Thursday, May 31, 2012

Roti Jala

Aku rasa tabiat malas update blog aku makin menjadi2lah. Citer bulan lepas punyapun kemain payah nak habis. Roti jala ni aku buat hujung bulan 4. Skrg ni dah ujung bulan 5. Takke makan bulan nak citer?hahaha. Tak kisahlah janji citer ye dak..

Kebetulan ada lebih kuah kari masak malam sblmnya, maka akupun godeklah tepung nak buat roti jalan.

Resepinya senang bangat. Tepung gandum, serbuk kunyit, garam dan sebiji telur aku blend sekali. Pastu aku tapis untuk dapatkan bancuhan tepung yang halus dan tidak berketul. Bahan2 tu ikut sukalah ye nak byk mana. Ejaslah sendiri. Takkan secawan tepung ko bantai dgn sesenduk serbuk kunyit pulak. Pengor noo!

Aduilah, sedapnya. This time aku buat guna botol acuan dari Jepun tu. Alah yang muncung 3 tu. Senang sikit dan tak tumpah menitik2 kat dapur.

Sape nak????

Gi buat sendiri..hehehe...

p/s:hati ni meronta2 nak cuti esok tp sabar sbb cuti tak byk and raya ni nak cuti lagi..huhuhu

Surprise Birthday Celebration

Ingat tak gambar kek semalam? Hah meh sini aku nak nak citer. Kek tu sebenarnya kek besday 2 orang opismate aku. Kami plan buat surprise kat diorang. Actually bukan kami plan tapi bos yang plan. Kelakarlah pulak bile ingat sbb bos department aku tu dah tua tp boleh pulak die fikir nak buat seprais2 ni. Siap beli pop pop (akutaktahunamanya) dgn mainan bunyik2 tu. Gelak2 aku tau tgk bos main mainan tu. Since ini plan senyap2, so kami punya persiapan pun ala kadar je. Cume ada kek saja and 2 orang besday girl tu keluar pergi lunch. Dptlah kitorang get ready sblm diorang balik. Sblm ni kalo besday mmg bos belikan kek tp taklah buat secara seprais. Kali ni jek bos nak seprais pulak..haha

Kek yang dibeli oleh bos. Sedap kek ni.

Bendaalah meletop yang keluar kertas2 tu dgn mainan bunyik bising..hahaha Boas siap beli topi soh kitorang pakai..

My direct bos. Nilah bos aku. Meaning aku ni die punya assistant. Bos yang plan seprais ni bos kepada bos aku merangkap bos kat department aku. Hah paham tak?

Seprais!!!!! Terkejut beruk budak berdua tu..haha

Siqin and Jane... Besday diorang bukan pada hari yang sama tapi bulan yang sama.. Mei.

Hah yang kiri tulah bos besar aku.. Die yg plan seprais ni.. Tgk beria die nyanyi happy besday siap pakai topi dgn goncang2 mainan bunyik tu.

Birthday Girls.

Potong kek cepat. Kami lapar ni!

Us! Tak de sorang lagi iaitu Kitsuka-san. Die cuti masa ni.

Nilah orang2 opis aku. Kat department aku ni, aku sorang jek melayu tapi momantai, semuapun okay kat sini.

p/s:surprise besday ni 2 minggu lepas..hehe

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday~ 9

Pagi tadi dah membebel, ptg lak buat tanpa kata..aci tak?


Bukan kek besday aku.

Aku ke yang tak perasan?

Sejak sejak facebook makin glemer, makin perlu ada, makin banyak pulak bahasa or ejaan baru aku jumpa. Yang menjadi kemusykilan aku tu, betul ke itu ejaan baru? tak pernah dengar pon pengumuman ubah ejaan? Ke aku saja yang tertinggal?

