Tuesday, March 13, 2012

Dirang, pengakhirannya tak girang.

Rasanya semua orang tahu tentang kes adik Dirang yang hilang dan akhirnya mayatnya ditemui rentung.. Walangnya hati mendengar khabar begini. Anak yang diharap kembali rupanya pergi menemui Ilahi. She's so cute and sweet. Semoga roh adik Dirang tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kepada keluarganya, hanya ucapan takziah dapat aku sampaikan selain sabar dan tabah mengahdapai dugaan ini.

Apa yang aku nak cuit sikit adalah tentang sikap orang dalam kes ni. I mean secara umum atas pemerhatian aku melalui blog or Fb or any source yang memberi komen yang aku rasa agak keterlaluan. Bila jadi kes seperti ini, ia sebenarnya adalah satu peringatan bagi insan lain supaya lebih berhati-hati. Peringatan bahawasanya dimana-mana dan bila-bila masa musibah boleh berlaku. Hatta dalam rumah sendiripun. Jadi janganlah korang yang tak terkena musibah ni kata yang bukan-bukan pulak. Sedih aku bila ada yang komen "sapa suruh anak pergi kedai sendiri", "inilah akibat kalau mak sibuk main facebook", "mak tak pandai jaga anak", "mak bapak lalai" dan sebagainya yang menjurus kepada menyalahkan mak bapak semata2. Itu semua bagi aku kata-kata orang yang riak. Takde mak bapak yang nak perkara ini berlaku kat anak-anak mereka jadi jangan tambahkan lagi walang hati mereka itu. Cukuplah dengan derita mereka kehilangan anak.

Katakanlah korang sangat protective dengan anak korang. Tak bagi anak keluar hatta depan rumah sekalipun. Tapi kalau benda dah nak jadi maka jadilah ia. Mungkin masa tu tak semena2 korang terbiarkan anak korang pergi main kat playground dengan kawan2 and musibah seperti ini berlaku. Masa tu apa kau rasa kalau orang kata kau tak pandai jaga anak? Jangan riak. Doa supaya perkara seperti ini tak jadi kat kita dan oang lain.

To the animal who did this, don't worry your time will come. Definitely!

p/s:Dalam rumah pon belum tentu selamat. Orang jahat sekarang ada bermacam cara nak buat jahat. Semoga Allah melindungi kita. Amin.

10 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

samalh kt..geram gak org ckp cmtu..xkena kat btg idung sndri xpela..dah kena t bru tau apa rasanya.

Aine Ainun said...

Kan....semoga Allah melindungi kita dan berhati2 dgn dunia skrg....

nanakimie said...

setuju sangat dengan sis,

apapun semoga keluarga arwah tabah,al-fatihah...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

btol tu..setuju!

mmg laa kita tau.. kesilapan mak dia.. terleka ketika hadap fb..

janganlah duk komen lebih2.. menyalahkan mak budak tu..

benda cam tu.. kita xleh nak jangka leh jadi..

kalau kita tnya mak budak tu... dia pasti akan jawab perkara yg sama.. semua org xnak benda yg buruk berlaku pada anak2..

org2 yg ckp gtu tu... dia ckp..sebab benda tu xjadi kat dia.. bila dah terkena.. baru laa dorang tau nnt..

adarnadzmie said...

betul tu org sekeling kita bukannya boleh dipercayai...semoga kita berhati2...

ibuhebat said...

moga Allah lindungi anak2 kita..

Fieza79 said...

ya Allah..mntak dijauh kan pnjahat2 kt dunia ni dri mendekati anak2 kita kan anne...serius sgt2 takut skrg ni..huhuu...

Mama Gee said...

betullah anne..
benda nk jadi..
kadang2 bukan krn kita tak prihatin
tak tengok anak2
yelah kita pun bukan leh monitor anak setiap saat kan..
huhuhhu..

Apa2pun kita jadikan pengajaran dan iktibar dr kisah org lain..cuba buat yg terbaik utk keluarga kita...walaupun malang itu tak berbau....

semoga Rohnyaa ditempatkan disisi org2 yg beriman.......

Mamamya said...

akak setuju 100% apa yg anne cakap ni sbb ajal maut di tanganNya...dia pegi kedai tu cuma menjadi penyebab kematiannya...

yg dah terjadi kita jadikan pengajaran spya lbh b'hati2...semua parents mengharapkan yg terbaik utk anak2nya....

al-fatihah.

F a i z a h ' s said...

setuju 200%! kita yg xberada kt tmpt dia mmg leh ckp apa shj kans? tp menda nk jadi tuh time tuhla kita terleka dan sbgainya... allah swt da aturkan sgalanya... sume tuh sbg asbab je... kalu kurung anak dlm umah kalu nk jadi menda tuh tetap terjadi... kita sbg parents skrg ni hnya mampu berwaspada dan berdoa smg anak2 kita dilindungi... kpd family adik dirang kita doakan smg diberikan kekuatan utk mengharungi dugaan yg plg getir ini... mg org yg bersalah itu dihukum dgn sewajarnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...