Thursday, June 14, 2012

Samb ~Persandingan Ana & Edet

Sambung lagi perihal kahwin sepupu aku ni. Esoknya dah tentu2lah majlis persandingan pulak. So aku gerak dari rumah lebih kurang pukul 10 lebih. Dalam pukul 11.15 dah sampai kampung. Masa ni tetamu dah mula datang. Pengantin pulak belum mekap lagi sbb mak andam hanya akan sampai pukul 12.30. So sementara tu aku gi makan dulu dan lepak2 kat masjid.

Sempat lagi layan posing. Cantik tak baju aku? From Bandung with love tau..hehe

Ini budak layan tido. Lepas tu bile dah bangun melasak sana sini. Pantang nampak muka aku asik nak soh dukung jek. Sorylah syg, mama busy okay. Kasyah dok dgn atok ye. hehe

Ana bersanding pukul 2.30 ptg. Tak memasal, aku lagi yang jadi pengapit. Layan jelah. Kamera aku, aku suruh abang aku pegang.

Baru turun dari rumah menuju ke pengantin lelaki yang setia menanti.

Papehal salam dulu ye.

ini payung pengantin je payung aku??? hahaha

Apalagi jalan daa... Pergh kemain panas hari tu. Tapi elok jek lepas bersanding hujan pon turun. Alhamdulillah.. Sejuk sikit.



Aku ditugaskan oleh mak andam utk amik duit tol. Mak andam ni punye lorat mintak sampai RM100 tu. Die kata kalo tak dpt seratus jgn bagi pengantin lelaki duduk. Kesian pulak aku tgk.

Beria aku kata no no no no tak cukup. Aku ckp kat mak andam nnti byr lagi ye sbb pengantin sediakan RM50 jek (standard ah RM50 tu). Boleh pulak mak andam kata masukkan dlm bil. Sabor jelah. Terus aku kata kat akak si Ana ni jgn ambil mak andam ni bile die kawen nanti..Byk songeh.

Kesian pengantin berpeluh... Dahlah sblm nak sampai ke pelamin, kemain byk tol kena lalu. highway pon tak byk mcm ni..hahaha..

Akhirnya dapat gak duduk di singgahsana..Lega.




Kesimpulannya memang meriah. Aku sukalah sbb masa nilah nak jumpe sedara mara sepupu sepapat sume. Yelah masing2 dah besar dah ada keluarga so time kenduri dgn raya jelah dpt jumpe sekali harung ramai2 ni.

To Ana dan Edet, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga perkahwinan ini akan terus kekal, bahagia selama-lamanya. Cepat2 dapat anak ye. Nanti aku nak gi Universal Studio aku nak tido umah ko tau. Bawa aku gi jalan2 JB. Pastu aku nak makan bubur tmn sentosa.. hahaha (kemain over ucapan).

p/s:Opis aku ada kerja kosong..Nak tgk boleh ke www.my.emb-japan.go.jp

10 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

cntik pelaminnya. pergh! ngada toi mak andam tu.. wah2..cntik baju dari bandung..lwa2..

nanakimie said...

hehe....lucu la sis ni,payung ke sis je lebih ye:) btw,cian kasyah mama sibuk jd pengapit,ehe^-^

Qhaifa Nur said...

cantik tuh pelamin dan warna bajunya...
memang meriah..

Mak Wardah said...

Salam Kenal. ni kes bidan terjun ke kes bidan tempah...nampak macam ready ke nak jadi pengapit

FiZ said...

banyaknye tol...sian pngntin lelaki ;p

pstt...mcm best je kje kt embassy jepun...hehe

AnneRaini said...

fiz:trylah apply..position tu kat department akak.

AnneRaini said...
This comment has been removed by the author.
mrs adam said...

eh baju anne sama ngan baju adik saya,dia beli kat bandung gak.hee.eh mak dara mane leh jadi pengapit.haha.eh mak andam tu charge lebih rm100 la sebab dia nak duit tol.mcm over je.huhu.mak andam kat palong timur tak de plak mntk duit tol lebih2 smpai kena masuk bil

Mamamya said...

wah..mmg byk songeh itu mak andam yer..udah ler byk pantang larang...mak andam moden skrg mana ada pantang2 sgt... :)

skrg style b'sanding atas soga yer..akak dulu dok kerusi yg asing2 tu jerk..huhuu


geram tgk kasyah tido....comel!!

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

besaunyerr payung.. hehehe


amboi mak andam... lebih2 plak yerkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...