Dah lebih 10 tahun meninggalkan alam sekolah maka mungkin aku yang tak up to date. Sejak bila saya jadi saia? aku jadi ako? dia jadi dye? lah jadi lha? (hanya memberi beberapa contoh) Mungkin nampak mcm tak penting tp kalau tak dibendung, benda ni akan jadi kekal pulak. Seriusly mata aku memang sakit bile baca status2 fb mostly budak sekolah yang kebanyakannya guna ejaan2 salah ni. Short form tu aku pahamlah sbb mmg wujudpun tp tang tukar tu yang aku tak leh terima.

Pleaselah, di saat bahasa Inggeris diagung2kan sampaikan kalo tak campur english dlm percakapan dianggap kolot, bahasa melayu jangan diabaikan. Banggalah dgn bahasa kita. Bahasa melambangkan bangsa. Itu sebab aku tak cakap english dgn orang melayu. Tak perlu anggap aku kolot sbb aku rasa kalau kau melayu, kau mesti tahu cakap melayu. Unless if you start the conversation in english and the subject is so call international, then I will entertain you.

p/s: Adik2, cikgu kat sekolah dah ajar betul2 kenapa nak tukar2 pulak? Ingat comel ke? Menyampah akak tau!

Tuesday, May 29, 2012

Friday, May 25, 2012

Masak Lemak Siput Sedut

Perghhh..siput sedut siuttt!

Tak pernah2 aku masak siput sedut, tak memasal kali ni aku masak pulak. Siput sedut mmg feveret aku. Kalo gi makan luar and ada lak menu siput sedut ni, memang aku amiklah. Dedulupun bapak aku rajin gak beli siput ni. Masak pedas2 tumis dgn batang keladi, perghhh pijo bibir ko lepas tu. Tapi la ni dah jarang masak siput sedut sbb bukan selalu adapun. Masa aku ngandung pon aku ngidam nak makan siput sedut. Nasib baik laki aku prihatin gi belikan kat masjid Bukit Damansara time die sembahyang Jumaat.



Siput sedut ni aku masak 2 minggu lepas. Ternampak siput ni masa gi usha pasar tani presint 2. Ku tengok besar2 siput ni dan bersihlak tu. Tak berlumpur. So aku belilah setengah kilo. Masa nak menyiang siput ni mmg memerlukan kesabaran yang tinggilah. Dahlah keras pasti byk pulak. Aku rasa sejam gak baru settle siang siput. Tu pun bekerjasama dgn suami aku. Kalau aku sorang mau esok pagi baru dpt makan.hahahah.



Masak lemak siput sedut (versi N.9 takde bawang)

Bahan2:
1/2 kilo siput (potong hujung siput 3 ruas dan bersihkan- aku guna playar)
1 sudu kecil serbuk kunyit
20 biji cii padi (tumbuk)
2 btg serai (ketuk)
500ml santan
Daun kunyit (siat)
1 keping asam
Garam

Cara2:
1. Masukkan santan, kunyit, cili dan serai ke dalam periuk. Masak atas api. Timbuk sentiasa. Aku tak suka tumis kalau masak lemak sbb tak suka berminyak.
2. Bila santan mendidih, Masukkan siput dan asam keping.
3. Masukkan pula daun kunyit dan perasakan dgn garam.
4. Siap. Dah boleh makan..hehe

Tak boleh beli selalu sbb tak rajin nak bermain dgnnya.. Lenguh kaki aku berdiri kat singki..hahaha. Lepas makan siput ni bibir terjuih sbb pijo. Hambek ko!..hikhikhik

p/s:ahad ni kerja lagi..huhu tp mak aku datang harini..yeayy..

