Friday, July 27, 2012

Luggage

Petang semalam sempatlah aku jengah karnival jom beli barang raya kat Putrajaya. Lagipun semalam tak masak sbb kami makan nasi Arab lagi. Kali ni makan Lamb Hanith pulak.. Sedap kooo. Okay beebalik pada cerita gi karnival tu, aku yang takde plan nak beli pape telah terjebak dengan jayanya...Tu yang aku malas nak gi jengah karnival jual-beli ni..dah kompem2 terbeli punye. Aku pergi pon sbb nak support je karnival tu takut tak ramai yang datang (giler lame alasan ko).



Cadang nak tgk2 seluar jeans utk Kasyah jer alih2 tertengok luggage pulak. Lepas tu terberkenan dgn luggage kaler purple tu. Bila salesperson tu bgtau beg tu 3 biji RM200 je terus terbeliak biji mata (nampak no membohong.takde terbeliaknyer der). Ada sorang abang ni pon dok riki2 beg tu.. Aku dah berkenan ni. memang ada plan nak cari luggage sbb aku punye skrg dah rosak zipnye lepas balik bandung haritu. Igt nak cari yang berkualiti sikitlah. Takmo dah beli beg Polo RM50 tu. Cepat rosak. Fikir2 dalam 2 minit terus ckp kompem. Abang yang riki2 tu boleh beli warna lain sbb warna purple tu tinggal 1 je. Last stock.

Nah tak memasal aku beli luggage. Jeans Kasyah pon tak jadi beli. Tulah die. Lain yang nak lain yang dibelinye. Thn depan aku malaslah pergi karnival ni lagi. huhuhu (Iyelah tu). Cantik tak beg Larrie aku??? Aku suka! Aku suka!

Sangat puas hati dgn beg ni sbb murah dan berkualiti. Harga beg Larrie yang besar sekali tupun dah RM299 tau. Ni aku beli 3 RM200. Mau tak suka. Saiz beg ni yang kecik tu 20", yang sedang sama besar dgn beg Polo aku sblm ni. Yang lagi satu memang besar gabak. Boleh masuk aku sekali dalam tu. Raya ni memang guna yang besar tulah. Senang sumbat semua dlm tu. Tak yah sibuk nak bawa 2-3 beg sbb tak muat.

p/s:Korang rasa berbaloi tak aku beli beg ni. Larrie berjenama jugakkan???

5 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

berbaloi sgt tu kak! yui pon tgh cari ni..aish.. biarlah ada sale kat sni lak.

Qhaifa Nur said...

beg semua sama cuma berkualiti dgn tidak aja...
murah, cantik.......

mrs adam said...

cantik warna ungu.ceria.hihi.berbaloi la tu 3 sekali beli tu

Mamamya said...

ehhh...ok sgt lah tu anne..warnanya pun menarik.. kat melaka ada juga karnival 'jom beli barang raya' kat MITC tp start next week... klu larat nak pi jengah juga.... kot ada yg b'kenan dihati.. :)

nanakimie said...

suka wrna ungu,cantik2x!hee.....berbaloi sgt tu sis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...