Thursday, July 19, 2012

Buffet Ramadhan 2012 - Putrajaya

(update)

Yeay..2 hari lagi nak puasa. Tak sabarnya saya nak menyambut bulan yang penuh barakah ini. Saya sangat suka bulan Ramadhan sbb bulan ni kena puasa. Kalau bulan lain boleh jugak puasa tapi mesti macam malas nak puasa sorang2. Bila bulan puasa ni semua umat Islam kena puasa..Seronoknya...

Kenapa kau bersaya bagai? Hehe saja je aku nak memberi mukadimah yang sopan sikit. Insyaallah kalau takde aral hari Sabtu ni kite akan mula berpuasa. Bila dah puasa tentulah kena buka puasakan. Di sini aku nak bagi info pasal buffet ramadhan untuk tahun ni di sekitar Putrajaya. Kalau orang KL nakkan kelainan pun boleh juga buka puasa di Putrajaya. Tahun ni takde plan lagi nak makan buffet ke tak sbb thn lepas aku tak dapat nak makan banyak so macam membazir jek. tengoklah nanti kalau jumpa buffet yang berpatutan.

1. Cruise d' tasik Putrajaya.
Kalau inginkan kelainan semasa berbuka, bolehlah cuba berbuka di atas cruise. Cruise ni akan mengelilingi tasik Putrajaya sambil dihidangkan dgn pilihan hidangan yang sedap.



2. Pullman Putrajaya Lakeside.
Terletak di presint 5 Putrajaya bersebelahan tasik Putrajaya. Pemandangan memang superb berlatarbelakangkan tasik dan bangunan putrajaya terutamanya Masjid Besi. Satu pengalaman yang menarik.



3. Cyberview Logde Resort & Spa
Cyberview resort yang super duper cantik sbb ini pengalaman aku makan kat sana tahun lepas. Memang puas hati dgn makanan dan juga view cantik di sana. Kalau ada rezeki memang nak pergi lagi.. Sape tgk Masterchef Selebriti final? Hah kat situlah tempatnya.. Cantikkan?



4. Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Tempat artis2 top kahwin. Berkenan jugak aku dgn buffet kat sini. Harga pon not bad compare dgn yang lain2. View pun cantik. Boleh nampak sebahagian Putrajaya..



5. IOI Resort Putrajaya
Terletak bersebelahan Marriot Hotel, Palm cafe menawarkan buffet ramadhan dengan perlbagai hidangan enak.



Setakat ni itu je info yang aku dapat pasal buffet ramadhan di area Putrajaya. Kalau ada lagi nanti aku update ye.

Daaaa...

p/s:Still takde idea nak masak apa untuk sahur nanti..

10 Magic Words:

Nieyl said...

amboi...x sabar lak nak berpuasa tahun nie kan...hehehe...:) selamat menyambut ramadhan...:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

wow..beshnyaaa..

Mama Gee said...

maheiiii....kalo bawah rm50 bleh...sbb rsnya puasa takleh nk makan byk2...rugiii

Fieza79 said...

tahun ni meriah nak berpuasa..tk sbr2 ni..sebab nak puasa dgn si firas...cmna la rasa berpuasa kali ni smbil BF kan firas tk henti2...moga di pemudah kan la..

Cik Rongoks said...

bestnye.huhuhu

selamat berpuasa ! ^^

Mamamya said...

akak pun x sabar nak pose anne...harap2nya dapat lah pose penuh (wpun tahu mmg tidak mungkin uhukss)


utk sahur akak msk nasi grg kg je kot...

mrs adam said...

dah lama tak mkn buffet ramadhan,rasa2nya last masa 2nd ke 3rd year dolu2.

nur anis said...

wow..bestnya makanan..

wahida said...

aku kalau buffet ramadhan ni tak gamak nak pegi...sbb mahal sgt, lepas tu nnt nak makan nya sikit jer...rugi...huhu...

Lizzie Yasmin said...

Singgah sini by hit, buffet ramadan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...