Friday, May 25, 2012

Masak Lemak Siput Sedut

Perghhh..siput sedut siuttt!

Tak pernah2 aku masak siput sedut, tak memasal kali ni aku masak pulak. Siput sedut mmg feveret aku. Kalo gi makan luar and ada lak menu siput sedut ni, memang aku amiklah. Dedulupun bapak aku rajin gak beli siput ni. Masak pedas2 tumis dgn batang keladi, perghhh pijo bibir ko lepas tu. Tapi la ni dah jarang masak siput sedut sbb bukan selalu adapun. Masa aku ngandung pon aku ngidam nak makan siput sedut. Nasib baik laki aku prihatin gi belikan kat masjid Bukit Damansara time die sembahyang Jumaat.



Siput sedut ni aku masak 2 minggu lepas. Ternampak siput ni masa gi usha pasar tani presint 2. Ku tengok besar2 siput ni dan bersihlak tu. Tak berlumpur. So aku belilah setengah kilo. Masa nak menyiang siput ni mmg memerlukan kesabaran yang tinggilah. Dahlah keras pasti byk pulak. Aku rasa sejam gak baru settle siang siput. Tu pun bekerjasama dgn suami aku. Kalau aku sorang mau esok pagi baru dpt makan.hahahah.



Masak lemak siput sedut (versi N.9 takde bawang)

Bahan2:
1/2 kilo siput (potong hujung siput 3 ruas dan bersihkan- aku guna playar)
1 sudu kecil serbuk kunyit
20 biji cii padi (tumbuk)
2 btg serai (ketuk)
500ml santan
Daun kunyit (siat)
1 keping asam
Garam

Cara2:
1. Masukkan santan, kunyit, cili dan serai ke dalam periuk. Masak atas api. Timbuk sentiasa. Aku tak suka tumis kalau masak lemak sbb tak suka berminyak.
2. Bila santan mendidih, Masukkan siput dan asam keping.
3. Masukkan pula daun kunyit dan perasakan dgn garam.
4. Siap. Dah boleh makan..hehe

Tak boleh beli selalu sbb tak rajin nak bermain dgnnya.. Lenguh kaki aku berdiri kat singki..hahaha. Lepas makan siput ni bibir terjuih sbb pijo. Hambek ko!..hikhikhik

p/s:ahad ni kerja lagi..huhu tp mak aku datang harini..yeayy..

10 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ok,tak reti makan..sedut pon ntah apa2 jd..

Mamamya said...

peberet akak ni anne...sama lah kita,klu makan kat luar n ada menu ni wajib ambik semangkuk! akak klu masak siput sedut bab2 siang ekor dia tu mmg serah sepenuhnya kat en.suami...x larat nak buatnya....

Qhaifa Nur said...

masih tak lulus lagi nak sedut siput nih...malu je kalau makan kat kedai ni...

nur anis said...

ni feveret saya.....sedapnya...ni yang nak g cari siput sedut kat pasar tani ni..

ecadwinkyasha said...

terliur tgk,sbb da lama xmakan..hohoho.

Mama Gee said...

ni feveret mr b ni....tp akak tak pernah masak lg....nk potong montot siput tu pun payah sbb takde pisau besauu.......playar ade tak ek kt umah tu....tak pasan lak...huhu

nanakimie said...

sedapnya sis!dulu-dulu selalu mak nana masak,cari siputn dulu kat sungai,hee...nana tukang makan je:)

ainnoraini said...

Sedapkan.. Tp geram jer kalau disedut tak keluar plk isi dlmnya tuuu...

mrs adam said...

bestnya,tgk anne masak ni terus rasa nak beli ni gak.tapi bersihkan siput sedut ni mmg leceh skit kan

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

uiiii pebret moon dan family nieee....

lagi2 kak long..dia mmg hantu mkn siput sedut.. keh keh...

adeiii terliur plak nengok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...