Thursday, May 24, 2012

Puding Roti Kukus

Wah resepi lagi uolsss... Ni sebab si Wahida tu post pasal puding roti kukus dielah, tak pasal2 aku terbuat.hahaha... Bukanlah aku ni kemaruk sgt nak makan puding roti walaupun aku mmg tak pernah buat puding roti ni dan tak pernah makan, tapi sbb roti aku expiry datenya hari tu. Nak tak nak akupun projekkan jelah roti tu. nak makan mmg dah tak lalu dah. Lagipun bila aku belek2 bahan2nya semua ada kat rumah kecuali susu segar tu. Apa ada hal, beli jek kat kedai bawah umah. So balik keje hari selasa tu terus aku godek resepi ni. Tak sangka mudah bebeno. Konon aku nak buat versi bakar tp tak masak pulak..Hahaha. Mula2 aku bakarlah lebih kurang 20 minit tp tgk2 tak masak lagi. Terus aku keluarkan kukusan dan kukus lagi 10 minit. Baru jadik tau..tulah degil. Thank ye wahida kongsi resepi puding roti yang sedap dan senang ni..


Puding Roti Kukus (resepi asal di sini)

Bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil-kecil (aku guna 6 keping sbb nak abiskan stok roti)
1 tin susu cair (375 mL) (aku punya tin 400ml)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara

1.Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
2.Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
3.Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
4.Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
5.Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Sos Kastad (Resepi asal di sini)

1.400ml susu segar (low fat)
2.2 sudu besar kastad
3.1 1/2 sudu besar gula perang lembut (aku guna gula kastor sesudu)
4.1 sudu kecil esen vanilla

1.Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
2.Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
3.Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
4.Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak

Wallah..sedap tau..tak manis sgt..sedang2 elok jek.. Boleh buat lagi pasni..

p/s:ada beberapa entry resepi yang tertangguh..

Wednesday, May 23, 2012

Cik Andam

Pada 5 Mei lepas, sepupu aku telah melangsungkan pertunangan dgn pasangannya. Aku sebagai sepupu yang rapat haruslah balikkan sbb kenalah balas balik die bertungkuslumus masa aku kawen dulu. Lagipun aku kena jadi cik andam untuk die. Alah make up simple2 jek yang penting tetap meletops.

Semua gambar2 ni aku amik kat fb sepupu aku.. Aku tak bawa kamera sbb busy mengandamlah katakan.. Gambar penuh majlis tak siap lg so ape yg ada jelah ye. Nilah sepupu aku yg aku panggil Kak Lot. Die ni cikgu.

Aku, kak lot dgn kak sad. Kami nilah yang mengecohkan suasana kat dlm bilik tu..

Tengoklah Kasyah tu..die nak suruh aku dukung sebenarnya..Rindu kot sbb aku terpaksa mengabaikan die sbb nak makeupkan sepupu aku tu.

Amik kesempatan soh fotografer amik gambo kami anak beranak...Alah Kasyah nape tak pandang.. Mama dah cun dah tu..hahaha

Siap amik gambar makeup tu..tak menahan..hahaha... Ramai yang puji sepupu aku nampak cantik and yang penting tak over... Banggo den sebagai cik andamnya... Aku refuse nak guna mak andam sbb rasa mcm tua.. Tu yang tukar cik andam tu..hihihi

Pengantin kenalah bergambo dgn cik andamnya..hehe..

Itu jelah. 2 hb 6 ni adik kepada kak lot akan kawen. So insyaallah ada kot entry kawen2 pas ni..hehe

p/s:caller smlm tu hntr email...Ada aku kesah!

Wordless Wednesday ~ 8

Roti Jala...




Emmm dap!

Tuesday, May 22, 2012

A stupid call from a stupid caller..

Benganggggggg!!!!

Serius mood bengang betul aku pagi tadi.. Dahlah malam tadi di serang sakit kepala yang melampau smpi nak bgn pon takleh, pagi ni pulak di serang oleh caller yang sgt menjengkelkan.

There was a mother who really concern about her son who did not receive any notification by my office called and asked whether her son is in the list or not. And I told her that her son is not qualified to sit for our written examination. She wanted to know why and I told her it was because of her son's application form. He made a mistake in the form which we here consider that as a big mistake. But you know what, that mother did not satisfied with my answer and said that that was a small mistake and we should consider her son's application base on his result. Hello, if application form did not make any different in student's application, then what is the point of fill in the form? Just send your SPM result and nah you can get the scholarship. Stupid!

