Thursday, April 12, 2012

Bandung Day 1-Part 1

Salam semua..Ya ampun, lamanya tak ngedate dengan blog.. Busy kemain weh...Ni pun sanggup aku skip lunch (eleh sebenarnye makan tp mkn kat meja ofis jelah) semata2 nak cari masa nak update blog. Kang kalau aku peram lelama kang busuk basi pulak citer cuti2 bandung aku tu...Sory le kengkawan aku tak sempat nak BW tp kadang2 jengah2 gak cume baca2 pastu blah terus. Tak sempat nak menaip isi penting pun (komen ler tu). So aku teruskan dengan citer Bandung ye. Ni pun yang igt jelah. Gambar memang tak berapa banyak. Asal ada je sbb smpi sane mood amek gambar terus hilang dek kerana syoknye nak shopping tu..hahaha.

Flight aku hari ahad 1hb April pagi pukul 6.45 so pukul 3.15 pagi aku dah bangun dah. Ngantuk toksah citerlah. Bercinta nak buka mata. Tapi kugagahkan jua sbb ticket dah belikan. Aku gerak dari rumah pukul 4 pagi and sampai LCCT pukul 4.30. Terus aku gi kaunter utk cek in bag. Cek in diri sendiri aku dah buat 2 hari sebelum tu. Settle semua lebih kurang pukul 4.45 suami aku pun balik so aku melepaklah dgn geng sepercutian aku aka Kak lene kat airport tu smpi diorang panggil masuk. Flight gerak on time and sampai pon on time.. Great. Nak tau tak, ada 1 guy dlm flight yg duk sebelah aku cuba nak usha aku..haha tapi of kos le aku layan gitu2 jer sbb aku dah berlaki maaa... Dia tanya aku jawab tp tak menunjukkan aku interested lah.. Yang bestnye die igtkan aku student..wakakaka jangan marah, I look young okay.hehe.

Pukul 8.05 pagi waktu Bandung (pukul 9.05 waktu Malaysia) akupun mendarat kat lapangan terbang hussein satranegara Bandung.. Alahai kecitnye airport.. Imigresen pon ada 2 kaunter je. 1/2jam gaklah nak lepas imigresen tu. Settle semua terus ke kaunter teksi utk amik teksi ke hotel. Kat sini datanglah orang2 nak jual simcard tp awas, jgn beli simcard kat airport. Mahal. Diorang jual Rp50,000 sedangkan kalo ko beli kat luar baru Rp10,000. Nasib baik dah save siap2 tips2 ke Bandung so aku abaikan saja simcard tu.

Amik teksi kena caj Rp35,000. Aku stay di hotel Patradisa3 kat Jalan Wastukencana (Gambar hotel nnti aku share). Strategik hotel ni sbb tak jauh dari Pasar baru dan jalan Riau. Walking distance je. Since akupun pergi berdua je maka memang tak amik supirpun. Sepanjang kat sana kami jalan kaki. Nak gi tempat jauh naik taksi ataupun angkutan...Seronok weh pengalaman jalan tempat orang. Sampai hotel letak beg kami teruskan jalan kaki. Mula2 kami pergi makan dulu sbb perut dah lapar. Kami ke restoren BMC tak jauh dari hotel.Pelik gak awat tak ramai orang. Aku tgk jam pukul 10.30 pg..Rupanya kat sana baru pukul 9.30..agaknya dipun baru bukak kedai..hahah lupe weh.

Aku amik set nasi timbel komplit ni. Nasi dalam daun pisang, ayam goreng dan ada juga sup sayur yang aku tak berapa gemar sbb manis sikit.. Tapi sambal die memang terbaik. Sedap giler..

Muka fresh pagi2...Semangat lagi ni sbb belum penat...dah jalan kang baru tau azab ke tak..hikhikhik.

