Wednesday, March 7, 2012

Mee rebus

Hallu hallu...hari ini bermulalah era busy dalam kerja aku. Application scholarship pun dah dibuka maka akan bertalu-talulah call dan juga visitor aku nak kena entertain. Belum campur lagi application form yang akan sampai bertimbun timbun tu..huhuhu...Rasanya starting next week aktivit pem'blog'an aku akan mulai slow. Hopefully taklah slow sgt...hehehe. Nak cerita pasal resepi sebenarnye tapi nak melalut dulu..

Ni masakan Ahad lepas. Sape ada fb aku taulah sbb aku dah post kat fb dulu. Aku buat mee rebus ni sbb dah lama teringin. Bukan teringin nak makan tapi teringin nak buat. Tak pernah selama aku hidup ni aku buat mee rebus tau. So kugagahkan juge kederat yang ada untuk masak mee rebus ni sebab keledek dah lama beli. Tak kesahlah walau terpaksa bergelut sorang kat dapur dgn melayan kerenah Kasyah lagi tp semangat kuteruskan jua...wah gitu..hehehe..

Resepi ni aku google jek kat internet. And aku pilih ikut resepi Chef Wan.. Tapikan sebenarnya aku campurkan semua resepi ikut suka aku. Aku ada amik resepi Mee rebus Aziz Sattar dalam paper so resepi tu pun aku rujuk juga... makanya aku tulis resepi ikut apa aku buatlah ye.. nak resepi chef wan korang google jek..

Mee Rebus
sumber:Chef wan dan Aziz sattar.


Bahan-bahan kuah (utk makan 5-6 orang)

500gm keledek (rebus hingga empuk & kisar)
300gm daging dan tetel (rebus hingga empuk)
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas* (kisar bhn bertanda*)
1/2 cawan udang kering
1/2 cawan kacang tanah (goreng)
2 1/2 sudu taucu
4 sudu rempah kari
1 sudu cili kisar
2 biji tomato (belah 4)
air secukupnya
garam
gula melaka

Bahan2 mee rebus
Mee kuning (celur)
2 keping tauhu (goreng dan hiris)
1 genggam taugeh
Cili merah/hijau
daun bawang/sup
bawang goreng
telur rebus
limau nipis

Cara2.
1. Blender keledek rebus tadi. Ketepikan. Tumbuk pula udang kering dan kemudian tumbuk kacang yang telah digoreng. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Kacau sebati.Masukkan udang kering dan taucu.
3.Masukkan daging dengan air rebusannya sekali. Kemudian masukkan pula keledek dan juga kacang tumbuk.
4. Tambah air dan adjust kepekatannya. masukkan tomato dan Tunggu hingga semuanya masak.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Siap. Bolehlah dihidangkan bersama bahan2 mee rebus seperti resepi di atas.


walahhhhhhhhh

6 Magic Words:

Mamamya said...

adoi lah anne..akak sebenarnya t'ingin nak makan mee rebus n mee bandung...semalam pi blog kawan pun dia dok tayang mee rebus jugak...huaaaa...nak nangis ni sbb kat melaka x tau mana nak cari mee rebus yg sedap...

nampaknya kene lah copy resepi ni gigih buat sendiri...

nuyui a.k.a miss YUI said...

tu dia..mnyelerakan!!!!

Cikpuan rara said...

hmm yummy =)

wahida said...

harus ptg ni aku carik kat pasar malam...kat pasar malam umah aku ada jual mee rebus sedap!!

Mama Gee said...

vavava kurang minat mee rebus...
tp tgk mee rebus atas ni..bikin terlioo oooo

mrs adam said...

wah nmpk macam beli sey.rajin betul!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...