Tuesday, June 12, 2012

Super GT Race at Sepang Circuit

Curi2 masa kejap update blog walaupun ada kerja menanti. Sementara Cik rajin ada ni baiklah aku buat. Kang kalau die dah balik kang, entah 2 bulan baru citer agaknya. Hehe... Seperti yang aku mention sblm ni, aku dapat pass untuk pergi GT ni. Special pass atas tiket Embassy of Japan. Memandangkan aku dapat 4 pass maka aku ajaklah lagi 2 orang ofismate aku utk join.

Kami gerak lebih kurang pukul 11 dari Putrajaya. So sampai sana lebih kurang pukul 12. Masa baru nak masukpun dah ada scene berlaku. Actually ada 2 parking. Satu bawah (agak jauh kena menapak) dan satu atas. Yang bawah Rm10 dan yg atas RM20. Mestilah rasa mcm mahalnye nak bayar Rm20 so kami tanya kat budak yang jaga tiket parking tu kalau ada pass kena bayar parking jugak ke? Budak tu kata tgk pada pass so suamipun tunjuklah pass kitorang tu and budak kata okay takyah bayar. So kamipun masuklah dgn suka hati. Nak masuk kat parking yang betul2 kat depan entrance tu pakcik jaga tu kata Ferrari dah booking 50 kete. Pakcik tu suruh gi depan. Bila kami nak masuk situ ada RELA Cina tak bagi masuk sbb takde tiket parking. Kami cakaplah kami ada pass so tak yah bayar tp budak cina tu tak bagi jugak. Bengang weh. Last2, kami decide utk masuk ikut belakang. Agak jauh sikitlah. Nak buat canekan takkan nak byr RM20 kat budak cina tu. Diepun bukan ada tiket parking tu.

Bile kami tgh menapak nak masuk ke entrance kami lalu kat cina tu. Boleh tak budak Cina tu blah dari situ and biar semua kete masuk sama ada ada tiket ke tak. Geram weh sbb bila aku nak masuk die tak kasi tp last2 bila dah byk kete bising and takde tiket tu terus die blah gi kat kawan die. Hangin jek. Aku dah kata die tu RELA jek. Yang berkuasa dah tentulah budak jaga tiket parking tu. Budak tu CREW. Kalo die kata ada pass takyah bayar tak yahlahkan. Geram aku dgn RELA Cina tu.

Masa baru2 sampai haruslah amik gambar dulu. Kamera memang suami aku pegang. Aku tukang dukung anak. Balik umah satu badan sakit sbb Kasyah bukan ringan dah. Nak bagi die jalan die baru bgn tido.Lagipun orang ramai sgt.

Ni firstime aku gi Litar Sepang. tak sangka kemain jauh dari entrance tu nak menapak pergi kat litar. Dahlah panas. Nasib baik ada motorshow ni. Ada gak bumbung. Kalo tak memang rentung. Oh ya masuk dlm ni kena bawak touch n go sbb pembelian semua melalui TnG. Gerai steamboat pakai lori tu pun byr guna TnG. hahaha

Banyak kete best2 dalam ni. Yang paling aku suka ofkos ler Ferrari tp gambar aku kat Ferrari gelap. Mencik tau!


Selain kete kat sini gak banyak betul gadis2 seksi tak hengat dok sebelah kete. Suami aku syoklah cuci mata. Asal ada jek awek seksi die amik gambar. Bosan!

The best thing pasal pass aku tu, kami dapat masuk paddock.. Yeayyyy sbb bukan senang nak masuk and tgk sendiri kete2 lumba depan mata. Lagipun kite boleh tgk crew2 buat preparation.

Panas terik masa ni... Aku taklah beria tgk sbb sibuk dgn anak. Orang lakilah yang minat lebih..

Lepak kat sini sementara tunggu paddock ni ditutup..

Tayang pass.

Versi Close up.

Sementara tunggu race start kami lepak belakang paddock ni. Nak gi ke Grandstand kena masuk tunnel. Lagipun kata kawan aku kite boleh masuk litar sblm race mula.So lepak sini saja.

Kete dah masuk trek dah.. Aku tgk dari atas paddock...

Panas okay. Nasib baik bile race start hari jadi redup... So dapat tgk dgn selesa.

Mengambil kesempatan betul. Masa ni orang ramai dibenarkan masuk dlm litar. Err tapi bukan semua oranglah. Yang mmg boleh masuk paddock jek dpt pergi kat litar ni. Aku? Dok kat atas jaga anak.

Entah2 sape2 ntah suami aku ni bergambar..

Motif amik gambar dgn pompuan lain???hahaha. Korang nak tau tak, dlm kamera aku mmg banyak gambar GT queen ni. Mcm2 rupa dan gaya. Rasanya lagi byk gambar diorang dari gambar aku. Tak aci betul.

Lepas tu race pon start. Pergh syok jugak ye tgk race secara live. Bunyi die sgtlah kuat smpi pening kepala aku. Tapi the excitement tu yang best. Next year nak pergi lagilah... Aku tak tunggu sampai abispun.. Dah penat..hehe

p/s:ramai gak artis aku jumpe tapi tak kuasa aku nak amik gambar dgn diorang. Gambar yang laki aku amikpun aku taknak letak sini..hahaha (lebih byk gambar dlm fb aku)

5 Magic Words:

mrs adam said...

wah anne sporting bagi laki bergambar ngan pompuan sexy,saya ni kuno skit mesti tak bagi kalu laki nak bergambar ngan pompuan sexy.haha.tapi setakat ni mmg belum penah g F1 or superGT

Qhaifa Nur said...

sempat lagi tengok GT...
dulu2 pernah datang cini tengok lumba kete...dapat pulak tiket VVIP seronok sangat...

macam2 ragam ada kan..kan..

AnneRaini said...

mrs adam: ala fida, gambar jek. bukan luak pun. Lainlah gmbr dgn kekasih lama, harus aku fire kat situ gak..hahah

wahida said...

laki aku pun kalau ada pompuan sexy kat pameran keta/moto sure dia tumpang sekaki nak bergambar ngan awek2 tu...nyampah...

nanakimie said...

adeh,penatla dukung kasyah ye,ngk pun bambam,xpe..demi anak tercinta kan sis:) btw,xpenah p sini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...