Wednesday, February 22, 2012

Teguran berhemah

Aku ni dah lama memerhati...Dah lama tersedar dan dah lama berfikir...Ini sekadar luahan hati aku aje..Yang kadang2 mula rasa tak kena dan meluat dgn tindak tanduk orang lain... Hati manusia lain2kan? So ini apa yang hari aku rasa...

Bila orang mula 'berhijrah', kita akan nampak, setiap kata2 die pun berubah. Semuanya yang menjrus kearah kebaikan. Alhamdulillah... seronok melihat satu persatu hamba Allah kembali ke jalanNya. Cume yang menjadi tak seronok tu, bile masing2 mula menghentam orang lain yang belum berhijrah ataupun orang lain yang salah. Bile dah selalu sangat itu salah ini salah, dah nampak mcm kau tu riak pulak. Jangan salah faham. Aku bukan cemburu ataupun busuk hati bile org nak jadi baik tp bile asik kondem orang jek, mana baiknye? Dah nampak mcm ko tu buruk pulak.

Aku bagi contoh, bile A mula pakai tudung. Alhamdulillah. Tapi kenapa mesti A kondem orang lain yang tak pakai tudung? Memanglah orang lain yang tak pakai tudung tu dah berdosa tapi itu hak die. mungkin die cume belum nak pakai tudung tp die baik orangnya...Suke mambantu orang ke..Pakaian tak melambangkan peribadi okay. lagi satu, bile nampak orang lain pakai seluar ketat terus nak kondem kata orang tu tgh practise pakai kain kafan...ape ni???Patut ke ckp mcm tu? Memang die khilaf sbb pakai seluar ketat tp utk kate die akan masuk neraka or dah nak mati ke apa ke, bukan kuasa kita. Syurga or neraka hanya Allah yang tahu...

Bile artis B kate sumthing, si A akan kondem. Bile artis C kate sumthing, si A akan kritik. Bile blogger D tulis sesuatu si A akan balas. Semua orang tak betul. Die je yang betul smpi aku sendiri tgk die yang dah tak betul. Sudah2lah mengkritik orang. Ambil pendekatan jaga diri dan keluarga sendiri supaya tak jadi macam orang lain. Biarkan selagi benda tu tak menggangu kite dan apa salahnye doakan semuga orang2 yang belum berubah tu berubah jua instead of mengutuk mengata dan menjatuhkan hukum sesuka hati.

Ini apa yang aku rasa. Aku bukan orang baik sbb tu tak sekalipun aku tegur seiapa yang buat salah walaupun terang2 ada makcik yang hisap rokok depan aku...Aku cume pandang dan berlalu.. Tak letak langsung dlm blog or fb and ckp makcik tu tak sedar diri... Rumah kata pergi kubur kata mari ke...


Peace No War!

6 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

skg dah letak kat blog kan..kantoi mkck tu..hihi..

stuju sgt dgn akk punya pndpt ni!!

wahida said...

huhu...tak baik tau, dah pakai tudung tapi duk condemn org tak pakai tudung...sepatutnya dia mendoakan kami ni...

adarnadzmie said...

peace no war too...:)

amiey lee said...

hmm yela kekadang rimas ngan org suka menegur tk kena tmpat

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hmmm kalo nak tegur xsalah.. cuma jgn sampai kita menghina dan menyakitkan hati dia..

Mama Gee said...

dah buat pahala..jgn pula buat dosa....free2 je dpt dosa mengata mengutuk org tu...doakan jelah org lain kan lebih baik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...