She even mention that she is an english teacher and she said that our application guidelines was confusing. Hello..if others can understand and why can't you? Make sense tak? Orang lain can fill in the form correctly but she can't? Plus we also have sample form as addition to guide students to fill in the from conrrectly. Salah aku ke tu kalau die tak tahu isi from? Senang citer, if you apply other scholarship or maybe applying for Credit card, do you think that your application will success if you wrongly fill in the from? Tak kan so the same case goes here. Itu pun susah nak faham ke?

Oh and she argue and said that we suppose to call her and tell about that mistake. Gile ke ape? Aku reject more than 1000 applications so does that make sense that i should call more than 1000 people just to let them know that their application has some mistake? She said that I should consider students who get straight A's but fyi your son is not the only student who manage to get straight A's lah. Haiyoooo!

She called again to speak with my boss but, we manage to interrupt her call because my boss said that he do not want to entertain such caller because he has more important work to do. Kesiannya die and padan muka.

"You make my blood go up you know" (hahaha)

p/s:grrrrrrrr.....!

Monday, May 21, 2012

Tersentuh

Semalam aku terpaksa rela untuk pergi bekerja. Seawal jam 6.30 pagi aku dah keluar rumah. Jauh betul jarak nak sampai ke venue kerja aku walaupun laluan itulah yang aku gunakan untuk pergi kerja setiap hari. Agaknya sbb hari Ahad and sepatutnya aku sedang enak mengulit mimpi lagi..

Jam 7 pagi aku dah sampai di jalan Yew. Aku memusing stereng kereta ke kiri untuk ke jalan Loke Yew. Tiba2 mataku terarah pada seorang tua yang buta sedang mengangkat tongkatnya seperti sedang menahan teksi. Ya die buta maka die tidak tahu sama ada ada atau tidak teksi di situ jadi tentulah die perlu sentiasa mengangkat tongkatnya dgn harapan ada teksi yang lalu dan berhenti. Tersentuh hatiku di pagi hari kerana di depan aku ada teksi dan teksi itu terus berlalu tanpa menghiraukan pakcik tua itu yang setia mengangkat tongkatnya...

Kenapa kau tak berhenti teksi??????

p/s:Lalu jalan yew pagi tadi terus teringat pakcik smlm...Sedih.

Friday, May 18, 2012

For the first time ~ mood risau

Sebelum aku citer pasal pengalaman festime Kasyah naik LRT, nak share kerisauan aku pasal si bujang tu. Semalam entah kenapa die mengelak betul aku dgn papa die usik kepala. Masa suami aku mandikan die and nak syampu kepala tu, beria die mengelak tunduk tunduk sambil merengek mcm sakit. Pelik jugak. Lepas mandi and bile aku nak lap kepala pon die still elak2 merengek. So aku nak tengoklah kot2 ada luka ke kepala die tapi Kasyah memang tak bagi langsung nak usik kepala die. Last2 aku dpt tengok sipi2 je yelah rambut diepun kemain lebat dan panjang skrg. Nampaklah kulit kepala die tu merah tp bukan lebam. Cume merah. Agak besar kawasan merah tu tapi aku tak nampaklah ada luka ke apa ke. SO konklusi kami mungkin die terhantuk kat mana2. Yelah anak aku tu kemain "baik" tak reti duk diam. Nak tanya kat pengasuh mcm tak perlu pulak.

