Friday, July 13, 2012

Hasil rembatan..

Salam semua..hallu hallu.. Letak tajuk hasil rembatan macam aku ni kerja peragut bermotosikal pulak..hahaha. Well semalam aku bagitau nak gi terjah Aeon@Jusco kan so memang ptg tu tanpa berlengah lagi kami sekeluarga pergi menerjah tanpa segan silu ke sana. Orang memanglah ramai tapi semalam memang macam 'my day'. Kenapa? Sebab perjalanan kami tu smooth je tanpa halangan. Dahla tak jam sedangkan selalu mmg jam ah, pastu bila sampai tu senang jek nak masuk ke parking. Yang lagi best tu masuk2 jek dalam terus dpt parking betul2 kat depan pintu. Hah rezekikan? Takke semalam tu mmg 'my day'. Terus mood shopping membuak2 sbb takde spoil.

Tempat pertama dituju haruslah bahagian baju anak. Dapatlah beli 2 pasang baju raya utk Kasyah dan 2 pasang baju tidur raya.. Over tau sampai raya pon nak ada baju tidur.hahaha. Geram sgt tgk baju2 budak ni tp nasib baik sedar diri sbb baju Kasyah dah banyak aku beli masa kat Bandung haritu so setakat top up 2 helai okaylah kot.

Inilah hasil rembatan untuk Kasyah. Sandal tu beli kat Jusco gak cuma kasut tu beli kat Bata sbb mmg dah berkenan dari sebelum ni lagi. Masa kat Bata tu boleh pulak si Kasyah ni nakkan selipar baru. Aku saje je suruh die pakai selipar tu last2 die tak nak bukak. Pastu siap nangis terjerit2 nak gak selipar tu.. Nak tak nak belikan jugak selipar baru utk die. Hah hambik ko complete set siap kasut, sandal dgn selipar. Gambar selipar takde sbb dah diguna dgn jayanya...hehe

Suamikupun tak ketinggalan shopping baju raya untuk dia. Dah alang2kan so beli terus.

Kasyah dah dapat, papa pon dah dapat, abis mama dapat apa? Ini tak boleh jadi. Mama pon kena membeli gak. So terus ke bahagian wanita. Nak cari selipar raya. Asik beli Bata je pon boring gak.. Pusing sana pusing sini nampak gak selipar yang berkenan di hati. Yang penting murah dan comfy. Lepas dapat selipar boleh pulak 'ter'singgah kat area handbag. 'ter' tau bukan nak pergi. Hahaha yolah tu. tengok sana tengok sini, eh itu macam bag yang aku idamkan? Kat Alamanda dah takde dah bag tu. Apalagi teruslah gi ushar. Akhirnya dgn tidak sengaja aku 'ter'beli bag tu walaupun dah janji dgn diri sendiri tahun ni tak nak beli handbag. Dah jadilah janji tinggal janji..huhuhu

My Sembonia bag... Cantik tak? Dpt 20% diskaun. Hari biasa beg ni takde diskaun sama mcm kat Alamanda takde diskaun.

Versi flash.. Suami aku kata bag ni buat aku nampak mcm artis..hahaha sbb bag over.. Ada aku kesah sbb bag ni idaman wooo dan termasuk dlm wishlist aku utk thn ni..

Selipar swiss polo.. 50% diskaun...Sgt selesa..

So boleh dikatakan smlm mmg puas hati shopping. Dari pukul 6.30 kitorang sampai, pukul 10.30 baru kitorang keluar dari Jusco..hahah giler betul. Total spending semalam Rm600++. hah hambek ko. Sape nak jawab tu. ekekeke.

p/s:Dah boleh stop shopping baju. Tinggal nak cari benda2 kecik je mcm kerongsang, songkok, tudung.. Yang tu kena tunggu Najib bagi bonus..hehehe.

8 Magic Words:

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

suka gak pakai kasut dari swiss polo... sgt2 selesa... :)

waaa best shopping...shopping...

nuyui a.k.a miss YUI said...

wow..dah 600+ tu..hihi.

..::..aRe-Na..::.. said...

senang kan awal2 shooping raya..
nti x pening dah nak mbeli hehehe..

man said...

untuk sambutan hari raya nanti ke..

nur anis said...

hasil yang banyak..:)

wahida said...

aku suka giler tgk henbeg ko nok....serius cantik!!

syiela said...

shopping sekarang kang tak payah bersesak2 dah.. sakan tu memborong

Mamamya said...

akak blm sempat shopping baju raya utk anak2 anne...aduii..x tahu lah sempat ke x ni...

b'kenan dgn handbag tu...mmg nampak mcm beg artis lah...huhuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...