem tu still kena beratur gak sbb hanya 25 org je boleh masuk setiap 3 minit.

Nampak tak line tu? Aku rasa ada lebih kurang 40 minit aku beratur sblm dapat masuk...kake tau. Kasyah pon dah star boring and nak mengamuk..

Apalgi sumbatlah botol susu ni nak bagi senyap..hahaha..

Lepas ni aku sambung, dalam Doraemon world pulak ye..

daaaaaa..

p/s: nak edit2 gambar dulu...

8 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ni mak nya yg lbh suka ni..hihi..

lau rajin kak, leh join tau..

http://nusha1706.blogspot.com/2012/02/contest-duit-vs-mimpi-by-yui-eza.html

Mamamya said...

alaaa...bestnya anne,x sabar nak tunggu gmbr2 yg seterusnya... eiii..kasyah mmg comel,akak suka gmbr ug no.3 tu...cute!!! (psssttt..mama dia pun cute juga..hehee )

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ok..cepat sambung yerkk..nak tgk gambar gak..dah bertahun x g genting..

moon suka kartun doremon nie

adarnadzmie said...

wah ramai yer gi sana... tentu byk game...bila la akak n famili nak sampai sana...hehe

amiey lee said...

betulll memang ramai kta g masa 31-1 feb gak...tapi masa anne smpai kta dg turun ke strawberry farm huhuhu.. kalau tak leh ke temu kan??
kita tak masuk pun doraemon world tu

Fieza79 said...

wahh best,,genting! sejuk kashah...

Qhaifa Nur said...

ramainya orang naik genting, nasib baik tempat sejuk kalau tak berasap panas dibuatnya...

Mama Gee said...

larr apsal tak jumpa doremon world ni masa gi genting dulu...hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...