Lepas makan, kami teruskan perjalanan. Destinasi pertama jalan riau sbb dekat dgn hotel. Tapi dekat sgt tu tidaklah.. berpeluh gak ketiak nak sampai. Serius aku langsung tak amik gambar kat sini. Excited weh berjalan lupa nak pegang kamera. Hasil jalan2 pagi hari aku dah kerugian hampir 1 juta. Giler ah. Tempat pertama aku hilang duit kat FO Secret. Kat sini aku beli baju Kasyah. Geram tengok baju comel2 tu. Rembatlah 2-3 pasang. Tak semua FO aku terjah. Masuk yang fofular je. Antara yang aku masuk Secret, Rich and Famous, Heritage, Cascade, Terminal Tas.. Itu je yang aku ingat kot.

Kat sini jugak aku sempat beli perfume. Ni yang dekat depan FO Oasis. Dapatlah aku 7 botol perfume. Bestlah perfume die..Bau tahan sampai petang..Saya suke! saya suke! Kerugian kat sini..ratusan ribu..huhuu

Rakan sepercutian aku...Aku amik gambar die tp tak suruh die amik gambar aku..apelah aku ni.. Dah takde gambar aku kat sini..huhuhu

Kat Heritage memang syok shopping. Dapatlah aku 3 helai baju kerja dgn baju burberry utk suami dan aku. Anak2 sedara akupun untunglah dpt gak baju Gap original..Best wooo..baju cecantik and original and murah.Masa kat Heritage hujan lebat so sbb tak leh nak keluar tu yang banyak duit habis tu. Kalau kejap jek mungkin tak byk baju aku jumpe..hahaha. Kami balik hotel naik teksi sbb hujan masih renyai dan tgn dah penuh beg plastik. Kat jalan riau ni juga kami beli simcard dgn harga Rp10,000.

Kami sampai hotel pukul 2 ptg waktu Bandung...Skip makan tghari sbb shopping ni buat aku hilang lapar..haha bohongnyer aku...Rehat dulu kat hotel sblm sambung shopping lagi...Ke mana? tunggu.....

p/s:Keje banyak ni wei..Entah bile aku sempat sambung..huhuhu

11 Magic Words:

lurun namzar said...

kt bandung mmg makanan dia manis2, kn.
air dia pn manis.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

wah waaa... manyak syok nie... :)

adarnadzmie said...

wahh...bestnyer dlm jln2 bandung...hehe..mesti sopin byk..:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

sonok aje rasanya..

Qhaifa Nur said...

sampai jua dia kat bandung ni...
seronoknya....

LYAfrina said...

wah,.seronoknyer...
nasi tu dlm daun pisang mcm sikit j nmpk.. nsi dia sma mcm nasi putih yer??

kata org, bandung syurga beli belah..sbb harga murah2 kan

zulhilmi tempoyak said...

Nama saya mohamad zulhilmi zulkefli. Berusia 22 tahun. Lahir di lenggong perak tetapi dibesarkan di pulau pinang kedah dan perak. Sekarang menetap di bangi untuk terus mencari dan menggali ilmu.

Mengikuti program kewangan dan perbankan. Berat badan saya terpaksa dirahsiakan. Tinggi saya pon begitu. Hobi saya ialah membaca buku dan mengumpul setem. Saya suka Menunggang motosikal kriss100. Berwarna biru.

Saya pernah memenangi acara lompat dan lari dalam guni semasa darjah 2. Pernah makan burger dengan kawan-kawan sambil sengih sebab terlupa tutop zip.

Cuba terangkan pasal diri anda pulak. Saya Nampak anda mempunyi ciri-ciri yang best. Anda agak kiut. Tampan. Cun. Cantik. Menarik.


Ehhhhh…. Silap komen ke ni.. ;p

Mama Gee said...

nk gi gakk!! huaaaa

nanakimie said...

syoknya dgr sis shoping tu.....huhu.....kalo satu juta sana,kat sini berapa sis?hee....xpenah nk ambek tau pun,huhu...

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpknya blog ini akan mnjdi rujukan yui coz takde apa2 bulan 4 tahun dpn akan ke bndung.. ada apa2 yui tnya akk leh tak?? ^__^

AnneRaini said...

wah nak gi bandung...nak kirimmmmmm...heheh

boleh jek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...