Friday, June 22, 2012

Gulai nasi dagang ikan aye

Wah harini bergulailah kite.. Heh jangan tertipu sbb dah tentu2lah aku ni suka sgt update citer lewat so gulai nipun dah 2 minggu dah kejadiannya. Saja je aku nak mengabiskan stok ikan aye @ tongkol yang aku beli. Boleh thn besar tau ikan tu tp sbb agak murah so beli jugaklah. Dek kerana suamiku kata die cuma suka ikan aye masak sambal or gulai nasi dagang maka akupun gulaikanlah. Resepi aku ambil dari blog Kak Madiha. Memang aku follow sebiji2 apa resepinya dan hasilnya wallah.. memang sedap. Bukan puji diri sendiri tp memang betul jadi sedap. Cuma aku taklah buat nasi dagangnya. Makan dgn nasi putih jek.



GULAI NASI DAGANG
Resepi: Kak MaDiHaA (mintak halal ye copy resepi letak kat sini)

Bahan2
2 atau 3 ekor ikan tongkol hitam (anggaran 2 kg) (dipotong, dibersihkan & direbus bersama sedikit air, 3 sudu kecil garam dan 6 keping asam gelugur) - Aku buat 4 keping jek termasuk kepala.
2 biji kelapa (ambil santan sederhana pekat @ cair sedikit pun tak mengapa)
1 sudu besar rempah kari ikan (campur sikit air jadikan pes)
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
(jika tiada rempah masak & rempah gulai cap bunga rose.. tambahkan lagi 1~2 sudu besar rempah kari ikan)
2 sudu besar kerisik yg ditumbuk halus
2 inci kulit kayu manis
2 keping asam keping
10 biji cili hijau - letak sebiji jek sbb tu je yang tinggal...haha
15 biji cili api
10 biji belimbing buluh (kalo ada.. takde pun takpe) - Takde
(MaDiHaA tambah bendi sikit sebab ada stok dlm esbox)
½ ketul gula melaka (tambah lagi jika kurang ~ gulai nasi dagang memang terasa manis sedikit)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Bahan2 Dikisar Halus
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
8 ulas bawang merah
1 biji bwg besar (kalau kecik.. letak 2)
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
15 ~ 20 biji cili kering ~ dikerat2 & rebus sebentar & buang biji (dikisar)

Cara Menyediakan

1. Gunakan periuk yg agak besar sedikit. Masak santan bersama (sedikit saja) garam di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Kacau sekali sekali sahaja.
2. Masukkan kulit kayu manis, ramuan yang dikisar dan pes rempah tadi ke dalam santan. Jika suka.. bahan2 ini boleh juga ditumiskan dulu dengan sikit minyak hingga wangi sebelum dimasukkan dlm santan. (terpulang anda.. tp jika tumis.. kuah akan jadi lebih berminyak!)
3. Masukkan gula melaka, garam, kerisik (bancuh sedikit dgn kuah santan agar tak berketul2) dan asam keping. Biar mendidih sebentar.
4. Masukkan ikan rebus beserta air rebusannya & asam keping semasa merebus tadi. Tambahkan serbuk perasa.
5. Biarkan kuah pekat sedikit. Hati2 semasa mengacau agar ikan tidak pecah. Masukkan belimbing buluh, cili hijau dan cili api. Biar merenih sebentar dan sesuaikan rasanya bolehlah di angkat.


Disebabkan sedap, aku makan nasi bertambah-tambah.. Adui.habislah diet aku (diet ke???) . Insyaallah boleh buat lagi.. Ingat raya ni nak buatlah untuk jamu sedara mara kat kampung..

p/s:Aku dah jatuh cinta....

8 Magic Words:

Norzie said...

Gulai ikan aye ni sedap makan dgn nasi dagang.

Qhaifa Nur said...

lama tak makan nasi dagang....
sedapnya...

wahida said...

sedapnya nok....

tapi kan laki aku tu tak suka mkn ikan tongkol...nyampah...

kalau aku masak mcm ni, sudahnya aku mkn sorang je la...huhu...

ieda said...

wahh sedap nyeee
menjadi gulai tuu
dah nampak nasi dagangnyeeee ;)

Fieza79 said...

dusss sedap nyaa..nmpk pekat kuah nya anne,,lapar2..

nuyui a.k.a miss YUI said...

ok jenis cmni mmg mls nak try wat masa ni..hahah.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

heheh dah konpem2 hilang diet...

moon punya diet pon...smeua mcm dah ke laut je ni...hehe

Aida Azryn said...

perghh terliur tengok! wajib try buat ni! hehe. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...