Sebenarnya since awal bulan haritu Kasyah dah duduk dgn pengasuh baru. Sorang makcik yg Kasyah panggil nenek. Die jaga 3 org budak termasuk Kasyah. Apa yang buat aku jadi mcm tak berapa best sbb rumah die banyak giler nyamuk. Korang bayangkanlah badan Kasyah dari muka sampai ke kaki penuh dgn bintat. Mau tak terkejut. Dah mcm kena kenduri nyamuk dah anak aku. So kami bekalkanlah spray nyamuk yang boleh spray kat baju tu dgn krim gatal utk sapu pada bintat tp still Kasyah kena gigit nyamuk cuma taklah penuh satu badan cam mula2 haritu. Bapak aku dah bising2 dah kate jgn hantar kat makcik tu tp aku nak hantar mana lagi? Biasalah bapak aku tu kesian kat cucu sbb masa Kasyah kena ggit teruk haritu, kebetulan aku balik kampung.

Lepas tu, minggu lepas Kasyah kena cirit birit pulak. Nak kata aku ada bagi mkn pape rasanya takde. Kasyah mmg makan apa yang aku makan. Nak tanya kat makcik tu cam tak perlu pulak. Takut die rasa kite tuduh die bg bukan2. Tapi mmg kesian tgk Kasyah asik berak jek samapai 7-8 kali sehari. Bontot die sampai melecet. Setiap kali nak basuh berak die, die menangis dgn aku2 sekali nak menangis sbb kesian kat dia. Bawa pergi klinik barulah kurang. And semalam pulak die sakit kepala. Aduilah risau weh. Takkan nak cari pengasuh lain. Nak dpt pengasuh skrg ni pun kemain susah. Apa yang aku boleh buat cuma tawakal dan doa moga tak jadi lagi musibah2 kecil ni. Ujian je kot.

Gambar ni aku amik masa kami nak pergi pesta buku haritu. Saja naik tern sbb masa tu jem giler nak masuk parking pwtc. last2 kami park dkt sentul naik tren jek lagi senang. Kasyah jakun sbb tak penah naik...tapi die enjoy. Layan!





p/s: Aku tak kata makcik tu tak bagus mungkin dlm proses mencari keserasian kot...

Thursday, May 17, 2012

Utamakan Keselamatan

Mai mai sini semua nak habaq mai ni...kita ni kenalah utamakan keselamatan tak kiralah di mana kita berada. Di rumah mahupun di luaq kena fikir pasal keselamtan... Eh, apsal aku macam poyo je ni? Rasa macam nak lempang diri sendiri pulak...ahaks...

Okaylah okaylah aku straight to teh point takde konar konar punye walaupun jumpe selekoh baik punye aku tetap terus jek sampai masuk gaung..eh eh sekali lagi kepoyoan aku datang. Maafkan hamba kerana hamba lupa nak makan ubat perbetul otak hari ni..hahaha...ko pehal???Buat entry betul2 boleh tak???

Saja nak letak gambar si bujang kesayangan aku pakai helmet ni. Skrg ni kami tak risau dah nak bawa Kasyah naik motor ke mana saja sbb die dah ada helmet sendiri.. Kalau sebelum ni kami jalan2 dekat2 je mcm gi Alamanda dgn Mydin je tapi skrg nak gi sampai ke presint 9 pon boleh tau...

Tak payah di suruh die dgn rela hati nak pakai helmet.. Die tau kalau pakai helmet maknanya nak gi jalan..

Kadang2 aku tak suruh pon die amik helmet sendiri pastu pakai (dahla terbalik) sambil tarik tgn aku ajak keluar...huhuhu

Jangan tak tahu..handle tu die jek boleh pegang siap perah minyak lagi. Kita yang bawa ni pegang sipi jek..

hah dah pakai helmet dan start enjin motor, apalagi? Jalanlah..hehe

p/s:Gambar lama bulan lepas punye...tak senonoh!

Wednesday, May 16, 2012

Popcorn Garret

Hallu...rasa macam dah lama dah aku menyepi..Tapi takdelah lama sgtkan..Baru 4 hari jek tak update blog. Bukan malas ye tapi tak rajin..kuangkuangkuang....

