Friday, May 18, 2012

For the first time ~ mood risau

Sebelum aku citer pasal pengalaman festime Kasyah naik LRT, nak share kerisauan aku pasal si bujang tu. Semalam entah kenapa die mengelak betul aku dgn papa die usik kepala. Masa suami aku mandikan die and nak syampu kepala tu, beria die mengelak tunduk tunduk sambil merengek mcm sakit. Pelik jugak. Lepas mandi and bile aku nak lap kepala pon die still elak2 merengek. So aku nak tengoklah kot2 ada luka ke kepala die tapi Kasyah memang tak bagi langsung nak usik kepala die. Last2 aku dpt tengok sipi2 je yelah rambut diepun kemain lebat dan panjang skrg. Nampaklah kulit kepala die tu merah tp bukan lebam. Cume merah. Agak besar kawasan merah tu tapi aku tak nampaklah ada luka ke apa ke. SO konklusi kami mungkin die terhantuk kat mana2. Yelah anak aku tu kemain "baik" tak reti duk diam. Nak tanya kat pengasuh mcm tak perlu pulak.

Sebenarnya since awal bulan haritu Kasyah dah duduk dgn pengasuh baru. Sorang makcik yg Kasyah panggil nenek. Die jaga 3 org budak termasuk Kasyah. Apa yang buat aku jadi mcm tak berapa best sbb rumah die banyak giler nyamuk. Korang bayangkanlah badan Kasyah dari muka sampai ke kaki penuh dgn bintat. Mau tak terkejut. Dah mcm kena kenduri nyamuk dah anak aku. So kami bekalkanlah spray nyamuk yang boleh spray kat baju tu dgn krim gatal utk sapu pada bintat tp still Kasyah kena gigit nyamuk cuma taklah penuh satu badan cam mula2 haritu. Bapak aku dah bising2 dah kate jgn hantar kat makcik tu tp aku nak hantar mana lagi? Biasalah bapak aku tu kesian kat cucu sbb masa Kasyah kena ggit teruk haritu, kebetulan aku balik kampung.

Lepas tu, minggu lepas Kasyah kena cirit birit pulak. Nak kata aku ada bagi mkn pape rasanya takde. Kasyah mmg makan apa yang aku makan. Nak tanya kat makcik tu cam tak perlu pulak. Takut die rasa kite tuduh die bg bukan2. Tapi mmg kesian tgk Kasyah asik berak jek samapai 7-8 kali sehari. Bontot die sampai melecet. Setiap kali nak basuh berak die, die menangis dgn aku2 sekali nak menangis sbb kesian kat dia. Bawa pergi klinik barulah kurang. And semalam pulak die sakit kepala. Aduilah risau weh. Takkan nak cari pengasuh lain. Nak dpt pengasuh skrg ni pun kemain susah. Apa yang aku boleh buat cuma tawakal dan doa moga tak jadi lagi musibah2 kecil ni. Ujian je kot.

Gambar ni aku amik masa kami nak pergi pesta buku haritu. Saja naik tern sbb masa tu jem giler nak masuk parking pwtc. last2 kami park dkt sentul naik tren jek lagi senang. Kasyah jakun sbb tak penah naik...tapi die enjoy. Layan!





p/s: Aku tak kata makcik tu tak bagus mungkin dlm proses mencari keserasian kot...

7 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga elok3 aje ea kak

nanakimie said...

moga kasyah baik2 aje..huhu....maybe xtekawal kot nenek tu...

Qhaifa Nur said...

memang perlu masa untuk serasi...
bila dah ramai biasalah bergurau senda...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hmmm mgkin belum serasi lagi..

Aida Azryn said...

menakutkan huhu.. hati2 la kak pilih pengasuh baru pasni..

mrs adam said...

meh la kasyah bagi saya jaga.hehe.tapi jauh la pulok.pendpt saya kalau tak sedap hati better cari pengasuh lain,cuba tanya2 org lain ke.dan selain usaha,bykkan berdoa.insyaAllah anak Anne dlm keadaan selamat*doa ibu tiada tandingan

adarnadzmie said...

moga kasyah baik2 jer...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...