Thursday, April 19, 2012

Bandung Day 3- Part 5

Buat entry pagi2..ngelat jap dgn keje bertimbun tu sbb rasa nak muntah pulak aku bergelumang dgn application form je hari2. Hari last di Bandung, dah tak banyak yang aku nak beli (yelah dah semekinkan). Bangun awal macam semalam. Siap2 and pukul 7.15 dah pergi makan.

Menu sarapan hari last. Nasi goreng, megi goreng, telur rebus masak blackpepper dan juga keropok.. Nak kata sedap sgt tu taklah tp tak sedap pun tak jugak.. Okaylah not bad buat alas perut.

Dah kenyang... Harini pakai baju biru dari banana republic.. Wah aku, kat Bandung ni jelah pakai baju ada nama sikit. kalo kat Malaysia pakai baju pasar malam jek..ahaks.

Sebelum berjalan amik gambar dulu. Inilah hotel yang aku duduk. Hotel Patradisa di Jalan Wastukencana. Hotel bajet je ni. Kami amik bilik Superior B tak sampai RM100 pun satu malam. Nampak cam tak meyakinkan je bile tgk dari depan tp dlm hotel boleh thn lawa gak..hehe

Destinasi terakhir aku adalah ke Pasar Baru lagi.. Tp kali ni tak masuk dalam just beli jajanan kat luar jek. Amboi3x , aku tetiap hari ngulang psar baru.. Kalau pergi lagi harus aku berkampung kat sini jek..ahahaha

Apa yang aku beli kat sini? Aku beli pisang cheese, kacang bandung (sedap weh), kacang ape tah (sedap gak), kerepek ubi pedas dan entah apa lagi..taklah borong byk sgt sbb takut tak muat beg. Lepas tu kat sini jugak aku sempat sambar baju angry brid utk kasyah dan tudung bawal kosong utk aku. Murah jek baju angry bird tu RM6.70. Pastu tudung bawal tu 5 heali RM8..hahah i like.

tudung bawal kosong yang byk dijual kat luar PB...

Lepas dah borong jajan kami teruskan perjalanan ke Kartika Sari yang tak jauh dari PB tu. Kiranya seberang landasan keretapi dah nak menghala balik ke hotel.Kartika sari ni tempat terkenal nak beli brownies.

Sempat lagi tu berposing dlm KArtika sari ni. Yang ni outlet die kat jalan apa ntah. Kalau nak gi kartika sari yang besar kena ke jalan Dago. Yang tu jauh lah. Takleh jalan kaki.

yang ni pun dah buat mata jadi rambang. Rasa mcm semuapun nak beli. Tapi kat sini kena sedar diri. duit dah menysut mane boleh baham semua. lagipun brownies tak tahan lama.


Kuih muih di Kartika Sari.. Semuanya cantik2. Presetation memang meletop.. Rasa aku tak tahu sbb tak beli..hehe

Sebelum balik, amik gamabr dulu tunjuk bukti..haha Eh kat sini pun aku sempat beli aiskrim strawberi die.. Kemain sedap ko...Tak rugi cuba.

Inilah barang yang aku beli kat Kartika sari. brownies almond, brownies kukus cheese, bagelan cheese (sedap banget), dan pisang molen.

Balik ke hotel jam menunjukkan pukul 11 pagi waktu malaysia. Aku memang dah lepak dah. Tinggal nak berkemas je sbb nak cek outkan. Kawan aku decide utk pergi ke BIP and aku dah tak larat nak ikut dah so die pergi sorang. Aku lak tinggal dlm hotel kemas beg. Penuh tau 2 luggage yang aku bawak. Siap pinjam timbang kat budak hotel tu. takut acces baggage pulak..hehe

Sambung last part....hehe

5 Magic Words:

Fieza79 said...

best nya anne jalan2 bandung...
bila nk smpai lg ntah ke indonesia sana...haitu sempat medan je...

Mamamya said...

klu aka tau tudung bawal kosong tu murah cenggitu sekodi akak kirim dgn anne..hehehheee...tp bukan utk akak ler..utk adik yg bongsu tu.dia suka pakai tudung bawal kosong...

ada kawan akak b'tau kerepek tempe kat bandung sedap..x macam yg kat m'sia ni...

AnneRaini said...

Kak fieza:lepas ni akak pulaklah pergi..hehe

mamamya: memang sedap sgt kerepek tempe kat sana. sy beli gak sikit. rangup mcm mcm tempeyek..

nanakimie said...

muka pepagi berseri je kan sis,heee...cantik bju biru tu:)

kalo nana pn xbli kueh2 tu,ngk je...hee..tp yg best tdung2 tula,murahnya...5helai rm8:)

~MaMa RX SToRYMoRY~ said...

Good news untuk peminat Bagelen, Pisang Bolen, Brownies KARTIKA SARI & Brownies AMANDA

A taste of Bandung right here in your town.You 'll awesomely love it.


Pick-up point area: Putrajaya, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

Brownies ETA ✈✈✈ on 24th nov 2014 & 2 dec 2014

Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

Place order or grab our limited supply now.

WhatsApp/sms dazlina +60192633431

Http://mamarxstorymory.wordpress.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...