Hari Isnin ada pulak keja nak kena buat terus mood nak bercinta dgn blog lari...Hari selasa aka semalam pulak, aku mc. Bukanlah sakit teruk sgt tapi mata aku ni gatal dan pedih. Doktor kate allegic dan ada sikit jangkitan kuman. Nasib baik tak teruk. Harini dah pergi keje. Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru2 yang pernah mengajar aku. Terima kasih Cikgu! Tak lupa juga untuk kawan2 aku yang dah jadi cikgu mcm izan, shaz, muzai dan juga sepupu aku kak lot. Untuk semua guru2 lain juga...Happy teacher's day!

Mari kite fokus kepada tajuk entry pulak. Popcorn garret.. yeay dapat gak aku merasa popcorn yang asik diuaruarkan oleh bloggers kat Malaysia ni.. Rasanya memang sedap. Aku suka. Tapikan kejadian membeli popcorn ni dah lama dah. Bulan 3 haritu masa aku kena jaga booth kat education fair.hahah dah tahap berulat dah citer ni baru nak hapdet..hihih jangan mara haa.

Kena beraturlah pulak..Nasib baik tak ramai so boleh beratur dgn suka hati walaupun badan dah penat keje sepanjang hari..

Sabar menanti..


Ini orang sgt suka itu popcornlah...

Amik yang saiz small saja. Itupun dah RM16...Adeh!

Chicago mix. Perisa caramel dgn cheese... Mula2 rasa mcm tak bape sedap cheese tu tp lama2 sedap pulak. Last2 yg cheese tu yang aku makan byk..

Yang caramel pon sedap tau sbb crunchy dan manis tp manis sgtlah bagi aku yg tak kuat manis ni...Rasa sakit gigi pon ada..Popcorn ni ada pelbagai rasa tp yg paling best caramellah kot. Ada gak plain dgn butter...Sape nak try bolehlah pergi KLCC ye..

daaaaaaa.

p/s: mood kurang rajin aku dah datang balik daaa...

Friday, May 11, 2012

Pergi oversea main buai????

Errrr apakah motif tajuk entry aku harini??? Pergi oversea? Sape pergi oversea? Aku ke? haha tak betulkan aku ni. Ni kes nak perabih gambar Kasyah yang aku amik bulan lepas. Gambar dekat Daiso IOI puchong dgn gambar masa main buai kat bawah rumah..

Ternampak benda alah tak tahu ape nama ni kat sana..terus bagi kat Kasyah and suruh die pakai. Die layan jek..


Suka..suka... Comella sayang mama ni..

Main buai pulak. Masa ni suami aku takde gi kelas. Aku pulak rasa mcm bosan giler dah duk umah. Tu yang bawa Kasyah ni turun kat playground..

Baru main kejap aku pulak dah bosan..Jomlah balik. Layan tv lagi best.haha

daaaaa

p/s: nmpk no aku malas..update blog gitu2 jek..

Thursday, May 10, 2012

Layan Karok!

Layan karaoke lagi. Ni malan sblm cuti hari pekerja haritu. Saje jek rasa mcm bosan giler hidup terus ajak suami aku gi lepas gian..hehehe. This time amik 2 jam terus. Hah hambek ko sampai nak muntah menyanyi..hahaha

Ingat tak masa aku gi karoke ni festime bawa Kasyah? Kemain takut die siap tido lagi tp kali ni tidak lagi..die pulak yang naik syok nyanyi tp die nyanyi ntahpape jelah...Mic tu jgn harap die nak bagi org lain... Kami pulak yg kena kongsi mic walaupun nyanyi berduet..hehe

eh, eh sedapnya anak mama nyanyi...Nyanyi twinkle2 little star ye...

Anak dgn bapak sama2 naik syeikh....Kemain beria...

Kan..betul tak aku kata..nyanyi beria mcm masuk tv...Kasyah pon sama beria..hhahahah

Nak jadikan karaoke ni aktiviti bulananlah...Mingguan takleh..bankrap aku..hahaha

p/s:rasa mcm menyampah sgt.....sabarrrrrr!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...