Friday, April 27, 2012

Swimming Time

Yeay..aku dah berjaya key in semua data applicants tahun ni...syoknye...so boleh ngedate dgn blog jap sblm start buat surat dan preparation ut exam bulan 5 ni..

Aktiviti mingguan kami skrg adalah swimming.. Ye, kawan2. aktiviti kami bukan aktiviti Kasyah je tau. Sejak2 dah ada baju renang ni, barulah semangat sikit nak belajar berenang walaupun aku ni mmg phobia masuk dlm air. Tp dek kerana pakai baju renang so rasa cam yakin sikitlah..hahaha poyokan.

Kami pegi swimming kat kolam Presint 16 jer. RM2 utk dewasa utk satu sesi. Setiap sesi 2 jam. Setakat ni dah 3 minggu dah kami swiming kat sini and dah 3 minggu jugak aku fail berenang...hanya main2 air kat tepi jek..hahaha

Ni aktiviti petang semalam. Tak memasal suamiku ajak gi swimming sbb hari jumaat (hari ni) die nak gi study. Selalunya kami mmg pegi swimming ni hari jumaat malam. Malam2 kurang segan sikit sbb gelap. Dek kerana tak nak miss berenang minggu ni, pergilah kami ke kolam semalam ptg and dptlah amik gambar sbb terang and orang tak ramai.. Kalau jumaat mlm tu agak ramai jugaklah. Weekend lagilah ramai.

Kasyah memang tak reti dok diam..Die kalo boleh nak lepas jek dlm kolam ni tp nehi sbb kolam ni dalam weh utk die..


Baju renang muslimah yang aku beli di PB Bandung. Murah saja RM50. Kat sini mana nak dpt baju renang RM50???Siap tudung lagi tp aku tak pakailah tudung die sbb nmpak cam makcik cleaner sgt..hahahah..tu yang pakai tudung sendiri tu..hikhik.

Aku ni teringin sgt nak pandai berenang tp masalahnya aku takut dlm air. baru cuba masukan kepala dlm air pun dah rasa cam lemas dah (ker aku je over rasa cam tu). Belum betul2 tenggelam lagi.. Aku rasa nak kena belajar dgn professional trainer kot... Tapi nak yang hensem jek boleh??? Kalau yang hensem kurang neves..ahakss.

p/s:sape nak gi bandung? nak kirim baju renang lagi..hihihi

5 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

duyung bersama anknya ea.comel2..hihi..murah hrga cmtu kak!

nanakimie said...

hehe..teringat masa bljar swiming ritu,mmg tengelam je nana:) cantik baju tu,murah pulak tu:)

FiZ said...

wahh..murah gilerr...aiseh..kalau tahu..leh kirim mtk akak belikan...dah lma tingin nk beli bju renang tp mahal btol kt sini...

kak..nk berenang mmg kna berani...first time saya selam, mak sy yang paksa utk selam...dia siap pegang lagi.hehe...skrg nak selam..tak takut lg..cuma teknik nk bernafas xcekap lg..huhu

PiranhaSwimmingAcademy said...

Hai, saya hakimah.

Nak belajar renang ke? kami ada pakej private class, tak campur pada waktu sesi awam di presint 16. Like FB: Piranha Swimming Academy atau email PiranhaSwimmingAcademy@gmail.com. Antara tenaga pengajar adalah perenang atlet seperti Zahrah massoumah dan Areena ABdullah.

PiranhaSwimmingAcademy said...

Lupa nak bagitau. Kelas memang di Putrajaya dan bayaran starting dari RM50 sebulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...