Wednesday, April 25, 2012

Kari Hijau Thai

Salam semua..Harini patutnye wordless tp aku words sesangat..hehe. Bukan apa saje curi2 masa jap ni. Aku masih busy lg ni. Minggu depan bari siap key in semua kot. Pastu nak buat surat pulak. Nak arrange seat plan lagi. Senang citer lepas bulan 5 baru aku relax and boleh update blog selalu and blogwalking. Skrg ni waktu terhad sgt. Sory yek pada yg aku dah lama tak jengah tu..

Nak share resepi kari hijau thai yang aku masak bulan lepas. Ye kawan-kawan..bulan lepas. aku tak salah taip. Lame tak?hehe. Saje jek masak kari hijau ni sbb teringin sgt nak rasa cemana kari hijau ni. Nasib baik suami ai approve ai masak ni tau. Die tu mmg tak suke mkn benda2 pelik. Aku amik resepi dari blog Cik Mat Gebu yang katanya diambil dari blog kak ida 1001 resepi.

Inilah rupanya..Yang itam2 tu bukan blackpepper tp daun selasih kering yang tak hancur bile aku blend sekali..

Jom tengok resepi.. Aku copipes jek dari blog Cik Mat Gebu. Harap2 halallah ye.Aku ganti daging dengan ayam...

Kari Hijau Thai

BAHAN PES KARI HIJAU :-)
1 batang serai, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam, hiris halus (mat guna 10 biji + 2 cili hijau)(aku guna lebih lagi..hehe)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 biji bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia (mat letak lengkuas dan halia)(akupun)
1/2 cawan daun ketumbar (mat guna semua sekali termasuk akar)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil (tak jumpe yg segar, aku letak yang kering jek. tu yang kari aku nampak mcm comot dgn daun tu)
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis
1 camca teh gula perang/merah
3 - 4 camca besar santan

BAHAN KARI HIJAU THAI ;-)
6 ketul ayam cuci dan toskan
3/4 cawan terung pipit, cuci dan toskan (tak letak)
1 biji tomato, belah 6
1 cawan hirisan rebung (lagilah tak letak)
1/4 biji traffic light capsicum (red, green, yellow) didadu besar (pun takde)
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah thai, diketuk
Pes kari hijau thai (resipi diatas)
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya
Gula secukup rasa
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)(takde stok)

CARA MEMBUATNYA :-)

1.UNTUK PES KARI HIJAU THAI :- Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat. Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu. Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.
2.UNTUK KARI HIJAU THAI :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga harum, masukkan serai, terung pipit dan ayam. Gaul rata dan masak sekejap.
3.Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga ayam 1/2 empuk dan terung pipit lembut. Masukkan dan juga cili padi thai. Bila mendidih, tuang pati santan. Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau selalu.
4.Akhir sekali masukkan daun selasih, traffic light capsicum dan tomato, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...Selamat mencuba

Suamiku kata sedap dan boleh buat lagi..yeay suka...

p/s:penatnye buat keje...

8 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk mnyelerakan ..

Fieza79 said...

nmpk sedap betul ni..

mak aii byk nya bahan...pnjang lebar..ni yg bt malas nk cuba ni hihii...

ainnoraini said...

sedap jer nnpk...kalau mkn dgn nasik panas mesti sedapkan..
ada resepi boleh la try..

Mama Gee said...

wahh leh terai ni....tak pernah cuba masak camni

Qhaifa Nur said...

sekali tengok macam masak kurma tapi kari hijau...

kalau hubby dah puji bole buat lagi...

nanakimie said...

nmpk mcm aym msk kurma...hee...nana suke:)

Mamamya said...

akak x penah lagi try masak kari hijau ni anne....selalu masak kari biasa2 tu jer..

Mamamya said...

akak x penah lagi try masak kari hijau ni anne....selalu masak kari biasa2 tu jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...