Thursday, July 12, 2012

Baked Macaroni

Semalam entah kenapa aku jadi malas sgt nak masak. Bukanlah malas sebab apa tapi sbb aku bosan. Aku muak makan masakan aku hari2. Aku nak makan sesuatu yang lain. Bukan sambal, asam pedas, kari, masak lemak or any lauk yang aku selalu masak tapi aku nak yang lain. Jadinya bila aku dok fikir2 nak makan apa, nak makan kat mana last2 aku teringat macaroni yang baru aku beli masa shopping brg dapur haritu. *Ting* tersembul (tak agak2 guna perkataan tersembul) idea nak buat baked macaroni. Tanpa lengah tanya kat suami aku okay tak makan benda lain selain nasi? Die yang memahami tahap kebosanan aku dgn makanan masak sendiri dengan yakinnya kata ok. Mau tak ok sbb aku soh die pulak masak tapi dgn confidentnya die ckp tak tahu. Huh, nyampah.

So aku bergegas selongkar buku resepi kesayangan cari2 kalo ada resepi baked macaroni yang mudah sbb brg rumah aku agak terhad. Terjumpa resepi macaroni gratin yang aku sendiri tak tahu sape punye dan aku amik kat mana. Dah lama dah resepi tu aku amik. So dgn sedikit "adjust'an, aku pon memulakan projek baked macaroni inspirasi dari resepi tu.



Baked Macaroni @ Macaroni Gratin

Bahan2
1/3 bungkus macaroni (rebus sampai lembut- agak2lah nak byk mana)
2 sudu mentega
1/2 bungkus ayam/daging cincang
1 biji bawang besar cincang
1 tin susu cair (boleh lebihkan kalau macaroni byk)
1 mangkuk kecil sayur campur (boleh pilih nak letak sayur apa)
1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
2-3 sudu tepung gandum
2 btg crabstick hiris (boleh pilih seafood kegemaran)
1 btg hotdog hiris
1 mangkuk kecil cendawan butang (aku takde stok)
garam
keju cheddar/mozarella secukupnya

Cara2.
1. Cairkan mentaga dan tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan ayam/daging cincang.
2. Bila ayam hampir masak, masukkan sayur campur, hotdog, crabstick. Kemudian masukkan susu.
3. Masukkan lada hitam dan perasakan dgn garam. Jika ada stok cendawan butang, masukkan sekali.
4. Bancuh tepung gandum dgn sedikit air dan tuang ke dalam kuali. Lagi byk tepung lagi keras ye. Aku buat sdg2 elok je. Kalau nak rasa lagi lemak boleh masukkan sesudu besar cheese.
5. Last sekali masukkan macaroni. Kacau rata dan tutup api.
6. Sediakan bekas yang sesuai utk bakar macaroni. Aku guna loyang jek sbb takde bekas corningware (harus kena beli ni..hehehe). Masukkan macaroni dalam bekas dan tabur cheese di atasnya. Bakar pada suhu 200c (oven aku) dalam masa 20-30 minit atau hingga cheese bertukar warna kecoklatan. Senang citer sampai cheese nampak cam garinglah. Okay siap.

Inilah rupanya selepas dipotong. Sedaplah weh walaupun aku main hentam jek. Kasyah makan byk semalam sampaikan kami kena stop die sbb takut die overload..hahaha

Yummy yummy.. bhn2 die tu korang leh adjust nak letak ape. Ikut suka. Kalau aku ada stok udang dgn sotong mmg aku masuk sekali..

dan harini aku lunch dgn baked macaroni sbb ada lebih boleh bawa bento.. Cute tak bekas bento aku? hehe cute mcm aku.... :p

okaylah. selamat mencuba ye... Daaaaa

p/s:Harini sarapan cornflakes je sbb tghari nak makan berat yang boleh menambah berat. hahaha

11 Magic Words:

Cikpuan rara said...

nmpk sedap.tp x muak ke?

nuyui a.k.a miss YUI said...

pergh!

wahida said...

cis....kejam!!

AnneRaini said...

rara:taklah muak sgt sbb susu tu bukan full cream.

Qhaifa Nur said...

aduh, sadis bila tengok...
sedap...

nur anis said...

nak sikit kak..hehe

adarnadzmie said...

cedappppnyerrrr....:)

Cik Rongoks said...

ika sekali je makan benda nie. pastu terus taknak makan dah.hihi

Mama Gee said...

perghh nampak lemak dan berkrimm.....

minggu ni mama malas masak...tak masak langsung dr isnin ari tu...apalah nk jadi ni..huhu

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

uiii telan liur moon dibuatnyerr wei...

dah lama xbuat....

FiZ said...

uishhh...terliur tgk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...