Tuesday, March 27, 2012

Al-Fatihah

Salam semua.. Maaf menyepi pulak aku semalam. Bukan takde cerita tp ada perkara yang berlaku. Hari ahad, sepupu kepada suamiku telah meninggal dunia. Sedih sgt tapi pada masa yang sama kami redha sebab die dah lama menderita sakit. Kanser melanoma. At least aku sempat pergi jenguk die masa kat sepital hari Jumaat lepas. Mungkin dapat rasa yang die akan pergi maka suamiku ajak pergi melawat die sekejap masa lunch break tghari Jumaat tu. Walaupun tak bercakap dgn die sbb die ngantuk dan lemah tp at least die sedar yg kami datang.

Pagi ahad tu, mokde (mak arwah) call suamiku bagitau yang arwah koma. Jadi pagi2 tu suami skip kelas die and ajak aku pergi HKL. Bila sampai dalam pukul 9 tu belum waktu melawat. So mintak dgn polis yg jaga tu kata nak naik kejap. Alhamdulillah polis tu bagi tp kami masuk sorang2lah. take turn jaga Kasyah. Masa jumpa die memang die dah tak sedar dan dibantu dgn alat pernafasan. Masa tu mokde ckp sebelum die koma die resah dan mengerang kesakitan sebab kanser tu dah tumbuh kat kepala. Tapi yg membuatkan mokde lega sbb die sempat mengucap sblm koma tu. At least kalau jadi pape, die sempat mengucap kalimah syhadah. Aku yang mendengar mokde ckp mcm tu terus berjurai airmata kesedihan. Sebelum balik aku bisikkan kat telinga arwah supaya die kuat dan aku nak tengok die bangun.. (huwarghhhh sebaknye...) Masa ni badan die dah membengkak dan mulai sejuk.

Jadi akupun hantar suamiku ke kelas dkt UTM KL. Aku pulak terus balik ke Putrajaya dgn Kasyah. Sampai rumah lebih kurang pukul 11 lebih. lepak2 layan Kasyah, suamiku sms bgtau sepupu die dah takde. Terus menggigil badan aku mcm tak percaya. Tengok jam pukul 12 lebih. Terus aku siap semula dan drive amik suami kat UTM. Kami terus ke HKL semula. Masa kami sampai jenazah dah dibawa ke bhgn forensik utk dimandi dan dikapankan. Sempatlah aku lihat wajahnya yang kaku itu.

Kami balik ke Segamat untuk majlis pengkebumiannya. Alhamdulillah ramai saudara dan sahabat ada bersama2 untuk menziarah. Majlis pengkebumiannya pun berjalan lancar. Sebab tulah aku cuti semalam dan tak update blog.

Sampai ke hari ni aku masih terbayang2kan arwah. Kenangan dengannya..Masakkan untuknya masa die tidur rumah aku awal bulan haritu. Kenangan bercerita tentang anak kami yang sebaya..dan macam2 lagi. Yang paling terkesan tentulah kenangan terakhir aku melawatnya.

Semoga Arwah Nor Bakyah Zulkifli dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin....Kami semua sayang kau tau!

(p.s: update cepat2 sbb nak lari gi toilet meraung jap..sedih dah ni..huwarghhhh)

10 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedihnya..al-Fatihah utk arwah..

nanakimie said...

salam takziah dari nana sis....semoga arwah tenang disana...amin...al-fatihah...

Mamamya said...

al-fatihah...smga rohnya tenang di sana...amin.

adarnadzmie said...

alfatihah buat arwah... semoga arwah ditempatkan bersama org2 beriman disana...amin...

Aida Azryn said...

Takziah. Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Al-Fatihah

Mama Gee said...

takziah dan al fatihah...buat sepupu hubby anne..

Atia Adina said...

Alfatihah...Semoga Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Qhaifa Nur said...

al fatihah buat arwah....

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hmmm..baca entry ni kan.. teringat kat arwah pakcu saya.. sakit lekiumia..

hmm kanser melanoma tu apa erkk?

misskirokuza said...

Anne aku pon masih terkejut ngn pemergian arwah.....sdih tgk muka hyfa :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...