Thursday, March 8, 2012

Nasi goreng ikan

Hari ini mengharap berita gembira dari PM... Walaupun aku bukan pekerja gomen tapi laki aku keje gomen. kalau ada berita gembira untuk die maka gembiralah untuk aku. Elaun pun boleh mintak naik..hehehe.. Nak batalkan ke nak tambah baik ke nak apa ke terpulanglah tp yang penting hasilnye mesti boleh buat orang senyummm sampai esok pagi.. Kalau tak aku tak vote..hah hah takut tak? Kalau takut, bagi ai senyum tau..hihihi..

Tajuk entry pasal makan tapi mesti nak melalut cerita benda lain. Tu pun nasib baik aku tak cerita pasal Smart tunnel tutup pagi tadi. Tak masal hari ni punch card aku merah. Walaupun aku tak lalu Smart tp kesan penutupan buatkan jalan lain jem teruk wooo.. Penat aku menyumpah dalam kete... Nasib baik bos paham.. Eh eh tadi kate tak nak cite tapi dah tercerita dah... tak payahlah aku delete ek..hahahhaha.. Aku sengal!

Nasi goreng ni aku masak untuk makan malam hari Jumaat lepas. Aku kalau jumaat memang malas nak masak lauk so buat nasi goreng saja. Kebetulan ada lebih ikan goreng hari semalamnya terus aku buat nasi goreng ikan. Nasi goreng guna rencah ikan goreng ni lagi sedap dari yang guna ikan bilis pada aku. Err nak resepi ke? Aku main cecampak jer.. Emm..bagi aku 2 minit untuk fikir


err
armm
aaa
uuu
ekkk


Okaylah aku bagilah resepi..hehehhe.. Aku sengal lagi!

Nasi Goreng Ikan


Bahan2.

1 pinggan nasi
1 ekor ikan goreng
10-15 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
5 biji bebola udang/sotong/ikan (ikut sukala ko nak letak apa)
2 batang kacang botor (hiris halus)
Garam
sedikit serbuk tumix

Cara2.
1. tumbuk isi ikan goreng bersama cili dan bawang.Kalau tak suke pedas kurangkan cili.
2. Tumis bahan tumbuk hingga garing. Masukkan bebola udang yang dihiris.
3. Masukkan kacang botor dan perasakan dengan garam dan serbuk tumix.
4. Masukkan nasi dan gaul sebati. Siap. Nasi goreng ni lagi pedas lagi sedap..Syiok!

4 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ceh..terliur ni..dahla sejuk..lapar!

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

nyummm2.. sape yg x lunch lg tu.. terliur arr nengok.. hehe

Fieza79 said...

bak sepinggan..hehe

Mamamya said...

nak totu ayat yg atas tu tp ubah sikit 'walaupun aku x keje tp laki aku keje gomen' ahahahaaaa....akak pun nyibuk2 jugak semlm pasal SBPA/SSM ni... :)

nasi goreng ikan ni mmg peberet akak anne,kat umah ni blh kata dalam seminggu 4-5 kali dinner kita org buat nasi grg... :) senang keje...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...