Monday, April 30, 2012

BERSIH? Tercapai ke matlamat?

Ini bukan entry pasal aku sokong kerajaan ataupun aku anti pembakang. Ini entry luahan hati seorang manusia yang sedih dan geram dengan kebodohan manusia lain...

Bersih back in action. Tak ambil iktibar langsung dgn kejadian sblm ni? Tak serikkan. Okaylah aku faham motifnya adalah nak tuntut sistem pilihanraya yang adil. Aku sokong. Sapa yang tak nak? Tapi yang aku tak sokong pasal perhimpunan tu lah. Kan dah kate takleh buat perhimpunan kat Dataran sbb taknak jadi kecoh tak nak jadi huru hara..tapi degil gak. Orang dah bagi pilihan buat kat stadium tak nak. So motifnye nak kecoh dan huru harakan?

So aku nak tanyalah, to all penganjur dan juga peserta perhimpunan, puas hati tak? tercapai tak hasrat korang? Seronok ek terkinja2 baling batu, lompat2 atas kereta, belasah polis and orang sana sini and terpekik terlolong mcm org gila? Aku tau ade jek orang yang kena belasah gak dgn polis so nak tanyalah yang kena belasah tu seronok tak? Mestilah seronok sbb dgn senang hati korang boleh buat kenyataan saya dibelasah polis tanpa belas kasihan sedangkan awal2 lagi polis dah kata jangan masuk...tapi nak masuk jugak...padanlah muka..

Patutnye tukar nama jadi Kotor bukan Bersih sebab hasilnye sampah bersepah merata2...Kalau betul Bersih gi berkumpul utk bersihkan sampah pulak. Aku malas nak cakap lelebih sbb nnti ada jek yang meroyan komen kat entry aku ni ckp pasal anwarlah, najiblah apelah sedangkan aku dah bilang awal2 ni pasal perhimpunan yang huru hara tu bukan pasal anwar ke najib ke sape ke....Kesimpulan die senang jek.. Kalau tak buat kecoh, tak jadilah kecoh. betul tak?

350,000 orang memperbodohkan diri join perhimpunan huru hara tu, ada 20 juta lagi syok dok umah layan anak bini luangkan masa berkualiti. Dah tentu2 lagi happy dari sakit hati terpekik telolong terkinja2 mcm org mati laki.

Pasal pilihanraya, vote for your right. Kau ada hak nak undi. Bile parti ko kalah, jgn nak meroyan sana sini. Ko kena ingat dalam 10 orang, tak semua sokong kau punya parti. Apa yang penting, hidup aman serba serbi dalam meniti hari hari dari generasai ke generasi.... Aku tak fight for any parti tapi aku fight untuk kesejahteraan anak cucu aku nanti...

p/s:takyah meroyan nak komen pasal parti politik kat aku pastu kata kena belasah dgn polis bagai. Yang kau pergi join sape suruh. Sendiri cari penyakit, sendiri rasa skitlah woi...

0 Magic Words:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...