Thursday, March 1, 2012

Salmon steak with blackpepper sauce and fish and chips.

Salam khamis...ada ke yang tertunggu2 resepi WW aku semalam? Hehe sorryler smlm aku terkhayal layan youtube..hahaha kantoi tak buat keje. Pagi ni pulak ada translation nak kena buat...Nipun baru siap terus aku hapdet blog tau...Terus ke resepi jelah ye..

Salmon steak with balckpepper sauce.





Bahan2 utk salmon steak
1 keping ikan salmon.
sedikit garam
sedikit balckpepper
Minyak zaitun

Cara2.
1. Lumur garam dan blackpepper pada ikan. Biarkan 15 minit (aku tak perap pon sebab dah lapor). Grill ikan dengan minyak zaitun hingga masak.

Sekarang kite ke bahan2 sauce pulak. Yang sebenarnye sauce b/pepper ni aku main taram jek sbb tak terfikir pulak nak makan salmon dgn sauce masa beli ikan tu.. Dah balik baru teringat nak kena buat sauce. Takkan nak makan ikan gitu aje. Hahahah tu yang terpaksa aku cecampak bahan utk sauce pulak.

Sauce Blackpepper
2 sudu lada hitam (tumbuk)
1/2 biji bawang besar (cincang)
1 biji bawang putih (kisar/tumbuk)
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap
cendawan butang (hiris)
sedikit serbuk perasa tumix
air secukupnya
Minyak zaitun
tepung jagung utk memekatkan sauce

Cara2.
1.Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang hingga layu. Masukkan lada hitam. Kacau sebati.
2.Masukkan sos tiram dan kicap. Adjust rasanya...Kalau macam terkurang letak lagi.
3.Masukkan air. Yang ni ikutlah kepekatan yang dikehendaki.Tunggu hingga mendidih.
4.Larutkan tepung jagung dlm sedikit air dan tuang ke dalam kuah. Masukkan cendawan butang.
5. Perasakan dgn garam.. Adjust rasa sana sini dan bolehlah di hidang.
(Giler sempoi sauce aku sbb segala herba pun takde kat rumah. Asal boleh jek. Sedap jugak..hehe)

Ikan salmon yang masih suci..belum tuang kuah ler... Ikan ni korang hidanglah ikut suka. Aku hidang dgn wedges, mashed potato dan juga salad.

Versi close-up...

Selepas dituang sauce blackpepper...Mengancam kan? Tolong jaga air liur anda jgn sampai meleleh..hahaha kejam!

Dek kerana suami aku ni kurang suka dengan ikan salmonella ni..makanya terpaksalah aku masak benda lain untuk die. Buat fish and chips saja. Nak resepi jugak ke? Inipun fish and chips express je sbb masing2 dah kelaparan masa tu..Aku masak dengan kadar segera tau..

Fish and Chips



Bahan2
1 keping fillet ikan
tepung tempura
tepung rangup
air

Cara2.
1. Bancuh tepung tempura bersama dgn tepung rangup. Kepekatan tepung sama macam nak buat goreng pisang...tak perlu letak garam sbb tepung tempura tu dah masin. Tapi kalau tepung yang jenis tak masin tu letaklah garam ye.
2. Celup fillet ikan dalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan. Siap. Hidangkan bersama salad, potato chips dan mayonis...

Suami aku makan dengan sauce blackpepper tu jugak...Die memang hantu blackpepper..hehe


Special dish untuk Kasyah...Beria die makan tau especially tang sayur tu...emm dapppp!

11 Magic Words:

Mamamya said...

anne akak da copy resepi klu sempat minggu ni gak nak buat...aritu tgk kat mydin ada jual salmon nih... harap2 minggu ni ada lah lagik...

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg kena myk zaitun ea..

aduh,takde lak..hihi

AnneRaini said...

mamamya:adjustlah ikut selera ye..sy main ikut suke je tu..hahaha..

AnneRaini said...

yui:alah gun amiyk biasa pon boleh..xpun guna butter or marjerin...

Qhaifa Nur said...

sedapnya, lebih2 lagi dapat buat sendiri...

FiZ said...

hmm...mcm mudah je kan...tggu mood rajin dtg la..bru buat..hihhi

adarnadzmie said...

sedapp mcm restoran jer akak tgk menu2 tu...:)

wahida said...

bagusnya anak ko nak mkn sayur...

jeles..

AnneRaini said...

wahida:ala nok die tak kenal sayur lagi..apa aku letak sume die mkn...lgpun sayur tu aku rebus smpi lembut...

Mama Gee said...

mmg tunggu le..kan ke makanan fav ni...nk buat masa besday abg botak bulan depan :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ngeee~ nasib baik tak meleleh air liur nie.. hehehe

*moon dah pos hadiah.. kalo xsampai2.. bgtau ya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...