Friday, July 20, 2012

Kek Pisang

Hujung minggu haritukan mak mertua aku ada datang rumah aku..Biasalah orang tua ni kalau datang selalunya ada je benda yang dia bawa. Kali ni mak datang bawa pisang tanduk 2 biji. Nak ku goreng dah masak sgt. Jadinya satu tu aku buat cekodok jek dan satu lagi aku buat kek pisang. Ko bayangkanlah pisang tanduk yang besar tu aku bantai buat kek. Takke banyak jadinya.

Masa tengah bakar lagi Kasyah dah merengek2 nak kek. Puas jugaklah memujuk die sampai akupun dah nak menyinga. Tak faham2 kek belum masak. Bila dah masak memang first2 aku sumbat ke mulut dielah. Kemain suka die makan. Kek tukan lembut. So jom tgk resepi.



Kek Pisang

Bahan2.
Sebiji pisang tanduk
2 cawan tepung gandum*
1 sk baking powder*
1 sk soda bikarbonat* (Ayak * bersama)
1 cawan minyak jagung
3 biji telur
1 cawan gula (aku kurangkan sikit sbb pisang byk)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan coklat chip
1 sk esen vanila/pisang (aku terlupa nak letak)

Cara
1. Blender pisang dgn susu cair sampai lumat. Kalau nak berketul2 pun boleh. Terpulang.
2. Putar telur dgn gula hingga kembang.
3. Masukkan pisang tadi dan kacau rata. Kemudian masukkan campuran tepung ayak. Sebatikan.
4. Tuang minyak dan kaup balik hingga sebati. Akhir sekali masukkan coklat chip.
5. Bakar pada suhu 180c lebih kurang 1 jam atau hingga masak..

Rupa kek pisang yang telah dipotong. Kek ni moist sbb aku tambah susu cair tu. Ni gara2 pisang tu susah sgt aku nak lecek. Terpaksa aku blendkan. Takkan nak letak air. So aku tambahlah susu. Tak sangka jadi jugak dan moist. Bak kata Kasyah "emm daaappp"
Boleh buat lagi..

daaaaaa...

11 Magic Words:

FiZ said...

wah...sy suka sgt kek pisang...bestnye kalo dpt buat...kalo mood rajin, leh la buat..hihi..

ps: selamat menyambut ramadan kak ;)

nuyui a.k.a miss YUI said...

kek pisang slalu beli kat tesco..malas terserlah kan??hihi

nur anis said...

saya memang selalu fail buat kek..huhu

Nieyl said...

sye x suke makan pisang..tapi klu wat kerepek atau kek..saye makan..hehe~
selamat menyambut ramadhan..=)

Kesuma Angsana said...

mmg sedap ni!

Cik Rongoks said...

yeah..boleh la nk try buat lepas nie. :))

Mrs. Norrie said...

sedapnya...boleh cuba nnti...tq resepi

Adylia Qarissa said...

pisang tanduk kalo di goreng kemudian cicah kicap pedas sedapnyaaaaa

ieda said...

sedapp nyee dikk
nampak lembab2 gituu kan ;)

CikOdah Gebu said...

CikOdah suka sangat kek pisang atau apam pisang, sebuku tu selamba je CikOdah ngap...

CikOdah follow di sini ye

..::..aRe-Na..::.. said...

waa,sdpnyerr..rajin sguhh:-)
selamat bpuasa yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...