Thursday, May 24, 2012

Puding Roti Kukus

Wah resepi lagi uolsss... Ni sebab si Wahida tu post pasal puding roti kukus dielah, tak pasal2 aku terbuat.hahaha... Bukanlah aku ni kemaruk sgt nak makan puding roti walaupun aku mmg tak pernah buat puding roti ni dan tak pernah makan, tapi sbb roti aku expiry datenya hari tu. Nak tak nak akupun projekkan jelah roti tu. nak makan mmg dah tak lalu dah. Lagipun bila aku belek2 bahan2nya semua ada kat rumah kecuali susu segar tu. Apa ada hal, beli jek kat kedai bawah umah. So balik keje hari selasa tu terus aku godek resepi ni. Tak sangka mudah bebeno. Konon aku nak buat versi bakar tp tak masak pulak..Hahaha. Mula2 aku bakarlah lebih kurang 20 minit tp tgk2 tak masak lagi. Terus aku keluarkan kukusan dan kukus lagi 10 minit. Baru jadik tau..tulah degil. Thank ye wahida kongsi resepi puding roti yang sedap dan senang ni..


Puding Roti Kukus (resepi asal di sini)

Bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil-kecil (aku guna 6 keping sbb nak abiskan stok roti)
1 tin susu cair (375 mL) (aku punya tin 400ml)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara

1.Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
2.Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
3.Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
4.Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
5.Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Sos Kastad (Resepi asal di sini)

1.400ml susu segar (low fat)
2.2 sudu besar kastad
3.1 1/2 sudu besar gula perang lembut (aku guna gula kastor sesudu)
4.1 sudu kecil esen vanilla

1.Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
2.Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
3.Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
4.Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak

Wallah..sedap tau..tak manis sgt..sedang2 elok jek.. Boleh buat lagi pasni..

p/s:ada beberapa entry resepi yang tertangguh..

9 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

nyum3...sedapnyaaa..

wahida said...

sedap kan nok...anak aku si abang tu paling berhantu puding roti ni...

cuti sekolah ni dia dah sound aku suh buat byk2 loyang nak buat stok...adoi la abang...

nok, kukus lagi sedap dari bakar tau...sbb dia mcm moist gitu...

Qhaifa Nur said...

yang ni memang fev akak tapi malas nak buatnya...

nanakimie said...

belum pernah cuba,mesti sedap sesangat kan sis:)

Mama Gee said...

wahhh kalo kukus2 ni mama boleh lah...pengukus ada... :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

dulu rajin gak buat.. skang...malas ya amaaattt.. huhu

AnneRaini said...

wahida:aku saje jek nak buat versi bakar tp tak jadi..hahaha

qhaifa:sy kalo tak kenang roti expired tu malas jugak

nana:sedaplah...secukup rasa..senang pulak tu

mamagee:apalagi kak, boleh buat hari ni..hehe

moon:eh, bukan dulu kini dan selamanya ke malas???hahaha

LYAfrina said...

aduyaii..sedapnyer... owhh.blh mkn dgn susu g2 ye??slalu mkn kosong j

Mamamya said...

anne..akak pun t'goda dgn puding roti ni masa wahida dok tayang kat blog dia aritu...arini nak try buat.. ^____^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...